Diplomat Veteran Gesa Nazri Dipanggil Pulang Dari Jawatan Duta As Selepas Aksi Sokong Trump



(MN) : Seorang diplomat veteran menggesa Putrajaya memanggil pulang Nazri Aziz sebagai duta Malaysia ke Amerika Syarikat selepas tersebar gambar beliau mengangkat sepanduk memaparkan slogan Donald Trump ketika menghadiri sambutan kemenangan presiden AS itu bulan lalu.
Dennis Ignatius, yang berkhidmat sebagi duta Malaysia ke Canada sebelum bersara, menyifatkan tindakan Nazri “memalukan dan tidak profesional”.
“Sangat tidak wajar untuk mana-mana duta berkelakuan sedemikian. Ia bertentangan dengan protokol yang ditetapkan, amalan diplomatik dan pertimbangan yang baik.
“Malah duta besar AS di sini pun tidak memakai topi MAGA dan seumpamanya, mahupun berkelakuan membodek seperti itu. Nazri harus dipanggil pulang serta-merta,” Ignatius, yang mempunyai pengalaman lebih tiga dekad sebagai diplomat Malaysia, memberitahu MalaysiaNow.
Nazri, pemimpin Umno yang dilantik kurang tiga bulan selepas Anwar Ibrahim berkuasa bagi mewakili negara di salah sebuah kedutaan terpenting Malaysia, dilihat menayangkan sepanduk memaparkan “Make America Great Again” (MAGA), slogan Trump yang menjadi teras kepada pelbagai dasar daripada pengenaan tarif perdagangan kepada pengusiran berjuta-juta rakyat asing.
“Kelmarin, kami dapat hadir menyertai himpunan kemenangan MAGA untuk Presiden Donald Trump,” menurut hantaran Instagram bersama gambar Nazri yang dimuat naik isterinya pada 21 Januari.
Ia mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial, lebih-lebih lagi selepas Trump baru-baru ini untuk menyatakan hasrat mahu mengambil alih Semenanjung Gaza dan memindahkan berjuta-juta penduduk Palestin ke negara jiran Arab, cadangan yang diumumkan dalam sidang media bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Menurut Ignatius, tindakan Nazri menandakan kemerosotan mutu perkhidmatan diplomatik Malaysia sejak beberapa tahun.
“Kita sudah menyimpang jauh sejak zaman kegemilangan diplomasi Malaysia di bawah ‘King Ghaz’,” katanya merujuk Ghazali Shafie, ahli politik dan diplomat tersohor yang pernah menjawat menteri luar negeri pada awal 1980-an.
“Tetapi inilah yang berlaku apabila kita hantar orang yang tiada kelayakan dan tidak sesuai untuk mewakili kita di salah sebuah ibu kota terpenting di dunia,” tambah Ignatius.
Pelantikan Nazri sebagai duta Malaysia ke AS pada Februari 2023 bercanggah dengan dasar yang ditetapkan semasa pentadbiran Pakatan Harapan di bawah Dr Mahathir Mohamad supaya hanya diplomat kerjaya dilantik ke jawatan seperti itu.
Pada 2018, kerajaan Mahathir memecat diplomat dalam kalangan ahli politik yang dilantik di bawah pentadbiran Najib Razak sebelum itu, termasuk duta besar ke Indonesia ketika itu, Zahrain Mohd Hashim, yang digantikan dengan seorang diplomat kerjaya.
Nazri sendiri pernah menyuarakan bantahannya terhadap dasar melarang ahli politik daripada dilantik sebagai duta, menyifatkannya permainan politik PH.
“Tapi taulah, PH ni playing to the gallery. Jadi ia menjadi benda yang mudah, dia buatlah piagam mengatakan diplomat tidak boleh dilantik dari kalangan ahli Parlimen,” katanya kepada MalaysiaNow pada 2021.
Sumber : malaysianow
The post Diplomat veteran gesa Nazri dipanggil pulang dari jawatan duta AS selepas aksi sokong Trump appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2025/02/07/diplomat-veteran-gesa-nazri-dipanggil-pulang-dari-jawatan-duta-as-selepas-aksi-sokong-trump/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Extremely Shallow To Prioritise Trump Anwar Phone Call Nazri Chides Ong

Extremely Shallow To Prioritise Trump Anwar Phone Call Nazri Chides Ong

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 114 hits
Outgoing Malaysian Ambassador to the United States Nazri Aziz has dismissed criticisms launched in the final days of his two year tenure since the recent inauguration of President Donald Trump Specifically Nazri addressed questions raised b...
Tidak Perlu Main Politik Jika Mahu Jadi Duta As Nazri

Tidak Perlu Main Politik Jika Mahu Jadi Duta As Nazri

papar berkaitan - pada 8/2/2025 - jumlah : 104 hits
Bekas Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyanggah kenyataaan yang dibuat seorang seorang pemimpin DAP berhubung peranannya di Washington DC Nazri mendakwa kritikan yang dilemparkan kepadanya serta ...
Iran Urges Oic Emergency Meeting On Trump S Plan To Take Over Gaza

Iran Urges Oic Emergency Meeting On Trump S Plan To Take Over Gaza

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 128 hits
Iranian Foreign Minister Seyed Abbas Araghchi urged an emergency meeting Saturday of the Organisation of Islamic Cooperation following United States President Donald Trump s proposal to take over the Gaza Strip Anadolu Agency reported citin...
1mdb Asset Recovery To Continue Amid Trump Closing Us Doj Unit

1mdb Asset Recovery To Continue Amid Trump Closing Us Doj Unit

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 147 hits
Malaysia s ongoing efforts to recover assets linked to the 1MDB scandal will continue despite a recent closure of the US Department of Justice s elite anti corruption unit ADSMACC chief Azam Baki expressed optimism that US President Donald ...
Gold Hits Another Record High As Trump Fuels Haven Demand

Gold Hits Another Record High As Trump Fuels Haven Demand

papar berkaitan - pada 11/2/2025 - jumlah : 101 hits
Gold touched an all time peak above US 2 921 an ounce after Donald Trump imposed 25 tariffs on all US steel and aluminium imports SINGAPORE Gold hit a record high after President Donald Trump imposed 25 tariffs on all US steel and aluminium...
Trump Nyatakan Komitmen As Untuk Beli Dan Miliki Gaza

Trump Nyatakan Komitmen As Untuk Beli Dan Miliki Gaza

papar berkaitan - pada 10/2/2025 - jumlah : 112 hits
Malaysiakini nbsp Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan komitmennya untuk membeli dan memiliki Gaza Bagaimanapun dia mungkin membenarkan sebahagian kawasan yang musnah akibat perang dibina semula oleh negara negara lain di Asia ...
Trump Demands Info From Us Secret Service On Those Who Tried To Kill Him

Trump Demands Info From Us Secret Service On Those Who Tried To Kill Him

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 134 hits
US President Donald Trump said he had instructed the Secret Service to provide him with all information about the two men who had attempted to kill him last year during the election campaign reported Sputnik RIA Novosti I want to find out a...
Won T Deport Prince Harry Enough Issue With Terrible Wife Trump

Won T Deport Prince Harry Enough Issue With Terrible Wife Trump

papar berkaitan - pada 9/2/2025 - jumlah : 140 hits
US President Donald Trump has ruled out deporting Prince Harry citing the Duke of Sussex s marital issues as a reason for leniency saying I ll leave him alone I don t want to do that He s got enough problems with his wife She s terrible Tru...
More Flood Victims Evacuated In Sabah

Bawani S Ayer Kuning Bid Crucial For Putting Socialism On The National Agenda

Anwar Defends Rm6m Tapah Allocations Says Announcement Made Before By Election Nomination

Dah Try Gummy Coowy Ke Yang Viral Tu Sekali Rasa Confirm Nak Ulang

Siti Kasim Rallies Behind Psm Give Smaller Parties A Chance To Deliver Shocker In Ayer Kuning By Election

Malulah Timbalan Menteri Adam Adli Kalah Teruk Di Hang Tuah Jaya

Eur Usd 11 April Penurunan Dolar Nampaknya Tiada Tanda Akan Berhenti

Traveloka Promo Epic Sale 2025 Diskaun Sehingga 60


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Mangkuk Seramik Bunga Tulip

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Bukti Kalimah Islam Dan Tarbiah Dilaung Pas Hanya Sembang Kosong Sahaja

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam