Hukum Pihak Masjid Menganjurkan Majlis Ilmu Setiap Hari



Soalan:
Saya ada terbaca suatu kenyataan dari Ibnu Mas’ud yang menyebut secara maknanya bahawa beliau tidak berhajat untuk menyampaikan tazkirah atau peringatan secara setiap hari kerana takut akan menyebabkan orang ramai berasa bosan. Persoalan saya, bagaimanakah dengan suasana masyarakat kita pada hari ini yang mana setiap hari boleh dikatakan terdapatnya kuliah-kuliah di masjid?

Jawapan:
Merujuk kepada kata-kata yang dinisbahkan kepada Ibn Mas’ud dalam soalan di atas, berikut kami kongsikan kenyataan penuh beliau dalam isu ini. Daripada Abu Wa’il beliau berkata:

كَانَ عَبْدُ اللَّهِ يُذَكِّرُ النَّاسَ فِي كُلِّ خَمِيسٍ، فَقَالَ لَهُ رَجُلٌ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ لَوَدِدْتُ أَنَّكَ ذَكَّرْتَنَا كُلَّ يَوْمٍ‏.‏ قَالَ أَمَا إِنَّهُ يَمْنَعُنِي مِنْ ذَلِكَ أَنِّي أَكْرَهُ أَنْ أُمِلَّكُمْ، وَإِنِّي أَتَخَوَّلُكُمْ بِالْمَوْعِظَةِ كَمَا كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَتَخَوَّلُنَا بِهَا، مَخَافَةَ السَّآمَةِ عَلَيْنَا
“Adalah Abdullah (Ibn Mas’ud) memberikan peringatan (tazkirah) kepada orang ramai pada setiap hari Khamis.” Lalu seorang lelaki berkata kepada beliau: “Wahai Abu Abd al-Rahman, aku suka sekiranya kau dapat memberikan peringatan kepada kami setiap hari.” Maka Ibn Mas’ud pun menjawab: “Sesungguhnya tidaklah yang menghalang aku dari melakukan perkara tersebut melainkan aku tidak suka untuk menyebabkan kamu merasa bosan. Sesungguhnya aku memilih masa yang sesuai kepada kamu (untuk memberikan peringatan) sebagai mana Rasulullah S.A.W dahulunya memilih masa untuk memberikan peringatan kepada kami, kerana takut kami merasa bosan.” [Riwayat Al-Bukhari (70)]

Imam Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah dalam mensyarahkan hadis ini beliau berkata:

وَيُسْتَفَادُ مِنَ الْحَدِيثِ اسْتِحْبَابُ تَرْكِ الْمُدَاوَمَةِ فِي الْجِدِّ فِي الْعَمَلِ الصَّالِحِ خَشْيَةَ الْمَلَالِ وَإِنْ كَانَتِ الْمُوَاظَبَةُ مَطْلُوبَةً لَكِنَّهَا عَلَى قِسْمَيْنِ إِمَّا كُلَّ يَوْمٍ مَعَ عَدَمِ التَّكَلُّفِ وَإِمَّا يَوْمًا بَعْدَ يَوْمٍ فَيَكُونُ يَوْمُ التَّرْكِ لِأَجْلِ الرَّاحَةِ لِيُقْبِلَ عَلَى الثَّانِي بِنَشَاطٍ
“Dan diambil faedah dari hadis ini akan tuntutan (galakan) untuk meninggalkan berterusan dalam bersungguh mengerjakan amalan soleh kerana takutkan kebosanan. Ini sekalipun berterusan (dalam mengerjakan amalan) itu dituntut akan tetapi ia dilakukan mengikut dua bahagian:

Sama ada ia dilakukan dalam setiap hari tanpa takalluf (bersusah payah).Atau secara selang sehari. Maka hari meninggalkan amalan adalah untuk berehat bagi menghadapi hari berikutnya dengan penuh semangat dan kekuatan (bagi melakukan sesuatu amalan).”
Kemudian Imam Ibn Hajar menyambung dengan katanya:

وَيَخْتَلِفُ بِاخْتِلَافِ الْأَحْوَالِ وَالْأَشْخَاصِ وَالضَّابِطُ الْحَاجَةُ مَعَ مُرَاعَاةِ وُجُودِ النَّشَاطِ
“Dan hal ini berbeza mengikut perbezaan keadaan dan juga individu dan dhabitnya adalah apabila ada hajat keperluan, berserta dengan meraikan kewujudan kekuatan (dalam melakukan amalan).” [Lihat Fath al-Bari, Ibn Hajar (1/163)]

Kesimpulan

Sebagai penutup kami menyimpulkan perbahasan berkaitan isu ini menerusi beberapa perkara yang berikut:

Secara umumnya pihak masjid boleh mengadakan majlis ilmu secara harian. Ini kerana perkara tersebut adalah harus hukumnya dan ia juga merupakan antara amanah dan tanggungjawab pihak pengurusan masjid.Kami menambah, adalah lebih baik sekiranya majlis-majlis ilmu yang dilangsungkan secara harian merupakan majlis ilmu yang berbeza silibus dan bidangnya. Demikian juga penyampai kuliah adalah individu yang berbeza. Sebagai contoh, sekiranya hari ini silibus pengajian di masjid adalah isu fekah, maka keesokannya pula adalah pengajian tafsir, lusa pula adalah hadis, dan begitulah seterusnya. Ini bagi mengelakkan rasa bosan para jemaah dengan topik perbahasan silibus yang sama sekiranya ia dilakukan pada setiap hari.Majlis-majlis ilmu sebegini kebiasaannya tidak bersifat mengikat atau memaksa. Justeru, sekiranya ada dalam kalangan jemaah yang tidak berminat untuk turut serta maka boleh sahaja untuk mereka tidak mengikutinya.Sekiranya masjid itu mempunyai dewan kuliahnya tersendiri, maka bolehlah ia digunakan dan dipenuhi oleh mereka yang berkehendakkan kepada ilmu dan berkelapangan. Lalu ruangan dewan solat utama tidak terganggu sekiranya ada jemaah yang memilih untuk tidak menyertai majlis ilmu tersebut.Selain itu juga, boleh bagi pihak masjid memilih untuk mengosongkan hari-hari tertentu dari majlis kuliah, namun ia diisi dengan aktiviti lain seperti tadarus al-Quran, atau majlis-majlis zikir.
Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat dalam beragama kepada kita semua. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/hukum-pihak-masjid-menganjurkan-majlis.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ainul Dah Pandai Pusing Badan Doktor Galakkan Keluar Jalan Jalan Setiap Hari

Ainul Dah Pandai Pusing Badan Doktor Galakkan Keluar Jalan Jalan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 22/7/2019 - jumlah : 237 hits
Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin menunjukkan perkembangan yang baik Mamanya menyatakan kesyukuran atas perkembangan bayi kesayangan rakyat Malaysia ini Ainul yang berada di London sejak Mei lalu telah menjalani pembedahan membuang tumor seber...
Mak Tak Bagi Tinggal Dalam Rumah Remaja Oku Didera Disuruh Duduk Tidur Di Luar Rumah Setiap Hari

Mak Tak Bagi Tinggal Dalam Rumah Remaja Oku Didera Disuruh Duduk Tidur Di Luar Rumah Setiap Hari

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 626 hits
Seorang remaja perempuan OKU pembelajaran dipercayai didera oleh ibu dan abang kandungannya dalam kejadian di Kampung Gial Arau semalam lapor Harian Metro Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Nanda Maarof berkata pihaknya menerima laporan ...
Kumpulan Amalan Ringan 25 Seribu Kebaikan Setiap Hari

Kumpulan Amalan Ringan 25 Seribu Kebaikan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 17/7/2019 - jumlah : 494 hits
Amalan ini sama nilainya dengan melakukan seribu kebaikan dalam sehari Sa ad bin Abi Waqqash radhiyallahu anhu berkata Kami pernah berada di sisi Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam lalu beliau bersabda
Menristek Minta Semua Pihak Yang Terlibat Ijazah Palsu Nurul Qomar Diproses Hukum

Menristek Minta Semua Pihak Yang Terlibat Ijazah Palsu Nurul Qomar Diproses Hukum

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 138 hits
Saat ini Nurul Qomar tengah tersandung kasus pemalsuan ijazah S 2 dan S 3 yang digunakannya untuk mencalonkan diri sebagai rektor Universitas Muhadi Setiabudhi Brebes
Pemerintah Dan Maskapai Cari Cara Agar Diskon Tiket Pesawat Bisa Ada Setiap Hari

Pemerintah Dan Maskapai Cari Cara Agar Diskon Tiket Pesawat Bisa Ada Setiap Hari

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 255 hits
Pemerintah tengah mencari cara untuk menyediakan tiket pesawat murah setiap hari untuk masyarakat Saat ini kebijakan yang ada hanya menyediakan tiket murah di hari dan jam tertentu saja Kebijakan diskon sejauh ini dinilai belum ampuh menjad...
Stok Original Dms360 Ada Pengeposan Setiap Hari

Stok Original Dms360 Ada Pengeposan Setiap Hari

papar berkaitan - pada 24/7/2019 - jumlah : 433 hits
Assalamualaikum apa khabar Sekali sekala kita share tentang perjalanan atau catatan bisnes DMS di sini Saya juga seller biasa sahaja Walaupun stokis tetap sama seperti mana mana seller online yang lain Kami melakukan pengeposan packing seti...
Tema Maron Di Majlis Hari Raya 2019

Tema Maron Di Majlis Hari Raya 2019

papar berkaitan - pada 13/7/2019 - jumlah : 402 hits
Tema Maron Di Majlis Hari Raya 2019Asalamualaikum Salam Sejahtera Agak lama admin blog Etuza ini menyepi diri dalam dunia penulisan blog ini Agak kekok dan malu rasanya apabila baru malam ini timbul di udara maya Terfikir sejenak apa cerita...
Nafsu Seks Melampau Wanita 3 Anak Ini Ketagih Hubungan Seks Setiap Hari

Nafsu Seks Melampau Wanita 3 Anak Ini Ketagih Hubungan Seks Setiap Hari

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 766 hits
Selepas melahirkan anak selalunya nafsu seks seseorang akan menurun Namun ibu kepada 3 orang anak ini mengalami ketagihan seks yang melampau Rebecca Barker wanita asal Tadcaster Yorkshire mulai menjadi penagih seks sejak usianya memasuki 20...
Bersihkan Botol Susu Cara Lama Datin Umie Rebus 20 Minit Setiap Hari

Bersihkan Botol Susu Cara Lama Datin Umie Rebus 20 Minit Setiap Hari

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 286 hits
Pelakon berbakat besar Datin Seri Umie Aida berterima kasih kepada pengikutnya di laman Instagram kerana banyak berkongsi tip pejagaan bayi dengannya Selepas 25 tahun tidak menjaga bayi di rumah banyak perkara yang dia terlupa tentang hal i...
Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya