Hukum Perempuan Membuang Bulu Di Wajah Kerana Malu



Soalan:
Berdosakah seorang perempuan membuang bulu di muka seperti misai kerana terlalu lebat. Ini kerana ia selalu menjadi punca yang menyebabkan malu untuk berhadapan dengan orang lain.

Jawapan:
Berkenaan isu ini kami sudah menjawab sedikit berkaitannya. Kami ada menerangkan tentang:

bulu yang ada perintah untuk mencukurnya,bulu-bulu yang dilarang mencukurnya,dan bulu-bulu yang didiamkan oleh syarak.
Justeru, kami menyatakan bahawa pada asasnya membuang bulu di muka selain bulu kening termasuk dalam bulu yang diharuskan untuk mencukurnya. Ini kerana ia antara yang didiamkan oleh syarak.

Walau bagaimanapun ada dalam kalangan ulama mazhab-mazhab yang menjadikan hukumnya sebagai sunat dan wajib. Pandangan-pandangan tersebut adalah seperti berikut:

Imam al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab menyatakan bahawa sunat untuk seorang perempuan mencukur bulu-bulu yang ada di mukanya. (Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 1:290)Para ulama’ Malikiyyah jelas menyatakan bahawa wajib bagi seorang perempuan mencukur misai, janggut dan bulu yang tumbuh di badan. (Rujuk Mawahib al-Jalil al-Hattab, 1:314)
Jika sekiranya bulu tersebut menimbul rasa malu, aib dan masalah yang akan menimbulkan mudarat bagi seseorang itu seperti keadaan disebutkan saudari yang bertanya, maka wajib untuk mencukurnya. Ini berdasarkan hadith Nabi SAW dan kaedah fiqh:

الضَرَرُ يُزَالُ
“Sesuatu yang memudaratkan itu harus dihilangkan.” [Hadith Ibn Majah: 2341]

Ini kerana sesuatu yang bertujuan untuk mengembalikan sesuatu itu pada keadaan yang asal dan bukan bertujuan untuk kecantikan semata-mata, maka hukumnya adalah harus. Ini sepertimana yang disebut oleh kaedah fiqh berkaitan mengubah ciptaan Allah SWT:

ما كان للتجميل فحرام وما كان لإزالة العيب فحلال
“Apa sahaja yang bertujuan untuk kecantikan semata-mata maka hukumnya adalah haram. Manakala apa yang bertujuan untuk menghilangkan aib pada dirinya maka hukumnya adalah halal.”




Begitu juga, kewajipan mencukur bulu di muka seperti janggut dan misai adalah berdasarkan larangan perempuan menyerupai lelaki. Ini kerana bukanlah sesuatu yang normal dan adat kebiasaan manusia seseorang perempuan mempunyai misai dan janggut yang jelas dilihat. Jika sekiranya bulu tersebut lebat yang tidak normal bagi seorang perempuan sehingga menyerupai lelaki, maka wajib untuk dia mencukurnya. Sifat keperempuanan tidak mempunyai bulu-bulu lebat di muka, jika terdapat perkara tersebut maka ia menyalahi sifat fitrah bagi perempuan. Ibn ‘Abbas meriwayatkan satu hadith:

لعن رسول اللّه صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء، والمتشبهات من النساء بالرجال
“Sesungguhnya Rasulullah SAW melaknat golongan yang menyerupai perempuan daripada kalangan lelaki, dan golongan yang menyerupai lelaki daripada kalangan perempuan.” [Hadith al-Bukhari]

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan di atas, kami menyatakan bahawa pada asasnya harus untuk perempuan membuang bulu di muka , selain daripada bulu yang terdapat larangan untuk mencukurnya iaitu bulu kening.

Namun, jika sekiranya bulu tersebut memudaratkan dan tidak normal sehingga menyerupai lelaki, maka hukum wajib ke atasnya untuk mencukur dan menghilangkannya. Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang sahih terhadap agama-Nya dan taufiq dalam melaksanakan ketaatan kepada-Nya. Amin. Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/04/hukum-perempuan-membuang-bulu-di-wajah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Video Tak Sengaja Terakam Suara Wanita Menangis Memang Boleh Meremang Bulu Roma

Video Tak Sengaja Terakam Suara Wanita Menangis Memang Boleh Meremang Bulu Roma

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 430 hits
Mengalami kejadian mistik secara tidak sengaja membuatkan sesiapa sahaja boleh merasa seram Mendengar sesuatu bunyi yang tidak biasa didengari atau melihat sesuatu yang bukan biasa dilihat mampu menjadikan situasi cukup janggal sekali BACA ...
Trend Mewarnai Bulu Ketiak

Trend Mewarnai Bulu Ketiak

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 1400 hits
Sebelumnya ini diberitakan tentang trend selfie bulu ketiak kini mewarnai bulu ketiak khabarnya menjadi trend kecantikan terkini Salah seorang pemilik salon di Seattle Amerika Syarikat mendedahkan dalam blog peribadinya kalau dirinya selalu...
Kisah Gaib Sopir Ambulans Bikin Bulu Kuduk Merinding

Kisah Gaib Sopir Ambulans Bikin Bulu Kuduk Merinding

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 265 hits
Ambulans kerap dipandang menyeramkan bagi sebagian orang khususnya ambulans pengangkut jenazah Namun tidak bagi Arief Rahman selama lebih dari lima tahun lebih menjadi sopir ambulans selalu ada pelajaran berharga di dalamnya Barang sekecil ...
Video Tak Jadi Sedih Moment Bulu Mata Master Chef Indonesia Mencuit Hati Ramai

Video Tak Jadi Sedih Moment Bulu Mata Master Chef Indonesia Mencuit Hati Ramai

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 502 hits
VIDEO Tak Jadi Sedih Moment Bulu Mata Master Chef Indonesia Mencuit Hati Ramai Ramai pastinya sudah tahu rancangan pertandingan memasak popular berjudul MasterChef Menghimpunkan pelbagai peserta daripada latar belakang berbeza semuanya akan...
Jangan Tengok 12 Gambar Trypophobia Yang Bakal Buat Meremang Bulu Roma Satu Badan

Jangan Tengok 12 Gambar Trypophobia Yang Bakal Buat Meremang Bulu Roma Satu Badan

papar berkaitan - pada 19/4/2019 - jumlah : 1376 hits
Trypophobia adalah ketakutan yang tidak teratur pada lubang atau benjolan yang lain macam bentuknya Akan timbul satu perasaan dimana ingin mencungkil keluar butiran butiran itu ada juga perasaan geli yang teamat teruk serta perasaan tergang...
Alas Kaki Ajaib Diperbuat Dari Bulu Semulajadi

Alas Kaki Ajaib Diperbuat Dari Bulu Semulajadi

papar berkaitan - pada 18/4/2019 - jumlah : 395 hits
First time sebenarnya tengok orang beria guna kain felt untuk buat alas kaki Ehh iye ke tu kain felt Huhuhuu Maka dengan feeling penuh excited nak tengok kerja yang lain jadi ai terjah laa IG bright home Ohh orang Moscow rupanya Sempat mint...
Berita Hoax Kesehatan Bulu Kucing Bisa Menyebabkan Mandul

Berita Hoax Kesehatan Bulu Kucing Bisa Menyebabkan Mandul

papar berkaitan - pada 6/4/2019 - jumlah : 327 hits
Kita mungkin sering mendengar desas desus mengenai bulu kucing yang bisa menyebabkan kemandulan Moms sendiri bagaimana apakah percaya Sebab banyak sekali wanita yang sangat mempercayai hal ini terlebih di Indonesia Tapi apa iya bulu kucing ...
5 Cara Dan Tips Lebatkan Bulu Kening Secara Semulajadi

5 Cara Dan Tips Lebatkan Bulu Kening Secara Semulajadi

papar berkaitan - pada 5/4/2019 - jumlah : 918 hits
Bagi mereka yang mempunyai bulu kening nipis pastinya penampilan diri akan dirasa kurang meyakinkan dan kelihatan sedikit tidak menarik Walaupun kening boleh dilukis menggunakan pensil kening tetapi ada beberapa cara semulajadi yang boleh d...
Di Balik Layar Dakwah Yufid

13 Habit Lelaki Yang Boleh Bawa Dia Jauh Ke Depan Dalam Diam Diam

Wanita Berstatus Isteri Disyaki Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang

8 Senarai Pempers Terbaik Di Malaysia Pada Tahun 2025

Education Ministry To Announce Form Six Admission Offers Tomorrow

Exploring Astral Projections Journeying Beyond The Physical Realm

Finding Your Perfect Fit The Best Yoga Mats For Your Practice

Oath Of Office A Testament To Our Founding Fathers Genius


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Peran Protein Dan Kalsium Dalam Susu Untuk Tumbuh Kembang Anak

11 Kandang Terbakar Lebih 600 000 Ekor Ayam Mati

Tingkatan Enam Masuk Kampus Kpm Mulakan Projek Rintis Di Usm Ukm

Rafizi Merajuk Dan Tidak Mahu Rasmi Kongres Wanita Dan Amk Pkr

The Cave Of Crystals Mexico S Hidden Underground Giant

Saifuddin Advises Rafizi To Stick To Party Elections Rather Than Speculations