Tambadau Hadapi Dua Perlawanan Pertama Di Tempat Lawan


Tambadau hadapi dua perlawanan pertama di tempat lawan

JELIUS ATING
Skuad Tambadau Sabah akan memulakan saingan peringkat Kumpulan C Piala Malaysia dengan dua perlawanan berturut-turut di tempat lawan bermula menentang juara bertahan Perak di tempat lawan 4 Ogos depan.

Jadual yang dikeluarkan Malaysia Football League (MFL) pada Jumaat menyaksikan kedua-dua pasukan akan bertembung di Stadium Ipoh, Perak manakala satu perlawanan Kumpulan C antara Pahang dan Pulau Pinang berlangsung sehari lebih awal (3 Ogos) di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang.

Perlawanan kedua Tambadau juga di tempat lawan menentang Pulau Pinang di Stadium Bandaraya Pulau Pinang pada 7 Ogos sebelum mengakhiri jadual pusingan pertama menentang Pahang di Stadium Likas pada 17 Ogos. Jadual pusingan kedua belum dikeluarkan.

Baca:
Peter Anthony yakin Sabah mampu buat kejutan saingan Piala Malaysia 2019
Labuan juara bolasepak Paralimpik
Sabah dalam Kumpulan C yang sukar

Ketua jurulatih Jelius Ating ketika dihubungi berkata, mereka kini fokus kepada persiapan dan akan fikirkan tentang jadual perlawanan itu bila tiba masanya.

"Saingan peringkat kumpulan ini dijalankan secara liga dua pusingan di mana semua pasukan akan bertemu dua kali iaitu di tempat sendiri dan tempat lawan."Tidak kiralah siapa dan di mana kita akan mulakan perlawanan, kami tetap perlu bersedia," kata Jelius ketika dihubungi di Selangor.Tambadau Sabah kini berada di Selangor untuk dua perlawanan persahabatan menentang pasukan Liga Premier UKM FC di padang UKM Bangi, Selangor hari ini dan esok.

"Dua perlawanan dengan UKM ini adalah antara persiapan kita. Ia pilihan lawan yang sesuai kerana sekarang ini kita cuma mahu mengekalkan momentum baik pasukan....terima kasih kepada pengurusan kerana membolehkan adanya perlawanan yang sangat diperlukan ini."Lawan pasukan dari Liga Super kurang sesuai kerana mereka semua pun main di Piala Malaysia. Main perlawanan yang terlalu kompetitif dedah risiko pemain cedera..kita tidak mahu ini terjadi kerana perlawanan pertama tinggal beberapa hari lagi," kata Jelius.
Menurutnya, semua 23 pemain yang dibawa ke perlawanan persahabatan itu akan diberi peluang beraksi.

"Perlawanan esok (hari ini) kita akan turunkan barisan pemain kedua, begitu juga dengan pasukan lawan.
"Pada perlawanan kedua Ahad nanti baru kita turunkan barisan pemain utama. Saya fikir dua perlawanan ini akan memberikan kita persediaan yang diperlukan," kata Jelius.
Pemain yang disenaraikan untuk dua perlawanan persahabatan itu terdiri daripada Rozaimie Rohim, Robson Rendy Rining, Alto Linus, Ricco Nigel Milus, Rawilson Batuil, Park Tae Su, Randy Baruh, Jenius Karib, Mohd Azwan Fattah, Mohd Azizan Nordin, Maxsius Musa, Rahmanshah Marajeh, Muhammad Mohd Safar, Aguinaldo Mendes, Ahmet Atayev, Rodoljub Paunovic, Mafry Balang, Ummareng Bacok, Evan Wensley Wenceslaus, Ranilson Batuil, Mazlan Yahya, Dendy Lowa dan Justin Samaan.

"Buat masa ini semua pemain dalam keadaan baik...bebas dari kecederaan kecuali Sabri (Sahar yang masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan lutut). Saya harap keadaan ini kekal untuk kita menghadapi saingan Piala Malaysia dengan skuad terbaik," kata Jelius.
Sebagai rekod Perak adalah pasukan yang menyingkirkan Sabah di separuh akhir Piala Malaysia musim lalu dengan agregat 2-7. Sabah `dilemaskan' dengan kekalahan 5-0 pada pertemuan pertama di Stadium Ipoh dan hanya mampu seri 2-2 di Stadium Likas pada perlawanan balas.

Musim ini, Sabah dengan gelaran Tambadau dijangka mampu memberi tentangan lebih sengit dan telah memberi amaran awal dengan kejayaan merangkul gelaran juara Liga Premier



----- UTUSANBORNEO

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sabahanviral.blogspot.com/2019/07/tambadau-hadapi-dua-perlawanan-pertama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Mengulang Sembelihan Dua Kali Sembelihan Pertama Hewan Tidak Mati

Hukum Mengulang Sembelihan Dua Kali Sembelihan Pertama Hewan Tidak Mati

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 415 hits
Menyembelih Hewan Dua Kali Dua Saluran Belum Terputus Pertanyaan Assalamualaikum admin apa hukum menyembelih hewan 2 kali karena sembelihan pertama tidak mati sebab salah satu dari dua jalurnya tidak putus terus disembelih lagi Jawaban Wa a...
Ini Pulau Perak Boleh Nampak Betapa Bahayanya Tempat Ni Operasi Cari Dua Anggota Tentera Hilang Diperhebat

Ini Pulau Perak Boleh Nampak Betapa Bahayanya Tempat Ni Operasi Cari Dua Anggota Tentera Hilang Diperhebat

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 533 hits
Ini Pulau Perak Boleh Nampak Betapa Bahayanya Tempat Ni Operasi Cari Dua Anggota Tentera Hilang Diperhebat Sejak Jumaat lepas Malaysia dikejutkan dengan insiden kehilangan dua anggota Tentera Darat Malaysia yang sedang bertugas di kawasan o...
Dua Kemenangan Pasukan Sabah Dalam Perlawanan Persahabatan

Dua Kemenangan Pasukan Sabah Dalam Perlawanan Persahabatan

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 337 hits
Dua kemenangan pasukan Sabah dalam perlawanan persahabatanPasukan Sabah telah mengatur dua perlawanan persahabatan bagi mempersiapkan diri dalam saingan Piala Malaysia Perlawanan persahabatan ini adalah dengan bertemu pasukan UKM FC Perlawa...
Kumpulan Idola Akb48 Bakal Buat Persembahan Di Malaysia Buat Pertama Kalinya

Kumpulan Idola Akb48 Bakal Buat Persembahan Di Malaysia Buat Pertama Kalinya

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 560 hits
Jika kumpulan K pop adalah industri paling popular di Korea di Jepun pula kumpulan idola menjadi kegilaan peminat muzik tempatan Peminat J pop di Malaysia pula pasti teruja kerana berpeluang untuk menyaksikan kumpulan idola terbesar dari Je...
10 Ide Nama Anak Pertama Berawalan Huruf A Beserta Maknanya Demi Jadi Panutan Di Masa Depan

10 Ide Nama Anak Pertama Berawalan Huruf A Beserta Maknanya Demi Jadi Panutan Di Masa Depan

papar berkaitan - pada 21/7/2019 - jumlah : 357 hits
Karena nama anak adalah doa berikut ide yang bisa kamu intip Siapa tahu bisa jadi referensi untuk anak di masa depan kelak
Kumpulan Jemaah Haji Pertama Malaysia Selamat Tiba

Kumpulan Jemaah Haji Pertama Malaysia Selamat Tiba

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 374 hits
Petang semalam seramai 474 orang jemaah haji yang termasuk dalam kumpulan pertama jemaah haji Malaysia telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdul Aziz Jeddah Kumpulan KT29 itu dilaporkan tiba pada jam 1 26 tengah hari waktu temp...
Pandang Pertama Xiaomi Mi A3 Padat Dengan Fungsi Namun Dikaburi Dengan Resolusinya

Pandang Pertama Xiaomi Mi A3 Padat Dengan Fungsi Namun Dikaburi Dengan Resolusinya

papar berkaitan - pada 19/7/2019 - jumlah : 193 hits
Xiaomi Mi A3 Skrin 6 088 AMOLED HD 19 5 9 Cipset Snapdragon 665 CPU 2 x Kryo 260 Gold 2 0 GHz 6 x Kryo 260 Silver 1 8 GHz GPU Adreno 610 Memori 4GB RAM Storan 64GB mikroSD Kamera Utama 48MP f 1 8 8MP 2MP Kamera Hadapan 32MP f 2 0 Sambungan ...
Xperia 1r Mungkin Akan Menjadi Telefon Pintar Pertama Dengan Paparan 5k

Xperia 1r Mungkin Akan Menjadi Telefon Pintar Pertama Dengan Paparan 5k

papar berkaitan - pada 20/7/2019 - jumlah : 262 hits
Sony pada tahun 2015 telah melancarkan Xperia Z5 Premium iaitu telefon pertama di dunia dengan paparan 4K Kini mereka dilaporkan sedang membangunkan sebuah telefon dengan paparan 5K sekaligus bakal menjadi telefon pertama di dunia dengan me...
Setiausha Agong Veteran Umno

The Transformative Practice Of Yoga Cultivating Mind Body And Soul

Anwar Congratulates Catholics Worldwide On Pope Leo S Election

Ai As A Career Catalyst Turning Job Displacement Fears Into Employment Opportunities

Gangguan Bekalan Air Dah Okay

Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

Surah Al Humazah Dalam Al Quran Dan Terjemahannya

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Thailand Beri Amaran Penularan Covid 19 Menjelang Musim Hujan Pembukaan Sekolah

Tips Bajet Harian Cara Jimat Belanja Rumah Tanpa Rasa Tertekan

Rak Essential Oils Diffuser Young Living Yang Comel

Breaking News New Big Recall Now For 500 000 Volvo Vehicles Over Backup Camera Issues

Berjumpa Pengurusi Perniagaan Jerman

Pemilihan Panas Sikit