Hukum Mewarisi Harta Haram



SOALAN:
Ayah saya baru sahaja meninggal dunia dan meninggalkan kepada kami para warisnya sejumlah harta yang banyak. Namun, kami tidak pasti sama ada harta tersebut adalah halal ataupun haram kerana kami mengetahui bahawa ayah kami ada bermain judi sebelum ini. Jadi adakah kami boleh mewarisi harta tersebut? Jika haram, bagaimanakah cara untuk keluar daripadanya? Mohon penjelasan. Terima kasih.

JAWAPAN:
Kami mulakan kalam ini dengan sabda Nabi Muhammad SAW:

«أَلْحِقُوا الفَرَائِضَ بِأَهْلِهَا، فَمَا تَرَكَتِ الفَرَائِضُ فَلِأَوْلَى رَجُلٍ ذَكَرٍ»
“Bahagikanlah harta warisan itu kepada orang-orang yang berhak ke atasnya, dan berikan bakinya kepada orang laki-laki yang terdekat.” [Riwayat al-Bukhari (6746), Muslim (1615)]

Hadith di atas menjadi dalil kepada berlakunya perwarisan harta seseorang kepada para warisnya yang berhak. Imam al-Nawawi berkata di dalam kitabnya bahawa ayat ini menunjukkan bahawa suruhan untuk membahagikan harta peninggalan kepada para warisnya yang berhak berpandukan pada kitab Allah SWT iaitu al-Quran. Dan lebihan harta tersebut perlulah diberikan kepada lelaki yang terutama, dan ulama’ berkata bahawa ia bermaksud diberikan kepada lelaki yang terdekat. [Lihat: Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim; 11/53].

Dan perlu diketahui di sini, yang dimaksudkan dengan harta peninggalan ialah setiap apa yang ditinggalkan si mati sama ada dalam bentuk harta seperti rumah, tanah, duit, atau dalam bentuk hak, atau dalam bentuk manfaat seperti sewaan, pinjaman dan sebagainya. [Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i; 4/344-345]

Berbalik kepada persoalan yang diajukan mengenai status perwarisan harta yang haram, maka di sini ulama’ ada membahaskan dengan lebih jelas berkenaan dengannya.

Imam al-Nawawi berkata di dalam kitabnya:

مَنْ وَرِثَ مَالًا وَلَمْ يَعْلَمْ مِنْ أَيْنَ كَسَبَهُ مُوَرِّثُهُ أَمِنْ حَلَالٍ أَمْ حَرَامٍ وَلَمْ تَكُنْ عَلَامَةً فَهُوَ حَلَالٌ بِإِجْمَاعِ الْعُلَمَاءِ فَإِنْ عَلِمَ أَنَّ فِيهِ حَرَامًا وَشَكَّ فِي قَدْرِهِ أَخْرَجَ قَدْرَ الْحَرَامِ بِالِاجْتِهَادِ
“Sesiapa yang mewarisi harta dan dia tidak mengetahui sumber harta bagi si mati tersebut sama ada dari sumber yang halal ataupun yang haram dan tiada sebarang tanda atau petunjuk berkenaannya maka harta tersebut halal untuk diwarisi mengikut ijma’ ulama’. Dan jika sekiranya dia (waris) mengetahui bahawa pada harta tersebut terdapat bahagian yang haram dan syak pada kadar bilangannya, maka perlulah bagi waris untuk mengeluarkan kadar haram tersebut berdasarkan ijtihad.” [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab; 9/351]

Imam al-Nawawi menambah lagi mengenai cara melepaskan diri dari harta yang haram:

قَالَ الْغَزَالِيُّ إذَا كَانَ مَعَهُ مَالٌ حَرَامٌ وَأَرَادَ التَّوْبَةَ وَالْبَرَاءَةَ مِنْهُ فَإِنْ كَانَ لَهُ مَالِكٌ مُعَيَّنٌ وَجَبَ صَرْفُهُ إلَيْهِ أَوْ إلَى وَكِيلِهِ فَإِنْ كَانَ مَيِّتًا وَجَبَ دَفْعُهُ إلَى وَارِثِهِ وَإِنْ كَانَ لِمَالِكٍ لَا يَعْرِفُهُ وَيَئِسَ مِنْ مَعْرِفَتِهِ فَيَنْبَغِي أَنْ يَصْرِفَهُ فِي مَصَالِحِ الْمُسْلِمِينَ الْعَامَّةِ كَالْقَنَاطِرِ وَالرُّبُطِ وَالْمَسَاجِدِ وَمَصَالِحِ طَرِيقِ مَكَّةَ وَنَحْوِ ذَلِكَ مِمَّا يَشْتَرِكُ الْمُسْلِمُونَ فِيهِ وَإِلَّا فَيَتَصَدَّقُ بِهِ عَلَى فَقِيرٍ أَوْ فُقَرَاءَ
“Imam al-Ghazali berkata sekiranya bersamanya ada harta yang haram dan dia ingin berlepas diri daripadanya, maka jika wujud pemilik asal bagi harta tersebut wajib ke atasnya untuk memulangkan harta itu pada pemiliknya yang asal atau kepada wakilnya. Atau sekiranya pemilik tersebut telah mati, maka wajib untuk menyerahkannya kepada para warisnya. Dan jika tidak diketahui siapa pemilik asal harta tersebut, maka hendaklah dia menginfakkannya untuk kepentingan umum orang Muslim seperti jambatan, banteng pertahanan, masjid dan kepentingan jalan raya dan sebagainya, ataupun jika tidak hendaklah disedekahkan kepada fakir dan miskin.” [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab; 9/351]

Menurut Fatwa al-Lajnah al-Da’imah berkenaan hal ini, mereka berkata bahawa sekiranya harta peninggalan tersebut kesemuanya bersumberkan sumber yang haram maka tidak boleh bagi sesiapa waris pun untuk mengambil sesuatu daripadanya, dan ke atas mereka semua kewajipan untuk memulangkan semula harta (diambil secara zalim) kepada pemiliknya yang asal jika ia mudah, namun jika tidak mampu maka perlulah diinfakkan harta yang haram tersebut atas dasar kebaikan dengan meniatkan pahalanya buat orang yang berhak (pemilik harta itu). [Lihat: Majmu’ al-Fatawa; 29/307]

Menurut Dar al-Ifta’ Jordan dalam hal ini, mereka berkata bahawa harta yang sememangnya haram tidak boleh diwarisi, dan tidak pula berpindah hartanya yang haram itu dari pemiliknya (harta haram) kepada warisnya. Ini kerana perwarisan tidak menghalalkan yang haram. Bahkan wajib untuk kita berlepas daripadanya dan menjauhkannya. Perkara ini turut disebut oleh Imam al-Ghazali dalam kitabnya, Ihya’ ‘Ulum al-Din (2/130).

Penutup

Kesimpulannya, tidak boleh bagi seseorang itu mewarisi harta haram dari seseorang. Dan wajib ke atasnya untuk memulangkan harta tersebut kepada pemiliknya yang asal jika didapati. Manakala bagi kes harta haram disebabkan judi, maka kami katakan jika diketahui kadar harta haram tersebut, hendaklah diinfakkan kepada kepentingan umum orang Islam atau disedekahkan kepada fakir miskin, namun jika tidak diketahui, maka hendaklah berijtihad padanya.

Akhir kalam, kami menasihati orang ramai agar mengelakkan dan menghindarkan diri daripada terjebak kepada memperolehi harta secara haram. Moga-moga Allah SWT memelihara diri kita dengan rezeki yang halal lagi bersih, memberikan kefahaman kepada kita dalam memahami agamaNya dan memberkati segala amal kebajikan kita.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/hukum-mewarisi-harta-haram.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Menjadi Satpam Di Toko Yang Sebagian Menjual Barang Haram

Hukum Menjadi Satpam Di Toko Yang Sebagian Menjual Barang Haram

papar berkaitan - pada 31/1/2020 - jumlah : 271 hits
Pertanyaan Saya telah berkeluarga dan tinggal di Perancis Saya bekerja sebagai satpam kontrak dengan perusahaan keamanaan Perancis Saya mendapatkan gaji dari perusahaan ini Sementara perusahaan ini kontrak dengan toko toko besar Dan segala ...
Sekdes Di Lebak Terlibat Komplotan Perampok Di Bogor Gasak Harta Korban Rp350 Juta

Sekdes Di Lebak Terlibat Komplotan Perampok Di Bogor Gasak Harta Korban Rp350 Juta

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 148 hits
Seorang Sekretaris Desa Sobang Kabupaten Lebak Provinsi Banten berinisial S alias I menjadi satu dari enam anggota komplotan rampok yang beraksi di Kampung Bakan Haruman Desa Cibalung Kecamatan Cijeruk Kabupaten Bogor
Hidup Bergelimang Harta Ternyata Ini Pekerjaan Faisal Harris Suami Jennifer Dunn

Hidup Bergelimang Harta Ternyata Ini Pekerjaan Faisal Harris Suami Jennifer Dunn

papar berkaitan - pada 8/2/2020 - jumlah : 256 hits
Nama Faisal Harris sedang menjadi perbincangan hangat publik dalam beberapa waktu terakhir Hal ini terkait perseteruannya dengan sang mantan istri Sarita Abdul Mukti
Cerita Bisnis Jk Tak Banyak Orang Tahu Cukur Rambut Hingga Jadi Pemburu Harta Karun

Cerita Bisnis Jk Tak Banyak Orang Tahu Cukur Rambut Hingga Jadi Pemburu Harta Karun

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 265 hits
Ternyata ada cerita tentang bisnis Jusuf Kalla yang belum banyak diketahui masyarakat Siapa sangka mantan wakil presiden ini pernah menjajal bisnis pemburuan harta karun atau pangkas rambut
Zakat Ke Atas Harta Orang Gila Atau Kanak Kanak

Zakat Ke Atas Harta Orang Gila Atau Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 13/2/2020 - jumlah : 221 hits
SOALAN Jika sekiranya orang gila atau kanak kanak mempunyai harta adakah wajib untuk dikeluarkan zakat daripada harta mereka tersebut Mohon penjelasan Terima kasih JAWAPAN Sesungguhnya Allah SWT mewajibkan umat Islam mengeluarkan zakat berd...
Sudah Sukses Dan Bergelimang Harta Ada Satu Keinginan Zaskia Gotik Belum Terwujud

Sudah Sukses Dan Bergelimang Harta Ada Satu Keinginan Zaskia Gotik Belum Terwujud

papar berkaitan - pada 6/2/2020 - jumlah : 183 hits
Sudah memiliki kesuksesan sebagai artis dan hidup bergelimang harta Zaskia Gotik mengaku masih ada satu hal yang belum terwujud dan ingin segara dilakukannya
Ambisi Wanita Muda Nikahi Kakek 70 Tahun Demi Harta 8 Tahun Kemudian Menyesal Dan Ngaku Sangat Bodoh

Ambisi Wanita Muda Nikahi Kakek 70 Tahun Demi Harta 8 Tahun Kemudian Menyesal Dan Ngaku Sangat Bodoh

papar berkaitan - pada 3/2/2020 - jumlah : 561 hits
Ambisi wanita muda menikahi kakek berusia 70 tahun hanya demi harta berujung penyesalan Pasalnya setelah 8 tahun berlalu wanita berusia 27 tahun tersebut hanya menuai penyesalan atas keputusannya menikah Hal ini lantaran prediksi dan impian...
Polis Sita Beberapa Lagi Harta Raja Dadah Di Klang

Polis Sita Beberapa Lagi Harta Raja Dadah Di Klang

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 529 hits
SEPANG 4 FEB Polis Diraja Malaysia menyita beberapa lagi harta milik seorang lelaki warga tempatan disyaki kingpin dadah di Klang Selangor semalam menjadikan jumlah sitaan setakat ini bernilai RM371 7 juta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah ...
Lagi Harta Kingpin Dadah Disita

Lagi Harta Kingpin Dadah Disita

papar berkaitan - pada 5/2/2020 - jumlah : 448 hits
BERNAMA POLIS Diraja Malaysia menyita beberapa lagi harta milik seorang lelaki warga tempatan disyaki kingpin dadah di Klang Selangor semalam menjadikan jumlah sitaan setakat ini bernilai RM371 7 juta Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narko...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara