Zakat Ke Atas Harta Orang Gila Atau Kanak Kanak



SOALAN:
Jika sekiranya orang gila atau kanak-kanak mempunyai harta, adakah wajib untuk dikeluarkan zakat daripada harta mereka tersebut? Mohon penjelasan. Terima kasih.

JAWAPAN:
Sesungguhnya Allah SWT mewajibkan umat Islam mengeluarkan zakat berdasarkan firman-Nya:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِم بِهَا
“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk).” (Surah al-Taubah: 103)

Para fuqaha’ telah menyenaraikan syarat-syarat yang mewajibkan seseorang mengeluarkan zakat daripada hartanya. Antaranya yang disebut Imam Khatib al-Syarbini menyebutkan di dalam kitab al-Iqna’ Fi Halli alfaz Abi Syuja’ bahawa terdapat lima syarat, iaitu:

Beragama Islam, tidak wajib ke atas orang kafir.Merdeka, iaitu bukan hamba.Pemilikan yang penuh. Tidak wajib ke atas hamba al-mukatab kerana mempunyai pemilikan yang lemah terhadap hartanya.Cukup nisab, iaitu kadar tertentu bagi harta tertentu yang diwajibkan zakat sekiranya mencukupinya.Sempurna haul, iaitu cukup tempoh yang menjadikan harta yang disimpan wajib untuk dikeluarkan zakat.
Digembalakan, iaitu syarat tambahan bagi zakat haiwan ternakan yang wajib dikeluarkan zakat hendaklah digembalakan di padang-padang ragut yang harus. (Rujuk al-Iqna’ Fi Halli Alfaz Abi Syuja’, 1:212-213)

Jika dilihat pada syarat wajib zakat di atas, tiada syarat baligh dan berakal seperti kebiasaannya yang ada pada ibadat-ibadat wajib yang lain seperti solat dan puasa.

Walau bagaimanapun, para fuqaha’ tidak meletakkan syarat baligh dan berakal sebagai syarat wajib zakat, menunjukkan bahawa kanak-kanak dan orang gila wajib untuk menunaikan zakat jika sekiranya memenuhi syarat-syarat yang telah disebutkan di atas. Hal ini disebut secara jelas di dalam kitab-kitab fiqh, antaranya:

1. Imam al-Mawardi menyebut dalam kitabnya, al-Hawi al-Kabir dengan menukilkan pandangan Imam al-Syafie:

وَتَجِبُ الصَّدَقَةُ عَلَى كُلِّ مَالِكٍ تَامِّ الْمِلْكِ مِنَ الْأَحْرَارِ ، وَإِنْ كَانَ صَغِيرًا أَوْ مَعْتُوهًا أَوِ امْرَأَةً لَا فَرْقَ بَيْنَهُمْ فِي ذَلِكَ
“Zakat hukumnya wajib bagi setiap orang yang memiliki harta dengan pemilikan sempurna (tam al-milk), dari pemilik orang merdeka (bukan hamba), meskipun anak kecil atau orang gila atau wanita. Tidak ada perbezaan antara mereka dalam kewajiban berzakat.” (Rujuk: al-Hawi al-Kabir, 3:329)

2. Di dalam kitab al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah pula, Syeikh Hasan al-Kaff menyebutkan bahawa:

فَلَيْسَ مِنْ شُرُوط وُجُوبِ الزَّكاة: البُلُوغ و العَقْل قَتَجِبُ فِي مَال الصَبِيّ وَ المَجْنُون والمخَاطَبُ بِذَلِكَ وَلِيُّهُمَا
“Justeru, tidak termasuk dalam syarat-syarat wajib zakat, syarat baligh dan berakal. Oleh itu, wajib dikeluarkan zakat ke atas harta kanak-kanak dan orang gila. Dan yang diperintahkan untuk melaksanakan demikian bagi pihak mereka ialah wali mereka.” (Rujuk: al-Taqrirat al-Sadidah fi al-Masail al-Mufidah: 397)

Kesimpulan

Kami menyatakan bahawa wajib dikeluarkan zakat ke atas harta kanak-kanak dan orang gila jika sekiranya mencukupi syarat-syarat wajib zakat yang telah disebutkan. Syarat-syarat tersebut tidak termasuk syarat baligh dan berakal, oleh sebab itu maka wajib dikeluarkan zakat ke atas harta kedua-duanya.

Oleh itu, para wali yang menjaga mereka seperti ibu bapa dan penjaga bertanggungjawab untuk menunaikan zakat bagi pihak kanak-kanak dan orang gila tersebut kerana mereka tidak mampu untuk memahami dan menguruskannya sendiri. Semoga Allah SWT memberikan kita kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya serta taufiq dan hidayah untuk melaksanakan ibadah ikhlas semata-mata kerana-Nya. Amin.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/02/zakat-ke-atas-harta-orang-gila-atau.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mencari Redha Manusia Di Atas Kemurkaan Allah Atau Mencari Redha Allah Di Atas Kemurkaan Manusia

Mencari Redha Manusia Di Atas Kemurkaan Allah Atau Mencari Redha Allah Di Atas Kemurkaan Manusia

papar berkaitan - pada 2/2/2020 - jumlah : 1475 hits
Mencari Redha Manusia Di Atas Kemurkaan Allah Atau Mencari Redha Allah Di Atas Kemurkaan Manusia Jikalau kita mahukan manusia suka dan redha dengan kita maka buatlah perkara yang mereka suka dan ianya akan mengembirakan mereka dan sebagai b...
Jika Si Mati Ada Anak Lelaki Adik Beradik Si Mati Tiada Hak Atas Harta Faraid

Jika Si Mati Ada Anak Lelaki Adik Beradik Si Mati Tiada Hak Atas Harta Faraid

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 1847 hits
Faraid ialah satu ilmu berkaitan sistem pembahagian harta pusaka bagi orang Islam Ia mengandungi hukum pewarisan formula pembahagian dan kaedah pengiraan yang akan menentukan siapakah dalam kalangan keluarga yang ditinggalkan oleh si mati y...
Zakat Ke Atas Bitcoin Mata Wang Kripto Crypto Currency

Zakat Ke Atas Bitcoin Mata Wang Kripto Crypto Currency

papar berkaitan - pada 18/2/2020 - jumlah : 714 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Ramai yang masih ragu ragu status halal dan haram bitcoin atau mata wang kripto lain Untuk menerangkan halal haram dan berkongsi video penerangan Status halal mata wang kripto mengambil masa untuk di tera...
Nanti Dulu Dia Baru Balik Mujahid Kaji Dulu Nak Ambil Tindakan Undang Undang Atau Sekadar Beri Nasihat Kepada Sajjad

Nanti Dulu Dia Baru Balik Mujahid Kaji Dulu Nak Ambil Tindakan Undang Undang Atau Sekadar Beri Nasihat Kepada Sajjad

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 431 hits
Sehingga ke hari ini ramai yang menunggu kerajaan mengambil tindakan terhadap usahawan kosmetik Muhammad Sajjad Namun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa meminta semua pihak bersabar kerana lelaki itu baru sa...
Pintu Belakang Atau Berperlembagaan

Pintu Belakang Atau Berperlembagaan

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 351 hits
Oleh AB JALIL BACKER PEMBENTUKAN kerajaan pintu belakang merupakan polemik yang sudah berlarutan selama hampir dua tahun Boleh dikatakan ia hampir sama usia dengan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan Istilah kerajaan pintu belakang sebenar ad...
Juara Lagu Ke 34 Sebentar Tadi Adakah Mengukut Syariat Ke Syurga Atau Neraka

Juara Lagu Ke 34 Sebentar Tadi Adakah Mengukut Syariat Ke Syurga Atau Neraka

papar berkaitan - pada 10/2/2020 - jumlah : 422 hits
PERSEMBAHAN Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Bob Yusof pada Anugerah Juara Lagu Ke 34 yang diadakan di Stadium Axiata Arena Foto Eizairi ShamsudinHALAMAN HIBURANSiti buat kejutan duet lagu Anta PermanaKUALA LUMPUR Kemunculan penyanyi tersohor ...
Dewan Rakyat Boleh Tentukan Saya Terus Jadi Pm Atau Tidak

Dewan Rakyat Boleh Tentukan Saya Terus Jadi Pm Atau Tidak

papar berkaitan - pada 9/2/2020 - jumlah : 340 hits
Dr Mahathir SHAH ALAM Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan kedudukan beliau sebagai pemimpin nombor satu negara kekal atau sebaliknya hanya boleh ditentukan oleh ahli Dewan Rakyat Menurutnya perkara itu merupakan prinsip bagi ...
Bisa Rusak Monas Formula E Disarankan Di Kemayoran Atau Ancol

Bisa Rusak Monas Formula E Disarankan Di Kemayoran Atau Ancol

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 288 hits
Dikhawatirkan ada paving bloknya di sekitar halaman Monas itu mau diaspal itu yang tidak boleh karena resapan air Kalau jalannya tidak masuk grade 3 pecah bannya Belum lagi pembangunan pit stop dan podium ujar Pengamat Tata Kota dari Trisak...
Dengar Boleh Nak Percaya Atau Tidak Terpulang

Dengar Boleh Nak Percaya Atau Tidak Terpulang

papar berkaitan - pada 11/2/2020 - jumlah : 384 hits
Anda boleh dengar terpulang sama ada hendak ikut atau tidak tegas Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berhubung cadangan Doktor Kesihatan Profesional Dr Noordin Darus Tegasnya KKM mengamalkan bukti berasaskan perubatan Kami tela...
Pondok Abuya

Boost Your Seo With Ahrefs Dr Links 50 Off Today

50 Member Relief Team To Myanmar To Remain For Up To 2 Weeks

Muslims In Malaysia To Celebrate Hari Raya On March 31

Tiga Maut Manakala Tiga Lagi Cedera Dalam Kemalangan Di Kilometer 50 7 Lpt1 Arah Kuantan Petang Tadi

Amalan Sunnah Hari Raya Aidilfitri

Hiburan Netizen Berang Lihat Lelaki Kasari Wanita Gara Gara Terlanggar Ahli Keluarga

5 Pulau Terbaik Untuk Percutian Keluarga Di Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


33 Lagi Maut Gaza Bermandikan Darah Pada Aidilfitri

Beyond Adolescence Parental Involvement In Bridging The Digital Divide

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Saya Dan Pelajar Smka Naim Lil

The Great Emu War Australia S Unconventional Battle

How The World Can Keep Trump 2 0 In Check

Let Syawal Symbolise Unity Gratitude To The Divine