Hukum Menjual Semula Kasut Kulit Babi Kerana Tersalah Beli



SOALAN:
Saya ada membeli kasut dan apabila saya teliti ternyata kasut tersebut dihasilkan daripada kulit babi. Persoalan saya, bolehkah saya jual semula kasut tersebut kepada non-Muslim dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal yang saya beli untuk mengambil sedikit keuntungan. Sekiranya tidak, bolehkah saya jual untuk dapatkan kembali modal saya tanpa mengambil sebarang keuntungan, atau saya perlu buang sahaja kasut tersebut?

JAWAPAN
Kami mulakan dengan firman Allah SWT:

قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَى طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنزيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ
“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor.” (Surah al-An’aam: 145)

Para ulama’ mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali bersepakat bahawa khinzir merupakan najis (secara zatnya atau hakiki), dan sebarang bahagian khinzir dan juga apa yang terpisah daripadanya seperti air liur, dan air maninya juga adalah najis.

Maka, pengaharaman memakan khinzir kerana ianya merupakan najis bukanlah hanya pada dagingnya sahaja, tetapi juga pada tulang, lemak dan kulitnya. [Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 20/33]

Syeikh Wahbah al-Zuhaili dalam kitab tafsirnya, menyebut bahawa yang dimaksudkan dengan daging khinzir juga meliputi setiap bahagian khinzir seperti lemak dan kulit. Pengharaman daging khinzir ini disebabkan oleh terdapatnya dharar dan kotoran padanya, serta mengikut tabiat khinzir merupakan haiwan yang sentiasa bergelumang dengan kekotoran. [Lihat: Tafsir al-Munir 6/77]

Para fuqaha’ bersepakat bahawa kulit khinzir adalah najis dan tidak boleh disucikan dengan samak serta tidak boleh diambil manfaat daripadanya kecuali dalam beberapa keadaan dharurat dan hajat. [Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah 20/34]

Firman Allah SWT:

فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-An’aam: 145)

Hukum Menjual Barang daripada Kulit Khinzir

Seorang penjual perlu memastikan barang jualan memenuhi syarat yang ditetapkan oleh syarak. Syarat barang jualan adalah seperti berikut:

• Barang jualan mestilah suci atau boleh disucikan dengan basuhan.
• Barang jualan mestilah perkara yang bermanfaat.
• Barang jualan mestilah yang boleh diserahkan kepada pembeli.
• Barang jualan mestilah dimiliki oleh penjual.
• Barang jualan mestilah yang telah sitentukan dan diketahui jenis, kadar dan sifatnya.

Oleh itu, tidak sah jual beli benda najis secara zatnya seperti arak, kulit bangkai yang tidak di samak, anjing atau khinzir. Ini bertepatan dengan hadith Rasulullah:

إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الخَمْرِ، وَالمَيْتَةِ وَالخِنْزِيرِ وَالأَصْنَامِ
“Sesungguhnya Allah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan berhala.”

[Lihat: al-Taqrirat al-Sadidah Qism al-Buyu’ wa al-Fara’idh (hal. 14-15)]

Imam al-Kasani dalam kitabnya juga menyatakan bahawa tidak sah menjual kulit khinzir walau dalam apa bentuk sekalipun kerana khinzir adalah najis pada zatnya dan seluruh bahagiannya. [Lihat: al-Badai’ al-Sonai’ 5/142]

Kesimpulan

Tuntasnya, khinzir adalah najis secara keseluruhan bahagiannya. Maka kulit khinzir juga adalah najis dan ia tidak boleh disucikan walaupun disamak. Oleh itu, tidak sah bagi seorang Muslim untuk mengambil sebarang manfaat daripadanya seperti menjadikannya makanan, pakaian atau berjual beli dengannya.

Maka berdasarkan soalan daripada penanya, kami nasihatkan sebaiknya penanya memulangkan kembali kasut yang telah dibeli kepada kedai kasut tersebut dengan menjelaskan sebab pemulangan bahawa orang Islam tidak boleh menggunakan kasut daripada kulit khinzir.

Semoga Allah memberikan kita kefahaman yang benar dalam beragama. Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-menjual-semula-kasut-kulit-babi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Mencium Aroma Babi Panggang

Hukum Mencium Aroma Babi Panggang

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 339 hits
Hukum Mencium Aroma Babi Panggang Apakah mencium babi panggang membatalkan wudhu Apakah pakaian kita yg terkena asapnya juga najis karena belakanggan ini banyak warung B1 dan B2 Jawab Bismillah was shalatu was salamu ala Rasulillah wa ba du...
Tidak Selamat Digunakan Ikea Minta Pulangkan Semula Yang Beli Mug Troligtvis Buatan India

Tidak Selamat Digunakan Ikea Minta Pulangkan Semula Yang Beli Mug Troligtvis Buatan India

papar berkaitan - pada 19/1/2020 - jumlah : 439 hits
Baru baru ini menerusi Facebook rasmi IKEA meminta pelanggan memulangkan semula mug perjalanan TROLIGTVIS yang bertanda Made In India dan duit semua pemilik mug tersebut akan dipulangkan semula walaupun tanpa resit berikut adalah kenyataan ...
Hukum Menjual Air Zam Zam

Hukum Menjual Air Zam Zam

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 1405 hits
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke 77 yang bersidang pada 10 12 April 2007 telah membincangkan Kajian Semula Hukum Penjualan Air Zam Zam Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan n...
Ini Hukum Menjual Motor Kreditan Yang Belum Lunas

Ini Hukum Menjual Motor Kreditan Yang Belum Lunas

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 359 hits
Saat ini sudah lumrah seseorang membeli barang dengan sistem kredit seperti motor rumah mobil dan lainnya Sebelum barang tersebut lunas dibayar terkadang ada seseorang yang berinisiatif menjualnya Sebenarnya bagaimana hukum menjual barang h...
Ramai Minta Nik Amar Beli Kereta Kebal

Ramai Minta Nik Amar Beli Kereta Kebal

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 468 hits
Miqdad ZakariaRamai yang suruh Mat Amar beli kereta perisai kalau betul nak selamat Ni ceq nak habaq mai Sebuah kereta perisai lebih mahal berganda dari sebuah Mercedes Kena Mat Amar buat sungguh beli kereta perisai Habis lagi la duit rakya...
Tiada Campur Tangan Politik Dalam Urusan Jual Beli Thp Mujahid

Tiada Campur Tangan Politik Dalam Urusan Jual Beli Thp Mujahid

papar berkaitan - pada 26/1/2020 - jumlah : 239 hits
KUALA LUMPUR 25 Jan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini menegaskan bahawa beliau memberi sepenuh kepercayaan kepada agensi di bawah portfolionya termasuk Lembaga Tabung Haji menjalankan urusan mereka...
Owhhh Beli Mercedes Takut Mampoih Rupanya Kan Ada Kad Ahli Jihad Masuk Syorga

Owhhh Beli Mercedes Takut Mampoih Rupanya Kan Ada Kad Ahli Jihad Masuk Syorga

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 408 hits
Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah menjelaskan kerajaan negeri memilih Mercedes sebagai kenderaan rasmi adalah atas faktor keselamatan Beliau mengakui pembelian kereta Mercedes Itu bukan sahaja untuk kegunaan rasmi Mente...
Skandal Th Beli Aset Zaman Siapa

Skandal Th Beli Aset Zaman Siapa

papar berkaitan - pada 25/1/2020 - jumlah : 265 hits
Via WhatsApp Tadi Asyraf Wajdi buat Sidang Media katanya Skandal Tabung Haji Dalam sidang media Asyraf sebutkan beberapa perkara Aku tak nak jawab semua lagi aku nak layan Asyraf baik2 Asyraf tanya Kenapa jual aset berkenaan sedangkan penge...
Drama Mandul Bukan Pilihan

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam Untuk Masa Depan

Rundingan Perdagangan Amerika Syarikat Jepun Buntu Boj Kekal Berdiam Diri

Navigating The Wild How To Use Natural Landmarks For Direction

8 Tempat Liburan Keluarga Ini Wajib Kamu Kunjungi Jika Main Ke Jogja

Sewa Sst 8 Apa Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Penyewa Atau Pemilik

My Life As A Teacher At Smk Ladang Kerilla

Resipi Udang Butter Garlic Yang Ringkas Tapi Sedap Sangat


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Yung Kai My Light Chord

Umany Calls Out Um For Defending Direct Intake System

Akmal Urges Expelled Leaders To Set Aside Ego And Rejoin Party

Ba88 4 May Ba88 Top 8 By Derick

Gobaza88 17 Gobaza88 Top 22 By Deidre

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog