Hukum Menjual Air Zam Zam


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10–12 April 2007, telah membincangkan Kajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam.


Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan nas-nas daripada hukum syarak, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urusniaga air zam-zam.

Walau bagaimanapun, pihak pemerintah boleh mengenakan sekatan sekiranya terdapat pihak yang mencemarkan kesucian dan kemuliaan air tersebut.

ISU PENJUALAN AIR ZAM ZAM

Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan akhbar Harian Metro pada 11 Mei 2015 bertajuk “Zam Zam Tiruan” berkenaan penjualan air zam zam tiruan di pasaran tempatan yang diragui ketulenan dan keselamatan kepada pengguna.

Air zam zam diperolehi dari bawah tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semulajadi seperti termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Pengimportan air mineral semulajadi memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi.

Sehubungan itu, penjualan air zam zam tidak dibenarkan di Malaysia.

Dalam hal ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah bersetuju supaya Kementerian Kesihatan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam memandangkan ia di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

PENJUAL AIR ZAM-ZAM BOLEH DIDENDA, DIPENJARA

Tahukah anda bahawa air zam-zam adalah dilarang untuk dijual di Malaysia?

"Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedarkan dan menjual air zam-zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun," menurut kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM.

Dalam pada itu, kenyataan berkenaan turut memaklumkan orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berhubung perkara itu boleh menyalurkannya kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di laman sesawang fsq.moh.gov.my.

Kenyataan itu memaklumkan maklumat juga boleh disalurkan di www.facebook.com/bkkmhq.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:
Kenapa Minum Sambil Berdiri Bahaya Untuk Kesihatan?Kelebihan Air Mineral Semulajadi Berbanding Air Minuman Biasa
-Sentiasapanas.com



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.sentiasapanas.com/2020/01/hukum-menjual-air-zam-zam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Menjual Cecair Rokok Elektronik

Hukum Menjual Cecair Rokok Elektronik

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 338 hits
SOALAN Saya bercadang nak berniaga dan menjual cecair atau e juice untuk vape rokok elektronik Tetapi saya ada terbaca tentang fatwa yang mengatakan penggunaan vape rokok elektronik adalah haram Jika saya tetap menjual cecair e juice untuk ...
Wajib Tegas Pada Jualan Arak Bukan Air Zam Zam

Wajib Tegas Pada Jualan Arak Bukan Air Zam Zam

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 454 hits
IPOH Tindakan saman terhadap pihak yang menjadikan air zam zam sebagai barang jualan di Malaysia merupakan langkah yang dipertikaikan malah boleh membangkit kemarahan dalam kalangan umat Islam Umum mengetahui tidak semua rakyat mampu pergi ...
Al Kisah Air Zam Zam

Al Kisah Air Zam Zam

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 427 hits
Ibrahim Mat IsaAku baca banyak kecaman berkaitan pengharaman jualan air zamzam oleh kerajaan terdahulu dan diteruskan di bawah kerajaan sekarang melalui KKM Bagi aku perangai mengecam dan bantai melulu itu memang perangai walaun kononnya me...
Penjelasan Sebenar Terhadap Isu Pengharaman Menjual Air Zamzam

Penjelasan Sebenar Terhadap Isu Pengharaman Menjual Air Zamzam

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 1246 hits
Ekoran tularnya video dibawah Haram Jual Air Zam Zam Kena faham isu ni kenyataan akhbar berkaitan haram JUAL itu telah lama Dua kali KKM buat kenyataan sama 2011 dan 2017 atas isu PENIPUAN penjualan Air Zam Zam Kerajaan Arab Saudi telah men...
Denda Tidak Melebihi Rm10 000 Penjara Dua Tahun Jika Jual Air Zam Zam Di Malaysia

Denda Tidak Melebihi Rm10 000 Penjara Dua Tahun Jika Jual Air Zam Zam Di Malaysia

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 749 hits
Air zam zam dilarang dijual di negara ini menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu kenyataan Kenyataan itu memaklumkan individu yang menjual air zam zam boleh berdepan tindakan undang und...
Air Zam Zam Di Malaysia Tiruan Duta Arab Saudi

Air Zam Zam Di Malaysia Tiruan Duta Arab Saudi

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 684 hits
PETALING JAYA Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia Datuk Seri Fahad Abdullah Alrashid menggesa supaya tindakan undang undang diambil terhadap peniaga air zamzam tiruan di negara ini Menurut beliau air yang dijual di pasaran Malaysia yang didak...
Jual Air Zam Zam Di Malaysia Boleh Dipenjara Dua Tahun

Jual Air Zam Zam Di Malaysia Boleh Dipenjara Dua Tahun

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 488 hits
KUALA LUMPUR Air zam zam dilarang dijual di negara ini menurut Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu kenyataan Kenyataan itu memaklumkan individu yang menjual air zam zam boleh berdepan tindak...
Apa Yang Tak Kena Dengan Kau Caprice Tegur Pihak Persoal Larangan Jual Air Zam Zam

Apa Yang Tak Kena Dengan Kau Caprice Tegur Pihak Persoal Larangan Jual Air Zam Zam

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 271 hits
Sejak beberapa hari yang lalu kembali kecoh diperdebatkan terutamanya di media sosial mengenai larangan penjualan air zam zam Perkara ini adalah ekoran daripada kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia yang memaklumkan individu yang menjual...
5635 Jangan Nafikan Hak Pengguna Islam Membeli Air Zam Zam Toqqi Ppim 08 01 2020

5635 Jangan Nafikan Hak Pengguna Islam Membeli Air Zam Zam Toqqi Ppim 08 01 2020

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 867 hits
Larangan penjualan air Zam Zam di Malaysia turut mendapat perhatian PPIM apabila penjualan air ini dikhuatiri bakal meningkatkan transaksi penipuan jual beli dikalangan pengguna Namun tindakan ini juga dikritik Ketua Aktivis PPIM Toqqi kera...
Investor Partnering Benefits Risks

Hari Lautan Sedunia Bukan Sahaja Ombak Kini Lautan Bersuara Melalui Kelunturan Karangnya

Mitos Cinta Akira

Sumba Is Not Bali That Is The Point

Heat Rises On And Off The Pitch With Tiger Balm S Legendary Together Football Tournament In Malaysia

Redakan Hfmd Petua Tips Ibu Bapa Perlu Tahu

Ha Ha Ha Tiba Tiba Ada Line Jalan Di Lokasi Pelajar Upsi Maut

Pasaran As Melonjak Disokong Data Pekerjaan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mocha Cafe Parit Buntar 2025 Part 2

Sambut Raya Aidiladha Di Bandar

Wacana Manuskrip Melayu Bil 3 2025 Persenjataan Melayu Citra Budaya Bangsa

Ashley Graham S Legs And Feet In Tights 2

Hukum Dan Adab Korban Dalam Islam Panduan Lengkap Untuk Ibadah Raya Haji

Aidil Adha Tetap Meriah Di Kuala Lumpur Sambil Bonding Dengan Adik Beradik