Hukum Menjual Produk Beracun


HUKUM MENJUAL PRODUK BERACUN. Ada ke yang mula benci saya asyik tulis berkaitan produk ni? bukan review tapi entri yang berbentuk pendedahan & kesedaran tentang produk beracun. Yelah.. saya faham blogger blogger yang rasa menyampah tu mesti sebab depa tak nak stop ambil review produk produk macam tu atau overclaim kan? So buat buat la macam tak tahu.. Selamat sikit. Nanti boleh guna alasan tak tahu kan.. kekekeke. Alolo.. marah ke? Gurau je la..


Kalau ikut basic yang paling mudah.. Menjual sesuatu yang boleh memudaratkan orang lain memang la berdosa & haram kan.. Tapi sejenis 'Ponder' ni suka la buat buat macam depa ni naif & tak tahu apa apa. Seolah olah macam tak pernah belajar agama tapi kalau bab menunggang agama depa la paling 'Jaguh'. Tapi tang bab hukum pasal menjual produk beracun terus jadi blur & blank. Macam terencat pula memasing kan. Yelah.. kita sedia maklum la kan.. Produk beracun terutama kosmetik ni memang agak laris di pasaran. Sebabnya mampu memberi kesan kecantikan yang cepat walau selepas tu muka kau akan jadi umpama 'singapura di langgar todak'.

Yang kesian agent agent & seller seller ni.. Of course la founder tak kan mengaku memang produk dia beracun even KKM dah menyenaraikan produk depa dalam senarai produk beracun. Dia akan manipulasi laporan KKM dengan alasan 'Fake product'. Yang bangang bangang sikit ni pun percaya la.. Maka para agent & seller secara berjemaah la menyebarkan dakyah kononnya produk depa yang KKM sahkan beracun tu adalah fake produk. Konon kena sabotaj oleh pesaing bla.. bla.. blah.. bagai. Alasan tu di ulang semula bila sekali lagi kena banned dengan KKM.. walau berkali kali kena banned pun alasan yang sama di gunakan pakai & yang pelik masih ada yang percaya.

Betul ke seller seller ni tak tahu atau buat tak tahu? Yelah produk laku keras katanya.. Bila jual untung banyak. Rewards dari HQ pun selalu dapat. Nak cari rezeki suap kat anak anak katanya.. terpaksa jual.

Bagi yang rasa tak salah nak jual produk produk yang memang dah di sahkan beracun ni.. Terutama yang beragama Islam la. Kena tahu apa hukum nya menjual produk produk macam tu. Even urusan jual beli tu sah tapi masih ada penipuan & penganiayaan kat situ. Boleh baca penjelasan dari Ustaz Farid Rashidi setelah di ajukan soalan berkaitan ni.. Baca pada screenshot di bawah

Hukumnya jika dah tahu beracun, memudharatkan orang tapi tetap menjual ia dikira perbuatan yang berdosa dan haram kerana beberapa sebab:

1. Menipu ketika jual beli.
2. Mudharatkan diri dan orang lain.

Daripada Abu Said Al-Khudri r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda :

لا ضرر ولا ضرار

“Tidak boleh melakukan kemudharatan dan tidak pula boleh mengundang kemudharatan (melalui perbuatan yang dilakukan).”

[Hadis hasan riwayat Daruquthni, Al-Hakim dan Baihaqi]
Menipu dengan mengatakan produk tu masih selamat di gunakan & menganiaya orang yang beli guna yang mungkin mendapat kesan kemudaratan pada diri mereka. Tak rasa bersalah & berdosa ke wahai founder? Ye ye.. memang depa tak rasa bersalah jauh sekali rasa berdosa sebab depa jual produk tu & memberi peluang pekerjaan kepada orang lain. Lepas tu keuntungan depa guna juga untuk bayar zakat & bersedekah kepada golongan miskin. Yelah.. yelah... Kalau macam tu kita pun boleh jual dadah. Untung cepat sikit. Lepas tu kita cari anak anak buah untuk jadi runner tukang hantar dadah, ambil dropship untuk cari pembeli dadah. Untung nanti kita bayar la zakat & buat sedekah yer.. Paham ke idak??? Benda tu memudaratkan... Takkan nak di halalkan hanya kerana alasan nak bantu orang lain sedangkan masih banyak pilihan yang lebih baik boleh buat?

entri ni sebagai peringatan sesama kita.. Rasa nak ambil sebagai panduan.. ambil la. Tak nak itu pilihan anda. Saya cuma menyampaikan secubit ilmu dari perkongsian orang yang lebih berilmu berbanding saya. Tidak berniat menjatuhkan mana mana pihak sekadar berpesan pesan sesama kita.

Moral of the story.. Tepuk dada tanya Iman. Jual dari hati.. Jual with Iman.. erkkk... tetiba. kekekeke

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.lekatlekit.com/2019/08/hukum-menjual-produk-beracun.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bowel Welness Dan Women Wellness Produk Himalaya Wellness Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Bowel Welness Dan Women Wellness Produk Himalaya Wellness Untuk Kesihatan Tubuh Badan

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 1079 hits
hai assalammualaikumBowel Wellness Dan Women Wellness Produk Himalaya Wellness Untuk Kesihatan Tubuh Badan Korang pernah dengar produk Himalaya tak Nad tau pun dari kawan kawan nad yang ambil produk Himalaya ni Selalu juga nad nampak kedai ...
Guna Produk Ada Kapur Barus Anak Bawah 24 Bulan Boleh Sawan

Guna Produk Ada Kapur Barus Anak Bawah 24 Bulan Boleh Sawan

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 458 hits
Penggunaan produk yang tidak bersesuaian boleh memudaratkan bayi apatah lagi hingga mengakibatkan sawan Bahayanya Perkongsian daripada ini perlu mama papa ikuti Jangan terikut ikut menggunakan setiap produk yang mengandungi camphor atau kap...
Panen Raya Semangka Bupati Anas Ajak Petani Garap Produk Turunan

Panen Raya Semangka Bupati Anas Ajak Petani Garap Produk Turunan

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 168 hits
Tidak hanya menjadi sentra produksi pangan Banyuwangi juga menjadi penghasil beragam tanaman hortikultura salah satunya semangka Bupati Banyuwangi Abdullah Azwar Anas pun berkesempatan melakukan panen raya semangka di Dusun Umbulharjo Desa ...
Microsoft Melancarkan Mod Tema Gelap Untuk Semua Produk Microsoft 365 Bermula Dengan Outlook

Microsoft Melancarkan Mod Tema Gelap Untuk Semua Produk Microsoft 365 Bermula Dengan Outlook

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 220 hits
Dengan populariti mod tema gelap pada banyak aplikasi iOS dan Android Microsoft turut mengemaskini produk produk mereka dengan sokongan mod tema gelap Kemaskini bermula dengan aplikasi Outlook untuk iOS dan Android yang diedarkan hari ini M...
Sibuk Dengan Boikot Tapi Tak Beli Pun Produk Orang Islam

Sibuk Dengan Boikot Tapi Tak Beli Pun Produk Orang Islam

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 827 hits
Hangpa perasan tak spesis yang jenis orang kempen boikot dia pun tak nak kalah Pung pang pung pang kat social media boikot tu boikot ni Alih alih lepak starbuck la makan kat kopitiam membeli belah kat pasaraya pasaraya besar milik bukan Isl...
Kenapa Perlu Sokong Produk Muslim

Kenapa Perlu Sokong Produk Muslim

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 484 hits
Kempen utamakan produk dan perkhidmatan muslim perlu dipertingkatkan Tindakan ini tiada kaitan dengan permusuhan antara agama Sebaliknya satu usaha untuk meningkatkan ekonomi orang Islam Tentu sekali tidak salah untuk kita membantu sesama m...
Ibu Bapa Jangan Beri Produk Mengandungi Camphor Pada Kanak Kanak

Ibu Bapa Jangan Beri Produk Mengandungi Camphor Pada Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 29/8/2019 - jumlah : 303 hits
Tahukah Camphor atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran Ia berfungsi baik untuk melegakan kesakitan gatal batuk dan selesema Walaubagaimanapun produk yang mengandungi kapur barus ini di...
Beautea Produk Baru Dari Safi Malaysia

Beautea Produk Baru Dari Safi Malaysia

papar berkaitan - pada 28/8/2019 - jumlah : 745 hits
Assalamualaikum dan Hai Berita baik untuk pengguna tegar produk penjagaan kulit Safi Malaysia Safi Malaysia telah melancarkan satu produk pembersih wajah baru iaitu BeauTea Produk pembersih wajah yang berasaskan campuran bahan semulajadi ya...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Kl Chinatown Festival 2024

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Seketika Di Tugu Negara

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Bitcoin Menghampiri Us 100 000 Mdapa Memberi Peringatan Kepada Pelabur Untuk Lebih Peka

Apa Itu Thyroid Tummy Punca Perut Buncit Yang Jarang Disedari

Topvision Daripada Pasaran Leap Ke Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Berhad

Pengalaman Stay Casabella Homestay Di Batam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Coffee 2 0 Brewing The Future Of A Beloved Beverage