Bowel Welness Dan Women Wellness Produk Himalaya Wellness Untuk Kesihatan Tubuh Badan
hai assalammualaikum
Bowel Wellness Dan Women Wellness, Produk Himalaya Wellness Untuk Kesihatan Tubuh Badan - Korang pernah dengar produk Himalaya tak. Nad tau pun dari kawan-kawan nad yang ambil produk Himalaya ni. Selalu juga nad nampak kedai Himalaya ni dalam shopping mall, tapi jarang masuk. Selepas baca maklumbalas dari kawan-kwan, diaorang cakap produk Himalaya ni bagus. Sejak tu, nad terus cuba pakai produk Himalaya ni. Sebelum ni, beli produk untuk anak-anak ( bonnisan untuk tambah selera anak ) dengan skincare je, sekarang nad ambil produk Himalaya Wellness iaitu Bowel Wellness dan Women Wellness untuk kesihatan tubuh badan nad.
Kalau dulu muda remaja, tak risau sangat badan ni, tak risau kesihatan langsung, yela, muda kan, kuat katanya. Dah dewasa, beranak pinak ni, macam-macam pulak tak kena dengan kesihatan, dengan badan ni. Dah paham la, kita ni makin berusia..hahaha..Jadi, sakit sana sini..Hormon badan tak stabil, penat, tekanan. Mudah sangat badan ni lenguh, sakit sendi la, package denagn sembelit..perut tak lawas...haishh, macam-macam la...Sebab tu nad cuba ambil produk Himalaya Wellness iaitu Bowell Wellnes Triphala dan Women Wellness Shatavari.
Bowel Wellness Dan Women Wellness, Produk Himalaya Wellness Untuk Kesihatan Tubuh BadanOk nad cerita satu-satu produk ya..
Women Wellness Shatavari
Women Wellness Shatavari ialah produk untuk menyokong kesihatan wanita, mengawal haid dan untuk wanita selepas melahirkan anak.
Mesti korang tertanya, Shatavari tu apa? Hah Shatavari atau Asparagus racemosus adalah herba popular dengan tepat dipanggil "Formula Kesihatan Perempuan". Shatavari dalam bahasa Sanskrit bermaksud 'dia yang memiliki 100 suami', yang menunjukkan peranan penting herba dalam kesihatan dan daya hidup keseluruhan wanita. Secara tradisinya, Shatavari (Asparagus) dianggap sebagai tonik rejuvinatif terbaik untuk wanita.
Bahan-bahan lain: Mikrosial Selulosa, Kalsium Hidrogen Phosphate Dihydrate, Silica Colloidal Anydrous, Magnesium Stearate.
Antara kelebihan Women Wellness Shatavari ni ialah:
- Membantu mengawal kitaran haid dan hormon dalam badan.
- Membantu merawat gejala PMS dgn melegakan kesakitan
- Meremajakan kesihatan dalaman
- Mengurangkan simptom menopause
- Meningkatkan kesuburan
- membantu ibu baru untuk menyusu
- membantu dengan memulih badan ibu selepas pelahiran
- membantu mengatasi keletihan
Siapa yang boleh mengambil produk ini
1. Wanita yang ingin mengekalkan kesihatan rahim
2. Wanita yang sedang menopaus.
3. Wanita yang ingin memperbaiki kesihatan reproduktif.
4. Ibu menyusu dengan susu ibu yang rendah
Cara nak mengambilnya:
- Ambil 2 kapsul dua kali sehari selepas makan.
Dalam satu botol ada 60 biji kapsul.
Selepas nad ambil Women Wellness Shatavari ni, badan nad rasa lain je. Rasa lebih bertenaga. Paling ketara, bila haid datang lepas ambil Shatavari ni. Nad memang jarang kena period ( haid )..orang kata biasa, tapi nad taknak la. Kalau boleh nak keluarkan darah kotor tu. Dan ambil ni, alhamdulillah, ok. Pada masa sama, susu pun bertambah. sebab tu adik nak melekat je..
Untuk mereka yang ada Diabetes / Hipertensif disarankan untuk berunding dengan doktor sebelum menggunakan produk ini.
Ok, produk kedua pulak
Bowell Wellness Triphala
Dekat kotak dia cakap Bowell Wellness Triphala ni dapat bantu penghadaman dan masalah sembelit. Hah!!,masalah nad bab perut tak lawas memang dah lama terjadi. Lepas dua atau tiga hari baru nak membuang. Bila dapat buang tu perit giler..Dulu tak tau apa ubat perlu ambil. Biarkan jela. Lepas kenal Himalaya Wellness, ada ubat untuk masalah sembelit, hah terus cuba
Triphala (Tiga buah ) adalah salah satu rumusan herba tertua dan paling seimbang dalam tradisi Ayurveda. Perumusan ini menggabungkan tiga buah masam dan astringen yang unik untuk kesan yang dapat memberikan kesihatan
Triphala menggabungkan kebaikan gooseberry India, Belleric Myrobalan dan Chebulik Myrobalan, yang bekerja bersama untuk melegakan sembelit dengan menghasilkan pergerakan usus yang berkesan. Triphala membantu pencernaan dan menggalakkan kesihatan gastrousus.
Bahan yang ada Ekstrak Triphala (buah Amla (Emblica officinalis), buah myrobalan belleric (Terminalia bellirica), cherobic myrobalan buah (Terminalia chebula) - 250 mg. , Koloid silikon dioksida, magnesium stearate
Siapa yang boleh mengambil produk ini1) Orang yang mengalami sembelit kronik
2) Orang yang senak, perut kembung dan belching.
Cara ambilnya;
Ambil 2 kapsul selepas makan dua kali sehari.
Gembira gila lepas ambil Bowell Wellness Triphala ni. Nad dah tak sembelit, lancar je usus ni. Makan malam tu, esok paginya mesti membuang..hehee..Badan pun rasa ringan, dan ok je.
Sebenarnya bukan ubat ni sahaja kita kena ambil, dari segi pemakanan dan senaman pun kita kena titiberatkan. Paling penting minum banyak cecair: Air dan cecair yang mencukupi akan membantu melembutkan najis.
No Added
Apa yang nad suka dengan produk Himalaya Wellness ni, sebab produk dia tiada gula tambahan, warna tiruan, perisa tiruan, bahan pengawet, bahan soya dan tenusu. Bahan-bahan yang digunakan berasaskan herba.
Dua produk ni boleh diambil secara serentak selepas makan..
Produk Himalaya Wellness semestinya Halal..
Lagi satu, kesemua produk Himalaya Wellness ni perlu dapatkan nasihat doktor, yang ada penyakit, ibu mengandung tu..ok..
Korang kalau nak cuba, boleh dapatkan produk Himalaya Wellness ni di kedai Himalaya sendiri, sellaunya di dalam shopping mall, banyak sekarang ada. Kalau susah sangat, dekat Watson pun ada jual. Hah nak lagi senang, beli online je..hehe..
Untuk keterangan lanjut, boleh layari
Website: http://www.himalayainasia.com/index.php
Facebook: https://www.facebook.com/HimalayaHealthcareMalaysia/
Instagram: https://www.instagram.com/himalayamalaysia/?hl=en
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.miszrockers.com/2019/08/bowel-welness-dan-women-wellness-produk.html