Hukum Menggabungkan Niat Puasa Qada Ramadhan Puasa Sunat Syawal






1. Apakah fadhilat puasa enam hari bulan Syauwal?
Sunat puasa enam ini berdasarkan sabda Baginda yang maksudnya :
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعُهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْر
"Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syauwal, seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun[1]."


Mengerjakan puasa sunat sebanyak enam hari dalam bulan Syauwal setelah berpuasa Ramadhan sebulan penuh diibaratkan oleh Rasulullah SAW sebagai berpuasa sepanjang tahun kerana sebulan puasa Ramadhan itu menyamai puasa sepuluh bulan dan puasa enam pula menyamai dengan 60 hari atau dua bulan. Jika dicampurkan sepuluh bulan dengan dua bulan, maka genaplah ia setahun, itulah yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun. Perkara ini dijelaskan lagi dalam sebuah hadis, sabda Baginda yang maksudnya[2] :


صِيَامُ رَمَضَانَ بِعَشرة أَشْهُر، صِيَامُ سِتَّة أَيَّام بِشَهْرَيْن، فَذَلِكَ صِيَام سَنَة


"Berpuasa sebulan Ramadhan (disamakan) dengan berpuasa sepuluh bulan, dan berpuasa enam hari selepasnya (disamakan) dengan berpuasa dua bulan, maka kedua-duanya itu (jika dicampurkan) genap setahun berpuasa [3]."


Berdasarkan hadis di atas juga, sebahagian ulama menjelaskan bahawa puasa enam hari dalam bulan Syauwal diberikan ganjaran yang sama dengan ganjaran puasa di bulan Ramadhan, kerana setiap kebajikan itu dibalas atau diberikan dengan sepuluh kali ganda. Sebagaimana juga mereka mengatakan: "Membaca Surah Al-Ikhlas itu sama dengan membaca sepertiga Al-Quran.


Sabda Rasulullah saw,


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعُهُ سِتًّا مِنْ شَوَّال خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِهِ كَيَوْم وُلِدَتْهُ أُمُّهُ


Yang bermaksud, "Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syauwal, keluar (dihapus) dosanya seolah-olah dia baru dilahirkan oleh ibunya[4].


2. Seseorang mukmin yang mengqada’kan puasa fardhu dalam bulan Syauwal untuk tujuan dapat fadhilat puasa enam hari dalam bulan Syauwal, bagaimana pandangan Islam tentang perkara ini?


Bagi sesiapa yang mengqada’kan puasa fardhu dalam bulan Syauwal akan mendapat pahala puasa enam hari dalam bulan Syauwal sekalipun dengan niat qada’ sahaja. Sekiranya dia berniat dan berpuasa qada’ berasingan dengan puasa enam hari bulan Syauwal maka itu adalah Afdhal.


Hal ini ditasybihkan dengan pendapat tentang solat sunat Tahiyyat al-Masjid. Seseorang itu memperolehinya sama ada dengan solat fardhu atau solat sunat yang lain sekalipun tidak berniat solat Tahiyyat al-Masjid Tahiyyat al-Masjid[5].


3. Seseorang muslim yang sedang berpuasa sunat enam hari di bulan Syauwal pada waktu yang sama dia meraikan Aidil Fitri (ziarah atas undangan atau menyambut tetamu) dalam keadaan dirinya berpuasa, bagaimana penyelesaian yang Islam anjurkan untuk dua keadaan ini?


Sebagai maklumat awal:


Haram berpuasa pada awal Syauwal. Sehubungan dengan itu, kebanyakan orang mengambil peluang pada hari tersebut untuk memenuhi undangan dan berziarah.
Puasa sunat enam hari bulan Syauwal boleh dilakukan secara berturut-turut atau berasingan dalam bulan Syauwal.
Ia merupakan puasa sunat dan bukannya wajib.
Bagi seorang isteri perlu mendapatkan keizinan daripada suaminya.


Sekiranya dia didatangi tetamu hendaklah dia meraikan tetamunya. Sunat dia berbuka puasa sunat tersebut. Hal ini sebagaimana sabda Rasulullah,


مَنْ كَانَ يُؤْمِنُ بِالله وَاليَوْمِ الآخِرِ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفَهُ


Yang bermaksud, Sesiapa beriman dengan Allah dan Hari Qiamat maka muliakanlah tetamunya[6].


Ini kerana tetamu yang datang membawa rezeki kepada tuan rumah. Daripada Abu Hurairah ra, sabda Rasulullah SAW,




أَيُّهَا النَّاس لاَ تَكْرَهُوْا الضَّيْف فَـإِنَّهُ إِذَا نَزَلَ نَزَلَ بِرِزْقِهِ، وَإِذَا رَحَلَ رَحَلَ بِذُنُوْبِ أَهْلِ المَنْـزِلِ


Yang bermaksud, Wahai manusia! Janganlah kamu membenci kehadiran tetamu. Sesungguhnya mereka datang membawa rezeki dan apabila keluar (pulang) membawa dosa ahli rumah tersebut keluar[7].


[1] Riwayat Muslim


[2] Al-Nafahat al-Nuraniyah fi Fadhail al-Ayyam wa al-Layali wa al-Syuhur al-Qomariyah, al-Syeikh Yusuf Khattar Muhammad, Matba’ah Nadhr, 2001, bab al-Ayyam al-Sittah min Syauwal, hlmn 215


[3] Diriwayat oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya, Ibn Hibban dalam Sahihnya dan al-Munziri dalam Targhib wa al-Tarhib


[4] Riwayat al-Tabrani


[5] Ahsanul Kalam fi Fatawa wal Ahkam, ‘Atiah Saqar, Darul Ghad al-Arabi, Jld 3, hlmn 86.


[6] Riwayat Imam Ahmad.


[7] Bustan al-Waizin wa Riyadh al-Sami’in, Imam Abi al-Farj Abdul Rahman bin Abi al-Hasan Ali bin Muhammad bin Ali bin al-Jauzi al-Qarasyi al-Tamimi al-Bakri al-Hanbali, Dar al-Kutub al-Arabi, 2001, hlmn 91


Oleh: Ustaz Syaiful Nizam Bin Md Jan
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Lihat Sedikit
 kredit :  Facebook Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
              ( https://www.facebook.com/photo?fbid=359150726245541&set=a.224821546345127)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pemudattbc.blogspot.com/2022/05/hukum-menggabungkan-niat-puasa-qada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti

Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 188 hits
Puasa 6 Syawal Dan Hukum Gabung Puasa Ganti Setelah selesai melaksanakan puasa Ramadan umat Islam berpeluang untuk menunaikan Puasa 6 Syawal Tahukah anda apakah kelebihan puasa ini Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Puasa Enam Syawal ...
Bolehkah Puasa Syawal Tetapi Masih Memiliki Utang Puasa Ramadhan Karena Haidh

Bolehkah Puasa Syawal Tetapi Masih Memiliki Utang Puasa Ramadhan Karena Haidh

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 209 hits
Ini masalah yang sering ditanyakan apakah boleh puasa Syawal sedangkan masih memiliki utang puasa Ramadhan misalnya pada wanita karena mengalami haidh sepekan di bulan Ramadhan
Cabaran Puasa Dibulan Syawal

Cabaran Puasa Dibulan Syawal

papar berkaitan - pada 4/5/2022 - jumlah : 187 hits
CABARAN PUASA DIBULAN SYAWAL Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih Assalammualaikum wbt PUASA enam Puasa qada Ada yang pilih puasa enam dulu Ada yang pilih puasa qada dahulu Puasa enam sunat Puasa qada wajib Ada banyak pend...
Cara Puasa Syawal Menurut Ulama Syafi Iyah

Cara Puasa Syawal Menurut Ulama Syafi Iyah

papar berkaitan - pada 3/5/2022 - jumlah : 220 hits
Bagaimana cara puasa Syawal Coba lihat bahasan dari ulama Syafi iyah berikut ini yang telah dirangkum
Musafir Wajib Qada Puasa Jika Ramadan Kurang 29 Hari

Musafir Wajib Qada Puasa Jika Ramadan Kurang 29 Hari

papar berkaitan - pada 2/5/2022 - jumlah : 153 hits
PUTRAJAYA Umat Islam bermusafir di negara yang berpuasa lewat sehari tetapi kemudian tiba di negara yang sudah pun tamat diwajibkan ganti lagi bagi mencukupkan 29 hari Demikian pandangan tokoh agamawan terkenal Datuk Dr Zulkifli Mohamad al ...
50 Ucapan Selamat Puasa Ramadhan 2022

50 Ucapan Selamat Puasa Ramadhan 2022

papar berkaitan - pada 25/4/2022 - jumlah : 229 hits
Silahkan lanjut baca artikel di Semua orang bisa saja mengucapkan selamat menjalankan puasa di bulan Ramadhan secara lisan verbal Artikel pertama kali dipublikasikan di
Lafaz Niat Gabung Puasa 6 Dan Puasa Ganti

Lafaz Niat Gabung Puasa 6 Dan Puasa Ganti

papar berkaitan - pada 6/5/2022 - jumlah : 468 hits
Lafaz Niat Gabung Puasa 6 Dan Puasa Ganti Dah habis puasa Ramadhan Allah buat offer lagi dengan puasa sunat Syawal Puasa ni siapa buat memang power lah sebab dapat menahan hawa nafsu rumah terbuka Syawal yang sememangnya sentiasa ada pada b...
Hukum Mendirikan Solat Sunat Aidilfitri

Hukum Mendirikan Solat Sunat Aidilfitri

papar berkaitan - pada 7/5/2022 - jumlah : 358 hits
Ulama berbeza pendapat mengenai hukum solat Aidilfitri Bagi kebanyakan umat Islam di Malaysia mereka berpegang kepada pendapat bahawa hukum solat hari raya adalah sunat muakkad Ulama yang berpegang kepada pendapat ini berpandangan wujudnya ...
Hukum Puasa Separuh Hari Bagi Kanak Kanak

Hukum Puasa Separuh Hari Bagi Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 30/4/2022 - jumlah : 180 hits
Istilah puasa separuh hari memang sinonim bagi anak anak yang mula nak belajar puasa Di bulan Ramadhan ni mama selalu teringat peristiwa masa anak mama mula belajar berpuasa dulu Semasa tu dia masih di tadika Dia sendiri yang nak belajar be...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj

Diet Sihat Untuk Jantung Power

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin