Hukum Mengambil Wuduk Dalam Keadaan Tak Berpakaian Sah Atau Tidak


Hukum Mengambil Wuduk Dalam Keadaan Tak Berpakaian, Sah Atau Tidak. Suruhan untuk menutup aurat ketika mengambil wuduk tidak ada dinyatakan sebagai satu perkara wajib atau sunat untuk dilakukan. Akan tetapi, di dalam bab mandi ada dinyatakan bahawa menutup aurat adalah satu daripada perkara sunat.
BACA: Rajin Solat Dhuha Dan Selalu Doakan Suami, Rezeki Tambah Murah!
Hukum Mengambil Wuduk Dalam Keadaan Tak Berpakaian, Sah Atau Tidak?
Namun begitu, ia berlainan pada keadaan mengambil wuduk atau mandi tanpa berpakaian di tempat awam, maka hukumnya jelas wajib untuk menutup aurat. Ini berdasarkan kepada Hadis Nabi SAW:
لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ وَلَا تَنْظُرُ الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ
Maksudnya: Lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki dan begitu juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita.
Hadis riwayat Muslim (no. 388)
قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ عَوْرَاتُنَا مَا نَأْتِي مِنْهَا وَمَا نَذَرُ قَالَ احْفَظْ عَوْرَتَكَ إِلَّا مِنْ زَوْجَتِكَ أَوْ مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ فَقَالَ الرَّجُلُ يَكُونُ مَعَ الرَّجُلِ قَالَ إِنْ اسْتَطَعْتَ أَنْ لَا يَرَاهَا أَحَدٌ فَافْعَلْ قُلْتُ وَالرَّجُلُ يَكُونُ خَالِيًا قَالَ فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ
Maksudnya: Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, aurat kita manakah yang harus kita tutup dan manakah yang boleh kita nampakkan?” Nabi menjawab: “Jagalah auratmu kecuali terhadap isterimu atau hamba wanitamu.” Saya bertanya: “Jika lelaki bersama lelaki?” Nabi menjawab: “Jika engkau mampu agar auratmu tidak dilihat oleh sesiapa maka (usahakan) jangan sampai ada orang yang boleh melihatnya.” Saya bertanya: “Wahai Nabi Allah, jika berada dalam keadaan sendirian?” Nabi menjawab: “Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia”.
Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769)
Menurut mazhab Syafie, wajib kepada seseorang muslim yang berada di dalam keadaan bersendirian dan ditempat yang tertutup untuk menutup aurat. Pandangan ini juga disokong oleh ulamak dari kalangan Hanafi dan Hanbali.
Adapun begitu, dari kalangan Ulamak mazhab Maliki mereka menyatakan sunat untuk menutup aurat ketika berada dalam keadaan bersendirian dan ditempat yang tertutup (rujuk kitab Mausuah Fiqhiyah Quwaitiyah, 24/176)
Namun begitu, dibenarkan seseorang itu untuk tidak menutup aurat ketika bersendirian dengan syarat ia perlu disertakan dengan hajat seperti mandi atau untuk menyejukkan badan (rujuk kitab Mughni Muhtaj, m/s 185).
Justeru dalam keadaan tidak memakai pakaian ketika wuduk adalah sah tetapi tidaklah dilakukan di tempat terbuka atau dilihat oleh orang lain.
Begitu juga sepatutnya seseorang Muslim hendaklah menjaga maruahnya dan tidak mendedahkan aib diri sendiri di hadapan orang lain. Walaupun sah wuduknya tetapi dia berdosa kerana mendedahkan aurat kepada orang yang haram melihatnya.
Bahkan Rasulullah SAW bersabda:
الحَيَاءُ مِن الإِيمَان
Maksudnya: “Malu itu sebahagian daripada Iman.”
Hadis Riwayat Bukhari (no. 24)
فَاللَّهُ أَحَقُّ أَنْ يُسْتَحْيَا مِنْهُ
Maksudnya: “Allah lebih berhak baginya untuk malu terhadapNya daripada (malu) terhadap manusia”
Hadis riwayat al-Tirmidzi (no. 2769)
Walaupun tidak dinyatakan sebagai perkara sunat atau wajib menutup aurat ketika mengambil wuduk tetapi adalah lebih baik dan utama untuk menutup aurat sepertimana yang disunatkan ketika mandi.
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
The post Hukum Mengambil Wuduk Dalam Keadaan Tak Berpakaian, Sah Atau Tidak? appeared first on Apakes.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.apakes.com/hukum-mengambil-wuduk-dalam-keadaan-tak-berpakaian-sah-atau-tidak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Adakah Sah Wuduk Ketika Mekap Masih Ada Jawapan Datuk Prof Dr Muhaya Ini Semua Muslimah Wajib Tahu

Adakah Sah Wuduk Ketika Mekap Masih Ada Jawapan Datuk Prof Dr Muhaya Ini Semua Muslimah Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 638 hits
Adakah Sah Wuduk Ketika Mekap Masih Ada Jawapan Datuk Prof Dr Muhaya Ini Semua Muslimah WAJIB Tahu Kesempurnaan solat itu adalah bermulanya dengan kesempurnaan wuduk itu dan sekiranya solat kita itu tidak sempurna pastinya hidup kita juga t...
Hukum Sombong Dengan Cara Berpakaian

Hukum Sombong Dengan Cara Berpakaian

papar berkaitan - pada 18/9/2019 - jumlah : 342 hits
SOALAN Orang yang memakai pakaian mahal mahal atau cantik kerana bermegah megah hukumnya haram dan berdosa Soalan saya kalau sombong dengan pakaian Islam seperti jubah atau serban adakah sama juga hukumnya JAWAPAN Tidak kira sama ada pakaia...
Jawatan Pm Sah Anwar Menipu Atau Ditipu Gigit Jari

Jawatan Pm Sah Anwar Menipu Atau Ditipu Gigit Jari

papar berkaitan - pada 30/9/2019 - jumlah : 386 hits
Akhirnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman buka pintu konflik yang lebih besar di antara Dr Mahathir dan Anwar Ibrahim Kenyataannya juga akan menyebabkan keretakan yang bertambah besar di antara parti PKR dan PPBM novandri main Blog1 1x1 as pus...
Cara Dikasihi Atau Mendapat Kasih Sayang Allah

Cara Dikasihi Atau Mendapat Kasih Sayang Allah

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 608 hits
Cara Mendapatkan Rahmat Atau Kasih Sayang Allah SWT Ambil Masa Untuk Perkongsian Ni Menerusi tazkirah Jumaat minggu lalu alhamdulillah kita telah mengetahui rahmat Allah begitu luas yang terkadang tidak terjangkau oleh akal fikiran kita dan...
Perbezaan Air Zam Zam Dan Drinking Water Di Mekah Atau Madinah

Perbezaan Air Zam Zam Dan Drinking Water Di Mekah Atau Madinah

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 958 hits
Air zam zam di dalam tong diruang Mataf Rakan rakan yg berhajat menjejakkan kaki di Tanah Suci Mekah dan Madinah kena ambil tahu untuk MENGENALI YANG MANA SATU I AIR ZAM ZAM II AIR DRINKING WATER JOM KITA KENALI AIR ZAM ZAM DI MASJID NABAWI...
Vaksin Mitos Atau Real

Vaksin Mitos Atau Real

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 508 hits
Haritu ada terima notis KKM di mailbox rumah Bunyinya begini Salam sejahtera Adalah dimaklumkan bahawa terdapat kes Measles positif demam campak di kawasan perumahan anda Measles merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus measles ya...
Fatwa Mui Sumbar Semua Produk Dengan Kata Setan Neraka Atau Iblis Hukumnya Haram

Fatwa Mui Sumbar Semua Produk Dengan Kata Setan Neraka Atau Iblis Hukumnya Haram

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 442 hits
MUI Sumbar juga merekomendasikan pemerintah supaya menerbitkan regulasi soal ini Hmm memang alasannya kenapa ya
Peraturan Ikut Atau Mati Telemovie Lakonan Shukri Yahya Sara Ali

Peraturan Ikut Atau Mati Telemovie Lakonan Shukri Yahya Sara Ali

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 2818 hits
Saksikan telefilem Peraturan Ikut atau Mati lakonan Shukri Yahya Sara Ali dan ramai lagi yang akan ditayangkan pada 5 October 2019 jam 9 malam hanya di Astro Citra dan Citra HD Sinopsis Telefilem Peraturan Ikut Atau MatiSeorang pembunuh ber...
Autoimmune Disease

Lynas Rare Earths Production S Role In Global Order

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

The Middle East Has Changed Permanently

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual

Saturday Jokes 270


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ramai Blogger Kian Menyepi Diri

Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

1mdb Najib Razak Tak Bersalah

Mancing Bukan Sekadar Dapat Ikan

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

Kosong