Hukum Mengambil Tempahan Katering Untuk Majlis Di Gereja



SOALAN:
Saya seorang yang berkerja sendiri dengan membuat katering makanan dan pernah mendapat tander daripada kawan yang bukan Islam saya untuk mengadakan satu majlis di dewan gereja. Bolehkah saya mengambil tander tersebut atau menolaknya?

JAWAPAN:

Jual Beli Dengan Bukan Muslim

Hukum jual beli pada asalnya adalah diharuskan, melainkan sekiranya terdapat perkara yang diharamkan. Ini seperti mana yang disebut di dalam kaedah fiqh:

الأصل في المعاملات الحل
“Hukum asal Muamalat itu adalah halal.”

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyatakan, kaedah umum dalam jual beli bersama orang bukan Islam pada asalnya adalah dibolehkan seperti jual beli dengan orang Islam melainkan dalam hal jual beli yang bersangkutan dengan arak, babi dan bersamaan dengannya. (Lihat: al-mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 7/131)

Begitu juga perihal jual beli dengan golongan non-Muslim, ini seperti yang dilakukan Baginda SAW hadis yang diriwayatkan Sayyidatina Aisyah R.Anha:

اشْتَرَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ يَهُودِيٍّ طَعَامًا بِنَسِيئَةٍ، وَرَهَنَهُ دِرْعَهُ
“Rasulullah SAW membeli makanan dari orang Yahudi dengan pembayaran bertangguh dan menjaminnya dengan menggadaikan baju besi baginda.” [Riwayat al-Bukhari (2096)]

Kebenaran dan keharusan jual beli dengan non-Muslim di dalam semua keadaan melainkan jual beli kepada perkara kemaksiatan dan menegakkan syiar agama mereka.

Imam al-Nawawi di dalam syarah Muslim menyatakan, ulama’ bersepakat (ijma’) harus jual beli bersama ahli zimmah dan orang bukan Islam yang lain. Begitu juga tidak harus (haram) bagi seorang Muslim itu menjual senjata kepada musuh Islam yang memerangi Islam dan tidak boleh menolong mereka dalam menegakkan agama. (Lihat: Syarah al-Nawawi ala Muslim, 11/40)

Hukum Memasuki Gereja

Para Fuqaha’ berbeza pandangan berkenaan keharusan orang Islam memasuki tempat ibadat Non Muslim di antaranya:

• Mazhab Hanafi berpendapat makruh bagi seseorang Muslim itu memasuki biara dan gereja. Ini kerana tempat berkumpulnya syaitan.

• Mazhab Maliki, Hanbali dan sesetengah Mazhab Syafi’e berpendapat dibenarkan seseorang Muslim itu memasuki biara, gereja dan selainnya.

• Dan sebahagian Mazhab Syafi’e yang lain berpendapat tidak diharuskan bagi seseorang Muslim itu memasuki tempat beribadat non-Muslim melainkan dengan mendapat keizinan mereka.

(Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Quwaitiyyah, 38/155)

Selain itu, larangan memasuki rumah ibadat non-Muslim ketika hari perayaan mereka. Ini disebabkan Allah SWT murka tehadap perbuatan itu. Ini sepertimana athar yang diriwayatkan oleh Atha’ bin Dinar, berkata Sayyidina Umar R.A:

لاَ تَدْخُلُوا عَلَى الْمُشْرِكِينَ فِي كَنَائِسِهِمْ يَوْمَ عِيدِهِمْ، فَإِنَّ السَّخْطَةَ تَنْزِل عَلَيْهِمْ
“Janganlah kalian semua memasuki gereja-gereja orang musyrik pada hari raya mereka kerana kemurkaan (Allah) sedang turun kepada mereka.” [Riwayat al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (18861)]

Dan di antara dalil yang mengharuskannya seperti athar dinukilkan oleh Ibn Qudamah, diriwayatkan oleh Ibn A’iz dalam Futuh al-Sham:

“Bahawa golongan Nasrani menyediakan jamuan makan ketika kedatangan Umar ke Sham lalu mereka menjemputnya. Umar bertanya: “Di mana (jamuan)?” Mereka menjawab: “Di dalam gereja.” Umar memutuskan tidak mahu pergi lalu berkata kepada Ali: “Pergilah kamu dengan orang lain, lalu makanlah.” Ali pergi bersama-sama orang lain, memasuki gereja dan makan bersama orang Islam yang lain. Ali terlihat patung-patung lalu berkata: “Apa salahnya jika Amir al-Mukminin masuk dan makan.” (Lihat: al-Mughni li Ibnu Qudamah, 7/283)

Bekerja Di Gereja

Berkenaan orang Islam berkerja di dalam gereja, jumhur para fuqaha’ berpendapat, tidak harus seseorang Muslim itu berkerja di gereja sebagai tukang kayu, perkerja pembinaan atau selainnya. Ini kerana membantu kepada kemaksiatan, membantu kepada tertegaknya agama mereka yang batil serta perkerjaan itu termasuk di dalam memuliakan agama dan syiar mereka.

Selain itu, mengikut pandangan mazhab Hanifah, sekiranya dia mengambil upah untuk berkerja di gereja atau mengimarahkannya, tidak mengapa ini kerana tidak berlaku maksiat pada perkerjaan itu sendiri.

(Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 38/158)

Dr. Wahbah Zuhaili di dalam kitabnya menyatakan, mengikut pandangan Abu Hanifah, diharuskan seseorang Muslim itu mengambil upah atas dirinya, kenderaannya dan haiwannya kepada gereja. Dan pada pandangan mazhab-mazhab yang lain memakruhkannya kerana membantu kepada kemaksiatan. (Lihat: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 4/2688)

Kesimpulan

Berdasarkan dalil dan pandangan para fuqaha’ dapat disimpulkan disini:

• Secara umumnya jual beli dengan rakan non-Muslim pada asasnya adalah diharuskan melainkan dalam perkara kemaksiatan dan mendatangkan kemudharatan terhadap umat Islam. Dan urusan jual beli itu bukan bertujuan untuk ibadah yang dilakukan oleh mereka.

• Diharuskan memasuki rumah ibadat non-Muslim sekiranya mendapat kebenaran dan mematuhi garis panduan yang ditetapkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 68.

• Jumhur fuqaha’ memakruhkan berkerja dengan mengambil upah daripada pihak gereja, ini kerana membantu kepada kemaksiatan serta perkerjaan itu termasuk di dalam memuliakan agama mereka.

Berbalik kepada persoalan yang diajukan, mengambil tender untuk jamuan makan di gereja adalah dibolehkan sekiranya majlis itu tidak melibatkan secara langsung dengan kemuliaan, ritual dan perayaan agama mereka. Dan ia juga harus meneliti situasi dan keperluannya terhadap pengambilan tender tersebut.

Sebaiknya, walaupun terdapat perbezaan pendapat dikalangan fuqaha’, kami mencadangkan supaya keluar daripada khilaf adalah lebih diutamakan, seperti kaedah ada menyebut:

الخروج من الخلاف مستحب
“Keluar dari khilaf itu amat dituntut.”

Justeru, sebaiknya menolak pengambilan tender tersebut dengan cara yang baik, ini kerana supaya tidak bercampur dan bersubahat di dalam amalan ibadat agama mereka. Selain itu, sebaiknya memberi penerangan secara berhikmah berkenaan dengan hal ini. Ini kerana, perkara aqidah merupakan perkara yang darurat di dalam agama Islam. Dan diketahui urusan agama adalah perkara yang bersifat qati’e dan perlu diberi perhatian sebaiknya.

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/hukum-mengambil-tempahan-katering-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Guru Mengambil Hadiah Dari Murid

Hukum Guru Mengambil Hadiah Dari Murid

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 296 hits
SOALAN Tular sehari dua ni mengenai guru haram menerima hadiah daripada pelajar Betul ke tuan Sudah banyak tahun saya menerima hadiah dari pelajar saya semasa hari guru dan akhir tahun Mohon tuan memberikan penerangan JAWAPAN HadiahIstilah ...
Majlis Presiden Ph Tentukan Peralihan Kuasa Tidak Lama Lagi

Majlis Presiden Ph Tentukan Peralihan Kuasa Tidak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 320 hits
Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata Majlis Presiden Pakatan Harapan akan membincangkan tarikh peralihan kuasa perdana menteri tidak lama lagi Jangan fikir kita perlu tergesa gesa katanya dipetik FMT pada sidang media selepas berakhirnya Kong...
Majlis Akikah Rayyan Bakal Menjadi Trend Majlis Akikah Tahun 2020

Majlis Akikah Rayyan Bakal Menjadi Trend Majlis Akikah Tahun 2020

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 761 hits
Kehadiran cahaya mata semestinya merupakan detik indah bagi setiap pasangan yang telah bernikah Dalam Islam kita dianjurkan untuk mentahniqkan anak yang baru lahir mencukur rambutnya pada hari ketujuh kelahiran bersedekah mengikut berat ram...
Lebih 100 Orang Penyokong Hadiri Majlis Ramah Mesra Penaja Amp Perkenalkan Pemain Fc Pemanis

Lebih 100 Orang Penyokong Hadiri Majlis Ramah Mesra Penaja Amp Perkenalkan Pemain Fc Pemanis

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 549 hits
Lebih 100 orang penyokong termasuk anak jati Pulau Manis serta rakan dari pasukan komuniti Terengganu hadir pada majlis ramah mesra penaja dan memperkenalkan pemain FC Pemanis semalam Meskipun sekadar beraksi dalam saingan Liga M4 langkah p...
Dsai Dan Wawi Ke Majlis 60 Tahun Parlimen

Dsai Dan Wawi Ke Majlis 60 Tahun Parlimen

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 335 hits
Bersama menghadiri Majlis Makan Malam Sempena 60 Tahun Parlimen Malaysia tadi Institusi Parlimen akan terus dipelihara dan didukung sebagai badan penting dalam menjana demokrasi dan prinsip negara hukum
Kami Balun Tanpa Belas Bekas Pekerja Majlis Perbandaran Insaf Lepas Anak Lahir Cacat Macam Anjing Yang Dibunuh

Kami Balun Tanpa Belas Bekas Pekerja Majlis Perbandaran Insaf Lepas Anak Lahir Cacat Macam Anjing Yang Dibunuh

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 870 hits
Korang pernah tak call majlis perbandaran dekat tempat korang sebab korang tengok banyak sangat anjing dan kucing jalanan berkeliaran Mungkin lepas korang dengar cerita dari bekas pekerja majlis perbandaran ni korang akan fikir dua kali seb...
Majlis Perasmian Q M Dental Eko Cheras Mall Meriah

Majlis Perasmian Q M Dental Eko Cheras Mall Meriah

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 1426 hits
Hi Korang Penjagaan kesihatan oral merupakan bahagian penting dalam kesejahteraan dan kesihatan seseorang dimana sejarahnya yang panjang bermula sejak lebih 4 000 tahun lalu dan sentiasa berkembang sepanjang zaman Pada masa ini teknologi ca...
Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation