Hukum Guru Mengambil Hadiah Dari Murid



SOALAN:
Tular sehari dua ni mengenai guru haram menerima hadiah daripada pelajar. Betul ke tuan? Sudah banyak tahun saya menerima hadiah dari pelajar saya semasa hari guru dan akhir tahun. Mohon tuan memberikan penerangan.

JAWAPAN:

Hadiah

Istilah hadiah mengikut pandangan Syafi’eyyah adalah suatu pemberian barang yang dimilikinya tanpa memerlukan penukaran barang yang lain dengan tujuan memuliakannya. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 42/252)

Selain itu, hibah, sedekah dan wakaf juga termasuk di dalam kategori yang sama makna dengan hadiah. Ini seperti yang disebut Imam al-Nawawi di dalam kitabnya:

والهبة والعطية والهدية والصدقة معانيها متقاربة وكلها تمليك في الحياة بغير عوض
“Dan Hibah, A’tiah, Hadiah dan Sedekah berdekatan dari segi makna. Dan setiap daripadanya adalah pemberian hak milik pada waktu hidup tanpa penukaran balik.” (Lihat: al-Majmu’ syarah al-Muhazzab, 15/370)

Pensyariatan Hadiah

Para fuqaha’ bersepakat bahawa pensyariatan hadiah adalah disunatkan pada asalnya, melainkan sekiranya kepentingan yang mendatang. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 42/255)

Begitu juga dengan Nabi SAW pernah menerima hadiah daripada al-Muqauqis dan juga al-Najasi. Dan pemberian hadiah itu sebaiknya diutamakan kepada jiran dan juga saudara-mara yang terdekat bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim.

Firman Allah SWT:

وَآتَى الْمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِ ذَوِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينَ
“Dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang dia menyayanginya, -kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin.” (Surah al-Baqarah: 177)

Begitu juga hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah al-Khurasani, Sabda Nabi SAW:

وَتَهَادَوْا تَحَابُّوا
“Bertukar-tukarlah hadiah nescaya kamu akan saling berkasih-sayang.” [Riwayat Malik dalam al-Muwatta’ secara mursal (2/908)]

Syarat dan Pembahagian Hadiah

Hadiah merupakan salah satu cabang daripada hibah, oleh itu syarat serta hukumnya juga merangkumi syarat dan hukum hibah iaitu:

Pemberi dan penerima hadiah.Barang yang diberi.Lafaz (al-Sighah).
(Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 42/122)

Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah juga ada menyatakan bahawa pembahagian hadiah terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu:

Halal di antara keduanya iaitu pemberi dan penerima hadiah bertujuan untuk bersilaturrahim.Haram di antara keduanya seperti pemberian bertujuan melakukan kezaliman.Diharamkan kepada penerima hadiah sahaja sekiranya pemberian hadiah itu bertujuan untuk menggelakkan kezalimannya ke atas diri kita.Selain itu, pemberian hadiah disebabkan rasa takut disebabkan kemudaratan adalah halal bagi pemberi dan haram bagi penerima.
(Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 42/258)

Rasuah

Istilah Rasuah di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyatakan: “Sebarang pemberian bertujuan memalsukan kebenaran dan membenarkan kepalsuan.” (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 22/220)

Dr. Yusuf al-Qaradhawi di dalam kitabnya menyatakan: “Termasuk memakan harta orang lain dengan cara yang batil ialah menerima rasuah/suapan. Iaitu wang yang diberikan kepada penguasa atau pegawai, supaya penguasa atau pegawai tersebut menjatuhkan hukuman yang menguntungkannya, atau hukum yang merugikan lawannya menurut kemahuannya, atau supaya didahulukan urusannya atau ditunda kerana ada suatu kepentingan dan sebagainya.” (Lihat: al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, 626)

Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amr R.A, Rasulullah SAW bersabda:

لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الرَّاشِي وَالْمُرْتَشِي
“Laknat Allah kepada pemberi rasuah dan penerima rasuah.” [Riwayat Ahmad (6984) dan Ibnu Majah (2313)]

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan dan pendangan para fuqaha’ dapat disimpulkan disini, pemberian dan penerimaan hadiah itu mestilah bertujuan untuk kebaikan dan mengeratkan silaturrahim. Dan ini adalah yang disunatkan seperti mana yang dilakukan pada hari guru bagi menghormati dan memuliakan para guru.

Namun, sekiranya pemberian hadiah itu mengandungi unsur-unsur yang dilarang syarak, seperti paksaan dan rasuah bertujuan untuk mendapat manfaat yang tertentu maka ia diharamkan.

Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah untuk memahami agama-Nya mengamalkan syariat-Nya dengan sebaik mungkin. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/hukum-guru-mengambil-hadiah-dari-murid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Murid Maut Guru Wanita Cedera

Tiga Murid Maut Guru Wanita Cedera

papar berkaitan - pada 1/12/2019 - jumlah : 667 hits
KOTA TINGGI Tiga murid Sekolah Menengah Kebangsaan Lukman Hakim Felda Lok Heng maut apabila kereta Proton Wira dinaiki mereka bersama seorang guru wanita terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di laluan Kota Tinggi Bandar ...
Seorang Murid Tusuk Gurunya Cintanya Tak Direspons Ibu Guru Sudah Bersuami

Seorang Murid Tusuk Gurunya Cintanya Tak Direspons Ibu Guru Sudah Bersuami

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 213 hits
Seorang murid berinisial CB tusuk gurunya sendiri diduga karena cintanya tak direspon Rabu Aksi nekat ini dilakukan CB kepada wanita pujaannya yang tak lain adalah gurunya sendiri Penusukan itu terjadi di kamar korban saat WP sedang dalam p...
Satu Satunya Murid Raih 6a Dalam Upsr Di Sekolah Perkongsian Guru Tarik Perhatian Neelofa

Satu Satunya Murid Raih 6a Dalam Upsr Di Sekolah Perkongsian Guru Tarik Perhatian Neelofa

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 318 hits
Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah telah keluar pada hari ini dan media sosial dibanjiri dengan ucapan tahniah kepada semua murid yang telah menduduki ujian tersebut Satu ciapan yang telah dimuat naik oleh seorang cikgu telah tular de...
Murid Smk Tusuk Guru Saat Sedang Tidur Di Rumah Motifnya Kasmaran

Murid Smk Tusuk Guru Saat Sedang Tidur Di Rumah Motifnya Kasmaran

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 315 hits
Pelaku masuk ke dalam rumah korban lewat pintu belakang Pelaku lalu masuk ke dalam kamar korban Saat diserang korban dalam kondisi tidur
Hukum Mengambil Tempahan Katering Untuk Majlis Di Gereja

Hukum Mengambil Tempahan Katering Untuk Majlis Di Gereja

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 274 hits
SOALAN Saya seorang yang berkerja sendiri dengan membuat katering makanan dan pernah mendapat tander daripada kawan yang bukan Islam saya untuk mengadakan satu majlis di dewan gereja Bolehkah saya mengambil tander tersebut atau menolaknya J...
Murid Kagumi Guru Yang Menutup Aib Dirinya

Murid Kagumi Guru Yang Menutup Aib Dirinya

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 541 hits
Sekumpulan remaja sedang menghadiri majlis pernikahan salah seorang rakan mereka Salah seorang daripada mereka melihat guru sekolah rendahnya ikut hadir dalam majlis pernikahan itu Murid itu segera mendatangi dan menyalam gurunya dengan pen...
Meutya Hafid Tekankan Partisipasi Perempuan Mengambil Keputusan Dalam Demokrasi

Meutya Hafid Tekankan Partisipasi Perempuan Mengambil Keputusan Dalam Demokrasi

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 218 hits
Berbagai peranan perempuan mendukung ketahanan demokrasi suatu negara terutama dalam dinamika situasi geopolitik saat ini ujar Meutya
Pengalaman Mengambil Ubat Zincofer Semasa Hamil

Pengalaman Mengambil Ubat Zincofer Semasa Hamil

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 7146 hits
Pengalaman Mengambil Ubat Zincofer Semasa Hamil Assalamualaikum apa khabar So far ada yang perasan Fiza jarang update blog sebelum ni Siap tanya khabar Fiza lagi Alhamdulillah Fiza sihat Terima kasih di atas keprihatinan korang ye Selagi be...
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor