Hukum Mengadakan Kenduri Kahwin Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan



SOALAN:
Sekarang ini seperti yang diketahui merupakan musim cuti persekolahan maka ramai yang mengambil peluang mengadakan majlis kenduri kahwin. Namun setelah Perintah Kawalan Pergerakan (Movement Control Order) dikeluarkan, adakah perlu diadakan majlis kenduri kahwin atau ditangguh?

JAWAPAN:
Menurut kitab al-Fiqh al-Manhaji, al-walimah diambil dari perkataan الولْم yang membawa erti berhimpun atau berkumpul. Dinamakan dengan yang demikian itu kerana kedua pasangan suami isteri berkumpul padanya (majlis perkahwinan).

Kemudian disebutkan, al-walimah merupakan makanan perkahwinan, atau kesemua makanan yang dibuat untuk dijemput (orang ramai) dan selainnya. [Rujuk Al-Fiqh al-Manhaji (2/92)]

Secara umumnya, menghadiri kenduri perkahwinan adalah suatu perkara yang diperintahkan. Dan seperti yang diketahui bahawa setiap kata perintah yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah membawa kepada hukum wajib, melainkan jika terdapat petunjuk-petunjuk lain yang mengalihkan hukum wajib tersebut. Pendapat yang menyatakan kewajipan menghadiri kenduri kahwin ini merupakan pendapat jumhur para ulama'. Mereka berdalilkan dengan sebuah hadith daripada Ibn Umar R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا
“Apabila salah seorang kamu dijemput ke majlis perkahwinan (walimah), maka hadirlah ia.” [Riwayat Muslim (1053)]

Hukum wajib tersebut diambil daripada perkataan Nabi SAW فَلْيَأْتِهَا yang merupakan kata perintah yang membawa hukum wajib secara asasnya di sisi kaedah feqah.

Imam al-Nawawi dalam syarahan beliau ke atas hadis di atas berkata: “Pendapat paling sahih dalam mazhab kami, hukum menghadiri kenduri perkahwinan adalah fardhu ain bagi mereka yang dijemput, akan tetapi kewajipan tersebut gugur disebabkan beberapa keuzuran berikut:

Sekiranya ada syubhah (keraguan) pada makanan.Adanya kemungkaran di dalam majlis tersebut.Majlis perkahwinan yang hanya mengkhususkan orang-orang kaya sahaja untuk hadir.”
Begitu juga beberapa keuzuran lain seperti yang disebutkan oleh Dr. Wahbah Al-Zuhaili: “Antara keuzuran yang menggugurkan kewajipan untuk memenuhi jemputan adalah banyaknya kesesakan, hujan lebat, jalan lecah, sakit, dan seumpamanya.” [Rujuk: Al-Fiqh Al-Islami wa Adillatuh, Al-Zuhaili (9/6622)]

Justeru, berbalik kepada persoalan yang dikemukakan maka kami katakan bahawa setiap keuzuran yang menghalang seseorang untuk hadir solat berjemaah di masjid merupakan keuzuran yang sama yang membolehkan untuk seseorang itu tidak hadir ke majlis kenduri kahwin.

Demikian juga kami katakan bahawa sekiranya larangan telah dikeluarkan oleh pihak pemerintah bahawa berlakunya Kawalan Pergerakan yang meliputi larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial, dan budaya. Ini termasuklah majlis kahwin, majlis tahlil, solat berjemaah di masjid dan seumpamanya seperti yang dijelaskan oleh Majlis Keselamatan Negara. Justeru, arahan ini wajib dipatuhi berdasarkan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الْأَمْرِ مِنكُمْ
“Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah, taatlah kamu kepada Rasul serta (taatlah kepada) ulil amri (para pemimpin) dari kalangan kamu.” [Surah Al-Nisa’ (59)]

Penutup

Secara tuntasnya, kami simpulkan kenyataan ini dengan beberapa noktah yang berikut:

Mengadakan majlis kenduri kahwin dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini termasuk dalam perhimpunan sosial yang tidak dibenarkan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya ia gagal dipatuhi. Sesuatu arahan dari pihak pemerintah itu selama mana bukan suruhan maksiat, maka ia hendaklah dipatuhi lebih-lebih lagi ia didirikan atas dasar maslahah menjaga kesihatan dan keselamatan masyarakat bagi mengekang penularan Covid-19.Majlis walimah atau kenduri kahwin yang ingin dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan hendaklah ditangguhkan kepada tarikh yang lain. Meskipun pada penangguhan ini akan menyebabkan kesulitan dan kesukaran kepada pihak tertentu, namun ini bagi mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang keburukan yang lebih besar. Wallahua’lam.Meskipun begitu, majlis akad nikah masih boleh diteruskan dengan mengikut garis panduan dan ketetapan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing.
Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah SWT agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-mengadakan-kenduri-kahwin-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Workout Paling Mudah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Adalah Berjalan Kaki

Workout Paling Mudah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Adalah Berjalan Kaki

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 437 hits
Berjalan Kaki Adalah Workout Paling Mudah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Berjalan kaki bukan lagi menjadi rahsia yang mana boleh ianya menjadi cara terbaik untuk mendapatkan bentuk dan mengurangkan beberapa inci dari pinggang ...
Tiada Solat Jumaat Di Masjid Seluruh Negara Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Agama

Tiada Solat Jumaat Di Masjid Seluruh Negara Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Menteri Agama

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 377 hits
Putrajaya 19 Mac Semua masjid di seluruh negara menghentikan solat Jumaat sehingga Perintah Kawalan Pergerakan akibat COVID 19 berakhir 31 Mac ini Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata hal ini bagi membantu memu...
Mkn Larang Orang Ramai Keluar Bersenam Di Taman Rekreasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Mkn Larang Orang Ramai Keluar Bersenam Di Taman Rekreasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 526 hits
MENTERI Belia Sukan Datuk Seri Reezal Merican berkongsi menerusi Twitternya tentang langkah keselamatan di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac Melalui perintah ini rakyat diminta untuk tid...
Guru Kafa Dapat Elaun Penuh Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Jakim

Guru Kafa Dapat Elaun Penuh Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Jakim

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 441 hits
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini para pendidik tidak dapat menjalankan tugasan mereka ekoran daripada penutupan semua sekolah di Malaysia kerana wabak Covid 19 yang melanda di negara kita Menerusi perkongsian daripada laman ...
Arahan Penutupan Premis Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Kerana Wabak Covid 19 Negeri Pahang

Arahan Penutupan Premis Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Kerana Wabak Covid 19 Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 24/3/2020 - jumlah : 595 hits
UNTUK MAKLUMAN DAN HEBAHAN ARAHAN PENUTUPAN PREMIS DALAM TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN KERANA WABAK COVID 19 NEGERI PAHANG 1 Memastikan semua premis premis kedai makan di daerah daerah yang mencatatkan kes positif Covid 19 dan di CAMER...
Tidak Boleh Adakan Majlis Kahwin Tahlil Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Mkn

Tidak Boleh Adakan Majlis Kahwin Tahlil Ketika Perintah Kawalan Pergerakan Mkn

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 664 hits
Bagi mengekangpenularan wabak Covid 19 di negara ini kerajaan telah melaksanakan perintah kawalan pergerakan bermula esok sehingga 31 Mac 2020 sewperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri semalam Namun begitu timbul persoalan ramai adakah m...
Internet Percuma Dan Rm 5 Caj Penghantaran Kurier Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

Internet Percuma Dan Rm 5 Caj Penghantaran Kurier Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 767 hits
Internet Dan RM 5 Caj Penghantaran Kurier Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID 19 Assalammualaikum semua Semoga kalian semua dalam keadaan baik baik Duduk di rumah okay Lakukan aktiviti bermanfaat bersama keluarga tercinta Sol...
Hukum Penjara Jika Gagal Patuh Perintah Kawalan Pergerakan

Hukum Penjara Jika Gagal Patuh Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 555 hits
PUTRAJAYA Orang ramai yang gagal mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa tengah malam ini boleh dikenakan hukuman penjara Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata kesalahan berkenaan boleh disabitkan mengiku...
Covid19 Elektrik Tidak Dipotong Jika Lewat Bayar Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dr Shamsul Anuar Nasarah

Covid19 Elektrik Tidak Dipotong Jika Lewat Bayar Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dr Shamsul Anuar Nasarah

papar berkaitan - pada 20/3/2020 - jumlah : 272 hits
Tidak ada pemotongan bekalan bagi pengguna pengguna yang lewat membayar bil elektrik dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berkuat kuasa iaitu pada 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Na...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip