Internet Percuma Dan Rm 5 Caj Penghantaran Kurier Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Covid 19



Internet Dan RM 5 Caj Penghantaran Kurier Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. Assalammualaikum semua! Semoga kalian semua dalam keadaan baik-baik. Duduk di rumah okay. Lakukan aktiviti bermanfaat bersama keluarga tercinta. Solat, masak, makan, main game, karaoke, selesaikan puzzle, bersenam dan tidur lepas Isyak. Hehehehe. Jadikan ketika ini waktu untuk anda reset rutin harian. Terutamanya waktu tidur dan amalan ibadat okay. Siang tadi, jam 3 petang. Telah berlangsung Perutusan Khas Pakej Rangsangan Ekonomi oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia. Beliau menerangkan pelbagai manfaat. Selain dari bantuan wang ringgit, perkhidmatan internet juga mendapat perhatian rakyat. Tidak sangka semua telco bersatu hati dan MCMC berjaya memberi kita internet percuma. Jom ikuti lebih lanjut tentang perkara ini

Internet Percuma Dan RM 5 Caj Penghantaran Kurier Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan COVID-19. 

Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) berjumlah RM250 bilion yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini ternyata merupakan langkah yang tepat untuk membantu rakyat yang terkesan akibat impak COVID-19.


Industri telekomunikasi dan multimedia adalah antara sektor yang telah mendapat perhatian khusus dalam pakej tersebut. Beberapa pakej khas akan ditawarkan dengan kerjasama syarikat-syarikat telekomunikasi, termasuk usaha-usaha menambah baik rangkaian telekomunikasi, yang secara kolektifnya bernilai RM1 bilion

1GB Internet Percuma Dari Semua Syarikat Telekomunikasi. Terima Kasih DiGi, Maxis, TIME, Celcom, UMobile & Telekom Malaysia


Antara pakej khas yang akan ditawarkan ialah internet percuma dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 sehingga tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) tamat. Ia termasuk inisiatif-inisiatif seperti berikut:
a) Semua pelanggan Pascabayar dan Prabayar Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile akan menerima internet berkelajuan tinggi percuma 1GB sehari, untuk digunakan antara jam 8 pagi dan 6 petang, bermula 1 April 2020, dan akan berkuat kuasa sepanjang tempoh pelaksanaan PKP;
b) Panggilan percuma ke talian hotline National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC), Pusat Pengurusan Operasi Negara dan Jabatan Kesihatan Negeri 

Syarikat-syarikat juga turut memberi komitmen untuk melabur RM400 juta sehingga suku kedua tahun ini untuk meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian bagi mengekalkan ketersediaan dan kualiti rangkaian telekomunikasi yang tinggi dan mampan. Pelaburan ini juga akan meningkatkan liputan dan keupayaan rangkaian untuk tapak kritikal seperti hospital, agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan dan pusat-pusat media.

Dalam masa yang sama, Pelan Gentian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) akan terus dilaksanakan untuk menambah baik kesalinghubungan digital negara, terutamanya di kawasan luar bandar. Sebanyak RM3 bilion telah diperuntukkan oleh Kerajaan, melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) seperti yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan Ekonomi 1 pada 27 Februari 2020 untuk pelaksanaan enam (6) projek di bawah NFCP (NFCP 1-6) bagi  tahun 2020. Projek-projek tersebut akan dibiayai sepenuhnya melalui Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di bawah kawal selia dan tadbir urus MCMC

Perkhidmatan Kurier Menawarkan RM 5 Caj Penghantaran Untuk Usahawan E-Dagang
Sementara itu, perkhidmatan pos dan kurier komited untuk membantu usahawan menjalankan perniagaan secara e-dagang selain dari meneruskan perkhidmatan seperti biasa untuk rakyat Malaysia. Syarikat-syarikat pos dan kurier utama turut bersedia untuk menyediakan perkhidmatan tambahan seperti berikut:
a) Perkhidmatan penghantaran barang pos dan kurier tidak melebihi 1 kilogram pada caj RM5 tidak termasuk cukai bagi perkhidmatan penghantaran di dalam Semenanjung, Sabah dan Sarawak

b) Kadar tersebut hanya ditawarkan kepada pengguna yang berdaftar di portal digital setiap penyedia perkhidmatan pos dan kurier. Pendaftaran di portal bertujuan untuk meningkatkan kecekapan usahawan dalam menguruskan kiriman mereka serta menggalakkan penggunaan kaedah tanpa tunai;
c) Caj perkhidmatan penghantaran itu berkuat kuasa selama enam (6) bulan bermula dari 15 April sehingga 15 Oktober 2020.

Sumbangan Syarikat Telekomunikasi Dan Syarikat Kurier Kepada Tabung GDRN
Selain itu, syarikat-syarikat pos dan kurier serta telekomunikasi juga telah menyumbangkan dana berbentuk pembiayaan tunai, sistem dan peralatan ke Tabung GLC Disaster Relief Network (GDRN) berjumlah RM8.75 juta yang akan dikendalikan oleh Yayasan Hasanah, sebuah yayasan milik Khazanah Nasional dan disumbangkan kepada Kementerian Kesihatan. Senarai dan jumlah sumbangan adalah seperti berikut:
Sumbangan daripada syarikat-syarikat Pos dan Kurier serta Telekomunikasi :
1. Association of Malaysian Express Carriers (AMEC) : RM 50,0002. GD Express Sdn Bhd (GDeX) : RM 100,0003. Huawei Technologies (peralatan berupa Sistem Telepresence, WiFi, AI Cloud dan Telefon Pintar) : RM 4,500,000 (USD1,000,000)dan Celcom (GDRN) : RM 100,0004. Digi (GDRN) : RM 1,000,0005. Telekom Malaysia (GDRN) : RM 1,000,0006. TIME (GDRN) : RM 1,000,0007. U Mobile (GDRN) : RM 1,000,000JUMLAH RM 8,750,000
Axiata Dan Celcom Juga Telah Menubuhkan Program Bantuan COVID-19 
Axiata iaitu satu dana khas berjumlah RM150 juta untuk membantu 150,000 syarikat-syarikat mikro-SME yang terjejas dan ia akan disalurkan melalui platform mikro-kewangan Aspirasi. 
ASTRO & UnifiTV PERCUMA
Pada ketika rakyat mematuhi PKP untuk tinggal di rumah, para penyiar swasta seperti Astro dan unifi TV sedia menawarkan akses tontonan secara percuma

a) ASTRO- Menawarkan 14 saluran filem dan 11 saluran berita percuma; semua saluran percuma untuk pelanggan pakej sukan;- 22 saluran percuma menerusi aplikasi Astro-On-The-Go dan saluran KIX, Nat GEO WILD, Celestial Movies dan Cartoon Network untuk pelanggan NJOI; dan- Pelanggan perniagaan Astro, dibenarkan untuk menggantung perkhidmatan tanpa sebarang caj


b) unifi TV - Menawarkan akses percuma ke semua saluran (lebih 100 saluran);dan - 20% diskaun untuk setiap filem pilihan perkhidmatan Video-on-Demand


MCMC yakin inisiatif-inisiatif yang diumumkan ini dapat meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19, di samping membolehkan kesalinghubungan yang berterusan supaya rakyat melaksanakan tugasan harian mereka dengan lebih efisien

Untuk butiran lanjut mengenai pakej-pakej yang ditawarkan sepanjang tempoh PKP, pihak awam digalakkan untuk merujuk atau menghubungi syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan masing-masing

Mengenai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)
MCMC adalah sebuah badan berkanun ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 (ASKMM) yang melaksana dan mempromosikan matlamat dasar kebangsaan Malaysia bagi sektor komunikasi dan multimedia. MCMC mengawalselia dan menggalakkan pembangunan industri komunikasi dan multimedia yang merangkumi bidang telekomunikasi, penyiaran, dan juga aktiviti dalam talian, perkhidmatan pos dan pensijilan digital. Akta Komunikasi dan Multimedia mengadakan peruntukan kepada MCMC peranan melaksanakan dasar, manakala dasar membuat keputusan adalah diperuntukkan kepada Menteri. 
www.mcmc.gov.my
www.facebook.com/SuruhanjayaKomunikasiMultimediaMalaysiawww.instagram.com/SKMM_MCMC


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruby.my/2020/03/internet-percuma-dan-rm-5-caj.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mkn Larang Orang Ramai Keluar Bersenam Di Taman Rekreasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

Mkn Larang Orang Ramai Keluar Bersenam Di Taman Rekreasi Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 18/3/2020 - jumlah : 520 hits
MENTERI Belia Sukan Datuk Seri Reezal Merican berkongsi menerusi Twitternya tentang langkah keselamatan di bawah pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa mulai 18 hingga 31 Mac Melalui perintah ini rakyat diminta untuk tid...
Guru Kafa Dapat Elaun Penuh Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Jakim

Guru Kafa Dapat Elaun Penuh Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Jakim

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 436 hits
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini para pendidik tidak dapat menjalankan tugasan mereka ekoran daripada penutupan semua sekolah di Malaysia kerana wabak Covid 19 yang melanda di negara kita Menerusi perkongsian daripada laman ...
Covid 19 Pengalaman Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Covid 19 Pengalaman Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 664 hits
Assalamualaikum hi korang Alhamdulillah Setakat hari ini Iday dan keluarga masih sihat sihat lagi dan masih dijauhi dari jangkitan virus Covid 19 Tetapi takziah Iday ucapkan buat mereka atau ahli keluarga mereka yang dijangkiti sama sama ki...
Internet Percuma Dari 1 April Hingga Tamat Perintah Kawalan Pergerakan

Internet Percuma Dari 1 April Hingga Tamat Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 28/3/2020 - jumlah : 384 hits
Antara pakej khas yang akan ditawarkan syarikat syarikat komunikasi adalah internet percuma kepada semua pelanggan dengan nilai RM600 juta bermula 1 April 2020 selama tempoh pelaksanaan PKP Internet percuma dari April hingga tamat PKP Keraj...
Workout Paling Mudah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Adalah Berjalan Kaki

Workout Paling Mudah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Adalah Berjalan Kaki

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 433 hits
Berjalan Kaki Adalah Workout Paling Mudah Sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Berjalan kaki bukan lagi menjadi rahsia yang mana boleh ianya menjadi cara terbaik untuk mendapatkan bentuk dan mengurangkan beberapa inci dari pinggang ...
Amal Zikir Powerful Ini Sebagai Pelindung Diri Jika Terpaksa Keluar Sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan

Amal Zikir Powerful Ini Sebagai Pelindung Diri Jika Terpaksa Keluar Sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 23/3/2020 - jumlah : 275 hits
Penularan wabak COVID 19 semakin membimbangkan apabila jumlah meningkat kepada 900 kes setakat hari ini Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin sama samalah kita menurut arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan agar duduk di rumah selama 1...
Beberapa Perkara Yang Anda Boleh Akses Secara Percuma Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan

Beberapa Perkara Yang Anda Boleh Akses Secara Percuma Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 19/3/2020 - jumlah : 316 hits
Kerajaan telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan dan disuruh duduk di rumah sahaja Disamping itu ada berita baik dimana ada beberapa perkara yg anda blh
Menu Makan Tengah Hari Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

Menu Makan Tengah Hari Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan

papar berkaitan - pada 21/3/2020 - jumlah : 804 hits
Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan bagi semua negeri di Malaysia bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 Selama 14 hari ini rakyat Malaysia disarankan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenu...
Cara Tebus 1gb Internet Setiap Hari Percuma Sepanjang Pkp Musim Covid 19

Cara Tebus 1gb Internet Setiap Hari Percuma Sepanjang Pkp Musim Covid 19

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 3128 hits
Cara Tebus 1GB Internet Percuma Setiap Hari Sepanjang PKP Musim COVID 19 Hai Dalam Pakej Ransangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion yang telah diumumkan YB Perdana Menteri pada 27 Mac 2020 baru baru ini internet percuma 1GB set...
Kathryn And Sydney S Fantastic Pantyhose Adventure Part One

Orang Tua Sekarang Membunuh Anaknya Secara Halus

Seorang Sahaja Zul Ariffin Tersasul Doa Minta 4 Isteri

The American Society Of Cinematographers Over And Above The Frame Casin

Isu Artis Mangsa Buli Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan Perlu Wujudkan Suasana Friendly

15 Creative Diy Fall Garlands To Spruce Up Your Autumn D Cor

Apabila Wanita Tertinggi Dan Paling Pendek Bertemu

Lokman Adam Jawab Hilman Berhubung Pembiayaan Swasta Semasa Lawatan Pm Ke Luar Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Dua Tahun Kerajaan Madani Menguak Ke Depan

Lunch Dengan Telur Hancur Dan Terung Goreng Berlada

Kontroversi Penganugerahan Pembekal 5g Kedua Kepada U Mobile Pilihan Akhir Tetap Di Tangan Pengguna

Surah Al Israa Ayat 70

The Hedgehog And The Hare A Timeless Egyptian Fable Exploring Ambition And Humility

Bawa Pak Zain Sarapan Di Mee Kari Udang Galah Route N9