Hukum Memuat Naik Gambar Perempuan Islam Yang Tidak Menutup Aurat



فَدَلَّاهُمَا بِغُرُورٍ ۚ فَلَمَّا ذَاقَا الشَّجَرَةَ بَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِن وَرَقِ الْجَنَّةِ
“Dengan sebab itu dapatlah ia menjatuhkan mereka berdua (ke dalam larangan) dengan tipu dayanya. Setelah mereka memakan (buah) pohon itu, terdedahlah kepada mereka berdua aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun (dari) syurga.”
(Surah Al-A’raf, 7:22)
Aurat menurut bahasa ialah keaiban, manakala menurut istilah ialah sesuatu anggota yang wajib ditutup daripada pandangan orang yang diharamkan melihatnya. Sama ada perempuan atau lelaki, atau antara sama jantina, masing-masing mempunyai aurat yang perlu dijaga.
Malah, dalil mengenai aurat banyak disebut di dalam al-Quran yang menjadikan hukumnya sebagai wajib. Antaranya ialah:
Mafhum: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” (Surah An-Nur, 24:31)
Dalam firman Allah yang lain juga ada disebut, iaitu:
Mafhum: “Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik). Maka dengan itu mereka tidak diganggu. (Surah Al-Ahzab, 33:59)
Bagaimana Aurat Dengan Bukan Islam
Umum mengetahui bahawa aurat lelaki dengan lelaki muslim ialah antara pusat hingga lutut, begitu juga aurat perempuan dan perempuan. Untuk aurat lelaki dalam kalangan perempuan ialah, antara pusat hingga lutut, manakala perempuan terhadap lelaki ialah seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
Bagaimana pula dengan aurat antara muslim dan bukan muslim? Adakah sama dengan sesama muslim? Kalau tidak sama sekali pun, setakat mana aurat kita dengan mereka? Kita boleh lihat penjelasan ini melalui beberapa pandangan yang diberikan oleh jumhur ulama’, iaitu;
#1 – Lelaki Islam Dengan Lelaki Bukan Islam
Antara lelaki dan lelaki bukan Islam, hukumnya sama dengan lelaki Islam, iaitu antara pusat hingga lutut.
أما علمت أنَّ الفخذ عورةٌ
Maksud: “Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?” (Hadis Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik)
#2 – Lelaki Islam Dengan Perempuan Bukan Islam
Situasi ini juga sama dengan situasi lelaki dengan perempuan Islam, iaitu antara pusat hingga lutut juga.

#3 – Perempuan Islam Dan Lelaki Bukan Islam
Auratnya adalah sama dengan aurat yang perlu ditutup sesama lelaki muslim, iaitu seluruh anggota badan kecuali muka dan tapak tangan.
#4 – Perempuan Islam Dengan Perempuan Bukan Islam
Menurut pandangan beberapa ulama’ seperti Syeikh Ibnu Hajar al-Haitami dan Imam al-Qalyubi, aurat mereka adalah sama seperti dengan aurat lelaki. Dalam erti kata lain, perempuan muslim tidak boleh mendedahkan aurat mereka sesuka hati seperti dengan perempuan muslim lain.
Walau bagaimanapun, menurut pendapat Imam Syafi’e dan beberapa jumhur ulama’ lain, mereka berpendapat bahawa aurat dengan kafir zimmi (orang yang bukan Islam tetapi duduk di dalam negara Islam) boleh didedahkan, iaitu rambut, muka dan tapak tangan.
Walau bagaimanapun, jika merasakan bahawa mereka tidak dapat menjaga aib kita dengan baik atau tidak diyakini akan kefahaman mereka terhadap aurat Islam, maka seeloknya dielakkan daripada terdedahnya aurat kepada mereka.
Ia berbeza dengan kafir harbi (kafir yang diperangi), iaitu kita wajib menutup aurat dengan sempurna. Hal ini bimbang jika mereka menyebarkan aib kita tanpa diketahui.
Bagaimana pula jika kita duduk serumah dengan bukan Islam dan mereka tidak memahami akan hukum-hakam Islam. Hal ini seeloknya memerlukan komunikasi yang baik antara kedua belah pihak agar tidak terjadi kesalahfahaman. Ia juga untuk mengelakkan daripada tersebarnya aib kita di mana-mana seperti di laman story Instagram atau WhatsApp dan sebagainya.
Memuat Naik Gambar Tidak Menutup Aurat
Bagaimana pula jika kita memuat naik gambar yang tidak menutup aurat di media sosial? Adakah dikira berdosa sedangkan gambar tersebut bukanlah gambar diri sendiri, namun gambar orang lain dan bukan Islam?
Mafhum: “Katakankanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. (Surah An-Nur, 24:30-31)
Menurut pendapat Mazhab Syafi’e, haram hukumnya jika memuat naik gambar yang tidak menutup aurat sekali pun ia adalah bukan muslim. Hal ini adalah untuk mengelakkan daripada terjadinya fitnah dan menurut ayat al-Quran di atas, orang Islam perlu menundukkan pandangan sama ada lelaki atau perempuan.
Namun, menurut pendapat ulama’ lain pula, jika orang Islam yang tidak menutup aurat dengan sempurna, maka tidak boleh memuat naik gambarnya di mana-mana media melainkan jika sudah ditapis atau diedit. Manakala, bagi yang bukan Islam, tidak mengapa jika dimuat naik, namun perlu berhati-hati. Dalam erti kata lain, jika gambarnya terlalu terdedah sehingga dirasakan boleh menaikkan nafsu syahwat, maka perlu dielakkan. Wallahu a’lam.
Kesimpulan
Jika air soya bercampur dengan arak, maka hukumnya haram dan tidak boleh meminum air tersebut. Ia sama dengan gambar yang menutup aurat namun di dalamnya wujud juga gambar perempuan yang auratnya tidak sempurna ditutup, maka ia tidak boleh dimuat naik.
Sumber: Mufti Wilayah
The post Hukum Memuat Naik Gambar Perempuan Islam Yang Tidak Menutup Aurat appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.islamituindah.my/hukum-memuat-naik-gambar-perempuan-islam-yang-tidak-menutup-aurat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Spotify Menghentikan Fungsi Yang Membenarkan Artis Memuat Naik Lagu Sendiri

Spotify Menghentikan Fungsi Yang Membenarkan Artis Memuat Naik Lagu Sendiri

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 148 hits
Pada September tahun lalu Spotify memperkenalkan fungsi yang membenarkan tanpa perlu melalui syarikat rakaman menerusi Spotify for Artists Pemuzik yang memuat naik sendiri muzik akan menerima potongan keuntungan 50 dengan setiap lagu yang d...
Mufti Negeri Sembilan Haziq Aziz Boleh Di Hukum Di Sisi Islam

Mufti Negeri Sembilan Haziq Aziz Boleh Di Hukum Di Sisi Islam

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 262 hits
SEREMBAN Berdasarkan hukum Islam Ketua Angkatan Muda Keadilan Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz sudah boleh dikenakan hukuman susulan pengakuannya terlibat dalam perlakuan seks sejenis Mufti Negeri Sembilan Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata ...
Suami Akan Dilempar Ke Neraka Jika Membiarkan Isterinya Tidak Menutup Aurat

Suami Akan Dilempar Ke Neraka Jika Membiarkan Isterinya Tidak Menutup Aurat

papar berkaitan - pada 27/6/2019 - jumlah : 303 hits
Dalam sesuatu rumah tangga seseorang suami menggambarkan pemimpin untuk keluarganya dia bertanggung jawab penuh terhadap isteri dan juga anak anaknya Karna seluruh yang diperbuat anak dan juga isterinya dikala nanti hendak dimintai pertangg...
Hukum Wanita Menyanyi Disisi Islam

Hukum Wanita Menyanyi Disisi Islam

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 619 hits
Umat Islam terutamanya para muda mudi amat meminati muzik dan lagu Para remaja Islam dari kalangan lelaki dan wanita juga tidak terkecuali dari menjadi peminat muzik ini Walau bagaimanapun mereka mengalihkan minat itu kepada dendangan lagu ...
Hukum Perempuan Cukur Kening Lukis Balik

Hukum Perempuan Cukur Kening Lukis Balik

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 546 hits
Assalamualaikum dan selamat malam Malam ini kita mendengar penjelasan hukum berkisar Perempuan Cukur Kening dan Lukis Balik hukumnya HARAM danDosa Besar Oleh itu bertaubat kepada Allah kerana tidak tahu hukum sebelum ini Nasihat kaum wanita...
Hukum Orang Yang Mengharuskan Dedah Aurat

Hukum Orang Yang Mengharuskan Dedah Aurat

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 184 hits
Soalan Apakah hukumnya perkataan sesetengah orang yang mengaku Islam pada masa ini yang berkata bahawa tidak mengapa orang perempuan tidak menutup aurat Jawapan Menutup aurat adalah wajib dengan nas al Quran dan hadith dan ijma sekalian ora...
Bra Spender Bersepah Pantyliners Dia Buang Atas Lantai Je Pemilik Rumah Sewa Terkejut Tengok Bilik Penyewa Perempuan

Bra Spender Bersepah Pantyliners Dia Buang Atas Lantai Je Pemilik Rumah Sewa Terkejut Tengok Bilik Penyewa Perempuan

papar berkaitan - pada 22/6/2019 - jumlah : 1065 hits
The ReporterAlangkah terkejutnya pemilik rumah apabila mendapati bilik yang disewakan kepada seorang penyewa wanita ini berselerak dan kotor Di luaran orangnya nampak bergaya makeup lawa lawa wangi bagai tetapi apabila melihat keadaan rumah...
Budak Perempuan Kecil Telah Jadi Penyelamat

Budak Perempuan Kecil Telah Jadi Penyelamat

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 456 hits
Budak perempuan menyelamatkan warga emas yang terperangkap dalam lubangEmpat hari berada di dalam longkang begitulah tempoh yang terpaksa dilalui oleh seorang warga emas apabila terjatuh ke dalam longkang di Padang Jawa Shah Alam Kejadian m...
Guru Tak Sepatutnya Rotan Pelajar Perempuan Teo Nie Ching

Guru Tak Sepatutnya Rotan Pelajar Perempuan Teo Nie Ching

papar berkaitan - pada 26/6/2019 - jumlah : 604 hits
Guru tidak seharusnya merotan pelajar perempuan terutamanya di bahagian badan yang tidak sepatutnya Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching larangan itu tertakluk pada ketetapan yang dibuat Kementerian Pendidikan menerusi garis pa...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip