Hukum Memberi Salam Pertama Dua Kali Ketika Solat



SOALAN:
Adakah sah solat saya sekiranya saya memberi salam ke sebelah kanan dua kali kerana saya ingin memperbetulkan bacaan salam sebelah kanan saya yang pertama. Lalu, selepas membetulkan salam sebelah kanan, saya memberi salam sebelah kiri. Adakah sah solat saya?

JAWAPAN:
Ibadah solat merupakan satu ibadah yang telah ditetapkan waktu permulaan dan perakhirannya, firman Allah SWT:

إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَّوْقُوتًا
“Sesungguhnya solat itu adalah satu kewajipan ke atas orang-orang yang beriman yang telah ditetapkan waktunya.” (Surah an-Nisa’: 103)

Kepentingan ibadah solat dapat dilihat bilamana Rasulullah SAW bersabda:

رَأْسُ الأَمْرِ الإِسْلَامُ، وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ، وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الجِهَادُ
“Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah solat dan kemuncaknya adalah berjihad.” [Riwayat al-Tirmidzi (2616) dan Imam al-Tirmidzi menilai hadith ini sebagai hasan sahih]

Rukun-rukun solat

Solat yang sah dan sempurna adalah yang memenuhi rukun-rukun serta syarat-syaratnya. Rukun adalah bahagian yang asas bagi sesuatu perkara. Contohnya dinding bagi sesebuah bilik. Oleh itu bahagian-bahagian solat adalah rukun-rukunnya. Solat tidak akan sempurna dan tidak sah kecuali dengan menyempurnakan kesemua bahagiannya mengikut cara dan susun atur yang datang daripada Rasulullah SAW sebagaimana yang diterimanya daripada Jibril AS. Semua rukun solat dapat kita rumuskan kepada 13 perkara. [Lihat: al-Fiqh al-Manhaji (1/141)]

Rukun-rukun ini juga boleh kita pecahkan kepada 4 bahagian iaitu:

Rukun Qauliyyah: Ianya ada 5 iaitu takbiratul ihram, bacaan surah al-Fatihah, bacaan tasyahhud akhir, selawat ke atas Nabi SAW serta ke atas keluarga baginda, dan memberi salam.Rukun Fi’liyyah: Ianya ada 6 iaitu berdiri, rukuk, i’tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan duduk tasyahhud akhir.Rukun Ma’nawiyyah: Hanya ada satu iaitu tertib.Rukun Qalbiyyah: Hanya ada satu iaitu niat.
[Lihat: al-Taqrirat al-Sadidah, m/s : 208-209]

Berbalik kepada soalan yang ditanyakan, memberi salam yang pertama adalah termasuk di dalam rukun solat kategori qauliyyah.

Ianya dinamakan sebagai qauliyyah kerana disyaratkan kepada orang yang solat bagi melafazkan sebutannya yang didengari dirinya sendiri. [Lihat: al-Taqrirat al-Sadidah, m/s : 208]

Memberi salam yang pertama adalah wajib berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

مِفتاحُ الصَّلاةِ الطُّهورُ، وتحريمُها التَّكبيرُ، وتحليلُها التَّسليمُ
“Kunci solat itu adalah bersuci, ihramnya adalah takbir dan yang menghalalkannya adalah salam.” [Riwayat al-Tirmidzi (238)]

Imam Nawawi mengulas hadis di atas dengan katanya: “Kesimpulannya, memberi salam adalah merupakan rukun daripada rukun-rukun solat. Tidak sah sesuatu solat itu melainkan dengannya. Dan tidak ada yang dapat mengambil tempatnya (menggantikannya). Sekurang-kurangnya hendaklah dia menyebut lafaz salam (السَّلَامُ عَلَيْكُمْ). Sekiranya dia kurang satu huruf daripada huruf-hurufnya ini, tidak sah salamnya itu.” [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (3/475-476)]

Seringkas-ringkas lafaz salam adalah (السَّلَامُ عَلَيْكُمْ) sebanyak sekali, dan yang sebaik-baiknya ialah (السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ) sebanyak dua kali, iaitu pada kali pertama sambil berpaling ke kanan dan pada kali kedua pula berpaling ke kiri. [Lihat: al-Fiqh al-Manhaji (1/141), al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/300), Mughni al-Muhtaj (1/385) dan Raudhah al-Talibin (1/267-268)]

Hal ini adalah berdasarkan hadis, daripada Sa’ad bin Abi Waqqas R.A:

كُنْتُ أَرى رَسولَ اللهِ ﷺ يُسَلِّمُ عن يَمِينِهِ، وَعَنْ يَسارِهِ، حتّى أَرى بَياضَ خَدِّهِ.
“Aku melihat Rasulullah SAW mengucapkan salam ke kanan dan ke kirinya hingga kelihatan putih pipinya.” [Riwayat Muslim (582)]

Adapun memberi salam dengan lafaz (عَلَيْكُمُ السَّلَامُ), menurut mazhab Syafie ianya diterima tetapi hukumnya adalah makruh. [Lihat: Tuhfah al-Muhtaj (2/90), Raudhah al-Talibin (1/267), al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (3/476) dan al-Azkar lin Nawawi, m/s: 148]

Lafaz-lafaz yang tidak sah

Sekiranya seseorang itu memberi salam dengan lafaz (السَّلَامُ عَلَيْهِمْ) ianya tidak sah tetapi solatnya tidak batal kerana itu adalah doa kepada pihak ketiga.

Manakala menggunakan lafaz-lafaz lain seperti (السَّلَامُ عَلَيْكَ) atau (سَلَامِي عَلَيْكَ) atau (سَلَامُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ), juga tidak sah. Sekiranya dia tidak sengaja menyebut lafaz-lafaz berkenaan, solatnya tidak batal tetapi dia wajib mengulangi semula lafaz salam yang betul dan sabit. Sekiranya dia menyebut lafaz-lafaz berkenaan dengan sengaja, maka solatnya terbatal.

Adapun memberi salam dengan lafaz (سَلَامٌ عَلَيْكُمْ) iaitu dibaca dengan tanwin pada huruf mim, ulama' dalam kalangan mazhab Syafie berbeza pendapat:

Pendapat pertama, lafaz salam tersebut sah kerana tanwin telah menggantikan alif dan lam (ال). Pendapat ini telah dipegang oleh sebahagian ulama' daripada Khurasan seperti Imam al-Haramain, al-Baghawi al-Rafie. Imam Nawawi menyatakan bahawa pendapat ini adalah ganjil.

Pendapat kedua, lafaz salam tersebut tidak sah. Ini adalah merupakan pendapat yang telah dipilih oleh Imam Nawawi dan dipersetujui oleh Syeikh Abu Hamid, al-Bandaniji, Qadi Abu al-Tayyib dan kebanyakkan ulama' mazhab Syafie. Syeikh Abu Hamid dan Abu Ishak al-Marwazi menukilkan bahawa ianya adalah merupakan pandangan Imam Syafie. Mereka berdalilkan sabda Nabi SAW:

صَلُّوا كما رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي
“Solatlah sepertimana kamu semua melihat aku solat.” [Riwayat al-Bukhari (6008) dan Muslim (674)]

Hadis-hadis sahih telah menerangkan kepada kita semua bahawa Nabi SAW ketika memberi salam menyebut lafaz (السَّلَامُ عَلَيْكُمْ) dan tidak ada lafaz yang dinukilkan daripadanya bahawa baginda menyebut (سَلَامٌ عَلَيْكُمْ). [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (3/476), Mughni al-Muhtaj (1/385), dan Raudhah al-Talibin (1/267)]

Di dalam kitab al-Azkar, Imam Nawawi menyatakan bahawa:

وإن كان ساهياً لم تبطل، ولا يحصلُ التحلّل من الصلاة، بل يحتاج إلى استئناف سلامٍ صحيح
“Sekiranya dia tidak sengaja (menyebutnya), solatnya tidak batal, tetapi solatnya belum lagi selesai sehinggalah dia mengulang semula lafaz salam yang betul.” [Lihat: al-Azkar, m/s : 149]

Kesimpulan

Berdasarkan kepada persoalan di atas, setelah diteliti pandangan para ulama', kami menyimpulkan kepada beberapa perkara:

1. Sekiranya seseorang dengan sengaja memberi salam yang pertama dengan lafaz yang tidak sah, solatnya terbatal.

2. Sekiranya seseorang itu, tersilap atau tidak sengaja semasa memberi salam yang pertama dengan lafaz yang tidak sah, solatnya tidak batal tetapi wajib ke atasnya mengulangi semula lafaz salam yang betul dan sabit.

3. Disunatkan sujud sahwi bagi sesiapa yang tersilap atau tidak sengaja memberi salam yang pertama dengan lafaz yang tidak sah sebagaimana yang telah disebut oleh Imam Nawawi dan Dr. Muhammad al-Zuhaili:

فَإِنْ قَالَهُ سَهْوًا لَمْ تَبْطُلْ صَلَاتُهُ وَلَكِنْ يسجد للسهو تجب إعَادَةُ السَّلَامِ
“Sekiranya dia telah memberi salam (dengan lafaz yang tidak sah), solatnya tidak batal, tetapi dia (disunatkan) sujud sahwi dan wajib mengulangi lafaz salam (yang betul).” [Lihat: al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (3/476) dan al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/300) ]

4. Hukum sujud sahwi adalah sunat, apabila adanya sebab-sebab yang mengizinkannya. Caranya adalah selepas dia tersilap dalam melafazkan lafaz salam tersebut, hendaklah dia sujud sahwi dahulu dan barulah dia mengulang semula lafaz salam yang betul. Hal ini kerana tempat sujud sahwi adalah di penghujung solat iaitu selepas bacaan tasyahhud akhir serta selawat ibrahimiyyah dan sebelum memberi salam. [Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (1/336-337)]

Akhir sekali, marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT menerima amal ibadah kita.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/11/hukum-memberi-salam-pertama-dua-kali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Telan Sisa Makanan Di Celahan Gigi Ketika Solat

Hukum Telan Sisa Makanan Di Celahan Gigi Ketika Solat

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 423 hits
SOALAN Adakah membatalkan solat kita apabila kita menelan sisa makanan yang terdapat pada celah gigi ketika solat JAWAPAN Solat merupakan salah satu daripada rukun Islam dan merupakan rukun yang penting selepas mengucap dua kalimah shahadah...
Elfira Loy Dedah Wajah Anak Sulung Buat Kali Pertama

Elfira Loy Dedah Wajah Anak Sulung Buat Kali Pertama

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 376 hits
Wah Akhirnya Elfira Loy mendedahkan wajah anak sulungnya Muhammad Rayyan Khalaf buat kali pertama di Instagram sempena hari terakhir Elfira berpantang Comel sungguh gais Rata rata ramai netizen memuji dan mengatakan wajah anaknya saling tak...
Overnight Oats Bersama Susu Kismis Epal Dan Madu Pertama Kali Buat Dan Rasa Bolehlah

Overnight Oats Bersama Susu Kismis Epal Dan Madu Pertama Kali Buat Dan Rasa Bolehlah

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 492 hits
Sementelahan aku dalam proses diet ini aku mula berjinak jinak mencari menu yang sesuai untuk berdiet Maka aku mula mengumpul bahan untuk di buat menu sarapan pagi iaitu overnight oats bersama susu epal kismis dan madu Setelah di kumpulkan ...
Penurunan Penarafan Penerbangan Ketahui Apa Kesan Terhadap Negara Ia Kali Pertama Dalam Sejarah Malaysia

Penurunan Penarafan Penerbangan Ketahui Apa Kesan Terhadap Negara Ia Kali Pertama Dalam Sejarah Malaysia

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 543 hits
Penurunan penarafan keselamatan penerbangan Malaysia ke tangga kedua oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat mempunyai impak yang amat serius dari pelbagai aspek kepada Malaysia Ini adalah penurunan buat kali pertama dalam...
Bukan Pertama Kali Timbalan Presiden Tidak Rasmi Kongres Kata Pemuda Pkr

Bukan Pertama Kali Timbalan Presiden Tidak Rasmi Kongres Kata Pemuda Pkr

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 397 hits
Ketua Pemuda PKR Akmal Nasir ketika sidang media Majlis Pimpinan AMK di Ibu Pejabat PKR hari ini PETALING JAYA Ketua Pemuda PKR berkata bukan kali pertama penganjuran kongres parti itu dirasmi oleh individu selain timbalan presiden Akmal Na...
Gusti Wanita Pertama Kali Di Saudi Patuh Syariah Kah

Gusti Wanita Pertama Kali Di Saudi Patuh Syariah Kah

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 562 hits
Ahli Gusti wanita Lacey Evans akan bertanding melawan Natalya di Riyadh pada Khamis malam 31 Oktober 2019 merupakan pertunjukan gusti wanita pertama di Arab Saudi SUKANARAB Saudi buat kali pertama menjadi tuan rumah pertunjukan gusti wanita...
Pertama Kali Muncul Di Depan Publik Setelah 2 Tahun Penampilan Kim Woo Bin Bikin Lega Penggemar

Pertama Kali Muncul Di Depan Publik Setelah 2 Tahun Penampilan Kim Woo Bin Bikin Lega Penggemar

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 336 hits
Sempat menyampaikan pidato singkat Woo bin ungkapkan terima kasihnya kepada publik yang selama ini mendukungnya
Tutup Mulut Kepochi Netizen Alif Satar Tunjuk Video Solat Ketika Ironman

Tutup Mulut Kepochi Netizen Alif Satar Tunjuk Video Solat Ketika Ironman

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 529 hits
Pada penghujung bulan Oktober lepas umum sedia tahu bahawa perlumbaan Ironman 2019 di Langkawi telah berlangsung Ia dihangatkan lagi dengan penyertaan beberapa orang selebriti seperti penyanyi dan pengacara hebat Alif Satar bekas Menteri Be...
Dua Kali Booking Supir Yang Sama Ke Padang

Dua Kali Booking Supir Yang Sama Ke Padang

papar berkaitan - pada 28/11/2019 - jumlah : 338 hits
Gambar di atas diambil oleh abang supir Ad Janu Ini adalah pemandangan di KELOK 9 Jalan ini memiliki selekoh yang tajam dan lebar sekitar 5 meter berbatasan jurang dan diapit oleh dua bukit antara bukit cagar Alam Air Putih dan Cagar Alam H...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

The Founders Bagels Cinnamon Rolls