Hukum Meletakkan Syarat Bakal Suami Tidak Boleh Berpoligami



Soalan:Apakah hukum jika seorang isteri meletakkan syarat dalam perkahwinan bahawa suaminya tidak boleh berpoligami? Adakah syarat ini sah disisi syarak, dan perlukah suami mematuhinya?
Jawapan:Para ulama telah membahaskan isu ini dalam karangan-karangan mereka, dan kami bawakan sebahagian nukilan pandangan mereka:
Pertama: Mazhab Hanafi
Menurut Akmal al-Din al-Babarti, syarat seumpama ini adalah fasid, kerana ia berbentuk larangan ke atas perkara yang diharuskan syara’, namun ia tidak membatalkan nikah. Jika suami mematuhi syarat itu, maka isteri perlu diberikan mahar musamma, dan jika syarat itu tidak dipatuhi, isteri perlu diberikan mahar mitsil. (Rujuk Al-‘Inayah Syarh al-Hidayah, 3/350) Menurut Imam al-Sarakhsi pula, syarat sebegini tidak perlu dituruti oleh suami. (Rujuk Al-Mabsuth, 19/120)
Kedua: Mazhab Maliki
Menurut Imam Malik, syarat seumpama ini adalah batil, namun nikah itu tetap sah. Beliau menukilkan pandangan Sa’id ibn Musayyib menyatakan perkahwinan seumpama ini adalah sah dan diharuskan. Namun menurut satu atsar yang diriwayatkan oleh Al-Laith ibn Sa’ad dimana pada zaman Umar al-Khattab, seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita yang mensyaratkannya agar tidak membawanya keluar dari negeri asalnya. Umar apabila mendengar hal ini, telah mengangkat syarat itu dari lelaki tersebut, dan perkahwinan itu tidak dibatalkan. (Rujuk Al-Mudawwanah, 2/131)
Menurut Khalil ibn Ishaq al-Jundi, syarat-syarat yang dikenakan oleh isteri untuk bernikah seperti suami tidak boleh berpoligami, tidak boleh dibawa mengikuti peperangan dan tidak tidak boleh dibawa keluar daripada rumah dan seumpamanya adalah makruh, dan Imam Malik berkata beliau telah meminta para hakim untuk melarang orang ramai daripada terlibat dengan syarat-syarat seumpama itu. (Rujuk Al-Taudhih fi Syarh Mukhtasar Ibn al-Hajib, 4/181)
Ketiga: Mazhab Syafie
Menurut para fuqaha’ mazhab Syafi’e iaitu Imam al-Nawawi, Ibn Hajar al-Haitami, Imam Khathib al-Syarbini dan Syeikh Zakariyya al-Ansari, syarat jenis ini dihukum sebagai fasid dan ia turut menyebabkan mahar menjadi fasid, namun ia tidak membatalkan akad nikah itu sendiri. (Rujuk Raudhah al-Talibin, 7/265; Tuhfah al-Muhtaj, 7/312 dan 387; Mughni al-Muhtaj, 4/377 dan Al-Ghurar al-Bahiyyah, 4/186)
Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji juga ada disebut bahawa syarat seumpama ini adalah bercanggah dengan tuntutan nikah itu sendiri, tapi ia tidak menafikan tujuan asasi nikah iaitu menghalalkan persetubuhan. Syarat seperti ini ialah fasid, namun nikah itu tetap sah. (Rujuk Al-Fiqh al-Manhaji, 4/83-83)
Keempat: Mazhab Hanbali
Menurut Ibn Qudamah, syarat nikah terbahagi kepada tiga, salah satunya ialah yang wajib dipenuhi oleh suami, yang berkait dengan maslahah terhadap dirinya sendiri, seperti suami tidak boleh berpoligami, tidak boleh dibawa bermusafir dan tidak dibawa menemani ke peperangan. Jika syarat ini tidak dipenuhi, isteri berhak untuk menuntut fasakh. Pendapat ini juga diriwayatkan daripada Umar Al-Khattab, Sa’ad bin Abi Waqqas, Mu’awiyah, Amru bin Al-‘Aas R.Anhum, Syuraih, Umar bin Abdul Aziz, Thawus dan Al-Auza’ie. Menurut beliau lagi, ini merupakan pandangan para sahabat dan beliau tidak dapati sebarang sanggahan daripada para sahabat lain pada permasalahan ini, maka ia menjadi ijma’.
Selain itu, sabda Nabi SAW juga:
الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ“Kaum Muslimin itu terikat dengan janji-janji mereka.” [Sunan Tirmidzi (1352) dan Sunan Abu Daud (3594)]
Dakwaan bahawa syarat seperti ini mengharamkan yang halal juga tidak tepat, kerana syarat itu hanya berbentuk pilihan kepada isteri untuk menuntut fasakh daripada suami, jika syaratnya itu tidak dipatuhi. Namun demikian, tidak diharuskan jika syarat itu menghendaki bakal suaminya untuk menceraikan isterinya yang sedia ada, kerana terdapat larangan yang jelas dalam hadith:
لاَ تَسْأَلُ الْمَرْأَةُ طَلاَقَ أُخْتِهَا لِتَكْتَفِئَ صَحْفَتَهَا وَلْتَنْكِحْ فَإِنَّمَا لَهَا مَا كَتَبَ اللَّهُ لَهَا“Janganlah seorang wanita meminta bakal suaminya untuk menceraikan isterinya yang sedia ada dan merampas haknya. Berkahwinlah (walaupun tanpa menetapkan syarat demikian), sesungguhnya dia akan memperoleh apa yang Allah SWT telah tetapkan kepadanya.” [Sahih Muslim (1408)]
(Rujuk Al-Mughni, 7/93-94)
Imam al-Mardawi pula menganggapnya sebagai satu syarat yang sah dan perlu dipatuhi, dan jika suami melanggar syarat ini, isteri berhak untuk memohon fasakh. (Rujuk Al-Insaf fi Ma’rifati al-Rajih min al-Khilaf, 20/390; dan Imam al-Buhuti, Kasyaf al-Qina’, 5/91)
Syeikhul Islam ibn Taimiyyah juga pernah ditanya soalan ini, dan beliau menyebut bahawa syarat tersebut adalah sah, dan suami perlu mematuhinya. Antara dalil beliau ialah kata-kata Umar al-Khattab yang dihadapkan dengan satu kes melibatkan suami isteri yang telah bersetuju sewaktu akad supaya suami tidak berpoligami, beliau mengesahkan syarat tersebut dan berkata:
مَقَاطِعُ الْحُقُوقِ عِنْدَ الشُّرُوطِ“Pemutus-pemutus hak itu bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan.” (Rujuk Al-Fatawa al-Kubra, 3/90)
Mengikut satu qaul Imam Ahmad yang diterima jumhur fuqaha’ mazhab Hanbali, mematuhi syarat ini hukumnya sunat, dan isteri berhak menuntut fasakh jika suami tidak mematuhinya. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah pula memilih pandangan yang mewajibkannya, dan ia adalah pendapat yang lebih sahih.
Namun demikian, jika isteri itu redha dengan pelanggaran syarat yang dilakukan oleh suami, isteri tidak berhak lagi untuk menuntut fasakh. Namun kedua-dua suami dan isteri tidak boleh mensyaratkan agar kedua-duanya tidak boleh berkahwin lagi setelah mereka bercerai atau salah seorang daripada mereka meninggal dunia.
Namun jika syarat seumpama ini ditetapkan setelah berlaku akad, maka syarat itu tidak lagi perlu dipatuhi. Namun kata Ibn Rajab, syarat itu tetap wajib dipatuhi meskipun ia ditetapkan setelah akad nikah, dan inilah pandangan yang azhar dalam mazhab Hanbali. (Rujuk Syarh Zad al-Mustaqni’, 20/60-62)
Perbahasan Pandangan Ulama dan Tarjih
Imam Ibn Rusyd sewaktu memberi komentar tentang isu ini menulis:
Para ulama’ berbeza pandangan pada hukum mematuhi syarat seumpama ini, seperti suami tidak boleh berpoligami, tidak boleh membawa isteri pergi berperang atau berpindah dari negerinya. Manakala menurut al-Auza’ie dan Ibn Syubrumah, isteri berhak mengenakan syarat itu dan suami mestilah mematuhinya. Ibn Shihab juga menyatakan para ulama’ berpegang pada pendapat ini. Qaul mereka ini diriwayatkan daripada Ali dan Umar R.A. Adapun faktor perbezaan pandangan mereka ialah kerana percanggahan antara nas umum dan nas khusus. Nas umum ialah hadith daripada ‘Aisyah R.Anha:
مَنِ اشْتَرَطَ شَرْطًا لَيْسَ فِي كِتَابِ اللَّهِ فَهْوَ بَاطِلٌ، وَإِنِ اشْتَرَطَ مِائَةَ شَرْطٍ، شَرْطُ اللَّهِ أَحَقُّ وَأَوْثَقُ“Sesiapa yang mengenakan syarat yang tidak terdapat dalam al-Quran maka ia bathil, meskipun dia mengenakan seratus syarat sekalipun. Syarat Allah lebih benar dan dipercayai.” [Riwayat al-Bukhari (2155)]
Manakala nas khusus pula ialah hadith daripada ‘Uqbah bin Amir:
إِنَّ أَحَقَّ الشَّرْطِ أَنْ يُوفَى بِهِ مَا اسْتَحْلَلْتُمْ بِهِ الْفُرُوجَ“Sesungguhnya syarat yang lebih berhak untuk dipatuhi dan ditunaikan ialah syarat yang menghalalkan hubungan kelamin (syarat perkahwinan).” [Riwayat Muslim (1418)]
Kedua-dua hadith ini adalah sahih, namun yang lebih masyhur dalam kalangan usuliyyun ialah mendahulukan nas khusus ke atas yang umum, dan dalam kes ini, wajib untuk mematuhi syarat yang telah dipersetujui bersama isteri.” (Rujuk Bidayah al-Mujtahid, 3/81-82)
Kesimpulan
Tuntasnya, kami mentarjihkan pandangan yang mengharuskan syarat yang dikemukakan isteri sebelum akad agar suami tidak boleh berpoligami, dan para suami hendaklah mematuhi persetujuan yang telah ditetapkan bersama isteri, demi memelihara keutuhan rumah tangga yang harmoni.
Namun dalam masa yang sama, syarat-syarat yang diletakkan manusia bukanlah hukum Allah SWT yang tidak boleh dipinda dan diubah. Sikap toleransi dan berlapang dada mestilah diutamakan, dan dalam banyak keadaan, perbincangan hati ke hati pastinya akan menatijahkan hasil yang positif. Maka, meskipun isteri memiliki hak untuk menuntut fasakh jika suami tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, pertimbangan yang rasional dan pemikiran matang haruslah digunakan dalam membuat sebarang keputusan.
Kami akhiri dengan doa seperti yang diajar oleh Allah SWT:
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.” (Surah al-Furqan: 74)
Wallahu a’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/03/hukum-meletakkan-syarat-bakal-suami.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ustaz Ini Jelaskan Hukum Solat Jamak Dan Qasar Syarat Ke Empat Ramai Yang Salah Faham

Ustaz Ini Jelaskan Hukum Solat Jamak Dan Qasar Syarat Ke Empat Ramai Yang Salah Faham

papar berkaitan - pada 19/3/2019 - jumlah : 817 hits
SALAH ERTI HUKUM JAMAK DAN QASAR Allah SWT memberi dua kemudahan kepada orang yang bermusafir untuk melaksanakan solat iaitu JAMAK dan QASAR Untuk seseorang itu mendapat kelayakan rukhsah solat musafir mestilah menepati beberapa syarat Beri...
Hukum Suami Ambil Wang Isteri Tanpa Izin

Hukum Suami Ambil Wang Isteri Tanpa Izin

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 364 hits
Soalan Isteri saya bekerja dan mempunyai pendapatan tetap Apakah hukum sekiranya saya mengambil duit daripada isteri saya tanpa izin Jawapan Hakikat yang sebenar suami wajib menafkahkan kepada isteri sekalipun isteri tersebut seorang yang k...
Wanita 30 An Lebih Sukar Hamil Berbanding 20 An 3 Rawatan Ini Boleh Bantu Kesuburan Suami Isteri

Wanita 30 An Lebih Sukar Hamil Berbanding 20 An 3 Rawatan Ini Boleh Bantu Kesuburan Suami Isteri

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 380 hits
Merawat ketidaksuburan boleh jadi suatu perkara yang menyukarkan Ia memerlukan pelbagai usaha terutama jika anda berada dalam lingkungan 30 an bermakna peluang anda untuk hamil adalah rendah berbanding wanita yang berusia awal 20 an Ini bel...
Ramai Tak Tahu Isteri Suami Boleh Saman Orang Ketiga Yang Mengganggu Rumahtangga

Ramai Tak Tahu Isteri Suami Boleh Saman Orang Ketiga Yang Mengganggu Rumahtangga

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 566 hits
Hidup berpasangan adalah fitrah hidupan di dunia ini termasuklah manusia yang akan melalui kehidupan bersama melalui ikatan perkahwinan Banyak perkara yang boleh menjadi punca perceraian seperti kerjaya penyakit keluarga dan yang sering ter...
Hiburan Macam Dia Seorang Je Ada Suami Tidak Boleh Berpisah Dengan Fattah Teman Rapat Sindir Fazura

Hiburan Macam Dia Seorang Je Ada Suami Tidak Boleh Berpisah Dengan Fattah Teman Rapat Sindir Fazura

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 399 hits
Nur Fazura dan Fattah Amin antara pasangan selebriti paling romantis setiap perkara yang mereka lakukan bersama pasti akan nampak manis dan begitu mesra penuh dengan rasa cinta Pendek kata mereka berdua sudah ibarat seperti belangkas tidak ...
Jika Suami Tahu Sakitnya Bersalin Boleh Menitik Air Mata Tengok Pengorbanan Isteri

Jika Suami Tahu Sakitnya Bersalin Boleh Menitik Air Mata Tengok Pengorbanan Isteri

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 460 hits
Bila mengandung selama 9 bulan isteri ke hulur ke hilir bawa perut bawa anak dalam kandungan tak pernah merungut sebab mengandung walaupun bila berjalan dah nampak macam pinguin Saiz badan berubah dari slim kepada kembang semangkuk Subhanal...
Suami Orang Tak Boleh Dibuat Main Jangan Cuba Bermain Api

Suami Orang Tak Boleh Dibuat Main Jangan Cuba Bermain Api

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 287 hits
Bulan lalu kecoh di media sosial mengenai kontroversi panas Aliff Aziz bersama pelakon baru Oktovia Manrose Hampir sebulan berlalu Bella Astillah tampil The post appeared first on
Motorola Razr Bakal Menggunakan Skrin Boleh Lipat Dan Dijana Cip Snapdragon 710

Motorola Razr Bakal Menggunakan Skrin Boleh Lipat Dan Dijana Cip Snapdragon 710

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 263 hits
Sebanyak 13 versi Motorola Razr dihasilkan ketika zaman kegemilangan peranti mudah alih ini Ia walau bagaimanapun dihentikan pengeluaran pada tahun 2009 selepas pengguna tidak lagi meminati peranti dengan rekaan clamshell Bukan lagi misteri...
Tak Boleh Berpisah Dengan Suami Kawan Baik Sindir Fazura

Tak Boleh Berpisah Dengan Suami Kawan Baik Sindir Fazura

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 339 hits
Sebut saja Nur Fazura dan Fattah Amin boleh dikatakan mereka ini pasangan selebriti paling sensasi di Malaysia Sama cantik sama padan pasangan The post appeared first on
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Lirik Lagu 123 Iman Troye Ft Mal Hamka

Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien