Pengalaman Makan Malam Dinner In The Sky
Hai apa khabar semua? Bersua kita kembali, tak sampai 24 jam dari entri sebelum ini, Che Sar dah mula rindukan kalian. Ewah, nampak ayat amik hati ni hahaha. Kalian pun mesti rindu nak baca coretan Che Sar lagi kan? Kan? Kan?
Selalunyalah kan kita akan mula pening setiap kali tiba hari jadi orang yang tersayang. Betul tak? Kalau baru bercinta atau berkahwin tu tak pe lagi banyak lagi idea-idea menarik yang boleh dicuba. Tetapi bagi yang dah berumah tangga lebih dari 10 tahun, mulalah mati kutu fikir apa kejutan paling menarik dan istimewa kita nak buat pada yang tersayang.
Che Sar pun begitu juga hahaha. Itu yang Che Sar nak ajak kalian baca entri kali ini. Che Sar nak share tentang pengalaman makan malam ‘Dinner In THe Sky’. Mana tahu kalian pun boleh cuba buat kejutan dan sesuatu yang unik dan lain dari yang lain.
Tengah pening-pening fikir nak surprisekan apa untuk harijadi suami tercinta itu hari. Tiba-tiba Che Sar teringat iklan Dinner In The Sky Malaysia yang sehari 18x duk melintas di news feed Che Sar ni. Zasss Che Sar klik, baca penerangan di dalam websiter tersebut, fikir sekejap, congak-congak tekan kalkulator sikit dan terus booking. Harga memang kus semangat. Tapi demi yang tersayang, setahun sekali jer kan why not. Manis kan Che Sar?
Jadi Che Sar ingat nak kongsikan lah sedikit tips pada kalian yang teringin nak cuba tapi dah masuk 88 kali duk cabut undi nak naik ke tidak. Rasa cuak dan seram kan? Boleh ke nak makan kat atas tu? Nanti dah bayar mahal-mahal tak boleh makan macam mana? Aku ni dah la gayat, kalau nak turun macam mana? Tak jatuh bawah ke nanti? Ish soalan, bawa mengucap hahaha Insya Allah semuanya selamat. Kalau tak yakin, sebelum naik tu mengucap siap-siap hahaha.
1) Ok, mula-mula kalian kena semak cuaca dulu. Kalian bakal makan secara terbuka tau dengan kaki yang terjuntai. Jadi pastikan cuaca sedang elok angin sepoi-sepoi bahasa. Barulah romentik gitu.
2) Ada 2 pilihan waktu makan, kalian boleh pilih sesi ‘sunset’ 6.30-7.30ptg atau sesi ‘city lights’ 8.00-9.00mlm.
3) Sila bersedia di tempat kejadian sekurang-kurangnya awal 30 minit dan sahkan kehadiran anda di lobby Dinner In The Sky (DITS).
4) Satu sesi ada 22 seating makan malam bersama selama sejam di atas sana. Sepanjang dinner, muzik akan didendangkan. Yang mana request nak sambut birthday tu, ramai-ramai lah akan nyanyikan birthday song kat kalian. Owh ya kalian boleh request nak sepotong kek besday, siap duit jer lah yer.
5) Sebelum naik silalah selesaikan urusan bilik termenung siap2. Jangan risau, tandas yang bersih dan wangi disediakan untuk kalian di sana. Bila nerves macam-macam isi perut rasanya nak terkeluar kan? Kau jangan buat hal pula kat atas sana, buat malu kompeni saja nanti.
6) Hanya handphone saja dibenarkan untuk di bawa ke atas. Locker disediakan untuk simpan barang-barang berharga kalian. Tinggi tau 50 meter tu. Apa-apa yang terlepas jatuh ke bawah sure berkecai hati punya.
7) Owhya bagi akak-akak silalah bersiap sedia pakai seluar yer. Tali pinggang keselamatan akan dipakaikan. Jadi kalau akak-akak pakai skirt. Terpaksalah akak-akak selak tinggi sikit. Silap haribulan jadi freeshow pula dari bawah. “Hang jangan buat pasai Sooom…🙈”
8 ) Selipar dan sandal tidak dibenarkan, sila pakai kasut bertali yang tak mudah tanggal. Kang terlucut kesian orang kat bawah tu tak pasal-pasal tumit kasut terpacak kat kepala.
9) Umur yang dibenarkan naik adalah 13 tahun ke atas dengan ketinggian min 145cm. Berat maksimum pula 150kg. Nanti senget sebelah Che Sar tak jamin. Mujur akak persis model kah kah kah.
10) Parking yang luas disediakan, kalian boleh park di dalam kawasan tersebut. Jika kalian memandu dari Jln Tun Razak terus belok ke kiri sebelum Hospital Prince Court menghala ke arah Pavillion. Kalian akan perasan ada satu stesen minyak Shell. DITS tu betul2 bersebelahan stesen Shell tu.
11) Kalian akan diberi pilihan menu untuk main course. Untuk menu starter dan dessert sama jer. Kalian jangan risau makanan yang disediakan Halal disahkan Jakim dan disediakan oleh hotel Sheratol Imperial KL.
12) Meja makan akan diangkat setinggi 50 meter secara perlahan-lahan dengan kren. Eh dah cerita kan tadi? Dah sampai atas, Chef akan siapkan dan hidangkan makanan satu persatu.
13) Akhir sekali kalian mesti nak tahu harganya kan? Ok 1 pakej makan malam selama sejam di atas nun, berharga RM328 per person (Sabtu/Ahad) atau RM308 per person (Isnin-Jumaat). Harga ini dah termasuk dengan sekeping gambar kenang-kenangan background KLCC yang mengusik jiwa, cheewah kah kah kah.
14) Owh ya booking kena buat online tau. So sesiapa yang nak merasa sambut besday ke, berbuka puasa nun di atas sana ke, silalah laju-laju booking di website ni 👉🏻 www.dinnerinthesky.my
15) Kesimpulan yang Che Sar dapat berikan, pilihan menu dan portion makanan sedang elok, namun makan rasa nak terkeluar balik bukan sebab tak sedap tapi gayat yakmat, kah kah kah. Bagi yang minat extreme tu sesuai lah sangat. Cuma satu saja, cemas sikit bila husband Che Sar hampir terjatuh, namun mujur terus ke hati I. Chiaa ciaa ciaa ciaaa.
Pendek kata Che Sar bagi 5 bintanglah untuk pengalaman yang best ni. Terima kasih pada semua yang sudi baca sampai habis.
Yang benar,
Che Sar, ala akak yang semut suka sebab maneeees sangat tu.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.chesar.my/pengalaman-makan-malam-dinner-in-the-sky/