Hukum Lim Guan Eng Ternyata Beliau Tdak Bermaruah



LIHAT kenyataan ini..
Lim Guan Eng ternyata tidak bermaruah
HARAKAHDAILY 14/2/2020

SETELAH hampir dua tahun berjaya memegang tampuk pemerintahan negara, kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH) sehingga kini masih juga belum menunaikan janjinya untuk membayar royalti petroleum kepada Kerajaan Kelantan seperti yang terdapat dalam Manifesto PH pada PRU ke-14 lalu.

Sehingga kini jika ada saluran yang dibuat oleh Kerajaan Pusat kepada Kelantan berhubung petroleum, yang disalurkan itu bukan royalti, tetapi wang ihsan, dengan jumlahnya yang amat kecil dan perkiraannya yang amat jauh berbeza berbanding royalti.

Contohnya pada 17 September 2019 lalu, Kerajaan Pusat telah menyalurkan sebanyak RM15.7 juta kepada Kelantan dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula mengatakan Kerajaan Pusat telah memberi royalti kepada Kelantan pada hari itu dalam kenyataannya pada keesokan harinya.Pada hal, kenyataan Menteri Kewangan itu tidak benar dan mengelirukan rakyat. Yang dituntut oleh Kerajaan Kelantan adalah royalti minyak dan wang gas, tetapi yang diberi atau yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat itu adalah wang ihsan.Berita terbaru.. Royalti Minyak K'tan: Tuntut Hak Sejaik 9 Mei 1975... Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakob sendiri dalam kenyataannya pada 15 Oktober 2019 lalu mengesahkan bahawa kenyataan Lim Guan Eng mengenai pemberian wang sebanyak RM15.7 juta kepada Kelantan itu adalah berkenaan wang ihsan, bukannya wang royalti.

Malah dalam kenyataannya ketika menjawab soalan tambahan dalam Persidangan Dewan Undangan (Dun) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim di Kota Bharu itu, Dato’ Ahmad secara tegas menyatakan bahawa wang ihsan dan royalti mempunyai perbezaan yang terlampau jauh. Perkara itu boleh dirujuk kepada kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

“Wang ihsan nak beri pun tak apa, tak beri pun tak apa tetapi royalti hak kita, kewajipan hendaklah dibayar kepada Kerajaan Kelantan. Saya maklumkan kepada Ahli Dewan pada 17 September lalu sebanyak RM15,749,561.50 diberikan di bawah tajuk wang ihsan kepada Kelantan 2019,” katanya.

Sedangkan, menurut Dato’ Ahmad lagi, jika bayaran royalti, jumlah yang mesti dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Kelantan jauh lebih besar daripada angka tersebut.

“Sebagai contoh, pada 2017 sahaja, royalti yang sepatutnya diperoleh Kelantan sebanyak RM1.03 bilion. Ini sumber yang kita dapat melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri. Untuk jumlah keseluruhan, saya perlukan notis,” jelas Dato’ Ahmad.

Bagaimanapun, dalam persidangan Dewan Rakyat, Lim Guan Eng tanpa rasa bersalah di atas putar belitnya itu cuba memburukkan Kerajaan Kelantan pula dengan mengatakan Kerajaan Kelantan terpaksa memohon pinjaman daripada Kerajaan Pusat kerana ketiadaan wang untuk membayar gaji kakitangannya.

Lim Guan Eng sanggup membuat kenyataan sehina itu walaupun seluruh rakyat negara ini dan beliau sendiri pun tahu bahawa Kerajaan Kelantan sejak dulu hingga kini tidak pernah tidak membayar gaji kakitangannya, malah tidak pernah kekeringan wang untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Tindakan Kerajaan Kelantan memohon pinjaman tersebut bukanlah kerana kekeringan wang, tetapi sememangnya berdasarkan hak Kerajaan Kelantan sendiri terhadap Kerajaan Pusat. Keadaan itu samalah juga dengan Kerajaan Negeri-negeri lain terhadap Kerajaan Pusat di negara ini.

Selain itu, tindakan Kerajaan Kelantan memohon pinjaman tersebut juga disebabkan kesilapan Kerajaan Pusat sendiri yang enggan menyalurkan wang yang sepatutnya kepada Kerajaan Kelantan, dalam keadaan Kerajaan Pusat sendiri masih mempunyai hutang yang begitu besar kepada Kerajaan Kelantan termasuk royalti petroleum, gas dan premium tanah.

Dalam keadaan itu pun, Kerajaan Kelantan seperti yang diketahui umum tetap juga berupaya mentadbir Kelantan dengan baik yang bukan sahaja berupaya membayar gaji kakitangannya dengan baik setiap bulan, tetapi juga mampu menunaikan kewajipannya dalam membangunkan negeri dan melaksanakan kebajikan kepada seluruh rakyatnya, dengan sumber-sumber yang ada yang amat terhad.

Terbaru, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut menyerlahkan niat jahatnya lagi terhadap Kelantan menerusi kenyataannya pada 10 Februari lalu dengan mengatakan Malaysia akan ditarik ke zaman gelap seperti di Kelantan di bawah sebuah kerajaan yang didominasi oleh orang Islam yang memusuhi minoriti bukan Islam, sekiranya kerjasama politik Pakatan Nasional yang digembar-gemburkan menjadi kenyataan.

Dalam kenyataannya itu, Lim Guan Eng turut menyatakan bahawa Pakatan Nasional merupakan ancaman yang jelas dan nyata terhadap cara hidup Malaysia berikutan pengumuman pemimpin PAS bahawa mereka tidak mahukan Menteri Kabinet bukan Islam, terutama untuk jawatan penting seperti Menteri Kewangan, walaupun tidak wujud halangan sedemikian dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan-kenyataan jahat Lim Guan Eng itu jelas menunjukkan beliau selaku Menteri Kewangan sememangnya tidak berhasrat untuk membantu Kelantan, sebaliknya terus berusaha untuk menekan dan memburukkan Kerajaan Kelantan dengan pelbagai cara.

Sudahlah royalti kepada Kerajaan Kelantan sehingga kini tidak dibayar, tetapi diputar belitkan pula dengan bayaran wang ihsan sebagai bayaran royalti petroleum, beliau menuduh pula keadaan di Kelantan yang berada di bawah pemerintahan PAS sebagai keadaan yang gelap, walaupun dakwaan beliau itu ternyata menyeleweng daripada realiti sebenar.

Realiti itu bukan sahaja boleh disahkan oleh rakyat Kelantan sendiri tetapi juga oleh seluruh rakyat negara ini jika pihak-pihak yang dirujuk itu sememangnya orang yang berautoriti dan bercakap jujur.

Gelap Kerajaan Kelantan hanyalah gelap dari segi harapan terhadap Lim Guan Eng yang sehingga kini masih tidak melaksanakan janji Kerajaan PH untuk membayar wang royalti petroleum kepada Kelantan, walaupun pembayarannya telah dipersetujui oleh Perdana Menteri sendiri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Jadi, di manakah maruah Lim Guan Eng terhadap Kerajaan Kelantan, terhadap seluruh rakyat Kelantan dan terhadap seluruh rakyat negara ini sehingga tergamak membuat kenyataan hina itu terhadap Kelantan, dalam keadaan beliau sendiri yang sememangnya tidak bertanggungjawab yang tidak membayar royalti petroleum kepada Kerajaan Kelantan walaupun Perdana Menteri sendiri yang telah bersetuju untuk berbuat demikian.

Jika Lim Guan Eng bermaruah, beliau tidak sanggup membuat kenyataan sedemikian, termasuk kenyataan mengenai Pakatan Nasional yang tidak tentu hujung pangkalnya, dalam keadaan beliau sendiri sememangnya berada di bawah Perdana Menteri dan dalam keadaan beliau sendiri yang tidak tahu melaksanakan peranan dan tanggungjawabnya dengan baik.

Apalah gunanya beliau menuding jari kepada orang lain jika jari yang dituding sebenarnya tertuding kepada dirinya sendiri. Manusia yang bermaruah pasti tidak sanggup berbuat demikian, kecuali jika orang itu sendiri tidak tahu erti maruah dan tidak tahu menjaga maruah dirinya sendiri.
AZIZ MUDA – HARAKAHDAILY 14/2/2020Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bukan itu sahaja, lihat kenyataan ini.."Kes rasuah banglo Lim Guan Eng, kes pembunuhan Allahyarham Adib, kes fitnah Rafizi, kes penglibatan ahli politik DAP dengan pengganas LTTE dan banyak lagi kes digugurkan tanpa apa-apa perbicaraan.Itu tidak lagi termasuk beberapa kes penyalahgunaan kuasa Menteri Kewangan yang melelong berbilion ringgit aset strategik negara di TH, Khazanah Nasional dan IHH.
Sebenarnya inilah yang amat ditakuti oleh Pakatan Harapan." 

Maka sudah sepatutnya Lim Guan Eng disiasat dan dibawa ke muka pengadilan. 
PH Derhaka, Wajib Dihukum.. Mengapa?Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-109: DAP Selepas PM Ke 8.
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-107: Roket Pemikiran DAP Yang Bengkok.....
Sekian.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/05/hukum-lim-guan-eng-ternyata-beliau-tdak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bon Samurai Perlukah Lim Guan Eng Disiasat

Bon Samurai Perlukah Lim Guan Eng Disiasat

papar berkaitan - pada 23/5/2020 - jumlah : 305 hits
Pelbagai pihak mendesak kerajaan menjalankan siasatan sama ada melalui SPRM ataupun satu RCI ditubuhkan bagi mencari jawapan mengapa bekas Menteri kewangan Lim Guan Eng membuat pinjaman Bon Samurai daripada Jepun Ini menurut Pengarah Jabata...
Keadaan Kewangan Negara Tak Seburuk Digambarkan Lim Guan Eng

Keadaan Kewangan Negara Tak Seburuk Digambarkan Lim Guan Eng

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 289 hits
Sarawakvoice May 19 2020KUALA LUMPUR Ramai rakyat berpendapat bahawa ada perkara yang disembunyikan oleh bekas perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Kewangan Lim Guan Eng daripada pengetahuan rakyat berhubung dengan tuju...
Ym Tengku Zafrul Hairan Knapa Tun Dan Lim Guan Eng Membuat Pinjaman Sedangkan Kewangan Negara Kukuh

Ym Tengku Zafrul Hairan Knapa Tun Dan Lim Guan Eng Membuat Pinjaman Sedangkan Kewangan Negara Kukuh

papar berkaitan - pada 8/5/2020 - jumlah : 399 hits
YM Tengku Zafrul Menteri kewangan hairan knapa Tun dan lim guan Eng membuat pinjaman sedangkan Kewangan negara kukuhApa tujuan Mahathir dan Lim Guan Eng berhutang APA MUSLIHAT MEREKA Kenapa mereka menipu rakyat tentang status kewangan negar...
Persoalan Tengku Zafrul Mengenai Keadaan Kewangan Negara Rci Mesti Di Tubuhkan Untuk Siasat Dr Mahathir Dan Guan Eng

Persoalan Tengku Zafrul Mengenai Keadaan Kewangan Negara Rci Mesti Di Tubuhkan Untuk Siasat Dr Mahathir Dan Guan Eng

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 415 hits
Kalau kita imbas kembali kempen kempen Pakatan Harapan sebelum PRU 14 isu yang menjadi kempen hangat mereka ialah keadaan hutang negara yang di dakwa melebihi RM1 trilion Malah sebaik saja membentuk kerajaan Pakatan Harapan masih terus mend...
Sebiji Kena Atas Muka William Leong Adakah Mahathir Terlibat Bebaskan Guan Eng Tanya Azalina

Sebiji Kena Atas Muka William Leong Adakah Mahathir Terlibat Bebaskan Guan Eng Tanya Azalina

papar berkaitan - pada 21/5/2020 - jumlah : 298 hits
Bekas menteri undang undang Azalina Othman Said membidas ahli Parlimen Selayang William Leong yang mempertikaikan apakah Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang meluluskan supaya dakwaaan pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan dana 1MDB t...
Thieves Not Dap Or Guan Eng Will Destroy Malays Warns Mahathir

Thieves Not Dap Or Guan Eng Will Destroy Malays Warns Mahathir

papar berkaitan - pada 13/5/2020 - jumlah : 298 hits
Dr Mahathir Mohamad is embarrassed over the prevalent belief that DAP and its secretary general Lim Guan Eng s presence in the federal government would sound the death knell for Malays In his latest blog post the two time premier recalled h...
Dr Mahathir Guan Eng Dianggap Tipu Tengku Zafrul Perlu Jelas

Dr Mahathir Guan Eng Dianggap Tipu Tengku Zafrul Perlu Jelas

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 377 hits
REAKSI Tengku Zafrul Tengku AzizTERDAPAT satu risalah disebarkan menerusi grup WhatsApp yang memberi kesan buruk khasnya kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai bekas PM dan Lim Guan Eng sebagai bekas Menteri Kewangan dan kerajaan PH amnya Risal...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

My Duty Role As Src Director Only Existed In Name Shahrol Tells Court

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Taman Tema Genting Highland

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Tuah Adzmi Zack Zakwan Adikkk Muna Shahirah Wani Syaz Nurul Iman Ya Raya Chord

Neoclassical Apartments Interior Decor Inspirations



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Tadabbur Surah Surah Lazim Qarin Persiapan Mencari Lailatulqadar

Singo Pear Manfaat Pada Kesihatan Dan Petua Redakan Batuk

10 Malam Akhir Ramadan 2024 Kelebihan Tarikh Amalan Sunat

Cara Daftar Lalamove Online Driver Motor Dan Kereta

Hablun Minallah By Dr Hm Rakib S H M Ag Nurul Ikhlas Pekanbaru

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan