Hukum Laksana Khatan Kanak Kanak Di Dalam Masjid


Gambar hiasan kanak-kanak sebelum berkhatan di masjidSOALAN:
Sekarang musim cuti sekolah. Majlis berkhatan sedang meriah di masjid dan surau. Apakah boleh berkhatan di dalam masjid dan surau?

JAWAPAN:
Masjid-masjid dibina dengan tujuan-tujuan yang membawa kepada ibadah serta ketaatan kepada Allah SWT. Ini seperti ibadah solat, zikrullah, bacaan Al-Quran, iktikaf, sedekah, majlis ilmu, serta perkara-perkara keduniaan yang mempunyai sudut akhirat padanya. Manakala perkara-perkara keduniaan yang melibatkan maslahah individu seperti jual beli dan sebagainya, hendaklah dielakkan dari dilakukan di dalam masjid.

Ini seperti yang disebutkan oleh sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا رَأَيْتُمْ مَنْ يَبِيعُ أَوْ يَبْتَاعُ فِي الْمَسْجِدِ فَقُولُوا لاَ أَرْبَحَ اللَّهُ تِجَارَتَكَ
“Apabila kamu melihat seseorang yang menjual atau membeli di dalam masjid maka ucapkanlah kepadanya: ‘Semoga Allah tidak menguntungkan perniagaan kamu’.” [Riwayat Al-Tirmidzi (1321)]

Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ سَمِعَ رَجُلاً يَنْشُدُ ضَالَّةً فِي الْمَسْجِدِ فَلْيَقُلْ لاَ رَدَّهَا اللَّهُ عَلَيْكَ فَإِنَّ الْمَسَاجِدَ لَمْ تُبْنَ لِهَذَا
“Sesiapa yang mendengar seorang lelaki yang menyeru di dalam masjid bertanyakan barangnya yang hilang, maka ucapkanlah kepadanya: ‘Semoga Allah tidak mengembalikannya semula kepadamu’. Ini kerana masjid-masjid itu tidak dibina untuk tujuan seperti ini.” [Riwayat Muslim (568)]

Imam Al-Nawawi dalam syarahan beliau ke atas hadis ini berkata: “Antara faedah daripada hadis ini adalah; larangan ke atas perbuatan menyeru barangan yang hilang di dalam masjid. Turut termasuk di dalam larangan ini adalah perbuatan yang sama makna dengannya seperti jual beli, sewa, serta akad yang seumpamanya. Demikian juga (hadis ini menunjukkan) kemakruhan meninggikan suara di dalam masjid.”

Meskipun begitu, kami menyatakan bahawa larangan ini terikat sekiranya ia dilakukan dengan suara yang tinggi. Ini kerana perkara tersebut menafikan fungsi masjid itu sendiri. Namun, sekiranya dalam keadaan yang memerlukan seperti pada hari Jumaat yang biasanya melibatkan jemaah yang ramai, maka sekiranya para jemaah menemui barangan-barangan yang tercicir di kawasan masjid sama ada di tempat mengambil wudhu', dalam tandas, atau dewan solat itu sendiri, bolehlah menyerahkan ia kepada pihak pengurusan masjid. Kemudian pengurusan masjid boleh mengumumkan kepada para jemaah secara lisan tanpa dikuatkan suara, khususnya barangan yang penting seperti telefon bimbit dan juga kunci kereta. Adapun jika barangan seperti kopiah, pakaian, cermin mata, boleh sahaja diiklankan di papan kenyataan atau ruangan yang disediakan untuk barang-barangan yang hilang.

Ini kerana masjid-masjid dibina dengan tujuan seperti yang dinyatakan dalam beberapa riwayat di atas. Sebaliknya, ia dibina dengan tujuan untuk didirikan solat, zikrullah, bacaan Al-Quran dan seumpamanya. Ini seperti yang dinyatakan menerusi firman Allah SWT:

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَنْ تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ
“Pada rumah-rumah (masjid) yang mana Allah telah mengizinkan untuk ditinggikan (dibina) dan disebut di dalamnya nama-Nya. Yang mana manusia itu bertasbih kepada-Nya di dalamnya (masjid) pada waktu pagi dan petang.” [Surah Al-Nur (36)]

Akhlak dan adab ini adalah meliputi kesemua masjid yang didirikan solat di dalamnya sama ada masjid jamek ataupun bukan (seperti surau-surau). Ini seperti mana yang dinyatakan oleh Ibn Abbas R.Anhuma dalam tafsiran beliau terhadap ayat di atas.

Juga seperti yang disebutkan dalam sebuah riwayat daripada Anas bin Malik R.A beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِنَّ هَذِهِ الْمَسَاجِدَ لاَ تَصْلُحُ لِشَىْءٍ مِنْ هَذَا الْبَوْلِ وَلاَ الْقَذَرِ إِنَّمَا هِيَ لِذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالصَّلاَةِ وَقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ
“Sesungguhnya masjid-masjid ini tidak sesuai untuk sedikit pun dari air kencing ini dan juga sebarang kotoran. Sesungguhnya ia (masjid-masjid) hanyalah untuk zikrullah, solat, dan pembacaan Al-Quran.” [Riwayat Muslim (285)]

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan di atas, kami melihat isu khatan kanak-kanak yang dilakukan di dalam masjid adalah termasuk perbuatan yang menafikan fungsi masjid selaku tempat beribadah. Demikian juga apabila proses berkhatan ini melibatkan pendedahan aurat kanak-kanak di dalam masjid, maka ini bercanggah dengan firman Allah SWT:

خُذُوا زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ
“Dan ambillah perhiasan kamu pada setiap masjid.” [Surah Al-A’raaf (31)]

Dan yang dimaksudkan dengan perhiasan di dalam ayat ini adalah menutup aurat. Meskipun para ulama' berbeza pendapat tentang batasan aurat bagi kanak-kanak melihat kepada usia mereka, namun langkah yang selamat adalah dengan meninggalkan perbuatan mendedahkan aurat tersebut di dalam masjid.

Penutup

Sebagai kesimpulan, kami menyatakan bahawa hukum melakukan khatan kanak-kanak di dalam masjid adalah dilarang. Kami mencadangkan supaya perbuatan berkhatan ini dilakukan di kawasan perkarangan masjid atau bilik-bilik khas yang disediakan untuk tujuan seperti ini dan bukannya dilakukan di dalam dewan solat utama. Ini kesemuanya berdasarkan beberapa nas dan hujahan yang telah kami kemukakan di atas.

Akhir kalam, kami berdoa semoga Allah SWT memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/hukum-laksana-khatan-kanak-kanak-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Sunathon Atau Khatan Perdana Masjid Sementa

Program Sunathon Atau Khatan Perdana Masjid Sementa

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 471 hits
Bermulanya musim cuti sekolah nanti maka bermulalah juga musim sunat bagi anak anak Tahun ini Sisyat menerima permintaan Dasuki Hafiy untuk bersunat Telah lama sebenarnya dia minta dengan mama papa untuk bersunat Kami menganggap permintaan ...
Hukum Bina Tandas Dalam Bilik Imam Di Masjid

Hukum Bina Tandas Dalam Bilik Imam Di Masjid

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 319 hits
SOALAN Adakah boleh membina tandas di dalam bilik imam di hadapan ruang solat masjid bagi memudahkan imam JAWAPAN Masjid merupakan syiar serta institusi penting bagi umat Islam Masjid disebut sebagai rumah Allah SWT serta menjadi pusat kema...
Kanak Kanak Di Masjid Antara Sunnah Dan Sikap Yang Tidak Mesra

Kanak Kanak Di Masjid Antara Sunnah Dan Sikap Yang Tidak Mesra

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 690 hits
Prof Madya Dato Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin1 Islam memberikan persekitaran yang mesra dan selesa kepada perkembangan seseorang anak Islam tidak pernah melayankan kanak kanak dengan layanan yang hina seperti yang dilakukan oleh SEGELINTIR...
Harap Surau Masjid Lebih Mesra Kanak Kanak Netizen Puji Kepetahan Nadzrul

Harap Surau Masjid Lebih Mesra Kanak Kanak Netizen Puji Kepetahan Nadzrul

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 434 hits
Kita mungkin menganggap bahawa kanak kanak merupakan golongan yang masih lagi tidak matang kerana faktor umur dan fizikal mereka yang tidak sama seperti orang dewasa namun ketahuilah ada sesetengah kanak kanak yang telah matang dari segi pe...
Mufti Wilayah Jawab Isu Kedudukan Saf Kanak Kanak Dalam Masjid Surau

Mufti Wilayah Jawab Isu Kedudukan Saf Kanak Kanak Dalam Masjid Surau

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 519 hits
Assalamualaikum wbt Ke hadapan anakanda Nadzrul Zarfan bin Sharul Azry bin Kasim bin MatPakcik ada membaca surat anakanda yang ditularkan di media sosial Ada yang tag pakcik di Twitter dan tanya berhubung kedudukan saf kanak kanak dalam mas...
Baru Umur 12 Tahun Kanak Kanak Ini Dah Pegang Jawatan Sebagai Saintis Data

Baru Umur 12 Tahun Kanak Kanak Ini Dah Pegang Jawatan Sebagai Saintis Data

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 353 hits
Sekiranya di Malaysia kanak kanak berusia 12 tahun berada di sekolah rendah dan bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah Usia ketika ini boleh dikatakan belum matang untuk membuat satu keputusan besar dalam hidup Namun tidak bagi seor...
Kanak Kanak Ini Dilarang Mandi

Kanak Kanak Ini Dilarang Mandi

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 193 hits
Noah Yaxley menjadi satu daripada 200 kanak kanak kecil di dunia yang mengidap penyakit yang jarang berlaku Sebabnya ia mengalami kelainan kulit dan tidak boleh bersentuhan dengan air Jika dirinya terkena air maka nyawanya akan terancam Ibu...
Keluarga Anak Ramai Dapat Kelonggaran Guna Kerusi Keselamatan Kanak Kanak

Keluarga Anak Ramai Dapat Kelonggaran Guna Kerusi Keselamatan Kanak Kanak

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 274 hits
Kelonggaran peraturan penggunaan kerusi keselamatan kanak kanak yang juga dikenali sebagai sistem pengendalian kanak kanak atau CRS dalam kenderaan akan diberikan kepada keluarga yang memiliki anak ramai kata Timbalan Menteri Pengangkutan K...
Kanak Kanak Hilang Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Rawi

Kanak Kanak Hilang Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Rawi

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 310 hits
Kuala Lumpur Polis Diraja Malaysia pada hari ini melakukan pengumuman bagi memohon orang ramai membantu mengesan kehilangan seorang kanak kanak berusia 10 tahun yang hilang di Gerik Perak Rawi a l Samari dilaporkan kali terakhir dilihat di ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je

Pertandingan Akhir Memasak Kisahkariku Berakhir Meriah Kari Ketam Jadi Pilihan Juri