Hukum Kejar Like Untuk Dapatkan Hadiah Adakah Pertaruhan Ini Jawapan Mufti


Sejak kebelakangan di laman media sosial, ramai yang mencabar untuk mendapatkan sejumlah ‘like’ ataupun ‘comment’ pada posting mereka dan jika mencapai tahap yang telah tetapkan mereka akan melakukan sesuatu seperti memotong rambut, memberi hadiah kepada isteri ataupun menyanyi lagu dan kongsi di laman sosial mereka.
Ia merupakan sesuatu yang menghiburkan dan ramai warganet memberi respon dengan memberi ‘like’ atau ‘comment’. Namun apakah hukum sebenar perkara ini? Adakah ianya pertaruhan sehingga dianggap perjudian? Mari ikuti penerangan dari Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan:
Assalamualaikum wrm. wbt.,
Apakah hukum mencari “like” atau “sukaan” bagi hantaran dalam akaun Facebook untuk mendapatkan hadiah yang dijanjikan? Contohnya, seorang isteri menjanjikan suaminya hadiah sebuah topi keledar motosikal berjenama jika hantarannya yang bergambar hidangan masakan disukai oleh 50,000 orang? Bukankah itu merupakan pertaruhan yang dilarang?
Jawapan:
Waalaikumussalam wrm. wbt.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah ﷻ, selawat serta salam ke atas Junjungan Mulia, Nabi Muhammad ﷺ, ke atas Ahli Bait, serta Para Sahabat baginda, dan mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke Hari Akhirat.
Ringkasan Jawapan:
Hukum mencari “Like” dengan bilangan tertentu di Facebook bagi mendapatkan upah atau hadiah adalah diharuskan, dan bukanlah pertaruhan dalam erti kata judi. Jika tawarannya dalam bentuk upah, maka hukumnya adalah berdasarkan kontrak ju`alah. Manakala jika tawarannya dalam bentuk hadiah, maka kembali kepada hukum janji memberi hadiah.
Huraian Jawapan:
Konsep Like di Facebook
Menurut laman rasmi Facebook, perbuatan mengklik Like atau Suka di bawah hantaran di Facebook ialah sarana untuk membolehkan orang ramai menunjukkan rasa suka terhadap hantaran berkenaan tanpa meninggalkan komentar. Seperti fungsi komentar, sesiapa sahaja yang boleh melihat pos itu boleh juga melihat sukaan yang dibuat oleh orang tadi. Contohnya, kalau seseorang mengklik Suka di bawah hantaran video seorang rakan, orang lain yang boleh melihat hantaran tadi boleh juga melihat kesan Suka daripada orang tadi. Begitu juga, pemilik pos berkenaan akan mendapat notifikasi bahawa rakannya tadi telah mengklik Suka pada hantaranya. Rujuk What does it mean to “Like” something on Facebook?
Secara ringkas, konsep Like di Facebook adalah suatu tindakan seseorang untuk menghargai nilai yang ada pada suatu hantaran dengan menyukainya. Tindakan itu juga boleh digunakan sebagai salah satu bentuk sokongan terhadap kandungan hantaran tersebut.
Pertaruhan yang diharamkan
Definisi “taruh” dalam Bahasa Melayu merujuk kepada beberapa makna berikut:
Wang, dan lain-lain barang, yang dipasang dalam perjudian atau tagan; Cagaran untuk barang yang digadai atau sandaran, atau tanggungan; menaruh yakni menempatkan, meletakkan, atau membubuh menaruh yakni menyimpan; menentukan atau meletakkan harga; mengamanahkan, atau menitip; merahsiakan sesuatu; mempunyai minat atau kepercayaan, menyabung nyawa atau mengorbankan memberi petaruh, menasihat, berpesan,atau berwasiat. Berdasarkan konteks soalan, makna yang difahami daripada penanya ialah makna pertama, yakni adakah perbuatan mencari Like itu adalah suatu bentuk perjudian. Perjudian adalah haram di dalam Islam kerana ia mengingkari konsep ijab dan kabul, atau tawaran dan penerimaan dalam hukum hakam berjual beli. Apabila pihak pembeli menawarkan harga untuk suatu barang atau manfaat, dia tidak tahu sama ada penjual menerima tawaran itu dengan memberi barang yang diminta.
Kami merujuk kitab al-Fiqh al-Manhaji (6/36) yang menyebut seperti berikut:
“Jual beli yang mengandungi unsur perjudian merangkumi jual beli yang tidak menyatakan barangan yang dijual secara jelas, atau wujud perbuatan yang menafikan kehendak salah satu pihak.”
Antara dalil pengharamannya ialah firman Allah ﷻ:
ا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah al-Ma`idah: 90)
Menurut Imam Fakhruddin al-Razi judi boleh membawa kepada kepada permusuhan, mengutuk-ngutuk dan pertelingkahan; serta merupakan suatu bentuk mengambil harta orang lain secara batil; di samping melalaikan manusia dari mengingati Allah dan mengerjakan solat. Tambah beliau lagi, pertaruhan menimbulkan perasaan ingin cuba menang, terutama setelah mengalami kekalahan sehingga semua harta akhirnya habis digunakan untuk berjudi sehinggakan sanggup menggadaikan isteri dan anak-anak pula. Tentunya si kalah judi ini akan jatuh miskin dan menyimpan dendam kesumat terhadap lawannya yang telah menang dan merampas harta bendanya, sehingga berlakulah permusuhan dan benci-membenci yang berpanjangan di dalam masyarakat. Dari segi agama pula, si penjudi akan jauh hatinya dari mengingati Allah dan mengerjakan solat kerana disibukkan dengan harapan untuk menang, atau marah kerana kalah judi. Bahkan sekiranya dia menang sekalipun, nescaya kemenangannya itu akan terus menenggelamkannya di dalam kesibukan demi kesibukan, sehingga tidak ingat selain dari harta yang dimenanginya itu sahaja.
Lihat Mafatih al-Ghaib (6/49) dan (12/82)
Abu Sa’id al-Khudri RA meriwayatkan dengan katanya:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى عَنِ الْمُلاَمَسَةُ وَالْمُنَابَذَةِ فِي البَيْعِ
Maksudnya: “Rasulullah ﷺ melarang jual beli secara sentuh menyentuh (mulamasah) dan campak-mencampak (munabazah).”
Riwayat al-Bukhari (5482) dan Muslim (1512)
Di dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji ada dinyatakan:
“Dalam menafsirkan kedua-dua istilah ini, periwayat hadith ini berkata: Mulamasah ialah seorang lelaki menyentuh sehelai pakaian dengan tangan pada waktu malam atau siang dan dia tidak boleh mengambil selain daripada barangan yang disentuhnya itu. Munabazah pula ialah seorang lelaki mencampakkan bajunya kepada lelaki lain dan lelaki itu mencampakkan pula bajunya kepada lelaki lain dan lelaki itu mencampakkan pula bajunya kepada lelaki pertama, dengan itu berlakulah jual beli tanpa melihat atau saling meredhai.”
Hukum memberi upah atas usaha
Kami berpendapat jawapan ini tidak akan lengkap melainkan disebut juga hukum ju`alah atau memberi upah atau suatu pekerjaan. Menurut kitab al-Fiqh al-Manhaji (6/161):
“Menurut Syara’ ju’alah atau sagu hati ialah mewajibkan gantian yang diketahui untuk kerja tertentu, sama ada diketahui atau tidak diketahui, oleh orang yang dikenali atau tidak dikenali.”
Dalil terhadap pensyariatan konsep ini ialah firman Allah ﷻ:
قَالُوا نَفْقِدُ صُوَاعَ الْمَلِكِ وَلِمَن جَاءَ بِهِ حِمْلُ بَعِيرٍ وَأَنَا بِهِ زَعِيمٌ
Maksudnya: “Orang-orang menteri menjawab: “Kami kehilangan cupak raja. Dan sesiapa yang memulangkannya akan diberi (benda-benda makanan) sebanyak muatan seekor unta, dan akulah yang menjamin pemberian itu”.
(Surah Yusuf: 72)
Walaupun ayat ini menyebut tentang syariat sebelum kita, namun ada sumber daripada syariat kita yang membenarkannya seperti yang dinyatakan oleh hadith Abu Sa’id al-Khudri RA katanya:
انْطَلَقَ نَفَرٌ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِى سَفْرَةٍ سَافَرُوهَا حَتَّى نَزَلُوا عَلَى حَىٍّ مِنْ أَحْيَاءِ الْعَرَبِ فَاسْتَضَافُوهُمْ، فَأَبَوْا أَنْ يُضَيِّفُوهُمْ، فَلُدِغَ سَيِّدُ ذَلِكَ الْحَىِّ، فَسَعَوْا لَهُ بِكُلِّ شَىْءٍ لاَ يَنْفَعُهُ شَىْءٌ، فَقَالَ بَعْضُهُمْ: لَوْ أَتَيْتُمْ هَؤُلاَءِ الرَّهْطَ الَّذِينَ نَزَلُوا لَعَلَّهُ أَنْ يَكُونَ عِنْدَ بَعْضِهِمْ شَىْءٌ، فَأَتَوْهُمْ، فَقَالُوا: يَا أَيُّهَا الرَّهْطُ، إِنَّ سَيِّدَنَا لُدِغَ، وَسَعَيْنَا لَهُ بِكُلِّ شَىْءٍ لاَ يَنْفَعُهُ، فَهَلْ عِنْدَ أَحَدٍ مِنْكُمْ مِنْ شَىْءٍ؟ فَقَالَ بَعْضُهُمْ: نَعَمْ وَاللَّهِ إِنِّى لأَرْقِى، وَلَكِنْ وَاللَّهِ لَقَدِ اسْتَضَفْنَاكُمْ فَلَمْ تُضِيِّفُونَا، فَمَا أَنَا بِرَاقٍ لَكُمْ حَتَّى تَجْعَلُوا لَنَا جُعْلاً. فَصَالَحُوهُمْ عَلَى قَطِيعٍ مِنَ الْغَنَمِ، فَانْطَلَقَ يَتْفِلُ عَلَيْهِ وَيَقْرَأ:ُ (الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ) فَكَأَنَّمَا نُشِطَ مِنْ عِقَالٍ، فَانْطَلَقَ يَمْشِى وَمَا بِهِ قَلَبَةٌ، قَالَ: فَأَوْفَوْهُمْ جُعْلَهُمُ الَّذِى صَالَحُوهُمْ عَلَيْهِ، فَقَالَ بَعْضُهُمُ: اقْسِمُوا. فَقَالَ الَّذِى رَقَى: لاَ تَفْعَلُوا، حَتَّى نَأْتِىَ النَّبِىَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَذْكُرَ لَهُ الَّذِى كَانَ، فَنَنْظُرَ مَا يَأْمُرُنَا. فَقَدِمُوا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرُوا لَهُ، فَقَالَ: وَمَا يُدْرِيكَ أَنَّهَا رُقْيَةٌ، ثُمَّ قَالَ: قَدْ أَصَبْتُمُ اقْسِمُوا وَاضْرِبُوا لِى مَعَكُمْ سَهْمًا فَضَحِكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم
Maksudnya: “Beberapa orang sahabat Nabi ﷺ berangkat dalam suatu perjalanan. Apabila tiba di sebuah perkampungan Arab, mereka memohon untuk menumpang tetapi penduduk kampung tersebut enggan menerima mereka. Ketika itu ketua kampung tersebut telah disengat dan mereka telah menggunakan segala-galanya untuk mengubatinya, tetapi sedikitpun tidak berkesan. Beberapa orang di kalangan mereka berkata: “Mungkin kamu patut berjumpa dengan orang-orang yang singgah itu. Mereka mungkin ada sesuatu sebagai ubat. Lantas mereka datang menemui para sahabat dan berkata: “Wahai kamu sekalian, ketua kami telah disengat. Kami telah gunakan segala-galanya untuk menyembuhkannya, malangnya tidak berkesan. Adakah ada di kalangan kamu yang boleh mengubatinya. Sebahagian sahabat menjawab: “Ya, demi Allah aku boleh menjampi. Cuma demi Allah, kami telah mohon izin untuk menumpang di tempat kamu tetapi kamu menolak aku hanya akan menjampi untuk kamu jika kamu berikan kami sagu hati. Setelah berbincang, mereka bersetuju memberikan sekawan kambing. Sahabat ini pun pergi menghembus ketua tadi dan membaca ayat bermaksud, “Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam” (surah al-Fatihah). Tiba-tiba ketua kampung bangun seolah-olah baru terlepas daripada ikatan. Lalu bangkit tanpa sebarang kesan penyakit. Abu Sa’id RA berkata: “Lalu penduduk kampung itu memberikan sagu hati seperti yang mereka setujui. ” Sebahagian para sahabat berkata: “Bahagikan”. Namun sahabat yang menjampi tadi berkata: “Tunggu sehingga kita bertemu Nabi ﷺ dan kita ceritakan kepada Baginda. Kita tunggu perintah Baginda. Selepas itu mereka menemui Rasulullah ﷺ dan menceritakan apa yang berlaku. Baginda bersabda: “Bagaimana engkau tahu ia adalah jampi?” Kemudian Baginda bersabda: “Kamu benar, bahagi-bahagikanlah dan letakkan satu bahagian untuk aku bersama kamu”. Lalu Nabi ﷺ tertawa.”
Riwayat al-Bukhari (2156) dan Muslim (2201)
Kontrak ju`alah adalah lazim, ertinya wajib dibayar apabila selesai tugasan. Namun, jika dibatalkan sebelum kerja bermula, maka itu adalah hak pemberi. Disebut lagi:
“Kontrak ini bersifat harus dan bukan wajib. Malah ia boleh dibatalkan oleh pemberi sagu hati pada bila-bila masa. Begitu juga pekerja boleh membatalkan kerjanya pada bila-bila masa. Sama ada dipersetujui oleh pihak satu lagi atau tidak. Sama ada diketahui atau tidak. Ini kerana kontrak ini ialah kontrak bagi melakukan suatu kerja yang tidak diketahui bagi mendapatkan bayaran tertentu. Dengan ini mana-mana pihak berhak membatalkannya.
Jika kontrak ini dibatalkan oleh pekerja, dia tidak berhak mendapat apa-apa walaupun dia telah melakukan sebahagian kerja tersebut. Ini kerana dia hanya layak menerima upah apabila kerja tersebut selesai. Dalam hal ini, pekerja yang membatalkannya, dengan itu haknya digugurkan.
Jika kontrak ini dibatalkan oleh pemberi sagu hati, jika dibatalkan sebelum kerja dimulakan, pemberi tidak perlu membuat sebarang bayaran kerana ia dibatalkan sebelum khidmat pekerja digunakan.
Dengan itu, dia tidak perlu membuat sebarang bayaran. Jika dibatalkan selepas kerja dimulakan, pemberi perlu membayar mengikut upah sepadan bergantung kepada kerja yang telah dilakukan. Ini kerana sebahagian khidmat pekerja telah digunakan dengan syarat bayaran. Ini bermakna pemberi wajib membayar upahnya.”
Hukum menjanjikan hadiah dengan syarat
Dalam perbincangan sebelum ini, kontrak ji`alah ialah pemberian upah atas pekerjaan yang dilakukan. Adapun dalam konteks janji memberikan hadiah, maka perbincangannya berbeza. Kami telah menghuraikan isu melunaskan janji dalam Bayan Linnas Siri Ke-149: Status Pelangsaian Pinjaman Ptptn Menurut Perspektif Syarak yang menyentuh isu pelaksanaan manifesto dalam Pilihan Raya Umum. Secara ringkas, ulama berbeza pendapat berkenaan hukum melaksanakan janji. Jumhur ulama mengatakan hukumnya adalah sunat kerana ia merupakan komitmen untuk berbuat baik. Sebahagian ulama mewajibkan pelaksanaan jika janji itu dibuat secara bertaklik contohnya, jika seseorang melakukan suatu maka dia dapat sesuatu. Sebahagian lagi mewajibkan secara mutlak kerana memungkiri janji ialah sifat orang munafik. Pendapat terakhir inilah yang dipilih dalam artikel tersebut, tetapi perlulah pelaksanaan itu berdasarkan kemampuan pemberi hadiah.
Kesimpulan
Berdasarkan fakta dan kenyataan di atas, kami cenderung untuk mengatakan hukum mencari Like dengan bilangan tertentu di Facebook bagi mendapatkan upah atau hadiah adalah diharuskan. Perbuatan tersebut bukanlah pertaruhan dalam erti kata judi. Jika tawarannya dalam bentuk upah, maka hukumnya adalah berdasarkan kontrak ji`alah. Manakala jika tawarannya dalam bentuk hadiah, maka kembali kepada hukum janji memberi hadiah. Wallahua`lam.
Semoga penjelasan ini memberikan jawapan kepada pihak yang bertanya. Kita berdoa agar Allah ﷻ mengurniakan kita rezeki daripada sumber yang halal supaya memudahkan kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersyukur. Amin.
Sumber: muftiwp.gov
The post Hukum Kejar ‘Like’ Untuk Dapatkan Hadiah, Adakah Pertaruhan? Ini Jawapan Mufti appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2020/06/29/hukum-kejar-like-untuk-dapatkan-hadiah-adakah-pertaruhan-ini-jawapan-mufti/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Sujud Dahi Tertutup Rambut Adakah Sah Solat

Hukum Sujud Dahi Tertutup Rambut Adakah Sah Solat

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 927 hits
Apakah hukum sujud dahi tertutup rambut masa solat Dalam artikel ini saya melampirkan jawapan yang pernah dijawab oleh Ustaz Azhar Idrus di halaman facebook beliau Semoga bermanfaat Jika masa sujud hanya sebahagian sahaja dahi kena pada lan...
Adakah Wajib Hadir Beratur Untuk Dapatkan Tempat Solat Jumaat Sewaktu Pkpp Ikuti Penjelasan Ini

Adakah Wajib Hadir Beratur Untuk Dapatkan Tempat Solat Jumaat Sewaktu Pkpp Ikuti Penjelasan Ini

papar berkaitan - pada 28/6/2020 - jumlah : 304 hits
Seperti sedia maklum solat jumaat secara berjemaah di masjid telah dibenarkan namun terdapat SOP yang perlu dipatuhi jemaah yang hadir Walaupun kelonggaran ini telah diberikan jumlah jemaah yang hadir juga telah ditetapkan mengikut negeri m...
Raph Remy Menyediakan Kelengkapan Bayi Yang Baru Lahir Dan Hadiah Premium Untuk Bayi

Raph Remy Menyediakan Kelengkapan Bayi Yang Baru Lahir Dan Hadiah Premium Untuk Bayi

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 603 hits
RAPH REMY Menyediakan Kelengkapan Bayi Yang Baru Lahir Dan Hadiah Premium Untuk Bayi Assalamualaikum dan Selamat Pagi Hai reader semua Sesuatu yang mengembirakan pada wanita This is a content summary only Visit my website for full links oth...
Lee Minho Sambut Hari Jadi Ke 33 Lambakan Hadiah Peminat Bukti Populariti Di Peringkat Antarabangsa

Lee Minho Sambut Hari Jadi Ke 33 Lambakan Hadiah Peminat Bukti Populariti Di Peringkat Antarabangsa

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 374 hits
Selesai sahaja tayangan The King Eternal Monarch ramai yang dah luahkan rasa rindu mereka kepada Lee Min ho Entah bila lagi lelaki itu akan membintangi drama terbaru yang pastinya bukan dalam masa terdekat ini Kepada yang dah rindu sangat a...
Cek Fakta Hoaks Hotman Paris Bagi Bagi Hadiah

Cek Fakta Hoaks Hotman Paris Bagi Bagi Hadiah

papar berkaitan - pada 24/6/2020 - jumlah : 243 hits
Klaim Hotman Paris Hutapea bagi bagi hadiah berupa uang dan handphone adalah hoaks Hotman menegaskan tidak pernah membuat pengumuman terkait bagi bagi uang di Facebook atau media sosial lainnya
5 Idea Hadiah Birthday Boleh Anda Beli Bawah Rm80

5 Idea Hadiah Birthday Boleh Anda Beli Bawah Rm80

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 977 hits
Assalamualaikum semua Incase anda first time dengar PG Mall jangan terkejut kalu BBL bagitau ni platform E commerce tempatan made in Malaysia tau Sekarang ni tengah nak famous sejak tahun 2017 lagi Satu perkata paling saya suka mestilah PG ...
Tahun Ni Bertuah Dapat Hadiah Hari Bapa Special Isteri Dr Say Hamil Lagi

Tahun Ni Bertuah Dapat Hadiah Hari Bapa Special Isteri Dr Say Hamil Lagi

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 430 hits
Setelah memiliki seorang anak lelaki yang berusia setahun nampaknya Dr Say dan isteri bakal menimang cahaya mata lagi sekali apabila Dr Azura Abas hamil buat kali kedua Walaupun jarak kandungan kedua dengan usia anak sulungnya itu tidaklah ...
Idea Keperluan Dan Hadiah Bayi Dengan Premium Bamboo Hanya Di Raph Remy

Idea Keperluan Dan Hadiah Bayi Dengan Premium Bamboo Hanya Di Raph Remy

papar berkaitan - pada 25/6/2020 - jumlah : 395 hits
Idea Keperluan Dan Hadiah Bayi Dengan Premium Bamboo Hanya Di Raph Remy Bila diri sendiri atau ada ahli keluarga serta sanak saudara terdekat bakal menyambut kelahiran mesti kita rasa excited dapat tambah bilangan anak dan anak buah Lagi su...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat