Hukum Ibadah Korban Bagi Orang Yang Sudah Meninggal Dunia


Hukum Ibadah Korban Bagi Orang Yang Sudah Meninggal Dunia | Salam semua, sebenarnya ibadah korban ni bagi yang mampu, buat lah. Besar ganjaran Allah bagi. 
Dalam masa yang sama, tak ramai juga yang mengambil tahu hukum ibadah korban ni macam mana. 
Sepertimana yang kita tahu, hikmah ibadah korban ni antaranya dapat mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati untuk membelanjakan harta ke jalan Allah. 
Bila ada perkongsian ustaz semasa mengajar kat masjid, rupanya boleh, kalau kita niatkan untuk orang yang sudah meninggal dunia. 
Tapi ada tapinya, Yang ini, ada juga kita buat kajian sikit tentang persoalan yang bertanya tentang hal ini.

 Maksud Ibadah Korban Maksud ibadah korban adalah menyembelih binatang ternakan berkaki empat seperti lembu, kambing, unta

Ibadah korban ini dibuat pada Hari Raya Aidiladha, 10 Zulhijjah selepas solat hari raya dan hari tasyrik pada 11, 12 dan13 Zulhijjah
Hukum Korban Bagi Orang Yang Sudah Meninggal Dunia Bagi yang tak tahu, apa hukum korban ? Hukum melaksanakan ibadah korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang dituntut untuk melakukannya. 

Bagaimana pula dengan hukum melaksanakan ibadah qurban untuk arwah ? 
Disebabkan jawapan kepada persoalan ini ada sebut pasal hadis - hadis, jadi kita kongsi kat sini untuk rujukan kita semua ya. 
Semoga ianya dapat menjadi pencerahan kepada sesiapa yang keliru dengan hukum ini.

SOALAN: Ustaz, Ibu saya telah meninggal dunia baru-baru ini. Dan beliau tidak sempat untuk mendaftar nama bagi ibadah korban. Bolehkah saya melaksanakan ibadah korban untuk arwah ibu saya?

JAWAPAN: Persoalan tentang hukum melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia ini menjadi satu topik hangat atau soalan yang sering diajukan oleh para pelanggan kepada kami, apabila menjelangnya musim ibadah korban.

Para ulamak telah berselisih pendapat dalam meletakkan hukum pelaksanaan korban ke atas orang yang telah meninggal dunia. 
Maka di sini, kami nyatakan secara ringkas beberapa pendapat yang masyhur di kalangan para ulamak. Antaranya ialah:

PERTAMA: Harus melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia dan pahalanya juga sampai kepada si mati. 
Ini adalah pendapat majoriti ulamak dalam mazhab Al-Hanafiyah, Al-Malikiyyah, Al-Hanabilah dan sebahagian As-Syafieyyah.

Hal ini berdasarkan sebuah hadis daripada Saiyidatina Aisyah R.Anha, beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW ketika menyembelih haiwan korban, baginda melafazkan:

بِسْمِ اللَّهِ. اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ

Maksudnya: “Bismillah… Ya Allah, terimalah ibadah korban daripada Muhammad dan daripada ahli keluarga Muhammad dan daripada umat Muhammad” .
(Hadis Riwayat Muslim: 1967)

Umum mengetahui bahawa dikalangan umat Muhammad SAW itu ada yang telah meninggal dunia dan Baginda SAW menjadikan sembelihannya itu untuk umatnya dan ini menjadi dalil bagi keharusan untuk melakukan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia.

KEDUA: Makruh melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia. Ini adalah pendapat sebahagian ulamak dalam mazhab Al-Malikiyyah. Al-Kharshi Rahimahullah menyebutkan:“Dimakruhkan bagi seseorang yang melaksanakan ibadah korban untuk si mati kerana takut akan riak dan bermegah-megah dan juga tidak warid (mendatangkan hasil) perbuatan dalam perkara itu, dan ini sekiranya tidak disediakan oleh si mati dan sekiranya tidak maka si waris boleh melakukannya”. (Syarah Mukhtasar Al-Khalil: 3/42)
KETIGA: Tidak boleh melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, melainkan atas dasar wasiat yang telah ditinggalkan oleh si mati. 
Ini adalah pendapat terkuat di kalangan para ulamak dalam mazhab As-Syafie. Sepertimana yang telah dinukilkan oleh Al-Imam Al-Nawawi, beliau berkata:

وَلاَ تَضْحِيَةَ عَنِ الغَيـْرِ بِغَيـْرِ إِذْنِهِ وَلاَ عَنْ مَيْتٍ إِنْ لَـمْ يُوصِ بـِهَا

Maksudnya: “Dan tidak boleh melakukan korban untuk orang lain melainkan dengan izin daripadanya dan tidak boleh juga melakukan korban untuk orang yang telah meninggal dunia melainkan ia telah diwasiatkan”
(Minhaj At-Tolibin wa Umdah Al-Muftin – Darul Minhaj: M/S: 538)

KESIMPULAN

Berdasarkan beberapa pendapat yang telah dibincangkan di atas, maka kami menyokong pendapat ketiga, iaitu pendapat yang terkuat dalam mazhab As-Syafie dan Al-Imam An-Nawawi.

Oleh itu, kami nyatakan jawapan kami di sini bahawa: 
“TIDAK DIGALAKKAN MELAKSANAKAN IBADAH KORBAN KE ATAS ORANG YANG TELAH MENINGGAL DUNIA, KECUALI SI MATI TELAH MENINGGALKAN WASIAT. Ini kerana ibadah korban itu wajib disertakan dengan niat. Maka sudah pasti hanya orang yang hidup sahaja mampu untuk berniat.

Walau bagaimanapun, kami juga meraikan pendapat para ulamak lain yang mengharuskannya. 
Bahkan, kami juga tidak menolak pendapat sebahagian ulamak As-Syafieyyah yang menyatakan bahawa ianya tidak memerlukan kepada wasiat.

Hal ini sepertimana yang telah dinyatakan oleh As-Syeikh Dr. Muhammad Az-Zuhailiy dalam kitabnya Al-Muktamad fi Al-Fiqh As-Syafie: 
“Dan dikatakan sah hukum sembelihan ibadah korban untuk si mati sekalipun tidak diwasiatkan kerana ianya seperti sedekah. Maka sah baginya dan ianya memberi manfaat buatnya”. (Al-Muktamad fi Al-Fiqh As-Syafie – Dar Al-Qalam: 2/490).
Semoga segala permasalahan untuk hukum korban untuk arwah ini telahpun terungkai dan terjawab serta dapat difahami dengan baik.

Sumber di ezqurban, baca juga di sini
Baca Juga : 1. Himpunan Doa Harian Ringkas2. Panduan Cara Solat Taubat Dengan Betul, Niat Dan Doa Taubat3. Amalkan Baca Ayat Al-Quran Ini Untuk "Memuntahkan" Penyakit



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.wanisukarno.com/2019/08/hukum-melaksanakan-ibadah-korban-bagi-orang-yang-sudah-meninggal-dunia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bayi Berusia 1 Bulan Diculik Sekumpulan Monyet Dilaporkan Telah Meninggal Dunia

Bayi Berusia 1 Bulan Diculik Sekumpulan Monyet Dilaporkan Telah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 544 hits
Seorang bayi berusia sebulan di Tanzania dilaporkan maut selepas diculik oleh sekumpulan monyet ketika sedang menyusu di rumah Menurut portal The Citizen insiden itu berlaku di kampung Mwamgongo di Kigoma Tanzania pada Sabtu lalu Difahamkan...
Takziah Adibah Noor Meninggal Dunia

Takziah Adibah Noor Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 195 hits
Penyanyi dan pelakon serba boleh Adibah Noor meninggal dunia pada jam 7 45 malam Sabtu di sebuah hospital swasta di ibu negara setelah mengalami sesak nafas Khabar dukacita itu mula diketahui umum menerusi hantaran di akaun Instagram kenala...
Salam Takziah Selebriti Malaysia Yang Telah Meninggal Dunia 2022

Salam Takziah Selebriti Malaysia Yang Telah Meninggal Dunia 2022

papar berkaitan - pada 19/6/2022 - jumlah : 281 hits
Perginya sebutir bintang di dalam industri seni tanah air di tahun 2022 kita kehilangan insan seni yang bnyak berjasa dalam industri hiburan tanah air Kepergian mereka pastinya dirasai Pian Cecupak Pelawak Pian Cecupak atau nama sebenarnya ...
Aktris Senior Rima Melati Meninggal Dunia

Aktris Senior Rima Melati Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 198 hits
Aktris Senior Rima Melati Meninggal Dunia Aktris senior Rima Melati meninggal dunia pada pukul 15 14 WIB di RSPAD Gatot Subroto Aktris yang lahir di Tondano Sulawesi Utara pada 22 Agustus 1939 dengan nama Marjolien Tambajong itu tutup usia ...
Meninggal Dunia Di Usia 84 Tahun Ini Deretan Foto Kenangan Aktris Senior Rima Melati

Meninggal Dunia Di Usia 84 Tahun Ini Deretan Foto Kenangan Aktris Senior Rima Melati

papar berkaitan - pada 24/6/2022 - jumlah : 243 hits
Aktris senior Rima Melati mengembuskan napas terakhirnya Kamis Rima Melati meninggal di RSPAD Jakarta pada usia 84 tahun Sosok Rima Melati begitu dikenal di dunia perfilman tanah air Dia terlibat dalam berbagai judul film dari tahun 70 an I...
Seorang Penuntut Universiti Ditemui Meninggal Dunia Dalam Bilik Kolej

Seorang Penuntut Universiti Ditemui Meninggal Dunia Dalam Bilik Kolej

papar berkaitan - pada 29/6/2022 - jumlah : 275 hits
Seorang Penuntut Universiti Ditemui Meninggal Dunia Dalam Bilik Kolej PETALING JAYA Seorang penuntut tahun akhir sebuah institusi pengajian tinggi Awam ditemukan maut di dalam bilik kolej kediamannya semalam Dalam kejadian kira kira pukul 7
Lelaki Meninggal Dunia Lepas Tolong Uruskan Jenazah

Lelaki Meninggal Dunia Lepas Tolong Uruskan Jenazah

papar berkaitan - pada 28/6/2022 - jumlah : 273 hits
Kematian dicemburui Itu pengakhiran mulia seorang lelaki apabila dia dijemput Ilahi ketika membantu menyempurnakan fardu kifayah Sabtu lalu Mohd Faizal Jaapar 48 membantu Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih menguruskan jenazah ibu mentua kepada...
Imam Tarawih Masjid Nabawi Sheikh Mahmood Khalil Al Qari Meninggal Dunia

Imam Tarawih Masjid Nabawi Sheikh Mahmood Khalil Al Qari Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 301 hits
MADINAH Imam Masjid al Qiblatein di sini Sheikh Mahmood Khalil al Qari telah meninggal dunia pada pukul 8 pagi tadi Memetik ciapan di Twitter Haramain Sharifain Allahyarham sebelum ini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi J
Adibah Noor Disahkan Meninggal Dunia Hidap Kanser Ovari Tahap 4

Adibah Noor Disahkan Meninggal Dunia Hidap Kanser Ovari Tahap 4

papar berkaitan - pada 18/6/2022 - jumlah : 173 hits
Berita yang membuatkan ramai pihak berasa terkejut apabila mengetahui khabar tentang penyanyi hebat Adibah Noor menghembuskan nafasnya terakhir di Hospital Gleneagles pada jam 7 45 petang hari ini nbsp View this post on Instagram
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Netflix Peroleh Hak Penyiaran Piala Dunia Fifa Wanita 2027 Dan 2031 Di As

Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith