Hukum Guna Ruangan Solat Untuk Demonstrasi Taekwondo



Soalan:
Semasa jamuan raya di surau kondominium saya, terdapat satu aktiviti demonstrasi Taekwondo yang dilakukan di ruang solat. Sepertimana yang kita tahu, ruang solat surau digunakan untuk beribadah kepada Allah SWT. Saya khuatiri perkara tersebut boleh mencemarkan kemuliaan surau sebagai tempat ibadah. Soalan saya, adakah perkara tersebut dibolehkan sebenarnya? Mohon penjelasan.

Jawapan:
Allah SWT memuliakan masjid sebagai tempat untuk beribadah kepada-Nya. Allah SWT menyifatkan golongan yang layak memakmurkan masjid ialah golongan yang beriman kepada-Nya dan hari Akhirat. Allah SWT berfirman di dalam al-Quran:

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّـهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّـهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّـهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
“Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk.” (Surah al-Taubah: 18)

Selain itu, masjid juga merupakan tempat yang dicintai oleh Allah SWT sepertimana Rasulullah SAW bersabda:

أَحَبّ البِلَادِ إِلَى اللهِ مَسَاجِدُهَا، وَأَبْغَضُ البِلَادِ إِلَى اللهِ أَسْوَاقُهَا
“Tempat yang paling dicintai oleh Allah SWT adalah masjid-masjid-Nya, dan tempat yang paling dibenci oleh Allah SWT adalah pasar-pasar.” [Riwayat Muslim: (671)]

Sesungguhnya masjid sepatutnya dijadikan tempat untuk beribadah hanya kepada Allah SWT. Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَأَنَّ الْمَسَاجِدَ لِلَّـهِ فَلَا تَدْعُوا مَعَ اللَّـهِ أَحَدًا
“Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadah kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapa pun bersama-sama Allah.” (Surah al-Jinn: 18)

Disamping itu, firman Allah SWT juga:

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّـهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ
“(Nur hidayah petunjuk Allah itu bersinar dengan nyatanya terutama sekali) di rumah-rumah ibadah yang diperintahkan oleh Allah supaya dimuliakan keadaannya dan disebut serta diperingat nama Allah padanya; di situ juga dikerjakan ibadat mensuci dan memuji Allah pada waktu pagi dan petang.” (Surah al-Nur: 36)

Ibn Katsir dalam menafsirkan ayat di atas menyebutkan bahawa, ia merupakan arahan daripada Allah SWT untuk memuliakan darjat sesebuah tempat ibadah, iaitu dengan menyucikannya daripada perkara yang keji dan melalaikan, juga daripada perbuatan dan perkataan yang tidak selayaknya di dalamnya. (Rujuk Tafsir Ibn Katsir, 6:62)

Ini termasuklah hal keduniaan seperti jual beli di dalam masjid juga dilarang. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi RA:

إِذَا رَأَيْتُم مَن يَبِيعُ أَوْ يُبْتَاعُ فِي المَسْجِدِ فَقُولُوا لَا أَرْبَحَ اللهُ تِجَارَتَكَ وَ إِذَا رَأَيْتُم مَن يَنْشُدُ ضَالّةً قُولُوا لَا رَدَّ اللهُ عَلَيْكَ ضَالَّتَكَ
Jika kalian melihat sesiapa yang berjual-beli di dalam masjid maka katakanlah: “Allah SWT tidak memberi keuntungan kepada perniagaan kamu.” Dan jika sekiranya kalian melihat sesiapa yang melaungkan laungan mencari barangan yang hilang di dalam masjid, maka katakanlah: “Allah SWT tidak akan memulangkan kembali barang yang hilang daripada kamu tersebut.” [Riwayat al-Tirmidzi: (1321)]

Dalam mensyarahkan hadith ini, Syeikh al-Mubarakfuri RA menukilkan kata-kata Imam al-Nawawi dalam kitabnya Tuhfah al-Ahwazi dengan berkata: “Hadith ini menunjukkan larangan daripada melaungkan suara untuk mencari barang yang hilang di dalam masjid, dan begitu juga perkara yang menyerupai maknanya daripada hal jual-beli, memberi pinjam dan akad yang lain-lain. Dan begitu juga, makruh hukumnya untuk meninggikan suara di dalam masjid.” (Rujuk Tuhfatul Ahwazi: 4:458)

Justeru itu kami berpandangan bahawa melakukan perkara keduniaan yang melalaikan dan meninggikan suara di dalam masjid atau surau sebagai satu perbuatan yang tidak menjaga adab dan mencemar kesuciannya. Selain itu, ia akan turut menganggu keselesaan dan ketenteraman masjid sebagai tempat untuk beribadah. Oleh itu, sepertimana yang dimaklumi aktiviti seperti demonstrasi Taekwondo ini melibatkan pergerakan yang aktif dan lasak serta tidak terlepas daripada meninggikan suara, maka ia termasuk dalam perbuatan yang mencemarkan kesucian dan ketenteraman masjid.

Kesimpulan

Berdasarkan perbincangan dan perbahasan di atas, kami berpandangan bahawa demonstrasi Taekwando atau perkara yang seumpamanya yang tidak melibatkan urusan beribadah kepada Allah SWT dan mencemarkan kehormatan masjid adalah sesuatu yang perlu dielakkan. Sebaliknya, kami mencadangkan bahawa perkara tersebut dilakukan di tempat yang lebih sesuai bagi aktiviti tersebut seperti di dewan atau halaman masjid.

Adapun ruang dan dewan solat perlulah dikhususkan sebagai tempat untuk beribadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT sahaja. Ini adalah kerana untuk menjaga kehormatan dan kesucian masjid dan surau sebagai syiar Islam adalah daripada ketaqwaan hati, seperti dalam firman Allah SWT:

ذَٰلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّـهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ
“Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang mukmin.” (Surah al-Hajj: 32)

Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah dalam mengamalkan syariatnya dengan sebaiknya. InshaAllah. Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/07/hukum-guna-ruangan-solat-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Solat Berjemaah Jika Imam Dan Makmum Berbeza Mazhab

Hukum Solat Berjemaah Jika Imam Dan Makmum Berbeza Mazhab

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 282 hits
Soalan Adakah sah solat jikalau imam dan makmum berbeza mazhab fiqh Jawapan Perbezaan MazhabSesungguhnya Islam datang dengan rahmat dan Islam sangat meraikan perbezaan Perbezaan yang berlaku dalam kalangan manusia ini akan terus berlaku seb...
Hukum Solat Di Masjid Yang Terdapat Kubur Padanya

Hukum Solat Di Masjid Yang Terdapat Kubur Padanya

papar berkaitan - pada 7/7/2019 - jumlah : 235 hits
Soalan Ada seorang ustaz yang memberi ceramah di surau kami mengatakan tidak sah dan haram solat di masjid yang ada kubur disitu Mohon penjelasan adakah benar perkataan beliau Jawapan Hukum solat di masjid yang ada kubur adalah sah dan tida...
Hanya Guna Gambar Di Media Sosial Wanita Itu Meninggal Dunia Akibat Disantau

Hanya Guna Gambar Di Media Sosial Wanita Itu Meninggal Dunia Akibat Disantau

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 359 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Kisah amalan sihir santau tuju tuju ataupun apa juga istilahnya masih ada dalam masyarakat kita Ada yang bertujuan untuk balas dendam perasaan iri hati menutup bisnes orang lain dan ada juga yang membuatn...
Resipi Mudah Tart Telur Guna Roti Gardenia

Resipi Mudah Tart Telur Guna Roti Gardenia

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 1528 hits
Kali ini nak kongsikan dengan anda resepi yang simple dan menarik bahan bahan pun tidak perlu risau untuk dapatkannya Resepi Tart Telur Simple Guna Roti GardeniaBahan bahanRoti gardenia5 biji telur300gm susu segar50gm susu pekat140gm gula a...
Permaisuri Agong Mohon Maaf Makan Durian Guna Camca Dipuji Ramai

Permaisuri Agong Mohon Maaf Makan Durian Guna Camca Dipuji Ramai

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 720 hits
Provided by Malay Mail Sdn Bhd Tun Azizah Aminah Maimunah Iskandariah makan durian menggunakan sudu dan garpu Foto ihsan Twitter Che Aminah SayangKUALA LUMPUR 5 Julai Permaisuri Agong menunjukkan kesantunannya dengan memohon maaf kepada ora...
Bayi Baru Lahir Cacat Telinga Ibu Guna Produk Kecantikan Bertoksik 2 Tahun Sebelum Hamil

Bayi Baru Lahir Cacat Telinga Ibu Guna Produk Kecantikan Bertoksik 2 Tahun Sebelum Hamil

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 383 hits
Luluh hati bila bayi baru lahir mengalami cacat telinga Bukan tak boleh menerima takdir Ilahi tapi sedih kerana ia akibat kesilapan ibu yang menggunakan produk kecantikan bertoksik 2 tahun sebelum hamil Pelbagai kesan buruk produk kecantika...
Wanita Guna Toothpick Untuk Halang Budak Tertidur Di Tangannya

Wanita Guna Toothpick Untuk Halang Budak Tertidur Di Tangannya

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 635 hits
Wanita guna toothpick untuk halang budak tertidur di tangannyaBagi mereka yang selalu menggunakan pengangkutan awam adakalanya tertidur tanpa sengaja sehingga kepala terlentok di bahu penumpang lain Bagi yang memahami pasti akan menegur den...
Dia Nak Bayar Guna Apa Taik Ayam Pasangan Ini Saman Ayam Kerana Rimas Dengan Kokokannya Setiap Pagi

Dia Nak Bayar Guna Apa Taik Ayam Pasangan Ini Saman Ayam Kerana Rimas Dengan Kokokannya Setiap Pagi

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 575 hits
The ReporterSepasang suami isteri memfailkan saman terhadap seekor ayam jantan kerana rimas dengan bunyi kokokan haiwan itu setiap pagi Difahamkan Jean Louis Biron dan Joella Andrieux membina sebuah pusat hiburan di Saint Pierre d Oleron Pa...
Resipi Kek Keju Durian Guna Blender Mudah Sangat Sedap

Resipi Kek Keju Durian Guna Blender Mudah Sangat Sedap

papar berkaitan - pada 6/7/2019 - jumlah : 624 hits
Musim durian tengah banyak ni bolehlah pakat hasilkan aneka makanan berasaskan raja buah ni Salah satu yang boleh anda cuba ialah Kek Keju Durian ni Tengok pada resipi perkongsian saudari Norhidayu Abdul Majid ni nampak mudah Jom cuba KEK K...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game

Penganjur Tarian Wanita Mencolok Mata Boleh Berdepan Tindakan

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Malaysia Kongsi Kepakaran Nuklear Sempena Kepengerusian Asean 2025