Adakah Wang Yang Dipesan Supaya Didermakan Sebelum Meninggal Dunia Termasuk Sebahagian Harta Pusaka



SOALAN:
Jika nenek saya ada berpesan untuk mendermakan sejumlah wang kepada madrasah bila dia meninggal, adakah duit itu jadi sebahagian daripada harta pusaka?

JAWAPAN:
Menginfaqkan sesuatu kepada kebaikan merupakan perkara yang dituntut oleh agama Islam. ini kerana ganjaran kebajikan yang dilakukan itu akan dibawa hingga ke akhirat. Ini seperti mana hadis yang disampaikan daripada Abu Hurairah R.A sabda Nabi SAW:

إِذَا مَاتَ الإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاَثَةٍ إِلاَّ مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه
“Apabila matinya manusia, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.” [Riwayat Muslim (1631)]

Wasiat

Wasiat merupakan salah satu daripada inisiatif perancangkan kewangan Islam. Wasiat juga mempunyai hubung kait yang rapat dengan pembahagian harta pusaka. Ini kerana kedua-duanya diaplikasikan selepas berlakunya kematian empunya harta. Firman Allah SWT:

كُتِبَ عَلَيْكُمْ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ إِن تَرَكَ خَيْرًا الْوَصِيَّةُ لِلْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ بِالْمَعْرُوفِ ۖ حَقًّا عَلَى الْمُتَّقِينَ
“Kamu diwajibkan, apabila seseorang dari kamu hampir mati, jika dia ada meninggalkan harta, (hendaklah dia) membuat wasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabat dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa.” (Surah al-Baqarah, 180)

Jumhur para ulama’ menyatakan wasiat merupakan salah satu daripada cara pembahagian harta yang tidak diwajibkan ke atas seseorang. Ia dilakukan oleh kebanyakan para sahabat Baginda SAW. Para Fuqaha’ berpendapat disunatkan untuk mewasiatkan sebahagian daripada harta kepada jalan Allah SWT.

Selain itu, ayat di atas pemberian wasiat kepada ibu bapa dan saudara yang menerima harta warisan telah dimansuhkan dan hukum wasiat dikekalkan kepada saudara mara yang tidak menerima harta warisan. (Lihat: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 43/224)

Rukun Wasiat

Dr. Muhammad Zuhaili menyatakan di dalam kitabnya bahawa rukun wasiat terbahagi kepada empat iaitu Pewasiat, penerima wasiat, harta yang diwasiatkan dan lafaz wasiat.

• Pewasiat, disyaratkan bagi pewasiat hendaklah baligh, ini kerana wasiat merupakan tabarru’ dengan harta dan seseorang yang belum baligh tidak termasuk di dalam ahli tabarru’. Berakal merupakan syarat untuk pewasiat, maka tidak sah bagi seseorang yang gila. Selain itu, pewasiat mestilah mempunyai hak pemilihan, ini kerana wasiat akan berlaku selepas kematian, maka mestilah memerlukan keredhaan dan pilihan pemiliknya. Dan tidak sah wasiat sekiranya dalam keadaan terpaksa. Begitu juga, disyaratkan kepada pewasiat memiliki harta dengan hak pemilikan yang sempurna. Ini kerana hilang kelayakan sekiranya tidak memilikinya iaitu harta yang ingin diwasiatkan.

• Penerima wasiat, golongan yang mendapat manfaat iaitu:

i) Golongan yang dikhususkan iaitu pewasiat mewasiatkan kepada pihak yang tertentu. Tidak sah sekiranya wasiat itu ditujukan kepada salah seorang daripada dua orang yang tidak pasti menerima wasiat tersebut. Disyaratkan kepada penerima wasiat hendaklah golongan yang layak memiliki harta ketika kematian pewasiat. Tidak sah penerima wasiat dari kalangan orang yang mati melainkan dikhususkan kepada pewarisnya dan tidak sah diwasiatkan kepada haiwan. Selain itu, penerima wasiat itu mestilah wujud ketika wasiat dibuat.

ii) Golongan yang tidak dikhususkan iaitu wasiat itu diberikan secara umum seperti fakir miskin, masjid, sekolah, orang yang berjihad di jalan Allah SWT, saudara-mara, pesakit, ahli Zimmah dan juga wasiat kepada golongan yang mengerjakan haji dan umrah. Dan disyaratkan wasiat itu dari sudut yang umum dan bukanlah bertujuan untuk melakukan kemaksiatan seperti membina gereja. Sama ada penerima wasiat itu dari golongan muslim atau tidak.

• Harta yang diwasiatkan, ialah setiap benda atau harta yang harus diberikan manfaat. Disyaratkan harta wasiat itu mestilah bertujuan yang bermanfaat, dan tidak sah wasiat harta bertujuan untuk kemasiatan dan perkara yang haram seperti mewasiatkan arak dan khinzir. Yang diwasiat itu mestilah boleh dipindah milik dari seseorang kepada seseorang. Dan sekiranya harta itu tidak boleh diterima oleh penerima wasiat maka tidak sah mewasiatkan harta itu.

• Lafaz wasiat, yang dimaksudkan dengan lafaz wasiat ialah termasuk lafaz ijab dan qabul. Lafaz wasiat sama ada dilafazkan dalam bentuk jelas seperti “aku mewasiatkan kepada kamu dengan ini” atau secara kabur berserta dengan niat seperti “rumahku ini untuk Zaid”. Dan diterima akad wasiat dalam bentuk penulisan berserta dengan niat dengan syarat boleh ditentukan penulisan pewasiat dengan pengesahan daripada waris atau pembuktian saksi dan sebagainya.

(Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 4/543-554)

Had Wasiat

Menurut apa yang terdapat di dalam al-Fiqh al-Manhaji, pewasiat digalakkan untuk tidak mewasiatkan melebihi satu pertiga daripada hartanya. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Saad bin Abu Waqas R.A:

عَادَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَجَّةِ الْوَدَاعِ مِنْ وَجَعٍ أَشْفَيْتُ مِنْهُ عَلَى الْمَوْتِ فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ بَلَغَنِي مَا تَرَى مِنَ الْوَجَعِ وَأَنَا ذُو مَالٍ وَلاَ يَرِثُنِي إِلاَّ ابْنَةٌ لِي وَاحِدَةٌ، أَفَأَتَصَدَّقُ بِثُلُثَىْ مَالِي قَالَ: لاَ. قَالَ قُلْتُ أَفَأَتَصَدَّقُ بِشَطْرِهِ؟ قَالَ: لاَ الثُّلُثُ وَالثُّلُثُ كَثِيرٌ إِنَّكَ أَنْ تَذَرَ وَرَثَتَكَ أَغْنِيَاءَ خَيْرٌ مِنْ أَنْ تَذَرَهُمْ عَالَةً يَتَكَفَّفُونَ النَّاسَ وَلَسْتَ تُنْفِقُ نَفَقَةً تَبْتَغِي بِهَا وَجْهَ اللَّهِ إِلاَّ أُجِرْتَ بِهَا حَتَّى اللُّقْمَةُ تَجْعَلُهَا فِي فِي امْرَأَتِكَ
“Rasulullah SAW menziarahiku ketika Haji Wada’, ketika aku sedang sakit tenat hampir mati. Aku berkata: “Wahai Rasulullah, aku kini tenat dan aku seorang yang berharta, sedangkan aku tiada waris kecuali seorang anak perempuan. Apakah boleh aku bersedekah dua pertiga hartaku?” Baginda menjawab: “Tidak.” Aku bertanya: “Apakah boleh aku bersedekah separuh hartaku?” Baginda menjawab: “Tidak, satu pertiga sahaja, satu pertiga pun sudah banyak. Sekiranya kamu meninggalkan waris kamu dalam keadaan kaya adalah lebih baik daripada kamu tinggal mereka dalam keadaan miskin meminta-minta daripada orang ramai. Segala perbelanjaan yang kamu keluarkan semata-mata untuk keredhaan Allah, nescaya kamu akan mendapat ganjarannya, termasuklah sesuap nasi yang kamu suapkan ke mulut isterimu.” [Riwayat Muslim (1628)]

Mengikut pandangan Mazhab Syafi’e, memberi wasiat melebihi daripada satu pertiga adalah makruh akan tetapi sah wasiatnya. Namun, lebihan daripada satu pertiga itu mestilah mendapat persetujuan kesemua waris si mati. Sekiranya mereka menolak, maka lebihan wasiat itu terbatal menurut ijma’ ulama’. Ini kerana lebihan itu merupakan hak-hak pewaris si mati. (Lihat: al-Fiqh al-Manhaji, 5/54)

Kesimpulan

Berbalik kepada persoalan yang diajukan dan berdasarkan kepada penelitian dalil yangg diberikan, dapat disimpulkan bahawa wang yang didermakan itu termasuk di dalam wasiat dan wajib ditunaikan sekiranya tidak melebihi satu pertiga daripada hartanya.

Dan sekiranya wang yang ingin didermakan itu melebihi daripada satu pertiga harta peninggalannya maka lebihan daripada satu pertiga itu mestilah mendapat persetujuan kesemua ahli waris yang menerima harta peninggalan itu.

Oleh itu, wasiat yang tidak melebihi satu pertiga itu dikira setelah dijelaskan segala hutang dan pengurusan jenazah. Firman Allah SWT:

مِن بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ
“(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang telah diwasiatkan oleh si mati, dan sesudah dibayarkan hutangnya.” (Surah al-Nisa’, 11)

Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca Di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/12/adakah-wang-yang-dipesan-supaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Seorang Lagi Mangsa Kemalangan Di New Zealand Meninggal Dunia

Seorang Lagi Mangsa Kemalangan Di New Zealand Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 818 hits
Seorang lagi mangsa kemalangan di Kaikoura New Zealand disahkan meninggal dunia pada 6 30 petang waktu tempatan hari ini Mangsa itu adalah Nur Irfan Adanan 15 yang juga anak sulung kepada pasangan suami isteri Dr Rumihati Abd Hamid 49 dan A...
Pencipta Watak Keluang Man Dan Usop Sontorian Meninggal Dunia

Pencipta Watak Keluang Man Dan Usop Sontorian Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 9/12/2019 - jumlah : 400 hits
KUALA LUMPUR Pengasas Animasi Digital dan tokoh penglipur lara animasi Malaysia Kamaruddin Ismail atau nama panggilan Kamn Ismail meninggal dunia pada usia 63 tahun Menurut kenyataan laman media sosial Facebook Persatuan Animasi Malaysia ar...
Pu Abu Impikan Meninggal Dunia Di Madinah

Pu Abu Impikan Meninggal Dunia Di Madinah

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 366 hits
Kini berada di Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah pendakwah sensasi Pencetus Ummah Abu Sufyan meluahkan rasa syukur dapat menjejakkan kaki lagi The post appeared first on
Istri Meninggal Dunia Setahun Lalu Karena Tsunami Banten Ade Jigo Resmi Menikah Lagi

Istri Meninggal Dunia Setahun Lalu Karena Tsunami Banten Ade Jigo Resmi Menikah Lagi

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 362 hits
Acara pernikahan Ade Jigo dan Irene digelar pada Jumat kemarin Ade menyampaikan kabar bahagia tersebut lewat akun instagramnya
Sampai Di Mekah Baru 2 Hari Abby Abadi Dimaklumkan Anak Sudah Meninggal Dunia

Sampai Di Mekah Baru 2 Hari Abby Abadi Dimaklumkan Anak Sudah Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 414 hits
Hari ini satu berita yang mendukacitakan diterima apabila dimaklumkan bahawa anak pelakon Abby Abadi dan suaminya Muhammad Faizal Zakaria atau lebih dikenali sebagai Jai telah disahkan meninggal dunia hari ini Bayi yang diberi nama Muhammad...
3 Bocah Bersaudara Di Simalungun Terjangkit Difteri 1 Meninggal Dunia

3 Bocah Bersaudara Di Simalungun Terjangkit Difteri 1 Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 7/12/2019 - jumlah : 285 hits
Anak yang meninggal dunia akibat difteri berinisial HS Tiga saudaranya YS RS dan MS juga masih dirawat YS dinyatakan sebagai probable difteri RA suspect difteri sedangkan MS masih diobservasi karena ada kontak dengan saudara saudaranya
Anak Abby Abadi Meninggal Dunia Maafkan Abah Sebab Tak Dapat Uruskan Untuk Kali Terakhir

Anak Abby Abadi Meninggal Dunia Maafkan Abah Sebab Tak Dapat Uruskan Untuk Kali Terakhir

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 632 hits
SELEPAS lebih dua bulan bertarung nyawa anak kepada pelakon Abby Abadi Muhammad Danial Firman Faizal meninggal dunia akibat komplikasi pada hati Berita sedih itu dikongsikan Abby dan suami Muhammad Faizal Zakaria menerusi Instagram pada awa...
Anak Abby Abadi Meninggal Dunia

Anak Abby Abadi Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 8/12/2019 - jumlah : 481 hits
Hampir dua bulan mengikuti perkembangan bayi pramatang pelakon Abby Abadi yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sungai Buloh selepas 70 hari The post appeared first on
Kronologi Emak Emak Kejar Jambret Di Probolinggo Berakibat 2 Orang Meninggal Dunia

Kronologi Emak Emak Kejar Jambret Di Probolinggo Berakibat 2 Orang Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 10/12/2019 - jumlah : 243 hits
Berikut adalah kronologi emak emak kerja jambret di Probolinggo yang mencuri perhatian Bukannya berhasil menangkan si penjambret yang merampat tasnya emak emak di Probolinggo ini justru membuat dua pengguna jalan lain celaka Akibatnya dua o...
Wordplay And Slang For Brand Name

Staycation Di Swiss Garden Kuantan Makbul

Rombakan Exco Perlis Dua Adun Digugurkan Tapi Kuota Bersatu Kekal

Kl Chinatown Festival 2024

Hiburan Tahu Lah Minat Tapi Tak Perlu Follow Netizen Kecewa Lihat Pemakaian Daiyan Trisha

Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Cikgu Bawa Trip Tadika Naik Kapal Terbang Dengan Kawan Kawan Pengalaman Baru Anak Anak

Seketika Di Tugu Negara


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley


Lirik Lagu Rahsia Tuhan Noh Salleh

Cara Mudah Tanam Daun Selom

Mulia Dengan Al Qur An

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Upiak Feat Beby Acha Lato Lato Chord

Worldcoin Dan Ai