Hukum Faraid Wajib Anak Tahu Apabila Ibu Dan Ayah Meninggal Dunia


Apakah yang patut anda lakukan semasa hidup supaya harta pusaka anda tidak memberi masalah kepada ahli keluarga kemudian hari
Antara soalan yang orang suka tanya apakah hukum faraid apabila ibu dan ayah meninggal dunia
Ibu ayah anda masih hidup? Elok baca sekarang kerana anda mungkin tidak terjumpa artikel ini lagi
Selepas ibu atau ayah meninggal dunia, sebelum harta pusaka dibahagikan, waris terutama anak-anak hendaklah menyelesaikan perkara yang berkaitan dengan harta arwah ibu atau ayah seperti belanja pengkebumian, menyelesaikan hutangnya dan menunaikan wasiat beliau
Tanggungjawab waris ialah menyelesaikan hutang si mati sebelum membahagi harta pusaka mengikut hukum FaraidKos Pengebumian Dan Pengurusan Jenazah Ibu dan Ayah – Proses Hukum Faraid BermulaSebelum harta dibahagi mengikut hukum faraid, harta arwah ibu atau ayah boleh digunakan bagi menyelesaikan kos yang wajib seperti belanja pengebumian dan pengurusan jenazah
Lain-lain kos termasuklah kain kapan, keranda, upah memandikan mayat, upah menggali kubur dan upah membawa mayat ke kubur
Pemberian wang kepada orang yang bersembahyang jenazah, membuat tahlil dan kenduri arwah ibu dan ayah bukanlah wajib. Jadi, ia tidak boleh diambil dari duit ibu ayah. Jadi waris-waris yang menanggung kosnya
Menyelesaikan Hutang Ibu dan Ayah – Proses Ke-2 Hukum FaraidSetelah ibu atau ayah dikebumikan, waris hendaklah menyelesaikan hutang mereka dari duit arwahitu
Ini bab hukum faraid yang kritikal terutama jika hutang yang ayah atau emak yang tidak ada rekod
Bagi pinjaman bank dan kad kredit biasa waris akan tahu sebab surat bank sampai ke rumah
Mengikut pendapat jumhur ulama, hutang kepada Allah hendaklah dibayar dahulu sebelum menyelesaikan hutang dengan manusia. Ini berdasarkan hadis yang bermaksud ‘hutang Allah lebih berhak ditunaikan.’Hutang Kepada AllahHutang kepada Allah jika ada hendaklah diselesaikan, iaitu:Zakat – segala jenis zakat yang cukup haul dan nisab tetapi belum ditunaikanKifarat – Bersetubuh di siang hari di bulan puasa tetapi denda belum ditunaikanNazar – Hajat si mati yang tidak sempat dilaksanakanHaji – Haji yang belum dikerjakanFidyah – Denda puasa yang ditinggalkanHutang Dengan Orang LainSemua jenis hutang ibu dan ayah dengan bank dan orang hendaklah dijelaskan, kecuali si piutang menghalalkannya
Biasanya anak atau waris akan mengumumkan kepada orang ramai selepas ditunaikan solat jenazah atau sewaktu membawa mayat keluar dari rumah ke kubur
Menunaikan Wasiat Emak dan Ayah – Proses Ke-3 Hukum FaraidSetelah menyelesaikan hutang arwah emak atau ayah, maka waris hendaklah menunaikan wasiat si mati, jika ada
Wasiat yang sah di sisi hukum faraid ialah pemberian tidak lebih 1/3 harta si mati kepada bukan waris termasuk wakaf dan sedekah
Untuk menunaikan wasiat ayah, waris hendaklah memastikan samada wasiat itu sah atau tidak mengikut hukum syarak. Sekiranya ia sah, maka wajib waris melaksanakannya
Sekiranya wasiat itu tidak sah dari segi hukum syarak, atau diragui kesahihannya, maka ia terpulang kepada budibicara anak-anak atau waris mahu melaksanakan atau tidak
Tuntutan Harta Sepencarian EmakSekiranya emak (isteri) ada membuat tuntutan harta sepencarian ke atas harta ayah, maka ia hendaklah diselesaikan dahulu sebelum mengagih kepada waris
Begitu juga, semasa hidup ayah ada membuat tuntutan harta sepencarian dari harta emak (jarang sangat)
Selepas bahagian harta sepencarian diselesaikan, baru baki harta pusaka ibu atau ayah diagihkan kepada waris yang berhak, iaitu ibu bapa ayah dan emak jika meraka masih hidup, isteri/suami dan anak kandung
Waris Mengambil Baki Harta Ibu atau AyahWaris akan mengambi baki harta ibu atau ayah dengan kadar berikut:Hak ibu 1/6Hak bapa 1/6Hak isteri 1/8Hak suami 1/4Baki harta akan dibahagikan kepada anak lelaki dan anak perempuan dengan kadar 2:1 (dua bahagian anak lelaki dan satu bahagian anak perempuanIsu-Isu Pengurusan Harta Si MatiAdik bunuh abang kerana berebut harta pusaka
Foto: The StarKita kerap terbaca kesah pergaduhan mengenai harta pusaka selepas kematian seseorang walaupun hukum Faraid mengenai pembahagian harta jelas dalam al-Quran
Dua sebab utama ialah kejahilan hukum faraid dan yang kedua sengaja ingkar hukum Faraid kerana tamak dan zalim. Antara isunya ialah:Waris mengambil harta si mati seperti barang kemas dan peralatan rumah tanpa persetujuan semua waris.Penama yang menerima wang KWSP dan Tabung Haji tidak membahagikan kepada waris yang berhakAda waris diketepikan dalam pembahagian harta pusaka seperti isteri dan anak-anak si matiKita dengar ada ada waris yang berjaya mengeluarkan simpanan si mati dan mengambilnya tanpa membahagi mengikut hukum faraid.Waris berkelahi dan bermasam muka kerana ada merasakan pembahagian harta tidak adil.Ada anak membunuh ahli keluarga kerana berebut harta pusaka.Harta pusaka lewat diselesaikan kerana waris gagal duduk bersama dan memilih pentadbir harta pusaka yang dipercayaiWaris-waris sibuk dengan kerjaya dan famili yang menyebabkan pengurusan harta pusaka ibu atau bapa terbiar.Apakah Penyelesaian Terbaik Dalam Mengurus Harta Pusaka?Penyelesaian yang terbaik ialah, semasa hidup seseorang itu membuat wasiat dan melantik waris atau melantik syarikat amanah sebagai pentadbir harta pusaka
Dalam zaman modern ini, orang cenderung membuat wasiat dan melantik syarikat amanah menguruskan harta pusaka mereka. Ini kerana syarikat amanah mempunyai pengetahuan, kepakaran dan pengalaman dalam menguruskan harta pusaka yang berlandaskan hukum Faraid
Pemilihan syarikat amanah dapat membantu mempercepatkan proses pembahagian harta pusaka dan semua waris akan berpuas hati
Sekiranya tuan memerlukan penjelasan lanjut atau mahu membuat wasiat, sila hubungi saya Abd Rahaman 013 366 1242 atau email [email protected] untuk peminat Ilmu Faraid, Hibah, Harta Sepencarian dan Wasiat. Join sekarang. Keahlian percuma terhad 1,000 orang sahaja.Kelab Eksklusif Faraid-Hibah-HartaSepencarian-WasiatLangganan PERCUMAAnda hendak mendapatkan artikel terbaharu dari blog ini mengenai Harta Pusaka, Hukum Faraid, Hibah, Wasiat dan Harta Sepencarian, sila melanggan di sini secara PERCUMA
Artikel akan terus masuk ke email anda. Isikan email di bawah
First Name Email address Email address: Rujukan: Wan Abduk Halim Wan Harun, ‘Pengurusan dan Pembahagian Harta Pusaka’Pautan Terbaik:Tujuh Kebaikan Membuat Wasiat Ramai Tak TahuPanduan Membuat Wasiat Yang Boleh Dipercayai Dan BerkesanBetul ke Hukum Faraid Tidak Adil Kepada Anak Perempuan?Abd Rahaman Rasid ialah penulis artikel ini. Beliau seorang Perancang Harta, as-Salihin Trustee Bhd. Sebarang pertanyaan, sila hubungi 013 366 1242 atau email [email protected]
Untuk keterangan lanjut sila layari https://rahamanrasid.com/2020/01/05/hukum-faraid-wajib-anak-tahu-ibu-ayah-meninggal-dunia/




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.addindeen.com/2020/08/hukum-faraid-wajib-anak-tahu-apabila.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isak Tangis 3 Anak Bawa Parang Berlumur Darah Ke Rumah Kakek Ibu Meninggal Dibunuh Ayah

Isak Tangis 3 Anak Bawa Parang Berlumur Darah Ke Rumah Kakek Ibu Meninggal Dibunuh Ayah

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 271 hits
Abi Melik Tenis seketika kaget melihat tiga cucunya datang ke rumah sambil membawa parang berlumur darah Sambil menangis dan ketakutan ketiga cucu Abi yang berinisial FT HT dan MT rupanya membawa kabar mengejutkan Kabar tersebut merupakan k...
Sindrom Anak Kedua Memang Nampak Tak Bahaya Tapi Kalau Ibu Ayah Abaikan Akan Calarkan Emosi Anak

Sindrom Anak Kedua Memang Nampak Tak Bahaya Tapi Kalau Ibu Ayah Abaikan Akan Calarkan Emosi Anak

papar berkaitan - pada 31/8/2020 - jumlah : 398 hits
Anak suka buat perangai dan dengkikan adik beradiknya yang lain Jangan abai periksa segera puncanya Baca Tanpa sedar perasaan dan emosinya terjerut yang kemudiannya akan menjadi punca kepada berontaknya jiwa mereka Susunan kelahiran boleh m...
Ojol Wanita Meninggal Dunia Dibegal Ternyata Wanita Single Parent 3 Anak Pernah Beri Pesan Ini Ke Saudaranya

Ojol Wanita Meninggal Dunia Dibegal Ternyata Wanita Single Parent 3 Anak Pernah Beri Pesan Ini Ke Saudaranya

papar berkaitan - pada 3/9/2020 - jumlah : 520 hits
Sosok mayat wanita bernama Fitri Yanti yang ditemukan warga di Jalan Mahoni Pasar 2 Desa Bandar Khalipah Kecamatan Percut Sei Tuan Kabupaten Deliserdang pada Minggu siang sekitar pukul 11 00 WIB diduga merupakan seorang driver ojek online I...
Suami Meninggal Bab Nafkah Anak Jatuh Pada Datuk Pak Cik Sebelah Bapa Bukan Ibu

Suami Meninggal Bab Nafkah Anak Jatuh Pada Datuk Pak Cik Sebelah Bapa Bukan Ibu

papar berkaitan - pada 30/8/2020 - jumlah : 484 hits
Biasa yang berlaku dalam masyarakat kita bila kematian pada si bapa atau suami dan meninggalkan isteri dan anak anak pasti akan ada konflik dalam ahli keluarga Ibaratnya orang kata tanah kubur masih merah lagi tapi harta peninggalan arwah d...
Nak Anak Hafal Al Quran Sejak Kecil Ini Cara Ibu Ayah Boleh Mula Dari Bayi Lagi

Nak Anak Hafal Al Quran Sejak Kecil Ini Cara Ibu Ayah Boleh Mula Dari Bayi Lagi

papar berkaitan - pada 17/8/2020 - jumlah : 404 hits
Ibu ayah yang mempunyai impian melihat anak menjadi penghafaz Al Quran rupanya boleh mulakan usaha sejak anak masih bayi lagi Perkongsian ibu ini tentang tip yang digunakannya kepada anaknya boleh anda praktikkan Sejuk perut bila melihat an...
Istrinya Meninggal Dunia Tukang Tambal Ban Ini Kerja Sambil Gendong Anak

Istrinya Meninggal Dunia Tukang Tambal Ban Ini Kerja Sambil Gendong Anak

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 261 hits
Perjuangan orang tua untuk anak anak mereka tentu tak akan terbalaskan Hal itu seolah menjadi pengingat kita untuk senantiasa menyayangi dan menghormati mereka Ya kamu tentu kerap kali melihat perjuangan orang tua ketika mencari nafkah untu...
Nak Anak Jadi Lebih Bijak Ibu Menyusu Wajib Amalkan Pemakanan Ini

Nak Anak Jadi Lebih Bijak Ibu Menyusu Wajib Amalkan Pemakanan Ini

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 572 hits
Sebarang makanan untuk ibu menyusui adalah amat penting terutama dalam tempoh dua hingga tiga minggu terawal Inilah waktunya tubuh anda mula menghasilkan susu ibu dan anda perlu mengamalkan pengambilan vitamin untuk ibu menyusu Hal ini kera...
Tega Ibu Kandung Dan Ayah Tiri Kabur Tinggalkan Anak Di Rumah Warga

Tega Ibu Kandung Dan Ayah Tiri Kabur Tinggalkan Anak Di Rumah Warga

papar berkaitan - pada 26/8/2020 - jumlah : 363 hits
Seorang bocah perempuan bernama Lela di Ketapang Sampit Kabupaten Kotawaringin Timur Kalimantan Tengah diduga mengalami penyiksaan dari ibu kandung dan ayah tirinya Bocah malang ini ditelantarkan orang tuanya dengan menitipkannya ke rumah s...
Terobos Lampu Merah Ibu Ini Menangis Histeris Kehilangan 2 Puterinya Yang Meninggal Dunia Usai Tertabrak Truk

Terobos Lampu Merah Ibu Ini Menangis Histeris Kehilangan 2 Puterinya Yang Meninggal Dunia Usai Tertabrak Truk

papar berkaitan - pada 19/8/2020 - jumlah : 447 hits
Musibah memilukan terjadi pada Ibu Heriyah Ia harus kehilangan dua anak kandungnya usai terobos lampu merah di jalan raya Dua orang puterinya Sri Wahyuni meninggal seketika ditabrak truk Dia menangis sejadi jadinya meratapi kenyataan dua an...
Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross

Hopes Of The Chinese For Pn

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof


echo '';
Resepi Salad Sayur Rangup dan Berkhasiat

Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Tips Hartanah Pocket Calculator Cara Mengumpul Deposit Untuk Beli Rumah

Drama Lara Kasih Lakonan Fikry Ibrahim Chacha Maembong

Rose Number One Girl Chord

Cinnamon Rolls Klasik Kini Dengan Lotus Biscoff Dan Set Minuman Terbaharu Dari Cinnabon

Creating A Cozy Farmhouse Look Timeless Decor Tips

Will Artificial Intelligence Disappoint