Hukum Ceraikan Isteri Ketika Mengandung


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم  (Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang)

Hukum Ceraikan Isteri Ketika Mengandung | Bab munakahat yang perlu kita pelajari. Kalau bab talak ni satu isu yang tak boleh dibuat main.

Talak boleh jatuh dalam apa jua keadaan sekalipun... Sama ada dalam sedar atau tidak, cuma ada ulama mengatakan talak tidak jatuh jika suami dalam keadaan gila. Tapi kalau dalam keadaan mabuk, jatuh talak. Apa pun, boleh rujuk bab ni dengan para asatizah dan ustaz/ustazah untuk ulasan lanjut.


Cuma, kecoh baru ni kes penceraian ketika isteri sedang mengandung. Ramailah netizen berbalah, ada kata jatuh, ada kata tidak jatuh talak.

Ok, ini penjelasannya.



Kata Mufti Wilayah,

Majoriti ulama mengharuskan talaq isteri sewaktu dia sedang hamil. Tsabit satu hadith:

عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ طَلَّقَ امْرَأَتَهُ وَهِيَ حَائِضٌ فَذَكَرَ ذَلِكَ عُمَرُ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ مُرْهُ فَلْيُرَاجِعْهَا ثُمَّ لِيُطَلِّقْهَا طَاهِرًا أَوْ حَامِلًا
Maksudnya: Dari Ibnu Umar RA bahwa dia pernah menceraikan isterinya dalam keadaan haid. Kemudian Umar bin Khatthab RA menceritakan kejadian tersebut kepada Nabi. Lantas beliau pun berkata kepada Umar bin Khatthab RA, ‘Perintahkanlah kepada dia (Ibnu Umar RA) supaya dia kembali kepada isterinya, kemudian talaklah dia dalam keadaan dia suci atau hamil. [Sahih Muslim (1471)]

Haram Ceraikan Isteri Ketika Haid Hadith ini menjelaskan dua hukum, iaitu haramnya talak sewaktu isteri sedang haid, dan harusnya talak sewaktu isteri sedang hamil.

Imam al-Nawawi sewaktu mensyarahkan hadith ini berkata, hadith ini menjadi dalil keharusan talak sewaktu isteri sedang hamil yang jelas kehamilannya, dan ia merupakan pandangan mazhab Syafi’e.

Ibnul Mundzir berkata, pandangan ini juga dipegang oleh majoriti ulama, antaranya Thawus, Al-Hasan, Ibnu Sirin, Rabiah, Hammad bin Abi Sulaiman, Malik, Ahmad, Ishaq, Abu Tsur, dan Abu Ubaid.

Namun Ibnul Munzir turut menambah bahawa terdapat sebahagian ulama mazhab Maliki yang mengharamkannya, manakala Al-Hasan al-Basri memakruhkannya. (Rujuk Syarh Sahih Muslim, 10/65) Salah satu qaul Imam Malik juga (Rujuk Al-Mudawwanah 2/4)

Hukum Ceraikan Isteri Ketika Mengandung Talaq sewaktu isteri sedang hamil terletak di bawah kategori talaq yang bukan sunniy, dan bukan bid’iyy, maka hukumnya adalah harus. Hal ini kerana ‘iddahnya tertakluk kepada kelahiran kandungan, bukan kepada haid. (Rujuk Al-‘Inayah Syarh al-Hidayah 3/478, Syarh al-Zarqani ‘ala Mukhtasar al-Khalil 4/144, Hasyiyata Qalyubi wa ‘Umairah 3/349, Bahr al-Mazhab 10/18, Manar al-Sabil fi Syarh al-Dalil 2/237 dan Al-Taqrirat al-Sadidah fil Masai’l al-Mufidah, hal. 92)

Namun demikian jika tidak terzahir pada wanita tersebut tanda-tanda kehamilan, maka ia menjadi talaq bid’iy. (Rujuk Hasyiyah Bujairimi ‘ala al-Khathib 3/505)

Hukum ceraikan isteri ketika mengandung adalah harus Namun pendapat yang dianggap kuat adalah pendapat majoriti ulama yang mengharuskan penalakan wanita yang sedang hamil. Dan iddah bagi wanita hamil yang ditalak adalah sehingga dia melahirkan kandungannya sebagaimana firman Allah SWT berikut ini:

وَأُولاتُ الأحْمَالِ أَجَلُهُنَّ أَنْ يَضَعْنَ حَمْلَهُنَّ
Maksudnya: Wanita-wanita yang hamil, waktu iddah mereka adalah sehingga mereka melahirkan kandungan mereka. [Surah al-Thalaq (4)]

Kelayakan
Manakala dari sudut perundangan, sekiranya isteri diceraikan ketika dia sedang hamil maka dia juga layak mendapat kemudahan-kemudahan seperti perempuan yang diceraikan dengan talaq rajie, iaitu makanan, pakaian, tempat tinggal dan apa-apa perbelanjaan lain yang patut.

Sumber: Mufti Wilayah
Hukumnya, jatuh talak dan iddahnya sehingga melahirkan anak. Lepas bersalin habislah iddahnya. 
Cuma bak kata mufti, bagi yang mengandung satu fasa yang memerlukan sokongan orang tersayang. Jadi, seorang suami yang baik pastinya akan mengambil kira segala aspek dan melakukan semua ikhtiyar sebelum melafazkan cerai terhadap isteri  yang sedang mengandung


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.mariafirdz.com/2019/04/hukum-ceraikan-isteri-ketika-mengandung.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kau Pu Syaitan Pu Abu Sufyan Dikecam Kerana Ceraikan Isteri Sarat Mengandung Guna Whatsapp

Kau Pu Syaitan Pu Abu Sufyan Dikecam Kerana Ceraikan Isteri Sarat Mengandung Guna Whatsapp

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 1297 hits
SOSMED Kisah rumahtangga artis dan selebriti seringkali menjadi perhatian netizens apatah lagi jika ia melibatkan skandal kecurangan dan poligami paksa Terbaru Pencetus Ummah PU Abu Sufyan diserang pelbagai lapisan netizens yang bengang gar...
Hukum Isteri Mempelawa Lelaki Asing Masuk Ke Rumah Ketika Ketiadaan Suami

Hukum Isteri Mempelawa Lelaki Asing Masuk Ke Rumah Ketika Ketiadaan Suami

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 438 hits
Soalan Bolehkah seorang wanita mempelawa lelaki asing datang ke rumah ketika ketiadaan suami dan tanpa keizinan suami atas alasan sekadar untuk melakukan tugasan bersama Jawapan Islam merupakan agama yang mengangkat nilai wanita pada martab...
Hukum Cerai Isteri Ketika Hamil Harus Mufti Pahang

Hukum Cerai Isteri Ketika Hamil Harus Mufti Pahang

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 429 hits
Mahaizura Abd Malik HUKUM menceraikan isteri ketika hamil adalah harus Mufti Pahang Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata talak boleh saja jatuh pada bila bila masa Cerai ada waktu harus dan haram Kalau cerai ketika hamil hukumnya harus dan...
Ustaz Ebit Liew Menangis Baca Kisah Isteri Pu Abu Sufyan Diceraikan Ketika Sarat Mengandung

Ustaz Ebit Liew Menangis Baca Kisah Isteri Pu Abu Sufyan Diceraikan Ketika Sarat Mengandung

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 1454 hits
Lebih dari 16 000 perkongsian di laman Facebook luahan sayu Ustaz Ebit Liew membaca kisah perceraian PU Abu Sufyan dan bekas isterinya Ain Afina menarik perhatian netizens Di ruangan komen rata rata wanita yang pernah diceraikan ketika meng...
Hiburan Pencetus Ummah Abu Didakwa Ceraikan Isteri Sedang Mengandung Kerana Ingin Kahwin Ibu Tunggal

Hiburan Pencetus Ummah Abu Didakwa Ceraikan Isteri Sedang Mengandung Kerana Ingin Kahwin Ibu Tunggal

papar berkaitan - pada 20/4/2019 - jumlah : 981 hits
Bekas Isteri Pencetus Ummah Abu Sufyan mendedahkan di Instagram bahawa lelaki itu curang dan menceraikannya untuk berkahwin dengan seorang ibu tunggal bernama Hana Azraa Bekas isterinya yang menggunakan handle ainafini di Instagram memberit...
Saya Minta Maaf Suami Ceraikan Isteri Selepas 12 Tahun Digantung Tak Bertali

Saya Minta Maaf Suami Ceraikan Isteri Selepas 12 Tahun Digantung Tak Bertali

papar berkaitan - pada 17/4/2019 - jumlah : 1413 hits
Tiada pasangan yang sukakan perceraian berlaku Sebaik baiknya ramai yang mahu kekal bersama dengan pasangan masing masing sehingga ke akhir hayat Namun ianya mustahil kerana adakalanya timbul tiada persefahaman di antara pasangan atau pasan...
Pu Abu Mengaku Cerai Isteri Sarat Mengandung

Pu Abu Mengaku Cerai Isteri Sarat Mengandung

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 923 hits
MALAYSIAKINI Selepas kekecohan mengenai kontroversi rumah tangganya baru baru ini Abu Sufyan mengaku dengan dakwaan yang mengatakan dia menceraikan isterinya yang sarat mengandung tujuh bulan Abu atau dikenali sebagai PU Abu yang menjadi pe...
Cerai Isteri Ketika Sarat Hamil Akhirnya Ini Caranya Pu Abu Minta Maaf

Cerai Isteri Ketika Sarat Hamil Akhirnya Ini Caranya Pu Abu Minta Maaf

papar berkaitan - pada 22/4/2019 - jumlah : 841 hits
Cerai Isteri Ketika Sarat Hamil Akhirnya Ini Caranya PU Abu Minta MaafSITUASI yang melanda rumah tangga Pencetus Ummah Abu Sufyan dan bekas isterinya terus mejadi perhatian ramai hingga ada yang membuat pelbagai tuduhan dan spekulasi
3 Cara Memuaskan Suami Ketika Isteri Datang Haid

3 Cara Memuaskan Suami Ketika Isteri Datang Haid

papar berkaitan - pada 21/4/2019 - jumlah : 754 hits
Adakalanya walaupun tahu isteri tengah datang haid suami pula masih gatal nak bersama kerana sebenarnya ia bukanlah bermaksud anda kena stop terus bermesraan dengan pasangan kan Gambar hiasan Apa yang paling best kenapa anda masih perlu men...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias

Kemalangan Tayar Lori Tercabut Punca Kronologi Kematian

Racun Rumput Paling Kuat Tips Penggunaan Racun Selamat