Hukum Bermain Tiktok



SOALAN:
Saya lihat trend terkini pelbagai video TikTok telah tersebar luas di media sosial dan mudah menjadi ikutan masyarakat tanpa mengira usia. Persoalan saya, Apakah hukum bermain TikTok? Mohon pencerahan, terima kasih.

JAWAPAN:

Hukum bermain TikTok

Pada dasarnya sebarang aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, WhatsApp, Instagram mahupun TikTok yang digunakan untuk perkara yang manfaat adalah dibolehkan. Hal ini bertepatan kaedah berikut:

الأصل في الأشياء الإباحة حتى يدل الدليل على التحريم
“Pada asal sesuatu hukum itu adalah diharuskan, sehingga terdapat dalil ke atas pengharamnya.”

Pengguna yang bertanggungjawab mengurus sebarang aplikasi sama ingin memandu kepada jalan yang bermanfaat mahupun jalan yang membawa kerosakan. Justeru, hukum harus boleh berubah kepada hukum lain tertakluk cara pengguna mengendalikannya. Hal ini, situasi berbeza kadangkala boleh menatijahkan hukum yang beza berdasarkan kaedah umum yang menyebut:

الحكم على الشيئ فرع عن تصوره
“Hukum terhadap sesuatu perkara merupakan natijah daripada bagaimana gambaran sesuatu isu difahami.” (Lihat: Syarh Mukhtasar Li al-Sullam al-Munauraq, 3/11)

Aplikasi TikTok boleh dikategorikan sebagai hiburan. Persoalannya, adakah bermain TikTok termasuk hiburan yang dibenarkan syarak?

Beberapa penetapan hukum dalam hiburan antaranya ialah:

Makruh, sekiranya hiburan itu tidak memberi sebarang kesan baik ataupun buruk kepada manusia kerana melakukan perbuatan yang tidak berfaedah.Haram, sekiranya membawa keburukan kepada inidividu dan masyarakat. Ini seperti perbuatan yang bercampur dengan perkara yang diharamkan syarak.Dibenarkan dan digalakkan, sekiranya hiburan itu memberi kesan yang baik kepada individu dan masyarakat.
(Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 3/521-522)

Merujuk kepada fungsi TikTok mahupun sebarang persamaan aplikasi tersebut yang merakam pelbagai gaya tarian mengikut genre muzik, maka permainan video TikTok hanya sia sia dan tidak mendatang sebarang faedah dan kategori hiburan yang dihukumkan makruh.

Hadith yang diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir R.A, daripada Nabi SAW:

لَيْسَ مِنَ اللَّهْوِ إِلاَّ ثَلاَثٌ ‏:‏ تَأْدِيبُ الرَّجُلِ فَرَسَهُ وَمُلاَعَبَتُهُ أَهْلَهُ وَرَمْيُهُ بِقَوْسِهِ وَنَبْلِهِ
“Tidak termasuk perkara yang hiburan sia-sia melainkan tiga perkara: Seseorang yang melatih kudanya, bermesra dengan isterinya dan memanah dengan menggunakan busur anak panahnya.” [Riwayat Abi Daud (2513)]

Hukum Memuatnaik Video Tik Tok

Kami bahagikan perbahasan hukum memuatnaik video TikTok kepada dua jenis permainan video (lip-sync) dan video tarian TikTok:

1. (Lip-sync) - Pengguna aplikasi TikTok merakam (lip-sync) iaitu pergerakan mulut serta menunjukkan aksi-aksi mimik muka mahupun menjeler lidah mahupun melibatkan pergerakan anggota badan dengan iringan muzik yang dimainkan. Gaya tersebut jelas menghilangkan akhlak sebagai seorang muslim sejati. Walaupun video TikTok yang dimuatnaik hanya melibatkan pergerakan mimik muka namun dikhuatiri video tersebut punca menaikkan syahwat bagi mata yang memandang sama ada lelaki mahupun perempuan walaupun video wanita yang menutup aurat. Hal tersebut dibimbangi dengan kadar sangkaan yang kuat (ghalabah az-zhan) menimbulkan fitnah dan kemudaratan pada agama. Maka ia diharamkan berdasarkan kaedah sadd al-zarai’, iaitu mencegah perkara-perkara yang boleh membawa kepada yang haram. Hal ini bertepatan kaedah fiqh berikut:

ما أدى إلى الحرام فهو حرام
“Apa sahaja yang membawa kepada yang haram, maka ia haram.”

Ini juga berdasarkan satu kaedah:

اتَّقُوا مَواضِعِ التُّهَمِ
“Berhati-hatilah kalian dengan ruang-ruang tohmahan.”

Kaedah ini diambil daripada kata-kata Sayyidina Umar R.A:

مَنْ سَلَكَ مَسَالِكَ التُّهَمِ اتُّهِمَ
“Barangsiapa yang menempuhi laluan-laluan tohmahan, akan ditohmah.”

Apa jua perkara yang berisiko menimbulkan fitnah, hendaklah sedaya upaya dielakkan kerana ia akan memberi kesan yang buruk untuk jangka masa pendek mahupun panjang. Begitu juga tujuan penggunaan aplikasi video TikTok untuk menyebarkan perkara yang boleh mengundang fitnah sesama manusia:

الوسائل لها أحكام المقاصد
“Kesemua wasilah (cara) baginya adalah berdasarkan hukum yang hendak dicapai.”

2. Tarian TikTok - Realiti terkini, tarian Tiktok Suling Sakti Sponge Bob sedang menjadi trend ikutan masyarakat rentetan video TikTok mudah tersebar luas di alam maya. Tarian tersebut melibatkam pergerakan tangan, dada dan punggung yang berlatar belakang muzik. Bahkan, segelintir pemain Tiktok bercampur gaul antara lelaki dan perempuan dalam merakam tarian dengan gaya yang memberahikan tanpa rasa malu. Hal ini jelas telah menimbulkan fitnah dan syahwat bagi sesiapa yang memandang. Ini bertentangan dengan syariat Islam yang sangat menitikberatkan penjagaan aurat sesama manusia dalam kehidupan seharian.

Firman Allah SWT :

قُل لِّلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ اللَّـهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ ﴿٣٠﴾ وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا ۖ
“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.” (Surah al-Nur: 30-31)

Ayat di atas adalah merupakan perintah daripada Allah SWT kepada Nabi agar berpesan kepada orang-orang lelaki beriman supaya menundukkan pandangan mereka daripada wanita-wanita dan aurat-aurat yang tidak halal buat mereka. [Lihat: al-Tafsir al-Muyassar, 353)

Dr. Wahbah Zuhaili dalam tafsirnya menyatakan bahawa menjaga pandangan dan kemaluan merupakan satu kehormatan dan kemuliaan. Ianya bertujuan untuk menutup pintu kerosakan dan mencegah daripada terjadinya sesuatu perkara yang haram. (Lihat: al-Tafsir al-Wasit li al-Zuhaili 2/1746)

Nabi SAW bersabda:

لَا يَنْظُرُ الرَّجُلُ إِلَى عَوْرَةِ الرَّجُلِ، وَلَا الْمَرْأَةُ إِلَى عَوْرَةِ الْمَرْأَةِ
“Janganlah seorang lelaki melihat aurat lelaki lain, dan seorang perempuan melihat aurat perempuan lain.” [Riwayat Muslim (338)]

Sehubungan itu, permainan video TikTok hanyalah sia-sia dan tidak mendatangkan sebarang faedah. Bahkan, trend gaya tarian Tiktok jelas menghilangkan nilai akhlak seorang Muslim sejati selain mengundang mudarat kepada agama dan ancaman fitnah.

Rasulullah SAW bersabda:

أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا
“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya.” [Riwayat al-Tirmidzi (11)]

Penutup

Setelah meneliti hujah yang dibentangkan, permainan video TikTok yang merakam pelbagai gaya tarian mengikut genre muzik hanya perbuatan sia-sia dan tidak mendatang sebarang faedah. Adapun, pemain TikTok dilarang memuat naik video tarian TikTok mahupun aksi mimik (Lyp Sinc) di media sosial. Larangan tersebut bertujuan menutup pintu kerosakan (sadd al-zara’i) selain boleh menimbulkan ancaman fitnah bagi sesiapa yang melihatnya.

Oleh yang demikian, umat Islam perlu memelihara diri daripada sebarang hiburan yang tidak mendatangkan faedah serta boleh menjatuhkan maruah individu sekaligus mengugat nilai-nilai akhlak seorang Mukmin yang beriman kepada Allah SWT. Semoga kita terhindar daripada golongan tersebut. Sabda Rasulullah SAW :

لَيَكونَنَّ مِن أُمَّتي أقْوامٌ، يَسْتَحِلُّونَ الحِرَ والحَرِيرَ، والخَمْرَ والمَعازِفَ
“Sungguh akan ada sebahagian dari umatku yang menghalalkan zina, sutera, minuman keras, dan alat-alat muzik.” [Riwayat al-Bukhari (5590)]

Akhir kalam, kami berdoa agar Allah SWT memberikan kefahaman yang baik dalam beragama dan menjalani kehidupan mengikut neraca syariah yang sebenar.

Oleh: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/03/hukum-bermain-tiktok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Padah Bermain Bola Waktu Perintah Kawalan Pergerakan 24 Lelaki Khidmat Sosial Tiga Bulan

Padah Bermain Bola Waktu Perintah Kawalan Pergerakan 24 Lelaki Khidmat Sosial Tiga Bulan

papar berkaitan - pada 3/4/2020 - jumlah : 282 hits
Gara gara bermain bola sepak dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Selasa lalu 24 lelaki dijatuhi hukuman khidmat masyarat selama tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini kerana ingkar arahan PKP Kesemua tertuduh berusia antar...
Hukum Berniaga Di Tempat Larangan Atau Tanpa Permit

Hukum Berniaga Di Tempat Larangan Atau Tanpa Permit

papar berkaitan - pada 14/3/2020 - jumlah : 229 hits
SOALAN Apa hukumnya jika saya membuka warung perniagaan di tempat yang tidak dibenarkan untuk berniaga oleh pihak berkuasa tempatan Atau jika saya berniaga di tempat yang sah tapi tidak memohon lesen Adakah pendapatan saya dikira halal atau...
Remaja Ditembak Mati Ketika Bermain Di Balkoni 20 Minit Selepas Perintah Berkurung Dilaksanakan

Remaja Ditembak Mati Ketika Bermain Di Balkoni 20 Minit Selepas Perintah Berkurung Dilaksanakan

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 379 hits
Polis menembak mati seorang remaja lelaki berusia 13 tahun kerana bermain di balkoni rumahnya 20 minit selepas Kerajaan Kenya menguatkuasakan perintah berkurung pada waktu malam Yasin Moyo ditembak di bahagian perut di rumah keluarganya di ...
5 Lelaki Ditahan Gara Gara Bermain Mahjong Secara Sembunyi Ketika Pkp

5 Lelaki Ditahan Gara Gara Bermain Mahjong Secara Sembunyi Ketika Pkp

papar berkaitan - pada 1/4/2020 - jumlah : 207 hits
SIBU Lima lelaki telah ditahan oleh pihak polis di sebuah rumah gara gara bermain mahjong secara sembunyi ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di seluruh negara Menurut laporan sewaktu kelima lima lelaki ini diserbu di dalam ruma...
Pulautikus Bermain Bola Sepak Dan Berjoging Ketika Pkp Tujuh Individu Ditahan

Pulautikus Bermain Bola Sepak Dan Berjoging Ketika Pkp Tujuh Individu Ditahan

papar berkaitan - pada 27/3/2020 - jumlah : 214 hits
Padah mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan tujuh individu di Pulau Tikus Pulau Pinang ditahan polis pada Khamis Kesemua individu terbabit ditahan ketika sedang bermain bola sepak dan berjoging di sebuah padang di Pulau Tikus kira ...
Cara Menang Bermain Game Slot Online Wannabut Com

Cara Menang Bermain Game Slot Online Wannabut Com

papar berkaitan - pada 31/3/2020 - jumlah : 404 hits
Saktibet juga menyediakan layanan bermain judi Sabung ayam merupakan permainan video game yang Namun demikian anda bermain tanpa ada membaca ketentuan yang berbeda beda dari mesin slot judi on line game slot Begitu sangat terjangkau bahkan ...
Hukum Beri Minyak Wangi Kepada Jemaah Selepas Iqamah Dilaungkan

Hukum Beri Minyak Wangi Kepada Jemaah Selepas Iqamah Dilaungkan

papar berkaitan - pada 15/3/2020 - jumlah : 218 hits
SOALAN Di surau perumahan saya ada seorang yang suka untuk beri minyak wangi selepas iqamah dilaungkan Dia akan pergi ke setiap saf untuk beri minyak wangi Benda ni kadang kadang buat saya dan beberapa jemaah lain terganggu sebab masa itu k...
Hukum Hadir Ke Masjid Selepas Hisap Rokok Atau Makan Makanan Berbau

Hukum Hadir Ke Masjid Selepas Hisap Rokok Atau Makan Makanan Berbau

papar berkaitan - pada 16/3/2020 - jumlah : 289 hits
SOALAN Apa hukum seseorang yang baru lepas menghisap rokok atau memakan makanan yang berbau kurang enak untuk hadir solat berjemaah di masjid JAWAPAN Hadir ke masjid bagi menunaikan ibadah merupakan suatu ibadah yang amat dituntut di sisi s...
Hukum Wasiat Secara Lisan

Hukum Wasiat Secara Lisan

papar berkaitan - pada 17/3/2020 - jumlah : 185 hits
SOALAN Ayah saya ada mewasiatkan sebahagian hartanya tidak melebihi 1 3 kepada saya selaku anak sulung namun ada berlaku pertikaian dalam kalangan kami sesama ahli waris disebabkan wasiat yang dibuat secara lisan Maka adakah wasiat tersebut...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids