Hukum Tangkap Haiwan Ternakan Yang Berkeliaran Dan Menyaman Pemiliknya



SOALAN:
Sejak akhir-akhir ini, terdapat berita yang melaporkan tentang kewujudan haiwan ternakan di atas jalan raya lebih-lebih lagi di atas lebuhraya utama. Persoalan saya, adakah dibolehkan untuk Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menangkap haiwan ternakan tersebut? Adakah dibolehkan saman atau denda dikeluarkan kepada pemilik yang membiarkan ternakannya berkeliaran? Mohon penjelasan. Terima kasih.

JAWAPAN:
Masalah berkaitan haiwan ternakan yang berkeliaran bukanlah satu isu yang baru terjadi. Ianya adalah satu masalah yang berlarutan sejak dahulu lagi. Masalah ini tidak boleh dipandang remeh oleh kita semua dan memerlukan kepada tindakan serta penyelesaian yang segera. Berita telah melaporkan bahawa telah banyak tragedi yang menimpa pengguna jalan raya disebabkan oleh ternakan yang berkeliaran. Antaranya ialah:

61 kes kemalangan akibat haiwan berkeliaran, Sinar Harian, 8 Julai 2019: https://www.sinarharian.com.my/article/36552/EDISI/Terengganu/61-kes-kemalangan-akibat-haiwan-berkeliaranMaut Elak Lembu, Berita Harian Online, 8 Mei 2019: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/05/561617/maut-elak-lembuPatah Bahu Akibat Langgar Lembu, Berita Harian Online, 20 Februari 2018: https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/02/390786/patah-bahu-akibat-langgar-lembuDua Cedera Van Langgar Lembu, Harian Metro, 24 Januari 2018: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/01/306742/dua-cedera-van-langgar-lembu
Berdasarkan kepada laporan berita di atas, kita dapat melihat bahawa ternakan yang berkeliaran di atas jalan raya adalah antara penyebab berlakunya kemalangan yang mengakibatkan hilangnya nyawa insan dan akal serta merosakkan pada harta benda. Penjagaan terhadap setiap aspek yang dinyatakan di atas adalah termasuk dalam maqasid syariah yang utama. Ini bertepatan dangan firman Allah SWT:

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
“Dan janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke arah kebinasaan.” (Surah al-Baqarah: 195)

Begitu juga dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Nabi SAW telah bersabda:

‏ لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ
“Tidak boleh memudharatkan dan tidak boleh membalas mudharat dengan mudharat.” [Riwayat Ibn Majah (2341)]

Demikian juga satu kaedah fiqh yang masyhur menyebut:

الضَّرَرُ يُزَال
“Kemudharatan itu dielakkan.”

Begitu juga terdapat kaedah lain yang menyebut:

دَرْءُ المَفَاسِدِ أَولَى مِنْ جَلْبِ المَصَالِح
“Menolak kerosakan itu lebih utama berbanding mendatangkan maslahah.”

Menjawab kepada persoalan di atas, pihak berkuasa tempatan (PBT) adalah badan yang berkuasa dalam menyelesaikan sesuatu masalah di sesebuah tempat. Menjadi tanggungjawab mereka untuk mengkaji dan mencari solusi bagi menyelesaikan setiap masalah yang berlaku. Oleh sebab itu, di atas dasar maslahah dan kuasa yang diberikan, maka PBT adalah dibolehkan untuk menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran, menyaman atau mendenda pemilik haiwan yang membiarkan haiwan ternakannya berkeliaran. Hal ini adalah dibenarkan oleh syarak di atas dasar maslahah kepada rakyat secara umumnya dalam menjaga keharmonian dan kesejahteraan masyarakat itu sendiri. Hal ini bertepatan dengan satu kaedah fiqh yang masyhur:

تَصَرُّفُ الْأِمَاِم عَلَى الرَّعِيَّةِ مَنُوْطٌ بِالْمَصْلَحَةِ
“Tindakan (perlaksanaan) pemerintah ke atas rakyat adalah mesti berkait (terikat) dengan maslahah.” (Lihat al-Asybah wa al-Nazhair, Ibn Nujaim, 1/104)

Imam al-Ghazali Rahimahullah mengatakan bahawa maslahah adalah perkara yang mendatangkan manfaat dan menghalang kemudharatan. (Lihat Al-Mustashfa, al-Ghazali, 2/139)

Berdasarkan kepada pengertian ini, setiap perkara yang mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia serta dalam masa yang sama mampu menghalang keburukan dan kemudaratan daripada menimpa ke atas diri manusia adalah dianggap sebagai maslahah. Kaedah menangkap haiwan ternakan yang berkeliaran atau mendenda pemilik ternakan tersebut adalah satu tindakan pemerintah untuk kesejahteraan masyarakat secara umumnya. Ia adalah bertepatan dengan kaedah yang disebutkan seperti di atas.

Dalam satu hadith marfu’ yang diriwayatkan oleh al-Sya’bi, beliau berkata bahawa Nabi SAW telah bersabda:

مَنْ وَجَدَ دَابَّةً قَدْ عَجَزَ عَنْهَا أَهْلُهَا أَنْ يَعْلِفُوهَا فَسَيَّبُوهَا فَأَخَذَهَا فَأَحْيَاهَا فَهِيَ لَهُ
“Sesiapa yang menjumpai seekor haiwan yang mana pemiliknya tidak mampu menjaganya dan membiarkan ia maka boleh untuk dia mengambilnya dan menjaganya maka haiwan tersebut akan menjadi miliknya.” [Riwayat Abu Dawud (3524), Syeikh Syuaib al-Arnaout menghukumkan sanad hadith ini adalah hasan]

Berdasarkan kepada hadith di atas, difahami bahawa sekiranya lembu yang dijumpai berkeliaran tersebut tidak mempunyai pemilik, atau pemiliknya membuang lembu tersebut kerana tidak mampu menguruskannya, dalam erti kata yang lain menyediakan makanan dan minuman untuk ternakannya, maka boleh bagi seseorang yang menjumpai lembu tersebut untuk mengambilnya, memilikinya serta mengambil manfaat daripadanya.

Syor dan Cadangan

Masalah berkaitan haiwan ternakan yang berkeliaran dan tidak ditambat oleh pemiliknya adalah satu masalah yang berpanjangan dan tidak berkesudahan sejak dahulu lagi. Melihat kepada permasalahan ini, kami terpanggil untuk menyatakan beberapa solusi yang mungkin boleh diaplikasikan. Justeru itu, disini kami nyatakan:

PBT dengan kerjasama kerajaan negeri boleh menyediakan sebuah ladang rumput bagi ternakan yang berkeliaran. Dengan adanya ladang tersebut, pihak kerajaan negeri boleh membuka dan menyediakan banyak peluang pekerjaan terhadap golongan yang mengangur dalam menyelia dan menjaga ladang tersebut. Pihak kerajaan negeri juga boleh mengamalkan sistem pawah terhadap ternakan yang dilepaskan di ladang tersebut.PBT boleh menangkap seterusnya berunding dengan pemilik haiwan untuk menyegerakan proses sembelihan terhadap binatang tersebut sekiranya pemilik tidak lagi mahu menjaga ternakan tersebut. Dalam keadaan ini juga akan membuka peluang pekerjaan dalam bidang sembelihan dan membanyakkan lagi penjualan daging segar halal di pasaran.PBT boleh menangkap dan mengenakan kompoun terhadap pemilik ternakan yang berkeliaran. Notis atau pemberitahuan awal sebaiknya dikeluarkan terlebih dahulu sebelum tangkapan terhadap haiwan-haiwan tersebut dilakukan. Ini bagi mengelakkan berlakunya perselisihan faham antara pemilik haiwan dan penguasa.
Kesimpulan

Kami nyatakan bahawa keberadaan haiwan ternakan di atas jalan raya boleh mengundang malapetaka yang tidak diingini kepada setiap pengguna jalan raya. PBT adalah badan bertanggungjawab dalam menangani permasalahan haiwan ternakan yang berkeliaran di atas jalan raya. Justeru, atas dasar maslahah, PBT boleh mengambil tindakan seperti merampas dan mengenakan denda atau saman terhadap pemilik ternakan tersebut. Hal ini adalah dibolehkan di atas dasar menjaga maslahah kepada rakyat secara umumnya seperti mencegah daripada berlakunya kehilangan nyawa, akal dan harta.

Semoga huraian dan penjelasan yang diberikan di atas mampu memupuk semangat bertanggungjawab dalam diri kita semua dalam mematuhi segala undang-undang yang dikemukakan oleh pihak berkuasa. Amin.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-tangkap-haiwan-ternakan-yang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hukum Beri Khidmat Pendawaian Perpaipan Dan Kawalan Haiwan Perosak Di Rumah Ibadat Bukan Islam

Hukum Beri Khidmat Pendawaian Perpaipan Dan Kawalan Haiwan Perosak Di Rumah Ibadat Bukan Islam

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 261 hits
SOALAN Saya bekerja di syarikat pest control Syarikat saya berjaya dapatkan tender untuk buat kerja kerja pembasmian makhluk perosak di gereja dan pekerja saya semua Muslim Bagaimana pula dengan penyediaan perkhidmatan lain seperti pendawai...
Hukum Menggunakan Lafaz Istirja Kepada Orang Kafir Dan Haiwan

Hukum Menggunakan Lafaz Istirja Kepada Orang Kafir Dan Haiwan

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 338 hits
SOALAN Adakah boleh digunakan lafaz istirja pada makhluk lain selain orang Islam contohnya orang kafir dan juga haiwan haiwan Mohon pencerahan JAWAPAN Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah SWT Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu d...
Ketua Kpu Sambangi Kpk Cek Komisioner Terkena Operasi Tangkap Tangan

Ketua Kpu Sambangi Kpk Cek Komisioner Terkena Operasi Tangkap Tangan

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 239 hits
Arief mengatakan kedatangannya guna menanyakan kabar penangkapan salah satu komisioner KPU ke pimpinan KPK Arief mengaku belum mengetahui komisioner KPU ditangkap lembaga antirasuah
Jasad Pria Terborgol Ditemukan Di Perairan Kukar Diduga Korban Salah Tangkap

Jasad Pria Terborgol Ditemukan Di Perairan Kukar Diduga Korban Salah Tangkap

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 273 hits
Hari ini jasad itu diautopsi Identitasnya pun terungkap Diduga jasad pria itu adalah tahanan polisi yang kabur karena salah tangkap
Alasan Bakamla Tak Mau Asal Tangkap Kapal China Di Perairan Natuna

Alasan Bakamla Tak Mau Asal Tangkap Kapal China Di Perairan Natuna

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 258 hits
Badan Keamanan Laut RI menegaskan tidak akan ada negosiasi dengan China terkait masuknya kapal mereka ke perairan Natuna Kepulauan Riau Akan tetapi Bakamla tak ingin pula membuat China malu karena dipukul mundur
Kpk Tangkap Kepala Daerah Di Sidoarjo

Kpk Tangkap Kepala Daerah Di Sidoarjo

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 118 hits
Ali belum merinci terkait OTT tersebut Detailnya rencananya akan disampaikan pada konferensi pers Rabu 8 Januari 2020 Terkait pengadaan barang dan jasa kata Ali
Tangkap Pengedar Uang Palsu Polisi Sita Dolar Amerika Senilai Rp1 4 Miliar

Tangkap Pengedar Uang Palsu Polisi Sita Dolar Amerika Senilai Rp1 4 Miliar

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 185 hits
Penangkapan pengedar upal ini berawal dari informasi adanya transaksi jual beli di sebuah hotel di Surabaya
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp