Hukum Menggantung Ayat Suci Al Quran Di Rumah



SOALAN:
Apakah hukum menggantung ayat suci al-Quran atau kalimah Allah atau Muhammad di dalam rumah? Bagaimana pula jika kalimah tersebut digantung di bahagian dinding belakang tv kemudian kaki kita dihalakan ke arahnya ketika berbaring? Adakah ia dikira sebagai tidak beradab dengan kalimah-kalimah suci berikut? Mohon penjelasan.

JAWAPAN:
Kami mulakan kalam ini dengan firman Allah SWT:

﴾كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ﴿
“(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” [Surah Sod (29)]

Dalam ayat ini, Allah menyatakan bahawa al-Quran diturunkan sebagai petunjuk dan juga peringatan kepada umat manusia seluruhnya. Imam al-Baidhowi mengatakan ayat ini bermaksud al-Quran diturunkan untuk tadabbur dan juga tazakkur (peringatan). [Lihat: Tafsir al-Baidhowi; 5/28]

Al-Quran adalah kalam Allah SWT yang mulia, merupakan petunjuk buat kita manusia, maka ia perlulah dijaga dan dipelihara dengan sebaiknya.

Berbalik kepada persoalan yang diajukan berkenaan hukum menggantung ayat-ayat suci al-Quran ini ada dibahaskan para ulama’ berkenaannya. Pada dasarnya, para ulama’ bersepakat meletakkan hukum haram pada perbuatan menggantung ayat-ayat suci al-Quran atau kalimah seperti Muhammad SAW dan Allah SWT di dalam rumah ataupun di kedai-kedai dan selainnya dengan tujuan menolak bala atau melariskan perniagaan atau dengan kepercayaan ia berfungsi sebagai tangkal atau penarik orang ramai dan sebagainya. Ini bersandarkan kepada sabda Nabi Muhammad SAW:

مَنْ تَعَلَّقَ شَيْئًا وُكِلَ إِلَيْهِ
“Sesiapa yang menggantung sesuatu nescaya dia akan diserahkan kepadanya (benda yang digantung).” [Riwayat Al-Tirmidzi (2072)]

Ibn Al-Athir sepertimana dinukilkan oleh Syeikh Mulla Ali Al-Qari, berkata: “Sesiapa yang menggantungkan sesuatu ke atas dirinya daripada pelindung-pelindung, tangkal, dan yang seumpama dengan keduanya dengan beriktikad bahawa kesemua itu mendatangkan manfaat atau menghalang kemudaratan nescaya dia akan diserahkan kepadanya. Iaitu dia akan dibiarkan bersama benda yang dijadikan pelindung itu dan akan ditinggalkan bersamanya.” [Lihat: Mirqat al-Mafatih; 7/2882]

Adapun menggantungkan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah dan Muhammad sebagai perhiasan dan peringatan, ulama’ berbeza pendapat mengenainya. Perbezaan ini boleh dilihat melalui dua pendapat iaitu sebahagian ulama’ meletakkannya sebagai makruh dan sebahagian lagi mengatakannya harus.

Pendapat pertama: Makruh

Pada asalnya, perhiasan adalah diharuskan sekiranya tiada dalil yang mengharamkannya seperti berlebihan dan melampaui batas dan mendatangkan fitnah. Al-Razi menyebut di dalam kitabnya: “Sesungguhnya setiap perhiasan itu diharuskan melainkan apabila didatangkan dengan dalil (melarangnya).” [Lihat: Fath al-Bayan fi Maqasid al-Quran: 3/311]

Majoriti ulama’ meletakkan hukum makruh menggantungkan kalimah-kalimah suci pada dinding, tiang dan sebagainya walaupun dengan tujuan peringatan dan juga sebagai perhiasan.

Menurut mazhab Syafi’i, Imam al-Nawawi berkata dalam kitabnya bahawa makruh hukumnya jika menulis ayat al-Quran pada dinding. [Lihat: al-Tibyan fi Adab Hamlatil Quran; m/s 190]
Walaupun pada dinding masjid dan sebagainya. [Lihat juga: Rawdatu al-Tholibin; 1/80]
Perkara ini juga ada dinukilkan oleh Imam al-Syarbini dalam kitabnya. [Lihat: al-Iqna’ fi Halli Alfazh Abi Syuja’; m/s 104]

Syeikh al-‘Uthaimin mengatakan perbuatan ini adalah suatu perkara yang baharu yang tiada dalam amalan ulama’-ulama’ terdahulu. Jika perbuatan ini merupakan amalan yang baik dan disukai, maka semestinya Allah SWT akan mensyariatkan perbuatan ini melalui lisan Rasulullah SAW. Kemudian, beliau menanyakan atas dasar dan sebab apa perbuatan ini dilakukan? Jika kerana rasa hormat, maka terlebih dahulu para sahabat akan melakukannya. Dan jika ia digantung sebagai peringatan, maka beliau berkata bahawa pada zaman kini, orang yang melihatnya sebagai peringatan teramatlah sedikit berbanding mereka yang melihatnya dari segi tulisan, kecantikan dan sebagainya bukannya isi kandungan yang tidak langsung menyentuh hati dan jiwa mereka untuk dijadikan iktibar mahupun peringatan. [Lihat: Fatawa Nur ‘ala Darb; 4/2]

Syeikh Nasir bin ‘Abd al-Rahman al-Judai’ pula berkata:

لقد نص جماعة من علماء السلف عند كلامهم على الآداب الخاصة بالقرآن الكريم على كراهة كتابة القرآن الكريم على الجدران، في المسجد وغيرها، أو على الثياب ونحوها، على سبيل الاطلاق، ولم يستثنوا ما كان من ذلك لتبرك.
“Sebahagian ulama' salaf (terdahulu), ketika memperkatakan berkenaan adab-adab yang khusus terhadap al-Quran al-Karim, mereka menetapkan secara mutlak dibencinya menulis al-Quran di dinding-dinding, di dalam masjid, dan selainnya, atau pada pakaian dan seumpamanya. Dan tidak terkecuali juga (menulis ayat al-Quran pada dinding) jika bertujuan untuk mencari keberkatan.” [Lihat: al-Tabarruk ‘anwa’uhu wa ahkamuhu; m/s 239]

Pendapat kedua: Harus

Sebahagian ulama’ yang lain mengatakan bahawa hukum menggantung ayat-ayat suci al-Quran di dalam rumah adalah harus jika untuk tujuan perhiasan dan juga sebagai peringatan.

Menurut Lajnah al-Ifta’ Jordan berkenaan hukum menggantung ayat-ayat al-Quran dan kalimah suci seperti Muhammad SAW dan Allah SWT pada dinding, tiang dan sebagainya, mereka mengatakan:

تجوز كتابة الآيات القرآنية على الجدران أو نقشها عليها أو تعليقها على شكل مناظر، ولكن الواجب أن تُعظَّم وتُحترم، وتُصان عن العبث أو الامتهان
“Dibolehkan menulis ayat al-Quran pada dinding atau diukir padanya ataupun digantung untuk dilihat. Namun ia mesti dimuliakan dan juga dihormati serta dipelihara dari sebarang penyalahgunaan dan penghinaan.”

Perkara ini juga berdasarkan kepada firman Allah SWT:

﴾ذَلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ
“Demikianlah (ajaran Allah); dan sesiapa yang menghormati syiar-syiar agama Allah maka (dia lah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang Mukmin.” [Surah al-Hajj (32)]

Dar al-Ifta’ al-Misriyyah juga berpendapat bahawa perbuatan menggantung kalimah tersebut adalah harus namun dengan syarat seperti berikut:

وكذلك الحال في كتابة الآيات القرآنية على الجدران في غير المساجد يجب أن تكون بطريقة مُتْقَنة مُحكَمة تراعي قدسية الآيات واحترامها.
“Begitu juga dalam hal penulisan ayat-ayat al-Quran pada selain dinding masjid mestilah dengan cara yang kemas dan baik meraikan kesucian ayat dan juga menghormatinya.”

Syeikh Ibn Baz juga berkata tiada larangan pada perbuatan menggantungkan ayat al-Quran dan juga hadith-hadith Nabi Muhammad SAW pada dinding dengan tujuan memberi peringatan atau mengambil iktibar dan faedah daripadanya dan bukan bertujuan sebagai pelindung. Namun, gantungan ini mestilah di tempat yang bersih dan baik bukannya di tempat yang kotor dan bukannya kalimah tersebut untuk tujuan penghinaan.

Menghormati ayat-ayat suci al-Quran

Kemudian, berkenaan dengan persoalan melunjurkan kaki ke arah ayat al-Quran yang digantung tanpa sengaja ataupun tanpa niat menghina, maka kami mengatakan ia adalah dimaafkan. Namun sebaliknya, jika si pelaku berniat memberi penghinaan ke atas ayat-ayat suci al-Quran tersebut, maka hukumnya adalah haram sama sekali.

Imam al-Nawawi ada menyebut:

أَجْمَعَ المُسْلِمُونَ عَلَى وُجُوبِ صِيَانَةِ المصحف وَاحْتِرَامِهِ
“Seluruh orang Islam telah bersepakat ke atas kewajipan memelihara mushaf (al-Quran) dan menghormatinya.” [Lihat: al-Tibyan fi Adab Hamlatil Quran; m/s 164, 190]

Penghinaan terhadap al-Quran jelas merupakan dosa besar. Firman Allah SWT:

﴿وَلَئِنْ سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ إِنْ نَعْفُ عَنْ طَائِفَةٍ مِنْكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ﴾
“Dan jika engkau bertanya kepada mereka (tentang ejek-ejekan itu) tentulah mereka akan menjawab: “Sesungguhnya kami hanyalah berbual dan bermain-main.” Katakanlah: “Patutkah nama Allah dan ayat-ayat-Nya (al-Quran) serta Rasul-Nya kamu memperolok-olok dan mengejeknya?” Janganlah kamu berdalih (dengan alasan-alasan yang dusta), kerana sesungguhnya kamu telah kufur sesudah kamu beriman. Jika Kami maafkan sepuak dari kamu (kerana mereka bertaubat), maka Kami akan menyeksa puak yang lain, kerana mereka adalah orang-orang yang terus bersalah.” [Surah al-Taubah (65-66)]

Syeikh al Qadhi bin ‘Iyadh menegaskan (dalam hal berkait dengan ayat ini): “Ketahuilah, siapa saja yang meremehkan al-Quran, mushafnya atau sebagian dari al-Quran, atau mencaci-maki al-Quran dan mushafnya, maka ia kafir (murtad) berdasarkan kata sepakat para ulama’.”

Kesimpulan

Tuntasnya, kami cenderung kepada pendapat yang mengatakan harus menggantungkan ayat-ayat suci al-Quran dan juga kalimah-kalimah seperti Allah SWT dan Muhammad SAW pada dinding, tiang, di dalam rumah dan sebagainya berdasarkan dawabith (syarat) yang berikut:

Mestilah digantung di tempat-tempat dan juga kawasan yang baik, bersih dan terhindar dari kotoran najis serta digantung dengan baik (tidak mudah jatuh) bagi mengelakkan jatuhnya pada kaki manusia.Ia juga mestilah digantung bukan bagi tujuan penghinaan atau mencari keberkatan namun sebagai peringatan.Jangan berlebih-lebihan dalam perbuatan ini sehingga boleh menyebabkan berlakunya pembaziran.
Justeru, menjawab kepada persoalan yang diajukan, jika dengan menggantung kalimah suci al-Quran dan seumpamanya atas televisyen itu menyebabkan berlakunya penghinaan ataupun ia bercanggah dengan tujuan penggantungannya, iaitu mengingatkan diri kepada Allah SWT di samping bagi menghiasi dinding dengan seni tulisan khat, maka ia seharusnya dielakkan dan sebaiknya digantung kalimah tersebut berdasarkan dawabith yang telah kami senaraikan di atas.

Akhir kalam, semoga Allah memberkati kehidupan kita semua, memberikan kita kekuatan dan keikhlasan dalam beribadah kepada-Nya, moga Allah menetapkan hati kita, menguatkan keimanan, memberikan petunjuk dan kefahaman.

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Youtube
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2020/01/hukum-menggantung-ayat-suci-al-quran-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Suka Sangat Memberontak Usaplah Kepalanya Baca Ayat Dari Al Quran

Anak Suka Sangat Memberontak Usaplah Kepalanya Baca Ayat Dari Al Quran

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 385 hits
Macam mana nak atasi anak yang berumur 3 tahun ni Dia suka memberontak mengamuk baling barang jika tak dapat apa yang dia mahu Sebagai ibu bapa tentu sekali kita akan jadi stress dengan perangai dia yang makin hari makin teruk takde perubah...
Hukum Beri Khidmat Pendawaian Perpaipan Dan Kawalan Haiwan Perosak Di Rumah Ibadat Bukan Islam

Hukum Beri Khidmat Pendawaian Perpaipan Dan Kawalan Haiwan Perosak Di Rumah Ibadat Bukan Islam

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 264 hits
SOALAN Saya bekerja di syarikat pest control Syarikat saya berjaya dapatkan tender untuk buat kerja kerja pembasmian makhluk perosak di gereja dan pekerja saya semua Muslim Bagaimana pula dengan penyediaan perkhidmatan lain seperti pendawai...
Kelebihan Surah Yasin Dan Fadhilat Membaca Ayat Suci Ini Setiap Pagi

Kelebihan Surah Yasin Dan Fadhilat Membaca Ayat Suci Ini Setiap Pagi

papar berkaitan - pada 10/1/2020 - jumlah : 906 hits
Surah Yasin adalah surah yang ke 36 dalam Al Quran Surah ini terdiri daripada 83 ayat termasuk surah surah Makkiyyah yang diturunkan selepas surah Aj jin Dinamakan Yassin kerana ianya dimulai dengan huruf Ya sin Sepertimana huruf huruf abja...
Hukum Membaca Al Quran Untuk Mengharap Habuan Dunia

Hukum Membaca Al Quran Untuk Mengharap Habuan Dunia

papar berkaitan - pada 15/1/2020 - jumlah : 274 hits
SOALAN Boleh ke membaca al Quran semata mata mengharapkan habuan dunia Sebagai contoh membaca al Waqiah sebab nak kaya Mohon penjelasan terima kasih JAWAPAN Membaca al Quran pada asalnya bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT Sel...
Tak Sempat Ke Hospital Remaja Jadi Bidan Bantu Ibu Lahirkan Adik Lelaki Di Rumah

Tak Sempat Ke Hospital Remaja Jadi Bidan Bantu Ibu Lahirkan Adik Lelaki Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 236 hits
Ibu hamil biasanya sudah tahu bila Tarikh untuk mereka dijangkakan bersalin kerana selalunya doktor akan memberi Tarikh jangkaan semasa pertama kali membuat pemeriksaan pada awal kehamilan Namun ada ketikanya saat cemas itu datang tanpa did...
Sampai Rumah Penat Anak Ajak Main Layan Dulu Bagus Untuk Skil Komunikasinya

Sampai Rumah Penat Anak Ajak Main Layan Dulu Bagus Untuk Skil Komunikasinya

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 308 hits
Bagaimana kita nak bantu anak kita bercakap Kenapa anak orang lain usia 2 tahun dah petah cakap Persoalan ini tak susah jika mak ayah sendiri yang rajin layan anak Sesibuk mana pun dalam sehari waktu kualiti kita luang sekurang kurangnya 30...
Pengakuan Ibu Di Malang Yang Sekap 4 Putrinya Selama 20 Tahun Di Rumah

Pengakuan Ibu Di Malang Yang Sekap 4 Putrinya Selama 20 Tahun Di Rumah

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 268 hits
Artimunah ibu di Malang yang diduga tega melakukan penyekapan terhadap empat putrinya selama 20 tahun mengaku tidak pernah merasa menyekap anak anaknya Menurutnya ia masih sering mengajak mereka untuk keluar rumah meski tidak bersama sama A...
Semak Kelayakan Rumah Pr1ma

Semak Kelayakan Rumah Pr1ma

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 282 hits
Semak Kelayakan Rumah PR1MA Bagi yang belum mengetahui mengenai Perbadanan PR1MA Malaysia ianya ditubuhkan dibawah Akta PR1MA 2012 iaitu bagi merancang membangun membina serta menawarkan perumahan yang berkualiti tinggi dan berkonsepkan gay...
Bikin Sebak Viral Gambar Budak Masih Berbaju Sekolah Gigih Pikul Kayu Api Balik Rumah

Bikin Sebak Viral Gambar Budak Masih Berbaju Sekolah Gigih Pikul Kayu Api Balik Rumah

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 448 hits
Pelbagai telatah dan gelagat anak kecil yang dapat dilihat tersebar luas di media sosial selepas musim cuti persekolahan melabuhkan tirainya Susulan daripada itu seorang pengguna Facebook yang bernama ada berkongsikan beberapa keping gambar...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator