Hukum Berenang Dan Menyelam Ketika Berpuasa



Soalan:
Boleh tolong huraikan berkenaan aktiviti berenang dan menyelam semasa bulan Ramadhan?

Jawapan:
Maklum diketahui bahawa salah satu dari perkara yang membatalkan puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan secara sengaja.

Imam Al-Nawawi menyebut: “Di antara perkara yang membatalkan puasa ialah masuknya sesuatu ke dalam rongga (tengah dan yang terbuka).” (Rujuk Raudhah Al-Talibin Wa ‘Umdah Al-Muftin, 2/356)

يٌفْطِرُ صَائِمُ بِوُصُولِ عَيْنِ مِنْ تِلْكَ إِلَى مَطْلَقِ الْجَوفِ مِن مَنفَذِ مَفْتُوحِ مَعَ العَمْدِ وَالإِخْتِيَارِ وَالعِلمِ بِالتَّحْرِيمِ
“Batal bagi orang yang berpuasa jika memasukkan sesuatu ke dalam rongga (tengah dan yang terbuka) secara sengaja dan ikhtiarnya sendiri. Dan dia mengetahui perbuatan tersebut adalah dilarang ketika berpuasa.” (Rujuk Nihayatuz-Zain, m/s 1/187)

Merujuk kepada persoalan yang diajukan, adakah berenang atau menyelam akan membatalkan puasa? Isu ini banyak dibincangkan oleh masyarakat terutama di laman sosial bahkan ia menjadi perbalahan hukum sama ada ia batal atau tidak. Sebenarnya isu ini telah dibahaskan oleh ulama’-ulama’ terdahulu dalam menentukan hukumnya.

Para fuqaha’ telah berbeza pendapat dalam menentukan hukum dan terdapat beberapa pendapat para Ulama’ berkenaan isu ini.

1. Pendapat Imam al-Ramli dan Imam Bujairimi:

لَوْ عُرِفَ عَادَتِهِ أَنَّهُ يَصِلُ الْمَاءَ مِنْهُ إِلَى جَوْفِهِ أُوْ دِمَاغِهِ بِالانغِمَاسِ وَلَا يُمْكِنُهُ اَلتَّحَرُّزُ عَنْهُ أَنَّهُ يُحْرُمُ الانغِمَاسُ وَيَفْطِرُ قَطْعاً
“Jika diketahui secara kebiasaan air akan sampai ke rongga tengah dan juga rongga terbuka dengan cara menyelam dan tidak boleh dielakkan (mengelak daripada sampainya air), maka haram baginya untuk menyelam dan puasanya terbatal secara pasti.” (Rujuk Kitab Hasyiyah Jamal ala Syarh Manhaj, m/s 1/473 dan Hasyiyah Bujairimi, m/s 2/74)

2. Pendapat Imam al-Azra’i:

قَالَ الْأَذْرَعِيُّ لَوْ عَرَفَ مِنْ عَادَتِهِ أَنَّهُ يَصِلُ الْمَاءُ إلَى جَوْفِهِ مِنْ ذَلِكَ لَوْ انْغَمَسَ وَلَا يُمْكِنُهُ التَّحَرُّزُ عَنْ ذَلِكَ حَرُمَ عَلَيْهِ الِانْغِمَاسُ وَأَفْطَرَ بِذَلِكَ وَهُوَ وَاضِحٌ إنْ أَمْكَنَ غَسْلُهُ بِغَيْرِ هَذِهِ الْكَيْفِيَّةِ
“Jika sudah menjadi hal kebiasaan, ketika seseorang menyelam pasti akan ada air yang sampai ke rongga tengahnya, dan tidak memungkinkan baginya untuk menghindari hal tersebut, maka haram baginya menyelam, dan puasanya boleh terbatal disebabkan menyelam. Dan ini jelas, jika dia hendak mandi dia boleh mandi dengan cara lain.” (Rujuk kitab Hasyiyah Jamal ala Syarh Manhaj, m/s 3/423)

3. Pendapat Imam Hasan al-Basri dan Imam Sya’bi:

وَكَرَهَ الحَسَن وَالشَّعْبِي أَنْ يَنْغَمَس فِي المَاءِ خَوْفًا أَن يَدْخُلُ فِي مسامعه
“Makruh bagi mereka yang menyelam, dikhuatiri air akan memasuki melalui telinga.” (Rujuk Kitab Syarh al-Kabir Musamma bil Syafie ala Matan Maqna’, m/s 766)


4. Namun begitu, perbuatan menyelam pernah dilakukan oleh sahabat Nabi SAW iaitu Anas bin Malik:

وَقَالَ أَنسٌ إِنْ لِي أَبْزَنَ أَتقحم فِيهِ وَأَنَا صَائِمٌ
Anas berkata: “Sesungguhnya padaku terdapat sebuah bekas air yang aku terjun padanya dan pada ketika itu aku berpuasa.”

Kata Imam Ibn Hajar di dalam kitabnya Fathul Bari, m/s 4/197:

الأَبْزَن :حَجَرٌ مَنْقُورٌ شَبَهُ الْحَوْضِ وَكَأَنَّ الْأَبْزَنَ كَانَ مَلْآنَ مَاءً فَكَانَ أَنَسٌ إِذَا وَجَدَ الْحَرَّ دَخَلَ فِيهِ يَتَبَرَّدُ بِذَلِكَ
“Abzan/bekas: batu yang diukir menjadi tempat mandi, dan ia adalah bekas yang dipenuhi dengan air. Maka apabila Anas merasa panas, beliau akan masuk ke dalam tempat mandi itu untuk menyejukkan diri dengannya.”

فَكَأَنَّ اَلأَبْزَنَ يُشْبِهُ مَا يُسَمَّى اَلآنْ بِـ اَلْبَانِيُو
“Abzan pada zaman ini dipanggil dan dinamakan sebagai tub mandi.”

Rata-rata ulama’ tidak membenarkan apabila dalam keadaan berpuasa untuk melakukan akitiviti berenang atau menyelam atas sebab dikhuatiri air akan memasuki rongga tengah dan terbuka. Adapun begitu, Sahabat Nabi SAW, Anas bin Malik pernah berendam di dalam bekas mandian / tub mandi seperti yang dinyatakan diatas.

Kesimpulan

Bagi isu ini, kami membahagikan pandangan kami kepada tiga perkara. Pertama, seseorang yang berpuasa adalah haram melakukan aktiviti berenang atau menyelam sekiranya dilihat dari segi kebiasaan, perbuatan tersebut boleh menyebabkan air memasuki rongga tengah mahupun rongga-rongga yang terbuka.

Kedua, jika seseorang melakukan aktiviti berenang atau menyelam dan pada kebiasaannya perbuatan tersebut tidak menyebabkan air memasuki rongga tengah mahupun rongga-rongga yang terbuka, maka ia adalah makruh kerana dikhuatiri air akan memasuki rongga.

Ketiga, jika seseorang melakukan aktiviti berenang atau menyelam tetapi ia dilakukan atas alasan darurat sebagai contoh ia merupakan mata pencariannya sebagai nelayan atau juru kimpal pelantar minyak atau penyelam skuba dan sebagainya. Maka di atas perkara darurat ini hukumnya adalah harus tetapi dengan syarat orang itu perlu menjaga dengan sebaik-baiknya, supaya air tidak memasuki rongga tengah dan rongga-rongga yang terbuka.

Hal ini juga selari dengan kaedah fiqh:

إِذَا ضَاقَ اَلأَمْرُ اِتَّسَعَ
“Apabila suatu perkara menjadi sempit maka hukumnya meluas.”

Kaedah ini menunjukkan kesesuaian hukum Islam yang boleh diterapkan secara tepat pada setiap keadaan atau diperbolehkan melakukan keringanan dan kemudahan di dalamnya hingga hilangnya sesuatu yang menyulitkan itu. Wallahua’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/hukum-berenang-dan-menyelam-ketika.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ragu Tentang Hukum Hakam Ketika Berpuasa Meh Baca Perkongsian Ni

Ragu Tentang Hukum Hakam Ketika Berpuasa Meh Baca Perkongsian Ni

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 839 hits
Insyaallah sekiranya diberi berkesempatan bertemu Ramadhan berpuasalah kita ya Puasa isyaallah semua tahu selepas niat tahanlah diri kita dari perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari Dengan berpuasa Allah...
Hukum Pakai Lipstick Di Ketika Berpuasa

Hukum Pakai Lipstick Di Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 444 hits
Hukum Pakai Lipstick di Ketika Berpuasa Adakah batal puasa saya apabila saya mengenakan lipstick pada siang hari Ramadhan Jawapan Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW ahli kelua...
Hukum Suntik Insulin Bagi Pesakit Diabetes Kronik Ketika Berpuasa

Hukum Suntik Insulin Bagi Pesakit Diabetes Kronik Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 453 hits
Hukum Suntik Insulin Bagi Pesakit Diabetes Kronik Ketika Berpuasa Assalamualaikum ustaz Apakah hukum suntik insulin bagi pesakit diabetes kronik pada siang hari di bulan Ramadhan Jawapan Alhamdulillah pujian dan syukur kepada Ilahi dengan p...
Hukum Menderma Darah Berbekam Ketika Berpuasa

Hukum Menderma Darah Berbekam Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 511 hits
Soalan Apakah hukum puasa seseorang yang ingin menderma darah ataupun mengambil ujian darah Jawapan Isu mengenai menderma darah serta mengambil ujian darah tidak dibincangkan secara khusus di dalam kitab kitab fiqh klasik Ianya mula dibinca...
Kenapa Sahur Penting Ketika Berpuasa

Kenapa Sahur Penting Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 422 hits
Oleh Muhammad Firdaus Rahim Artikel ini merupakan perkongsian dari portal HelloDoktor Tidak dinafikan bahawa bangun sahur bukanlah sesuatu yang mudah bagi semua orang Bagi yang sudah biasa bangun awal pagi ia mungkin tidak menjadi masalah y...
Sunnah Nabi Saw Berpuasa Dan Tidak Berpuasa Ketika Musafir

Sunnah Nabi Saw Berpuasa Dan Tidak Berpuasa Ketika Musafir

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 418 hits
Soalan Benarkah sunnah Nabi untuk tidak berpuasa di bulan Ramadhan ketika bermusafir Jawapan Seseorang yang bermusafir di bulan Ramadhan dengan musafir yang jauh kira kira 85 kilometer atau lebih maka harus baginya untuk berbuka puasa dan k...
Hukum Melihat Mushaf Al Quran Ketika Solat

Hukum Melihat Mushaf Al Quran Ketika Solat

papar berkaitan - pada 7/5/2019 - jumlah : 386 hits
Soalan Apakah hukum melihat mushaf al Quran ketika solat fardhu dan solat sunat Jika dibolehkan adakah dibolehkan untuk kedua dua imam dan makmum Jawapan Solat merupakan merupakan salah satu daripada amal ibadat yang paling utama dalam kehi...
Sahur Mi Instan Bisa Buat Badan Jadi Lemas Ketika Berpuasa

Sahur Mi Instan Bisa Buat Badan Jadi Lemas Ketika Berpuasa

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 357 hits
Mi instan itu bahan dasarnya tepung Jadi sangat mudah dicerna membuat kita akan cepat lapar kembali Selain itu juga menggunakan bahan pengawet tidak bagus untuk kesehatan kata ahli gizi Inayah Budiasti
Cabaran Pemain Bola Sepak Yang Berpuasa Ketika Ramadan

Cabaran Pemain Bola Sepak Yang Berpuasa Ketika Ramadan

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 409 hits
Mempersiapkan pemain ketika bulan ramadan adalah satu cabaran kepada para jurulatih Satu kaedah dan panduan ringkas telah dikeluarkan oleh Mereka membandingkan kemampuan pemain yang berpuasa dengan pemain yang tidak berpuasa Para pemain ini...
Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain Majlis Penuh Syahdu Di Rinjani Majestic

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Lazada S Christmas Promotion

How Virtual Tours Shape The Future Of Architecture In The Metaverse

Cucur Cendawan Enoki Rangup Ketagih Resipi Mudah Tapi Padu


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Resepi Puding Roti Karamel Confirm Jadi Untuk Pemula

Ruqyah 3 Surah Perlindungan

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Cepat Habis Jika Begini

Apabila Moraliti Bertemu Undang Undang Perlembagaan Harus Diutamakan