Hukum Bekerja Di Tempat Membakar Mayat



Soalan:
Apakah hukum bekerja di tempat membakar mayat (cremation)?

Jawapan:
Pengurusan jenazah merupakan satu kewajipan yang harus dilaksanakan kepada setiap mayat Muslim tanpa mengira jantina, umur dan pangkat sebagai satu penghormatan kepada mayat tersebut, selain sebagai satu proses pembersihan dan penyucian daripada sebarang kekotoran. (Rujuk Al-Fiqh al-Manhaji ‘ala al-Mazhab as-Syafi’e, 1996, Darul ‘Ulum al-Insaniyyah, 1/252)

Terdapat 4 langkah yang perlu dilaksanakan menurut tertib dalam pengurusan jenazah:

Memandikan jenazahMengkafankan jenazahMensolatkan jenazahMengebumikan jenazah
Kembali kepada persoalan di atas, para ulama' bersepakat bahawa perbuatan membakar mayat merupakan suatu tegahan yang disebutkan dalam hadis Nabi S.A.W. Perkara ini adalah suatu bentuk penyeksaan yang dikenakan ke atas mereka yang telah mati. Diriwayatkan oleh Hamzah al-Aslami RA:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَّرَهُ عَلَى سَرِيَّةٍ قَالَ فَخَرَجْتُ فِيهَا وَقَالَ إِنْ وَجَدْتُمْ فُلَانًا فَأَحْرِقُوهُ بِالنَّارِ فَوَلَّيْتُ فَنَادَانِي فَرَجَعْتُ إِلَيْهِ فَقَالَ إِنْ وَجَدْتُمْ فُلَانًا فَاقْتُلُوهُ وَلَا تُحْرِقُوهُ فَإِنَّهُ لَا يُعَذِّبُ بِالنَّارِ إِلَّا رَبُّ النَّارِ
Rasulullah SAW telah melantiknya untuk mengetuai satu misi ketenteraan (sariyyah). Hamzah al-Aslami berkata: Kemudian aku keluar di antara pasukan tersebut. Baginda bersabda: “Apabila kalian mendapatkan si fulan, maka bakarlah dia dengan api.” Kemudian aku pergi, lalu baginda memanggilku lalu aku kembali kepada baginda. Baginda bersabda: “Apabila kalian mendapatkan si fulan maka bunuhlah dia, dan jangan kalian bakar! Sesungguhnya tidak ada yang boleh menyiksa dengan api kecuali Tuhan Penguasa api.” [Sunan Abu Daud (2299)]

Begitu juga dengan kisah yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud RA:

كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم فِي سَفَرٍ فَانْطَلَقَ لِحَاجَتِهِ فَرَأَيْنَا حُمَّرَةً مَعَهَا فَرْخَانِ فَأَخَذْنَا فَرْخَيْهَا فَجَاءَتِ الْحُمَّرَةُ فَجَعَلَتْ تَفْرُشُ فَجَاءَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم فَقَالَ ‏"‏ مَنْ فَجَعَ هَذِهِ بِوَلَدِهَا رُدُّوا وَلَدَهَا إِلَيْهَا ‏"‏.‏ وَرَأَى قَرْيَةَ نَمْلٍ قَدْ حَرَّقْنَاهَا فَقَالَ ‏"‏ مَنْ حَرَّقَ هَذِهِ ‏"‏‏.‏ قُلْنَا نَحْنُ ‏.‏ قَالَ ‏"‏ إِنَّهُ لاَ يَنْبَغِي أَنْ يُعَذِّبَ بِالنَّارِ إِلاَّ رَبُّ النَّارِ"‏.‏
Ketika mana kami bersama dengan Rasulullah SAW dalam permusafiran, Baginda pergi untuk menunaikan hajat. Maka (ketika itu) kami terlihat seekor hummarah (burung yang berwarna merah) yang bersama dua ekor anaknya. Maka kami pun mengambil salah seekor daripada anaknya. Maka Hummarah itu datang mengibas sayapnya (kerana marah anaknya diambil). Kemudian datanglah Nabi SAW, (melihat keadaan itu) Baginda SAW bersabda: “Siapa yang menganggu anak burung ini? Kembalikan kamu semua anaknya kepadanya.” Kemudian Baginda terlihat sarang semut yang telah kami bakar, Baginda SAW bersabda: “Siapa yang membakar ini?” Kami menjawab: “Kami.” Baginda bersabda: “Tidaklah dibenarkan untuk menyiksakan dengan api melainkan pemilik api neraka.” [Sunan Abu Daud (2675)]


Berdasarkan hadith ini, kita fahami bahawa jika membakar binatang pun ditegah, maka mayat manusia seharusnya lebih besar dan berat lagi larangannya. Hal ini kerana Allah SWT telah memuliakan manusia dengan setinggi-tinggi penghormatan, antara lain melalui firman-Nya:

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَىٰ كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلً
“Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan.” [Surah al-Israa’ (70)]

Kami juga mengqiyaskan perbuatan membakar mayat ini dengan perbuatan mematahkan tulang mayat, yang kedua-duanya ditegah oleh Nabi S.A.W, walaupun jika mendapatinya dalam keadaan reput berdasarkan kepada hadith riwayat Aisyah R.Anha:

حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ سَعْدٍ يَعْنِي ابْنَ سَعِيدٍ عَنْ عَمْرَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَسْرُ عَظْمِ الْمَيِّتِ كَكَسْرِهِ حَيًّا
“Mematahkan tulang orang yang mati sama seperti mematahkannya ketika dia masih hidup.” [Sunan Abi Daud (2792)]

Kesimpulan

Tuntasnya, kami menyimpulkan bahawa hukum bekerja di pusat membakar mayat ialah haram berdasarkan hadith-hadith yang melarang membakar mayat dan melakukan perkara yang menyakiti mayat. Hal ini demikian kerana tiada yang berhak untuk mengazab seseorang dengan api melainkan Allah SWT, dan perbuatan membakar mayat merupakan satu bentuk azab yang amat dahsyat kepada mayat, selain menyanggahi penghormatan dan kemulian seorang anak Adam. Wallahu a’lam.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/05/hukum-bekerja-di-tempat-membakar-mayat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pantai Kelan Bali Tempat Asyik Ngabuburit Sambil Lihat Pesawat Hilir Mudik

Pantai Kelan Bali Tempat Asyik Ngabuburit Sambil Lihat Pesawat Hilir Mudik

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 303 hits
Pantai Kelan Bali Tempat Asyik Ngabuburit Sambil Lihat Pesawat Hilir Mudik Tak sampai di situ di samping kanan dan kiri Pantai Kelan ditumbuhi pepohonan yang rimbun hingga terasa sejuk Kemudian di pantai ini juga bisa duduk santai sambil me...
Tahniah Malaysia Raih Tempat Ketiga Mrs World 2019

Tahniah Malaysia Raih Tempat Ketiga Mrs World 2019

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 1117 hits
Buat pertama kali dalam tempoh 35 tahun wakil Malaysia berjaya muncul sebagai seorang daripada tiga pemenang utama dalam pertandingan ratu cantik Mrs World yang bersaing bersama sama 36 orang peserta dari negara lain Sebagai info Mrs World ...
Taman Rekreasi Gunung Lang Salah Satu Tempat Menarik Di Ipoh Perak

Taman Rekreasi Gunung Lang Salah Satu Tempat Menarik Di Ipoh Perak

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 1183 hits
Taman Rekreasi Gunung Lang Salah Satu Tempat Menarik Di Ipoh Perak Assalamualaikum dan salam sejahtera semua Alhamdulillah hari sudah hari ke 5 kita berpuasa di bulan Ramadan semoga kita terus kuat dalam menjalani ibadah dan memperbanyakkan...
8 Tempat Di Hong Kong Yang Akan Membuat Anda Menghargai Seni

8 Tempat Di Hong Kong Yang Akan Membuat Anda Menghargai Seni

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 691 hits
Hong Kong terkenal dengan banyak perkara pemandangan yang menakjubkan tarikan menarik tempat membeli belah yang menakjubkan makanan Cina halal dan banyak lagi Tetapi adakah anda tahu bahawa Hong Kong juga merupakan tempat tinggal untuk temp...
Tips Dan Tempat Menarik Travel Di Pulau Jeju

Tips Dan Tempat Menarik Travel Di Pulau Jeju

papar berkaitan - pada 15/5/2019 - jumlah : 433 hits
Aku personally lebih suka cerita pasal Busan sebab my parents live there and in fact aku lebih familiar dengan tempat tempat di Busan berbanding Seoul atau Jeju Island Tetapi aku takut orang bosan sebab asyik baca pasal Busan je kat blog ak...
Mandikan Si Pencuri Di Tempat Jenazah Sebagai Pengajaran

Mandikan Si Pencuri Di Tempat Jenazah Sebagai Pengajaran

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 230 hits
Mandikan si pencuri di tempat jenazah sebagai pengajaran Tindakan itu dibuat jawatankuasa surau terbabit sebagai pengajaran buat si pelaku Berita penuh di https bit ly 2VkJg7b curi jenazah pengajaran surau tabung sinarharian
Wisma Darul Iman Kekal Di Tempat Asal Mb Terengganu

Wisma Darul Iman Kekal Di Tempat Asal Mb Terengganu

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 277 hits
KUALA TERENGGANU Kesemua anggota serta pejabat pentadbiran kerajaan negeri termasuk Pejabat Menteri Besar di Wisma Darul Iman tidak akan dipindahkan ke Menara Darul Iman yang terletak bersebelahan drawbridge atau jambatan angkat di pusat ba...
New Year Wish A Pm For All Malaysians

Freeport A Famosa Outlet Melaka

Malaysia Heritage Studio Harga Tiket Acara Pesta Muda Mudi

Selangor Lepaskan Umarbek Kembali Ke Uzbekistan

Penutup Tahun 2024 Chess Checkmate Catur Game

Kes Fishing Resort Pengajaran Kepada Pemilik Homestay

Jadi Mangsa Scammer Itulah Senang Sangat Terpengaruh Abby Abadi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Lirik Lagu Mungkin Ke Dayang Nurfaizah

Jom Asah Minda Dan Cabar Logik Ini 50 Teka Teki Paling Susah

Sadis Sanggup Abang Kandung Bunuh Adik Sendiri Berumur 3 Tahun

Selesai Majlis Tahlil Untuk Arwah Mak Pah

Menginap Satu Malam Di Muar Traders Hotel

Saya Larikan Diri Lee Minho Dedah Pernah Terima Tawaran Jadi Idola Di Sm Entertainment