Hukum Anak Mandikan Jenazah Ibu Bapa



Soalan:
Bolehkah seorang anak lelaki memandikan jenazah ibunya atau anak perempuan memandikan jenazah bapanya?

Jawapan:
Memandikan jenazah seseorang yang beragama Islam dari kalangan lelaki dan perempuan merupakan fardhu kifayah ke atas orang Islam yang lain. Dalil kewajipan memandikan jenazah ini diambil berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

وَاغْسِلُوهُ بِمَاءٍ وَسِدْرٍ
“Dan hendaklah kalian memandikan dia (jenazah) dengan air dan bidara.” [Riwayat Abu Daud (3238)]

Bahkan menjadi ijma’ para ulama bahawa menjadi fardhu kifayah ke atas umat Islam untuk memandikan jenazah saudara seislam mereka yang telah meninggal dunia. Ini seperti yang dikatakan oleh Imam Al-Nawawi Rahimahullah:

وَغُسْلُ الْمَيِّتِ فَرْضُ كِفَايَةٍ بِإِجْمَاعِ الْمُسْلِمِينَ وَمَعْنَى فَرْضِ الْكِفَايَةِ أَنَّهُ إذَا فَعَلَهُ مَنْ فِيهِ كِفَايَةٌ سَقَطَ الْحَرَجُ عَنْ الْبَاقِينَ وَإِنْ تَرَكُوهُ كُلُّهُمْ أَثِمُوا كُلُّهُمْ
“Dan memandikan mayat itu merupakan fardhu kifayah berdasarkan ijma’ seluruh umat Islam. Makna fardhu kifayah itu adalah apabila ia telah dilakukan oleh mereka yang ada kifayah padanya maka gugurlah dosa ke atas orang yang lain. Dan sekiranya kesemua mereka meninggalkan perbuatan tersebut maka berdosalah kesemuanya.” [Rujuk Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (5/128)]

Secara asasnya, apabila seseorang lelaki itu meninggal dunia maka dia akan dimandikan oleh ahli keluarga terdekat dari kalangan lelaki juga mengikut keutamaannya. Ini seperti yang dinyatakan oleh Imam Al-Nawawi:

فان كان الميت رجلا لا زوجة له فأولى الناس بغسله الْأَبُ ثُمَّ الْجَدُّ ثُمَّ الِابْنُ ثُمَّ ابْنُ الِابْنِ ثُمَّ الْأَخُ ثُمَّ ابْنُ الْأَخِ ثُمَّ العم ثم ابن العم لانهم احق بالصلاة عليه فكانوا احق بغسله
“Sekiranya yang meninggal dunia itu adalah seorang lelaki yang tidak mempunyai isteri maka orang yang paling utama memandikan jenazahnya adalah bapanya, kemudian datuknya, kemudian anak lelakinya, kemudian cucu lelakinya, kemudian saudara lelakinya, kemudian anak saudaranya yang lelaki, kemudian bapa saudara, kemudian sepupu lelaki. Ini kerana mereka merupakan golongan yang paling berhak untuk menunaikan solat jenazah ke atasnya maka demikian mereka juga paling berhak untuk memandikan jenazahnya.” [Rujuk Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Al-Nawawi (5/129)]

Meskipun begitu ada juga pandangan yang menyebut bahawa seseorang lelaki itu boleh dimandikan oleh isterinya sekiranya dia meninggal dunia. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.Anha beliau menyatakan:

أَنَّ ابا بكر رضي الله عنه أوصى أسماء بنت عميس لتغسله
“Sesungguhnya Abu Bakar mewasiatkan kepada (isterinya) Asma’ binti ‘Umais untuk memandikan (jenazahnya).” [Rujuk Al-Muwatha’, Malik bin Anas (1/223)]

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, kami menyatakan bahawa prinsip asal dalam pemandian jenazah ini adalah jenazah lelaki dimandikan oleh orang lelaki dan jenazah perempuan dimandikan oleh orang perempuan. Sekiranya si mati adalah lelaki maka yang lebih utama untuk memandikannya adalah mereka yang paling utama menunaikan solat ke atas jenazahnya dan juga isterinya. Namun jika dia tidak mempunyai isteri maka individu yang utama memandikan jenazahnya adalah sebagaimana turutan yang telah disebutkan oleh Imam Al-Nawawi di atas.

Manakala dalam satu pandangan yang lain di sisi Al-Syafi’eyyah menyebut bahawa dalam proses pemandian jenazah orang lelaki, didahulukan golongan lelaki dari kalangan kaum kerabat, kemudian isteri, kemudian orang lelaki ajanib (bukan kerabat), dan kemudiannya wanita-wanita mahram.

Berkaitan dengan jenazah orang perempuan pula kami nukilkan kenyataan dari Imam al-Shirazi Rahimahullah yang menyebut:

فان ماتت امرأة ولم يكن لها زوج غسلها النساء وأولاهن ذات رحم محرم ثم ذات رحم غير محرم ثم الاجنبية فان لم يكن نساء غسلها الاقرب فالاقرب من الرجال
“Sekiranya seorang perempuan itu meninggal dunia dan dia tidak mempunyai suami maka yang memandikan jenazahnya adalah orang-orang perempuan. Yang paling utamanya adalah golongan wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan dari kalangan mahram kemudian yang wanita yang mempunyai hubungan kekeluargaan selain dari kalangan mahram, kemudian wanita ajnabiyyah (bukan keluarga). Sekiranya tidak ada golongan perempuan, maka jenazah wanita itu dimandikan oleh kaum kerabat yang paling hampir dari kalangan orang lelaki.” [Rujuk Al-Muhazzab Fi Al-Fiqh al-Syafi’e, Al-Shirazi (1/238)]

Imam Al-Nawawi dalam syarahan beliau ke atas kenyataan Al-Shirazi di atas memperincikan lagi perbahasan tersebut dengan katanya:

إذَا مَاتَتْ امْرَأَةٌ لَيْسَ لَهَا زَوْجٌ غَسَّلَهَا النِّسَاءُ ذَوَاتُ الْأَرْحَامِ الْمَحَارِمِ كَالْأُمِّ وَالْبِنْتِ وَبِنْتِ الِابْنِ وَبِنْتِ الْبِنْتِ وَالْأُخْتِ وَالْعَمَّةِ وَالْخَالَةِ
“Apabila seorang perempuan itu meninggal dunia dan dia tidak mempunyai suami maka dia dimandikan oleh golongan perempuan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dari kalangan mahram seperti ibu, anak perempuan, cucu perempuan daripada anak lelaki dan anak perempuan, saudara perempuan, ibu saudara dari sebelah bapa serta ibu saudara dari sebelah ibu.”

Maka inilah susunan keutamaan bagi menerangkan individu-individu yang utama dalam proses memandikan jenazah perempuan. Manakala sekiranya si mati mempunyai suami, terdapat pandangan yang menyatakan bahawa didahulukan suami ke atas wanita-wanita lain dalam proses pemandian jenazah tersebut. Namun pendapat yang sahih dalam kalangan ashab al-Syafi’eyyah adalah didahulukan orang-orang perempuan dalam urusan pemandian jenazah perempuan berbanding suaminya.

Kesimpulan

Sebagai penutup, kami menyatakan bahawa sekiranya anak lelaki memandikan jenazah bapanya maka ini adalah dibolehkan. Demikian juga dibolehkan untuk anak perempuan memandikan jenazah ibunya.

Adapun anak lelaki memandikan jenazah ibunya dan anak perempuan memandikan jenazah bapanya, hal ini hanyalah dibolehkan apabila tidak terdapatnya turutan-turutan awal golongan yang diberi keutamaan dari kalangan orang-orang lelaki dan juga perempuan. Dalam situasi ini, tatacaranya adalah dengan memandikan jenazah dari sebalik pakaian yang menutup jenazah dan mengelap badan jenazah dengan menggunakan perca kain dan bukannya dengan tangan sendiri.

Sekiranya golongan-golongan yang utama memandikan jenazah itu ada, maka tidak boleh untuk anak perempuan memandikan jenazah bapa dan tidak boleh anak lelaki memandikan jenazah ibunya.

Kami nyatakan, menjadi suatu tuntutan kepada anak-anak untuk berterusan dalam melancarkan proses pengurusan jenazah ibubapa mereka, di samping memperbanyakkan doa kepada Allah S.W.T agar diberikan keampunan dan rahmat kepada jenazah mereka.

Akhir kalam, kami berdoa kepada Allah S.W.T agar memberikan kefahaman yang tepat kepada kita semua dalam beragama. Ameen.

+ Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri | Mufti Wilayah Persekutuan
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media

Oh! Makan
Sumber: Oh! Media

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.terengganu11.com/2019/06/hukum-anak-mandikan-jenazah-ibu-bapa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tergamak Dia Cuba Bunuh Kami Anak Cuba Racun Ibu Bapa Tirinya Selepas Dihalang Bermain Games

Tergamak Dia Cuba Bunuh Kami Anak Cuba Racun Ibu Bapa Tirinya Selepas Dihalang Bermain Games

papar berkaitan - pada 18/6/2019 - jumlah : 475 hits
The ReporterSeorang lelaki berusia 29 tahun di Si Sa Ket Thailand berang apabila dipaksa berhenti bermain permainan video di rumahnya cuba meracuni seluruh keluarganya dengan mencampurkan bekalan air mereka dengan racun serangga Perkara itu...
Kanak Kanak Ditendang Ketika Bermain Ibu Bapa Kena Sentiasa Awasi Anak Anak

Kanak Kanak Ditendang Ketika Bermain Ibu Bapa Kena Sentiasa Awasi Anak Anak

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 393 hits
Tular video seorang kanak kanak di tendang oleh kanak kanak lain sehingga jatuh dari papan gelongsor ketika bermain di indoor playground Restoran KFC di negara China Baca Rakaman CCTV tersebut mengundang kemarahan ramai kerana ibu bapa kana...
Banyak Benda Yang Ibu Bapa Perlu Korbankan Untuk Anak Mawar Karim

Banyak Benda Yang Ibu Bapa Perlu Korbankan Untuk Anak Mawar Karim

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 463 hits
Pergolakkan rumah tangga Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim dilihat belum ada sebarang kata putus Sebelum ini Mawar didakwa telah pun bertemu dengan peguam bagi membantu menyelesaikan masalah yang kian meruncing dalam perkahwinan mereka Ma...
Ini Cara Betul Bancuh Susu Formula Untuk Anak Untuk Elak Nutrisi Terjejas Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

Ini Cara Betul Bancuh Susu Formula Untuk Anak Untuk Elak Nutrisi Terjejas Yang Ibu Bapa Wajib Tahu

papar berkaitan - pada 20/6/2019 - jumlah : 490 hits
Proses penyediaan susu formula bayi perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan sebarang jangkitan atau kontaminasi kimia ke dalam bancuhan tersebut Pencemaran yang berlaku akan mengganggu kesihatan bayi khususnya boleh menyebabkan cirit...
Anak Ibarat Kain Putih Ibu Bapa Yang Mencorakkan Nya Baik Dan Buruk

Anak Ibarat Kain Putih Ibu Bapa Yang Mencorakkan Nya Baik Dan Buruk

papar berkaitan - pada 21/6/2019 - jumlah : 1739 hits
Assalamualaikum dan selamat pagi semua Bertemu pada hari yang mulia hari Jumaat penghulu segala hari Mari bersama sama kita tingkatkan ketaqwaan kepada Allah dan jangan lupa berselawat kepada Baginda Rasullullah Semoga kita menjadi umat yan...
Ketahui Perkara Perkara Yang Ibu Bapa Terlepas Pandang Dalam Mendidik Anak

Ketahui Perkara Perkara Yang Ibu Bapa Terlepas Pandang Dalam Mendidik Anak

papar berkaitan - pada 17/6/2019 - jumlah : 429 hits
Anak ibarat permata yang begitu bernilai buat ibu bapa Lebih lebih lagi buat pasangan yang baru menimang cahaya mata tentunya kehadiran si kecil akan menyempurna dan menyerikan lagi kehidupan berumahtangga Anugerah yang dikurniakan ini meru...
Dalam Tak Sedar Ibu Bapa Kerap Lakukan Kesalahan Ini Ketika Ajar Anak Bercakap

Dalam Tak Sedar Ibu Bapa Kerap Lakukan Kesalahan Ini Ketika Ajar Anak Bercakap

papar berkaitan - pada 25/6/2019 - jumlah : 524 hits
Bila mengajar anak bercakap kita selalunya fokus kepada apa yang anak perlu lakukan tapi kadang kadang kita lupa bahawa kita juga perlu fokus kepada apa yang kita buat kerana apa yang kita sebut bagaimana kita sampaikan mesej apa yg kita bu...
Namakan Anak Google Ibu Bapa Mahu Anak Jadi Pemimpin

Namakan Anak Google Ibu Bapa Mahu Anak Jadi Pemimpin

papar berkaitan - pada 29/6/2019 - jumlah : 481 hits
Seorang bayi di Indonesia telah diberi nama Google oleh ibu dan ayahnya pada 30 November tahun lalu selepas nama tersebut tercetus semasa ibu bayi Ella Karina 27 tahun hamil tujuh bulan BACA BACA Menurut ayah kepada Google Andi Cahya Saputr...
Anak Cuba Racun Ibu Bapa Tirinya

Anak Cuba Racun Ibu Bapa Tirinya

papar berkaitan - pada 19/6/2019 - jumlah : 418 hits
Seorang lelaki berusia 29 tahun di Si Sa Ket Thailand berang apabila dipaksa berhenti bermain permainan video di rumahnya cuba meracuni seluruh keluarganya dengan mencampurkan bekalan air mereka dengan racun serangga Perkara itu didedahkan ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids