Hujahan Balas Terhadap Sasaran Perdana Menteri






Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata di Segamat, semalam 6 Mac bahawa Barisan Nasional (BN) mensasarkan kemenangan dua pertiga pada Pilihanraya Negeri (PRN) Johor.


Saya menganggap kenyataan Perdana Menteri itu satu retorik yang bersifat propaganda politik. Banyak sebab yang tidak membantu Barisan Nasional untuk memenangi PRN Johor kali ini.


Rakyat Johor telah melepasi satu ujian psikologi pada Pilihanraya Umum ke-14 tahun 2018. Mereka telah berjaya menumbangkan kerajaan BN di Johor yang telah berkuasa sejak Merdeka, lebih 60 tahun. Ertinya tidak mustahil parti politik lain boleh menggantikan parti BN untuk menjadi kerajaan negeri.Rakyat Johor tidak lagi takut membuat perubahan.


Dalam PRN Johor ini pilihan terbuka kepada rakyat Johor. Lebih setengah dozen parti politik yang bertanding. 


BN tidak boleh mengharap apa yang berlaku dalam PRN Melaka akan berulang sekali lagi di Johor.Mengapa saya berkata demikian?


Pertama, rakyat Johor yang dikategorikan sebagai pengundi atas pagar menganggap PRN Johor ini adalah satu pilihanraya yang dipaksakan oleh BN terhadap rakyat Johor. Pengundi ini membantah PRN ini yang dianggap membazirkan wang rakyat. Mereka mempersoalkan kenapa tidak tunggu sehingga Pilihanraya Umum ke-15 yang akan tiba tidak lama lagi? Golongan ini akan menolak BN.


Kedua, dengan kemasukan ramai pengundi baru dari kalangan pengundi berumur bawah 40 tahun menjadikan jumlah pengundi atas pagar akan memainkan peranan penting menentukan kemenangan atau kekalahan sesuatu parti politik. Undi 18 dan pengundi baru pendaftaran automatik akan dilaksanakan pada PRN Johor. Dalam PRN Melaka hal ini masih belum berlaku.


Ketiga, kempen BN dengan mengketengahkan pemimpin-pemimpin politik BN yang telah disabit bersalah oleh mahkamah dalam skandal rasuah, salahguna kuasa, pecah amanah jenayah dan pelupusan wang haram atau yang sedang dalam perbicaraan atas tuduhan-tuduhan serupa menjadikan imej BN kotor dan tercemar. Bagi pengundi-pengundi atas pagar yang jernih fikiran mereka tentu akan bertanya pada diri mereka sendiri, adakah parti politik yang macam ini aku akan undi?


Keempat, pengundi-pengundi atas pagar dan pengundi muda serta pengundi kali pertama sebenarnya, sebahagian besar mereka kini sedang terperangkap dalam putaran ganas keadaan sosio-ekonomi mereka sendiri. Isu pengangguran, hilang pekerjaan, gaji rendah dan kos sara hidup yang tinggi amat membebankan fikiran mereka.Slogan kestabilan masa depan yang dikemukakan oleh BN dipandang sinis oleh golongan pengundi atas pagar ini yang merupakan golongan terbesar B40 dan M40 yang terkesan dengan kemerosotan ekonomi negara. Kestabilan untuk siapa tanya mereka? 


Kelima dan terakhir, kempen angkuh dan sombong BN seperti kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa BN akan menang dengan majoriti dua pertiga, dan kenyataan Bekas Menteri Besar Johor yang merupakan Naib Presiden Umno yang menyatakan BN khususnya Umno mahu menang dengan majorit besar sebenarnya tidak akan membantu BN dalam PRN Johor kali ini. Penyokong tegar Umno dan BN tentu naik semangat dengan gendang perang yang kencang dan kuat dipalu itu. Tetapi kempen yang bongkak dan takabur sedemikian akan ditolak oleh pengundi-pengundi rasional atas pagar.


Sama-samalah kita lihat nanti, selepas hari mengundi 12 Mac 2022. Sama ada Perdana Menteri betul, saya yang silap atau sebaliknya.


Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
07 Mac 2022 (Isnin)




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/hujahan-balas-terhadap-sasaran-perdana.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Perdana Menteri Lawat Kemboja Thailand Secara Rasmi Serentak

Perdana Menteri Lawat Kemboja Thailand Secara Rasmi Serentak

papar berkaitan - pada 23/2/2022 - jumlah : 186 hits
Perdana Menteri lawat Kemboja Thailand secara rasmi serentak PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan lawatan rasmi pertama ke Kemboja dan Thailand bermula hari ini hingga 26 Februari nanti Kementeria Luar Negeri dalam keny...
Siapa Yang Sebenarnya Perdana Menteri Malaysia

Siapa Yang Sebenarnya Perdana Menteri Malaysia

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 266 hits
Tun Mahathir tahan selama 22 tahun kerana rakyat tidak ragu ragu tentang siapa sebenarnya perdana menteri Tun Abdullah jatuh selepas hanya 66 bulan sebab rakyat kabur tentang siapa sebenarnya perdana menteri Najib Mahathir dan Muhyiddin sem...
Fasa Endemik Bermula 1 April Terima Kasih Perdana Menteri

Fasa Endemik Bermula 1 April Terima Kasih Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 383 hits
Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob petang tadi mengumumkan bermula 1 April negara akan memasuki fasa endemik Covid19 Antara perubahan yang diumumkan adalah Kedai makan dibenarkan beroperasi selepas jam 12 tengah malam Sembahyang jemaah di ...
Keputusan Henti Salur Air Kepada P Pinang Bidang Kuasa Perak Kata Menteri

Keputusan Henti Salur Air Kepada P Pinang Bidang Kuasa Perak Kata Menteri

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 441 hits
Rundingan telah dibuat dan kerajaan Perak memaklumkan bahawa negeri itu memerlukan Loji Rawatan Air yang besar di utara Perak menurut Tuan Ibrahim MUAR Keputusan kerajaan Perak untuk tidak meneruskan bekalan air mentah kepada Pulau Pinang d...
Anggap Menteri Tak Gentleman Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab Idham Eizlan Video

Anggap Menteri Tak Gentleman Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab Idham Eizlan Video

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 131 hits
Anggap Menteri Tak Gentleman Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab Idham Eizlan VIDEO Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof mengakui sangat terkejut dengan tindakan Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah menamatkan khidmat mereka m...
Menko Airlangga Didoakan Ketum Pbnu Jadi Atasan Menteri

Menko Airlangga Didoakan Ketum Pbnu Jadi Atasan Menteri

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 156 hits
Kegiatan tersebut merupakan rangkaian peringatan hari lahir ke 99 NU untuk wilayah Indonesia barat dengan tema Lestari Alamnya Sejahtera Petaninya
Kenyataan Terkini Menteri Pendidikan Pengoperasian Sekolah Sesi Persekolahan 2022 2023

Kenyataan Terkini Menteri Pendidikan Pengoperasian Sekolah Sesi Persekolahan 2022 2023

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 245 hits
TARIKH 5 MAC 2022 Sekolah akan dibuka di seluruh negara mulai 21 MacMURID SEKOLAH RENDAH Murid Sekolah Rendah yang jumlah murid lebih 600 orang akan bergilir untuk murid Tahun 3 4 dan 5 Murid lain hadir ke sekolah secara bersemuka Murid sek...
Menteri Pertahanan 66 200 Pria Ukraina Kembali Dari Luar Negeri Untuk Perang

Menteri Pertahanan 66 200 Pria Ukraina Kembali Dari Luar Negeri Untuk Perang

papar berkaitan - pada 6/3/2022 - jumlah : 282 hits
Rusia menyerang Ukraina pada 24 Februari lalu Sehari setelah invasi tentara Ukraina mendistribusikan 10 000 senapan serbu kepada warga sipil untuk membela negaranya
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Nasi Arab Ta If Al Aqsa

Senarai Barang Mykasih 2025

Permohonan Mykasih Rm100 Online 2025

Kemaskini Ekasih Online 2025

Emina Tone Up Cream Affordable Tone Up Cream For Combination Skin

Rahsia Keberkatan Ramadan Rebut 7 Waktu Mustajab Untuk Berdoa