Anggap Menteri Tak Gentleman Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab Idham Eizlan Video



Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]
Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof mengakui sangat terkejut dengan tindakan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menamatkan khidmat mereka masing-masing sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif di Kementerian Luar.
Bahkan, Ahmad Idham dan Eizlan juga bingung dan tertanya-tanya apakah alasan yang menyebabkan khidmat mereka ditamatkan.
“Kami tidak tahu apa sebab kami diberhentikan. Tahu-tahu saja dapat surat memaklumkan perkhidmatan kami dihentikan.
“Mungkin rakan-rakan media boleh tolong tanya pada menteri kenapa kami diberhentikan sebab kami sudah tiada akses dengan menteri selepas diberhentikan,” kata Ahmad Idham dalam sidang media secara dalam talian pada Jumaat.
Sidang media itu turut disertai Eizlan yang senada dengan Ahmad Idham bahawa mereka tidak dimaklumkan lebih awal berhubung keputusan Menteri Luar mengambil tindakan sedemikian.
Pada Khamis, Saifuddin memberitahu Sinar Daily bahawa khidmat Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof, masing-masing sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif di Kementerian Luar, sudah ditamatkan.
Bagaimanapun, Saifuddin enggan mengulas mengenai punca penamatan kontrak kedua-dua mereka.
Sebelum ini, media melaporkan, pelantikan Ahmad Idham dan Eizlan selaras objektif membangunkan Diplomasi Budaya di bawah Kerangka Dasar Luar Malaysia pada 1 November, tahun lalu.
Ahmad Idham sebelum itu merupakan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Akur ditamatkan kontrak – Ahmad Idham Sementara itu, menurut Ahmad Idham, melalui surat yang diterima pada 28 Februari lalu, khidmat beliau dan Eizlan ditamatkan secara 24 jam berkuat kuasa 23 Februari.
Kata Ahmad Idham, bukan tidak menghormati atau mempersoal keputusan Menteri Luar itu, sebaliknya, apa yang menjadi tanda tanya pada beliau ialah tindakan itu dibuat tanpa mengikut cara dan etika yang betul.
Berpengalaman berkhidmat di dalam agensi kerajaan sebelum ini, Ahmad Idham berkata, sepanjang pengetahuannya, sebelum seseorang pegawai atau kakitangan diberhentikan, harus dikeluarkan surat teguran atau amaran terlebih dahulu.
“Saya pernah duduk dalam agensi kerajaan, saya sedia maklum tatacara kerajaan, tetapi (dalam kes beliau dan Eizlan) itu tidak berlaku.
“Tahu-tahu sahaja pada tarikh itu (28 Februari) saya terima surat penamatkan perkhidmatan,” ujarnya.
Bagi Eizlan pula, tindakan yang diambil Saifuddin terhadap beliau dan rakannya sangat tidak ‘gentleman’. Sebagai seorang menteri, Saifuddin, kata Eizlan, mempunyai pelbagai cara yang boleh dibuat untuk memaklumkan mengenai tindakan menamatkan perkhidmatan beliau dan Ahmad Idham.
“Tindakan ini tidak gentleman daripada menteri, boleh sahaja beliau (menteri) panggil untuk bincang dengan baik.
“Lagipun dalam kes saya hanya lakukan sumbangan kepada kerajaan, tanpa menerima sebarang gaji, bahkan keluar duit sendiri pula untuk berkhidmat di Kementerian Luar.
“Kami hormati keputusan menteri, cuma ralat tak dipanggil bincang. Terus-terang saya katakan kami tidak tahu apa sebab kami diberhentikan,” tegas Eizlan.

Surat tamat kontrak dibuat ketika kena COVID-19 – Ahmad Idham Dalam sidang media itu, Ahmad Idham juga menarik perhatian mengenai dakwaan kononnya beliau dan Eizlan sedang ‘melobi’ untuk menjadi calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kata Ahmad Idham, dakwaan itu samata-mata mahu melagakan beliau dan Saifuddin .
“Kalau nak masuk politik baik saya jumpa Tan Sri Muhyiddin Yassin,” ringkas jawab Ahmad Idham sambil mengakui beliau adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pimpinan Muhyiddin.

Jumpa Tan Sri Muhyiddin jika saya nak masuk politik – Ahmad Idham Memahami kedudukan mereka kini yang bukan lagi sebahagian daripada penjawat awam atau lebih tepat bukan lagi pegawai kanan di Kementerian Luar, Ahmad Idham dan Eizlan berkata, mereka sedia untuk mengembalikan semula pasport diplomatik yang ditawarkan sebelum ini.
“Sudah tentu kami akan mengembalikan semula pasport diplomatik kepada kerajaan,” kata Ahmad Idham dan dipersetujui oleh Eizlan.-AA
Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO]
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Muhyiddin, Mahathir saling bercakaran dalam kempen PRN Johor Mahathir semua ‘taktau’ Pesawat terbesar dunia Antonov musnah di bom Rusia [VIDEO] Ini penjelasan kerajaan berkaitan bayaran RM63 bilion kepada waris sultan Sulu Teresa Kok akhirnya disiasat selepas ugut polis Ketahui 10 Fakta Pelakon Thailand Tangmo Nida Yang Maut Jatuh Di Sungai Chao Phraya Selena Gomez Selamba Berkaki Ayam Naik Pentas Selepas Hampir Tergelincir Di Red Carpet [VIDEO] BN Tidak Amal Politik Balas Dendam, ‘Kita Bukan Jenis Balas Dendam’ Calon MUDA adalah calon kitar semula Pakatan Harapan Anwar kecewa dan kesal kerana mempercayai MUDA Leissner sogok suami Zeti Isu aqidah anak-anak Islam, bukan Islam sepatutnya jangan bermain api Sumpah laknat: Zahid beritahu Muhyiddin ‘berani kerana benar, tidak perlu takut’ Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRN Johor: Mahathir Melihat Maszlee Malik Sebagai Menteri Pelajaran Yang Bermasalah

Video beri gambaran impak sekiranya semua senjata nuklear meletup [VIDEO]

The post Anggap Menteri Tak ‘Gentleman’ Tamatkan Kontrak Tanpa Sebab – Idham, Eizlan [VIDEO] appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2022/03/04/anggap-menteri-tak-gentleman-tamatkan-kontrak-tanpa-sebab-idham-eizlan-video/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Di Tamatkan Kontrak Secara Tiba Tiba Eizlan Yusof Anggap Satu Tindakan Tak Gentleman

Di Tamatkan Kontrak Secara Tiba Tiba Eizlan Yusof Anggap Satu Tindakan Tak Gentleman

papar berkaitan - pada 5/3/2022 - jumlah : 115 hits
KUALA LUMPUR Pelakon penerbit dan pengarah Datuk Seri Eizlan Yusof kesal tidak diberitahu punca perkhidmatan selama empat bulan sebagai Perunding Kreatif Kementerian Luar ditamatkan dengan serta merta Bukan sahaja Eizlan malah Setiausaha Ke...
Ahmad Idham Eizlan Yusof Ditamatkan Kontrak Menteri Enggan Komen

Ahmad Idham Eizlan Yusof Ditamatkan Kontrak Menteri Enggan Komen

papar berkaitan - pada 4/3/2022 - jumlah : 136 hits
MUAR Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah enggan mendedahkan sebab mengapa pihaknya menamatkan perkhidmatan pelakon Dr Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof dalam kementerian Beliau sebaliknya berkata pada kebiasaannya d...
Cek Fakta Tidak Benar Video Menteri Agama Diusir Warga Simak Faktanya

Cek Fakta Tidak Benar Video Menteri Agama Diusir Warga Simak Faktanya

papar berkaitan - pada 28/2/2022 - jumlah : 325 hits
Video yang mengklaim menteri agama diusir warga adalah keliru Peristiwa dalam video itu merupakan penolakan warga atas acara zikir yang dilaksanakan oleh GP Ansor di Kabupaten Siak pada 2018 silam
Video Serbuan Spanduk Malang Not Halal City Berakhir Dicopot Satpol Pp

Video Serbuan Spanduk Malang Not Halal City Berakhir Dicopot Satpol Pp

papar berkaitan - pada 19/2/2022 - jumlah : 468 hits
Spanduk bertuliskan MALANG TOLERANT CITY NOT HALAL CITY dicopot Satpol PP Spanduk itu mulai dipasang karena wacana Wali Kota dan DPRD Kota Malang
Video Momen Heroik Tentara Ukraina Usir Kapal Perang Rusia Berakhir Tragis

Video Momen Heroik Tentara Ukraina Usir Kapal Perang Rusia Berakhir Tragis

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 160 hits
Sebanyak 13 penjaga perbatasan Ukraina tewas di Pulau Zmiinyi Mereka diserang pasukan kapal perang Rusia Pemerintah Ukraina mengangkat mereka sebagai pahlawan
Video Bahaya Rusia Rebut Nuklir Chernobyl Di Ukraina Takut Bencana Terulang

Video Bahaya Rusia Rebut Nuklir Chernobyl Di Ukraina Takut Bencana Terulang

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 145 hits
Pasukan Rusia menguasai pembangkit nuklir Chernobyl Kota Chernobyl menjadi lokasi bencana nuklir paling parah di dunia
Video Ini Daftar Wilayah Ukraina Yang Porak Poranda Diserang Militer Rusia

Video Ini Daftar Wilayah Ukraina Yang Porak Poranda Diserang Militer Rusia

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 200 hits
Rusia melancarkan serangan menyasar wilayah Ukraina Suara rentetan ledakan terdengar di berbagai penjuru kota
Covid 19 Pkrc Maeps Serdang Terima Pesakit Pertama Video

Covid 19 Pkrc Maeps Serdang Terima Pesakit Pertama Video

papar berkaitan - pada 26/2/2022 - jumlah : 396 hits
Covid 19 PKRC MAEPS Serdang Terima Pesakit Pertama VIDEO Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid 19 Zon Wilayah Tengah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang menerima kes pertama jam 4 50 petang semalam Pengarah Hospital Kuala Lumpur Datin Pad...
Sop Masuk Masjid Polis Siasat Video Tular Timbulkan Ketakutan

Sop Masuk Masjid Polis Siasat Video Tular Timbulkan Ketakutan

papar berkaitan - pada 27/2/2022 - jumlah : 229 hits
FMT ReportersRakaman video berdurasi 29 saat yang tular di Facebook semalam PETALING JAYA Polis menyiasat dakwaan Seorang pengguna Facebook yang membuat naik satu video berhubung SOP kemasukan ke masjid melibatkan anggotanya Ketua Polis Dae...
Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

How To Plan A Stress Free Family Vacation

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Fishing As A Stress Reliever

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Panji Sakti Malam Ini Chord

Resipi Tomyam Salmon Yang Lain Dari Lain Masam Pedas Berlemak

Pemenang Award Ai Team 2024

Rakyat Digital Cara Daftar Senarai Kursus Percuma

Bawak Khalaf Zikri Makan Di Kopiloco