Hujah Takiyuddin Untuk Menghalang Undi Percaya Tidak Percaya Terhadap Pm Disegerakan Di Parlimen Amat Dangkal




Semalam, Speaker Parlimen kata beliau tiada kuasa untuk menentukan usul percaya/tidak percaya terhadap PM dibentangkan di Parlimen dengan segera. Speaker tiada kuasa di dalam menentukan kedudukan usul? Mengapa Speaker di Perak tiada masalah untuk melakukannya? Jika begitu, elok Speaker di Parlimen menjadi speaker PA System saja, ada juga kuasa Watt.

Speaker Parlimen kata, yang berkuasa adalah menteri. Wahai Speaker, cuba beritahu menteri mana yang bodoh akan membenarkan usul tidak percaya terhadap PM yang melantiknya sebagai menteri? Speaker tidak perlu perbodohkan rakyat. Sanggup jadi robot berada di Parlimen.

Hari ini, menteri berkaitan Parlimen, Takiyuddin pula cuba perbodohkan Ahli-Ahli Parlimen yang kebanyakannya lebih lama dari Takiyuddin berada di Parlimen. Dia juga cuba perbodohkan rakyat dengan membawa dua hujah mengapa usul percaya/tidak percaya terhadap PM itu tidak perlu disegerakan.

Pertama hujahnya, beliau mengimbas kembali tentang dokumen yang dibawa oleh Anwar Ibrahim ke Istana di mana Anwar menyatakan beliau punyai jumlah sokongan yang kukuh. Beliau menyatakan mengapa Anwar tidak nyatakan senarai nama MP yang menyokongnya? Walhal, Anwar melakukan proses yang sama seperti Muhyiddin lakukan sewaktu merampas kerajaan mandat rakyat pada Feb yang lalu di mana tiada siapa tahu senarai nama yang ada pada Muhyiddin ketika itu. Apakah waktu itu nama Mahathir, Mukhriz, Syed Sadiq, Maszlee Malik, Amiruddin Hamzah dan beberapa yang lain menyokong Muhyiddin? Mana senarai nama 114 orang yang dikatakan menyokong Muhyiddin ketika itu?

Senarai nama ini tidak berbangkit sekiranya proses seterusnya berjalan di mana semua Ketua Parti dipanggil ke Istana dan ketika itu baru diketahui samada Anwar benar-benar ada sokongan atau tidak. Tetapi kita sedia maklum proses tersebut tidak berlaku. Jika proses tidak berlaku sepenuhnya, Takiyuddin tidak perlu mengambilnya sebagai hujah untuk menyatakan Anwar tiada sokongan dan Muhyiddin masih memiliki sokongan majoriti.

Hujah kedua Takiyuddin untuk memperkuatkan dakwaannya bahawa Muhyiddin masih ada sokongan majoriti sebagai PM adalah apabila beliau mengambil contoh undian bajet peringkat dasar di mana bajet itu lulus apabila tiada undian belah bahagi diadakan. Pada pandangan Takiyuddin, sokong Bajet bermaksud sokong PM? Lupakah beliau kepada titah Tuanku agar jangan menyulitkan pembentangan bajet? Bajet ini untuk rakyat bukan untuk PM. Amat zalim kita menolak PM tetapi rakyat menjadi mangsa walaupun segala tuntutan kita terhadap bajet itu telah diberi perhatian secara dasarnya.

Oleh kerana dua hujah dangkal di atas, maka Takiyuddin anggap tidak menampakkan bahawa PM hilang sokongan maka usul tersebut tidak perlu disegerakan.

Jika bajet mahu diambil kira, butakah mata Takiyuddin bahawa setakat ini kerajaan tidak pernah memperolehi undian melepasi 112 undian terhadap bajet di peringkat kementerian? Adakah kerajaan sekarang kukuh apabila undian di Parlimen terhadap bajet tidak sampai ke angka 112 ? Kerajaan sebenarnya amat lemah jika pun memperolehi hanya separuh dari keseluruhan Ahli Parlimen.

Jika kedua2 hujah Takiyuddin itu boleh dipercayai untuk menyatakan Muhyiddin sebenarnya punyai sokongan kuat, sewajarnya tidak perlu takut dan bimbang untuk membawa usul PERCAYA kepada PM seperti di Dun Perak. Kalau mahu bawa usul PERCAYA pun tidak berani, usul TIDAK PERCAYA pun takut, maka apakah status kerajaan sekarang?

Situasi ini menjadikan kerajaan kita tidak diyakini oleh pelabur. Rakyat menjadi mangsa akibat sikap orang politik yang mengampu pemimpin demi perut mereka sendiri. Sudahlah kamu menjadi kerajaan dengan cara khianat dan belot kepada mandat rakyat, masih juga tidak punyai sokongan kukuh tetapi masih mahu memegang kuasa. Amat malang sekali, parti Islam turut bersekongkol dengan puak ini bahkan paling kuat mengampu.

WFAUZDIN NS

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/12/hujah-takiyuddin-untuk-menghalang-undi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ph Desak Usul Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Disegerakan

Ph Desak Usul Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Disegerakan

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 251 hits
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah mengadakan mesyuarat hari ini dan telah menerima laporan berkenaan perkembangan politik terkini di negeri Perak Majlis Presiden juga telah membincangkan penurunan penarafan Malaysia dari AAA ke BBB pada...
Usul Undi Percaya Terhadap Mb Ahmad Faizal Gagal Dapat Sokongan Majoriti

Usul Undi Percaya Terhadap Mb Ahmad Faizal Gagal Dapat Sokongan Majoriti

papar berkaitan - pada 4/12/2020 - jumlah : 322 hits
727 total views 727 views today IPOH 4 Dis Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal memperoleh sokongan majoriti ahli Dewan Undangan Negeri dalam usul keyakinan majoriti ahli Dewan terhadap menteri besar yang dikemukakan pada persidangan Dewan U...
Anwar Gesa Undi Tidak Percaya Dibentang Di Parlimen

Anwar Gesa Undi Tidak Percaya Dibentang Di Parlimen

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 523 hits
Malaysiakini Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim menggesa usul undi tidak percaya terhadap pentadbiran Perikatan Nasional di Dewan Rakyat dengan membangkitkan soal ketidaktentuan politik dalam negara Memetik laporan berkenaan penurunan penarafa...
Jika Ada Usul Undi Percaya Terhadap Mb Ph Johor Sedia Sokong

Jika Ada Usul Undi Percaya Terhadap Mb Ph Johor Sedia Sokong

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 235 hits
Kerajaan Perikatan Nasional Johor terdedah kepada tindak balas Parti Peribumi Bersatu Malaysia pada hari terakhir sidang Dewan Undangan Negeri hari ini susulan kenyataan pemimpin Bersatu Datuk Osman Sapian sebelum ini Osman pada 5 Disember ...
Isu Usul Undi Percaya Tidak Percaya Dibangkit Dewan Rakyat Hari Ini

Isu Usul Undi Percaya Tidak Percaya Dibangkit Dewan Rakyat Hari Ini

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 335 hits
December 10 2020 Persidangan dewan hari ini diteruskan dengan perbahasan dan penggulungan bagi Rang Undang undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa melibatkan Kementerian Belia dan Sukan Sumber Manusia serta Komunikasi dan Multimedia K...
Gelombang Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Perikatan Nasional Dijangka Berterusan Penganalisis

Gelombang Tidak Percaya Terhadap Muhyiddin Perikatan Nasional Dijangka Berterusan Penganalisis

papar berkaitan - pada 16/12/2020 - jumlah : 258 hits
Fareez AzmanDisember 16 2020 Profesor Dr Sivamurugan berkata desakan parti politik terhadap kepimpinan Perdana Menteri dan kerajaan Perikatan Nasional dijangka berterusan Gambar failKUALA LUMPUR Gelombang desakan ketidakyakinan terhadap kep...
Dun Perak Cipta Sejarah Mb Gagal Dapat Sokongan Undi Percaya

Dun Perak Cipta Sejarah Mb Gagal Dapat Sokongan Undi Percaya

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 326 hits
Pada 5 Disember 2020oleh PENTADBIRKomen Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Jumaat 4 Disember 2020 Dewan Undangan Negeri Perak melakarkan sejarah dunia pencadang dan penyokong usul kepercayaan kep...
2 Perkara Perlu Dipelajari Melalui Usul Undi Percaya Perak

2 Perkara Perlu Dipelajari Melalui Usul Undi Percaya Perak

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 459 hits
DR ZULQARNAIN LUKMANNampaknya negeri Perak kekal sebagai sebuah negeri yang mempunyai pergolakan politik yang paling hebat dalam sejarah Tanah Melayu dan Malaysia Pergolakan yang bermula dengan Perjanjian Pangkor 1874 yang membawa kepada pe...
Amanah Cabar Umno Kemuka Undi Percaya Ke Atas Mb Johor

Amanah Cabar Umno Kemuka Undi Percaya Ke Atas Mb Johor

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 285 hits
Amanah cabar Umno kemuka undi percaya ke atas MB Johor Dikemas kini 10 minit yang lalu Diterbitkan pada 5 Dec 2020 3 50PM
Design Printing Produk Murah Berkualiti Pilihan Bijak Usahawan Baru

Jasa Layanan Pengurusan Sertifikat Halal Untuk Dapur Mbg Di Kalimantan Barat

Terengganu Dua Remaja Tiada Lesen Jadi Pemandu Kelindan Lori Ditahan Jpj

Teens As Young As 16 Being Hired As Lorry Drivers Says Jpj

Social Media Abuzz With Danish Pm Reiterating Burqa Ban Tells Muslims To Adjust To Local Culture Confront Law Or Leave

Murtabak Kulit Popia

Cara Hidup Suami Isteri Di Akhir Zaman Dengan Tenang Dan Diredhai Allah

Building A Memorable Brand Identity


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teruskan Bersabar Nona

Kalau Tak Boleh Menyenangkan Jangan Menyusahkan

Wafiy Sempat Tolak 2 Kawan Ke Tepi Dengan Kaki Sebelum Hanyut Dan Lemas Nenek

Namplawan Dan Colek Garam Thai Sedap

Tak Perlu Banyak Bahan Resipi Ayam Rebus Ni Memang Sedap Mudah

Dari Mana Asalnya Air Kelapa