Hujah Karut Peguam Negara Digesa Halang Usaha Aneh Anwar Dapatkan Kekebalan


 
Kumpulan peguam Lawyers for Liberty berkata peguam negara sebagai penjaga kepentingan awam tidak boleh mengabaikan tindakan perdana menteri. MalaysiaNow

Mei 30, 2025 1:14 tengahari3 minit bacaan

Kongsi

Peguam Negara Mohd Dusuki Mokhtar (kanan) digesa menghalang usaha Anwar Ibrahim mendapatkan imuniti menjelang bicara saman serangan seksual melibatkan perdana menteri.

 
Kumpulan peguam Lawyers for Liberty (LFL) hari ini turut berkongsi rasa terkejut pelbagai pihak berhubung tindakan kontroversi Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan kekebalan undang-undang bagi dirinya menjelang saman sivil serangan seksual terhadapnya, dengan menyifatkan tindakan itu "tidak masuk akal" dan tanpa sebarang asas undang-undang.

LFL turut mempersoalkan hujah peguam Anwar dalam menggunakan Perkara 39, 40 dan 43 Perlembagaan Persekutuan, merujuk kepada beberapa persoalan dikemukakan kepada Mahkamah Persekutuan dalam permohonan mendapatkan imuniti untuk perdana menteri.

"Peruntukan-peruntukan itu hanya berkait dengan kuasa eksekutif persekutuan, pembentukan Kabinet dan bahawa Agong bertindak atas nasihat. Ia tidak memberikan mana-mana perdana menteri semasa dengan kekebalan, dan sebarang percubaan ke arah itu adalah bertentangan dengan prinsip yang sudah pun diterima mengenai tafsiran peruntukan perlembagaan," kata pengarah LFL, Zaid Malek dalam satu kenyataan.

Ringkasnya, untuk mencadangkan bahawa di negara kita, perdana menteri kebal daripada tindakan mahkamah oleh orang awam, adalah sesuatu yang karut dari segi undang-undang," katanya.

Di bawah Perkara 183 Perlembagaan Persekutuan, hanya Yang di-Pertuan Agong dan sultan sesebuah negeri diberikan kekebalan daripada saman sivil atau jenayah atas kapasiti peribadi mereka, melainkan saman tersebut mendapat kebenaran peguam negara.

Zaid berkata Yang di-Pertuan Agong masih boleh berdepan kes sivil dan jenayah di bawah peruntukan sama.

"Adalah tidak boleh dipertahankan dan tidak boleh diterima apabila PM diberikan kekebalan yang tidak dimiliki oleh Agong.

"Dalam keadaan ini, menjadi kewajipan bagi peguam negara untuk campur tangan dalam saman sivil tersebut dan menentang sebarang percubaan memberi imuniti kepada perdana menteri. Peguam negara sebagai penjaga kepentingan awam tidak boleh mengabaikan perkara ini dengan tidak berbuat apa-apa."

Anwar disaman oleh Muhammed Yusoff Rawther, bekas pembantu penyelidiknya, yang mendakwa pemimpin PKR itu menyerangnya secara seksual pada Oktober 2018, iaitu beberapa hari sebelum memenangi Pilihan Raya Kecil Port Dickson.

Perbicaraan dijadualkan bermula pada 16 Jun di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Yusoff kini ditahan reman di Penjara Sungai Buloh selepas didakwa dengan tuduhan dadah dan senjata api susulan serbuan kontroversi polis ke atas kenderaannya pada September tahun lalu.

Pemuda berusia 33 tahun itu telah berulang kali menafikan tuduhan terhadapnya, dan menyatakan beliau menjadi mangsa mereka yang berkuasa dengan menamakan Anwar dan bekas setiausaha politiknya Farhash Wafa Salvador sebagai antara pihak yang menyimpan dendam terhadapnya.

Permohonan Anwar mendapatkan kekebalan telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada ahli politik dan pengamal undang-undang, di mana kebanyakan mereka menyifatkan ia sesuatu yang tidak pernah berlaku di samping mengejutkan.

Dalam afidavit difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu, peguam Anwar yang baru dilantik, Megat Abdul Munir Megat Abdullah Rafaie, turut memohon penangguhan prosiding perbicaraan sivil sementara menunggu permohonan di Mahkamah Persekutuan.

Antara lain, Anwar mahu mahkamah tertinggi memutuskan sama ada "seorang perdana menteri yang sedang memegang jawatan menikmati kekebalan terhad daripada tindakan sivil berhubung dakwaan perlakuan peribadi yang berlaku sebelum pelantikannya", sambil menambah saman sivil tersebut akan "menjejaskan keupayaan beliau untuk melaksanakan fungsi eksekutif dengan berkesan".

Beliau juga memohon mahkamah memutuskan persoalan sama ada dalam membenarkan sesebuah tindakan saman sivil melibatkan dakwaan terhadapnya sebelum menduduki jawatan akan "menjejaskan kestabilan sebuah institusi teras kerajaan".

Selanjutnya, Anwar mengingatkan tanggungjawab mahkamah "melindungi kebebasan dan maruah seorang penyandang jawatan awam daripada tindakan litigasi yang boleh menjejaskan keupayaan untuk melaksanakan tugas-tugas awam, dalam keadaan tiada jenayah dibuktikan

LFL berkata adalah tidak relevan serangan seksual sebagaimana yang didakwa itu berlaku sebelum Anwar memegang jawatan tertinggi.

"Jika ini menjadi pertimbangan, ia akan melucutkan hak undang-undang mana-mana pihak untuk membuat tuntutan sah terhadap mana-mana perdana menteri semasa mahupun yang akan datang, dan jelas melanggar prinsip kesaksamaan yang dianuti dalam Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan, yang menyatakan bahawa 'semua orang adalah sama di sisi undang-undang'."

Ia mengingatkan Anwar mengenai tanggungjawab moral sebagai perdana menteri untuk menegakkan perlembagaan dan tidak cuba "membatalkan atau mengubah prinsip asas yang termaktub di dalamnya".

"Tindakan Anwar memfailkan permohonan aneh ini sepatutnya membunyikan loceng amaran untuk semua rakyat Malaysia kerana ia merupakan percubaan pintu belakang untuk memperkenalkan konsep kekebalan undang-undang kepada perdana menteri, iaitu ketua cabang eksekutif, semata-mata kerana kedudukannya.

"Ini bukan konsep yang wujud di mana-mana negara demokrasi; ia adalah pelanggaran kedaulatan undang-undang dan terang-terangan bersifat autoritarian," tambah Zaid.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2025/05/hujah-karut-peguam-negara-digesa-halang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Ibrahim Kebanggaan Negara

Anwar Ibrahim Kebanggaan Negara

papar berkaitan - pada 20/5/2025 - jumlah : 118 hits
Norman RadzuanSaya sangat bangga melihat siri PMX Malaysia bertemu dgn pemimpin2 dunia Lihat video di bawah bagaimana pujian pujian diberikan kpdnya dan lihat bagaimana beliau berbicara di pentas dunia bukan saya kita rakyat Malaysia patut ...
Pm Anwar Sifatkan Pemerintahan Sultan Ibrahim Bijaksana Jadi Lambang Penyatuan Negara

Pm Anwar Sifatkan Pemerintahan Sultan Ibrahim Bijaksana Jadi Lambang Penyatuan Negara

papar berkaitan - pada 3/6/2025 - jumlah : 111 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pemerintahan Yang di Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai pemerintahan yang bijaksana dan menjadi simbol keluhuran serta penyatuan seluruh rakyat Malaysia pemerintahan Sultan Ibrahim sang...
Nak Jadi Pemimpin Boleh Tapi Jangan Kaut Kekayaan Negara Pm Anwar

Nak Jadi Pemimpin Boleh Tapi Jangan Kaut Kekayaan Negara Pm Anwar

papar berkaitan - pada 24/5/2025 - jumlah : 138 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa negara perlu diselamatkan daripada amalan rasuah dan ketamakan kuasa yang telah sekian lama mencengkam sistem pentadbiran Menurut laporan Malaysia Gazette beliau berkata sekiranya g...
Anwar To Announce Decision On Duo S Resignation Later Says Pmo

Anwar To Announce Decision On Duo S Resignation Later Says Pmo

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 140 hits
The Prime Minister s Office says Anwar Ibrahim has approved Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad s leave applications The PMO confirmed that Anwar Ibrahim had received the PKR duo s letters of resignation and leave applications PETALING JAY...
Pkr Veep Rubbishes Claims 11 Mps Retracting Support For Anwar

Pkr Veep Rubbishes Claims 11 Mps Retracting Support For Anwar

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 146 hits
Chang Lih Kang who is among those listed in a viral WhatsApp message dismisses it as nonsense PKR vice president Chang Lih Kang said Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad resigned from their Cabinet posts to uphold the spirit of democracy PE...
Spekulasi Kabinet Baru Anwar Makin Panas

Spekulasi Kabinet Baru Anwar Makin Panas

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 105 hits
Malaysiakini nbsp Semua mata kini tertumpu kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga presiden PKR susulan peletakan jawatan Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad daripada kabinet selepas kekalahan mereka dalam pemilihan parti baru baru ...
No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

No Cabinet Reshuffle While Rafizi Nik Nazmi On Leave Anwar

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 192 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim says there have been no discussions for cabinet reshuffles as of yet and that this would not be happening soon This is after Rafizi Ramli and Nik Nazmi Nik Ahmad both tendered their resignations to Anwar yesterd...
Anwar Malaysia S Asean Summit Success Driven By Efficiency Teamwork

Anwar Malaysia S Asean Summit Success Driven By Efficiency Teamwork

papar berkaitan - pada 29/5/2025 - jumlah : 166 hits
Malaysia s successful hosting of the recent Asean Summit was driven by the efficiency dedication and teamwork of all parties involved said Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim Bernama picPUTRAJAYA Malaysia s successful hosting of the rec...
Our Real Boss Sebenarnya Bank Ya Bank

Pengalaman Tukar Skrin Retak Samsung S23 Ultra

Motosikal Jadi Kapal Selam Redah Banjir

Dewi Perssik Cinta Merah Jambu Chord

Monday Morning In Tanah Rata Cameron Highland

Mancing Bukan Sekadar Dapat Ikan

1mdb Najib Razak Tak Bersalah

Carian Popular Motosikal 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mendaki Bukit Keluang Di Besut

Kekurangan Jururawat Menteri Kkm Dedah Jawatan Ada Tapi Tiada Yang Mahu

Mayat Wanita Ditemui Lebih 200 Km Dari Lokasi Dilaporkan Hilang

Miqat Haji

Kari Ikan Chef Anand

General Service Tax And The Banana Republic Of Confusion