Hujah Hujah Anwar Membahas Bajet 2021


 
Hari ini saya selaku Ketua Pembangkang telah membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat.
Saya memulakan perbahasan dalam kerangka atau konteks kebijaksanaan keputusan Raja-Raja Melayu untuk tidak membenarkan pengisytiharan darurat oleh kerajaan dan kabinet.
Apa yang diputuskan oleh Raja-Raja Melayu ini penting kerana ia melindungi Perlembagaan dan demokrasi kita dari diinjak oleh beberapa watak yang tidak bertanggungjawab.
Justeru keabsahan kerajaan ini akan terus dipersoal dan disanggah melalui Parlimen. Meski saya puji kesungguhan kerajaan dan Menteri Kewangan dalam membina muafakat yang ampuh bagi kita mendepani serangan dan dampak wabak COVID-19, Menteri Kewangan tidak langsung menyebut atau mengangkat enam syor dari Pakatan Harapan semasa pembentangan Belanjawan 2021.
Kejujuran dan niat kerajaan dan kementerian kini dipersoal apakah ia benar-benar serius mahu merangkul kekuatan untuk membendung wabak COVID-19.
Saya teruskan perbahasan dengan mempersoal bagaimana mungkin Kementerian Kewangan dapat meramalkan pertumbuhan KDNK sebanyak 8.6-9.6% bagi tahun 2021 dan pertambahan hasil yang tinggi sedangkan unjuran pertumbuhan yang rendah telah dibuat oleh badan-badan antarabangsa seperti World Bank dan IMF, dan juga Bank Negara sendiri.
Justeru dari mana angka ini diperolehi oleh Kementerian Kewangan? Atas pertimbangan apa?
Saya turut mempersoalkan unjuran yang tidak munasabah melibatkan cukai korporat dan cukai individu. Tindakan Kementerian untuk menggunakan dana dari Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) sebanyak RM10 bilion bagi tahun 2020 dan 2021 adalah tidak wajar bagi mengelabui angka sebenar hasil negara.
Kerajaan juga dilaporkan akan menerima hasil bukan cukai bernilai sebanyak RM14.046 bilion. Apakah ini melibatkan aset negara? Atau ia akan dijual kepada kroni? Apakah ia akan dijalankan dengan secara tender terbuka atau kembali pada amalan lama?
Sebelum mengakhiri perbahasan, saya berikan mesej yang jelas bahawa belanjawan kali ini dicanang sebagai ‘Belanjawan COVID-19’. Namun angka dan unjuran pendapatan menimbulkan pelbagai persoalan serta keraguan. Jumlah perbelanjaan tidak menunjukkan tekad yang serius bagi menangani pandemik ini.
Saya juga mencadangkan peruntukan wang bagi Kumpulan Wang COVID-19 ditambah melalui peruntukan perbelanjaan pembangunan.
Dengan adanya peruntukan yang mencukupi di dalam Kumpulan Wang COVID-19, barulah kita akan mampu menangani kesan wabak COVID 19 pada ekonomi negara.
Kita perlu memperuntukan wang bagi memastikan aliran tunai kepada rakyat dan syarikat, bukannya projek mega kroni.
Saya turut mengingatkan kerajaan untuk mengkaji semula belanjawan ini. Kita diminta untuk menyokong dengan andaian ini belanjawan COVID-19, maka pandangan saya kita akan hanya menyokong jikalau benar kerajaan serius menangani dampak wabak.
ANWAR IBRAHIM/9 NOVEMBER 2020.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/11/hijah-hujag-anwar-membahas-bajet-2021.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 460 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Rentasan Mingguan 090 Bajet 2021 Ph Dipanggil Berunding 6 Cadangan U

Rentasan Mingguan 090 Bajet 2021 Ph Dipanggil Berunding 6 Cadangan U

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 324 hits
MENARIK DALAM RENTASAN MINGGUAN 0901 BELANJAWAN 2021 KEUTAMAAN YANG TERTANGGUH 2 KE MANA PERGINYA WANG PETRONAS UNTUK KELANTAN 3 LEPAS JASA NAK HIDUPKAN SEMULA AKTA 803 PULA 4 DAULAH TERPENDAM DAN PENGKHIANAT RAKYAT
Bajet 2021 Untuk Kemakmuran Pulih Ekonomi Pm

Bajet 2021 Untuk Kemakmuran Pulih Ekonomi Pm

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 220 hits
BAJET 2021 UNTUK KEMAKMURAN PULIH EKONOMI PM PUTRAJAYA 041120 Kerajaan dijangka membentangkan belanjawan pengembangan bagi memastikan kemakmuran rakyat kelangsungan perniagaan dan daya tahan ekonomi dalam waktu yang mencabar ini kata Perdan...
Anwar Kerjasama Kerajaan Pembangkang Rangka Belanjawan 2021 Atasi Masalah Rakyat

Anwar Kerjasama Kerajaan Pembangkang Rangka Belanjawan 2021 Atasi Masalah Rakyat

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 313 hits
SHAH ALAM 27 OKT KEADILAN menyeru kerjasama kedua belah pihak antara kerajaan dan pembangkang bagi merangka Belanjawan 2021 Presiden Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi merencana strategi yang ampuh dalam menangani dampak pandemik Covi...
Petanda Bn Akan Tolak Bajet 2021

Petanda Bn Akan Tolak Bajet 2021

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 429 hits
Petanda BN Akan Tolak Bajet 2021 Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan sokongan bersyarat BN terhadap Belanjawan 2021 yang dinyatakan oleh bekas perdana menteri Najib Razak semalam ibarat hikayat Puteri Gunung Ledang Dia juga berpendapat amat jan...
Rentasan 768 Potongan Drastik Peruntukan Asas Bajet 2021 Gagal Umpan Untuk Pru

Rentasan 768 Potongan Drastik Peruntukan Asas Bajet 2021 Gagal Umpan Untuk Pru

papar berkaitan - pada 10/11/2020 - jumlah : 259 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 768 1 TAK PERLU APOLOGETIK JASA MEMANG ALAT POLITIK 2 BAJET 2021 HANYA INDAH KHABAR DARI RUPA 3 PEMIMPIN PAS DIDAKWA BOHONG TENTANG GAJI ADUN 4 MANA PERUNTUKAN UNTUK SEKOLAH TAHFIZ DAN AGAMA Layari kami untuk mendapat...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching