Pulau Natuna Selesaikan Secara Diplomasi Pas
Laut China Selatan: Keamanan perlu diutamakan
KETEGANGAN terkini berkaitan sempadan dan hak perairan di kawasan pertikaian Laut China Selatan di Pulau Natuna antara China dan Indonesia harus diselesaikan secara diplomasi dan aman bagi mengelakkan keadaan menjadi bertambah rumit.
China dan Indonesia disarankan agar menghentikan tindak balas dan provokasi yang boleh memburukkan keadaan, bukan hanya di kawasan terbabit tetapi akan menjejaskan hubungan dua hala terutamanya di antara negara-negara ASEAN dan China yang sejak sekian lama erat baik dari segi ekonomi, kebudayaan dan sejarah.Justera itu, PAS menggesa agar China dan Indonesia menggunakan saluran diplomatik dan rundingan untuk menyelesaikan pertikaian tersebut.Dalam masa yang sama, semua pihak harus menghormati undang-undang antarabangsa dalam usaha untuk mengelak pertikaian ini menjadi bertambah buruk dan menjejaskan kestabilan Asia Tenggara mahupun Laut China Selatan.PAS menyarankan agar semua pihak mengamalkan semangat setiakawan ASEAN dan China yang telah lama terjalin. Konflik dan konfrantasi tidak akan menguntungkan mana-mana pihak tetapi jelasnya ASEAN dan China yang akan rugi akhirnya.PAS menegaskan Laut China Selatan wajar kekal aman dan bebas konflik dan pertikaian yang mampu bertukar menjadi medan tempur dan perang harus dielakkan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kestabilan Asia Tenggara sama ada dari sudut geopolitik ataupun ekonomi.ABDUL HADI AWANG
Presiden PASBertarikh: 11 Jamadil Awwal 1441 / 7 Januari 2020 – HARAKAHDAILY 7/1/2020
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-117: Di Persisiran Kepulauan Sumatera.
E-Buku IH-117: Di Persisiran Kepulauan Sumatera.Ku Jumpai Suku Sakai Di Sumatera Ini.. -Ibnu Hasyi... Bangsa Indo Ini Berasal Dari Taiwan.. -Ibn...Misteri Lagu Nina Bobo, Misi Penjajah Kristian/Be...Himbauan Dari Kampung Tua, Tg Riau Batam..Syuhadak Riau, Hunus Badik Sambil Pegang Kitab..Raja Haji, Jenazah Keluar Api, Tanam Di Kandang Ba...Si Cantik Jadi Rebutan, Natuna M'sia Punya? -Ibnu ...China Tingkat Ketegangan Di Laut China Selatan, Te...
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.ibnuhasyim.com/2020/01/pulau-natuna-selesaikan-secara.html