Isu Pas Sementara Sabah Sebuah Pengkhianatan Dan Penderhakaan Yang Terancang




Pas Sementara Sabah (PSS) sudah ibarat duri dalam daging dan pasir masuk ke mata. Sikap berdolak-dalik pentadbiran WARISAN dalam hal ini amat memualkan dan mengundang kemarahan meluap-luap rakyat Sabah.
Kenyataan bercanggah samada boleh atau tidak dokumen ini digunakan kelak sebagai asas permohonan kewarganegaraan, ternyata mengundang polemik berbanding penjelasan. Begitu juga dengan angka PATI yang terlibat yang berbeza-beza diberikan. Ini mengundang lebih banyak persoalan berbanding jawapan.
Ironinya, pemimpin kadazan-dusun-murut (KDM) yang kononnya memperjuangkan hak anak negeri Sabah, ternyata mempunyai lidah bercabang dua. Mereka begitu bersemangat mahu mempertahankan hak anak negeri, tetapi pada masa yang sama lebih mesra PATI hingga sanggup menggadaikan keselamatan dan kedaulatan negeri. Kenyataan beberapa pemimpin asal KDM seperti Darrel Leiking dan Wilfred Madius Tangau hanyalah menyimbah lagi petrol ke dalam api yang sedang bernyala. Ternyata mereka ini mahu memperbodohkan rakyat Sabah dengan menyokong WARISAN dalam PRK P176 Kimanis. Mereka harus menyedari dan menginsafi bahawa, satu undi untuk WARISAN bererti satu undi untuk PSS dilaksanakan. Inilah satu pengkhianatan tahap tertinggi kepada negeri ini.
WARISAN begitu teruja dan bersungguh-sungguh mahu melaksanakan PSS sehingga menimbulkan lebih banyak persoalan di kalangan rakyat. Kegelojohan Azis Jamman mengeluarkan kenyataan juga mengundang persepsi bahawa dia sengaja diletakkan di Kementerian Dalam Negeri dengan agenda tertentu. Malah Azis Jamman lebih kerap memberi jaminan mulut bahawa pemegang PSS tidak akan dibenarkan memohon warganegara Malaysia. Beliau lupa siapa dirinya. Beliau hanyalah Timbalan Menteri Dalam Negeri dan jaminan mulutnya tidak laku sama sekali. Rakyat sudah semakin matang dan cerdik tentang apa yang berlaku. Azis Jamman tidak mampu menjelaskan rasional PSS, apalagi mampu mempertahankan dasar. Apa Azis Jamman boleh buat sebagai Timbalan Menteri?
Rakyat Sabah bukan lagi mudah terbelit dengan penjelasan separuh masak WARISAN dan UPKO. Apa gunanya slogan ‘Sabah Kita Punya’ ? Sedangkan keutamaan WARISAN dan UPKO hanyalah mahu menguruskan PATI kononnya. Rakyat Sabah lebih memerlukan perhatian dan pembelaan. Dengan 3 Menteri penuh dan 2 Timbalan Menteri diperingkat pusat, WARISAN gagal melindungi hak rakyatnya sendiri, malah mengutamakan PATI yang tidak termaktub langsung hak mereka baik disisi Perlembagaan Persekutuan mahupun Undang-Undang Tubuh Negeri Sabah.
Apalah sangat yang mahu diurus oleh WARISAN dalam kes PATI ini? Mereka bukanlah golongan istimewa yang wajib dihampar dengan permaidani merah. Selain IMM13, pemegang Kad Burung-Burung dan Kad Bancian hendaklah ditangkap dan dihantar pulang kerana keberadaan mereka adalah secara tidak sah dan melanggar undang-undang imigresen di negara ini. Status kedua pemegang kad ini bukanlah suatu kebenaran untuk menetap, bekerja dan bergerak bebas di bumi Sabah. Malah, hanya bertujuan bagi tujuan pengesanan dan bancian sahaja.
Keberadaan mereka ini mengundang lebih banyak masalah sosial, ekonomi, keselamatan,pendidikan, kesihatan dan lain-lain lagi. Ketidakpedulian dan ketulian pentadbiran WARISAN dalam hal ini memberi persepsi bahawa PSS itu merupakan agenda tersembunyi bagi menjamin survival politik sebuah parti di bumi Sabah. Sedangkan masih banyak agenda pembangunan dan masalah harian rakyat Sabah yang tidak diberi perhatian sepenuhnya oleh WARISAN. Kelewatan dan gendala projek Pan Borneo yang sepatutnya diberi keutamaan, seolah-olah pekak dan tuli kepada WARISAN. Kenaikan berterusan kos sara hidup, masalah air bersih, bekalan elektrik, perumahan rakyat, peluang pekerjaan, bantuan sara hidup golongan miskin, petani dan nelayan, juga gagal menarik minat pentadbiran WARISAN.
Kini rakyat Sabah telah sedar pembohongan dan ketidakupayaan WARISAN mentadbir negeri. Tidak timbul kerajaan ini masih baharu atau tidak. Rakyat sudah biasa selesa menikmati pelbagai nikmat pembangunan dan bantuan daripada sebuah kerajaan yang mesra rakyat. Rakyat tidak biasa dengan pentadbiran yang mesra PATI.
Kerajaan sepenggal mungkin bakal menjadi kenyataan. Kimanis mungkin menjadi titik permulaan yang buruk buat WARISAN.
UMNO dan Barisan Nasional dengan ini mencabar pentadbiran WARISAN agar berdebat dalam tempoh terdekat bagi memberi peluang untuk menjelaskan kepada rakyat Sabah rasional disebalik perlaksanaan PSS ini. Walaupun UMNO hanyalah pembangkang, tetapi UMNO sedia menjadi tuan rumah dan menyediakan moderator bagi melicinkan debat tersebut. Ayuh berdebat sebagai anak jantan, WARISAN jangan lagi berselindung disebalik agenda sempit kepartian. Jangan biarkan kami dan rakyat Sabah tunggu terlalu lama. Cabaran dilontar, gayung bersambut. Ayuh WARISAN! Apalagi mau tipu?
KETUA UMNO SABAH
Kimanis
9hb Januari 2019




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/01/09/isu-pas-sementara-sabah-pss-sebuah-pengkhianatan-dan-penderhakaan-yang-terancang/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Isu Pas Sementara Sabah Akan Kuburkan Bukan Saja Calon Warisan Dalam Prk Kimanis Malah Parti Warisan Akan Terkubur

Isu Pas Sementara Sabah Akan Kuburkan Bukan Saja Calon Warisan Dalam Prk Kimanis Malah Parti Warisan Akan Terkubur

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 780 hits
Isu Pas Sementara Sabah yang kerajaan Pakatan Harapan jadikan sebagai dasar kononnya untuk membantu Pendatang Asing Tanpa Izin menjadi duri dalam daging bukan saja di PRK Kimanis malah bakal meruntuhkan kerajaan Warisan di Sabah Rakyat Saba...
Demo Bantah Pas Sementara Sabah 3 Hari Sebelum Kimanis Mengundi

Demo Bantah Pas Sementara Sabah 3 Hari Sebelum Kimanis Mengundi

papar berkaitan - pada 8/1/2020 - jumlah : 334 hits
Pengerusi Sorak Jamain Sarudin KIMANIS Satu tunjuk perasaan aman terhadap pelaksanaan Pas Sementara Sabah akan diadakan pada 15 Januari di Membakut ketika Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis sedang berlangsung Presiden Parti Solidariti Tana...
Apa Itu Pas Sementara Sabah

Apa Itu Pas Sementara Sabah

papar berkaitan - pada 16/1/2020 - jumlah : 780 hits
PSS atau Pas Sementara Sabah adalah dokumen terbaru Jabatan Imigresen yang akan dikeluarkan kepada pendatang asing bagi menggantikan dokumen sedia ada iaitu IMM13 Kad Burung Burung dan Sijil Banci Pemberian PSS diputuskan susulan keputusan ...
Bn Tidak Berhasrat Perkenal Pas Sementara Sabah Najib

Bn Tidak Berhasrat Perkenal Pas Sementara Sabah Najib

papar berkaitan - pada 12/1/2020 - jumlah : 394 hits
Astro Awani NAJIB Tidak walaupun ada cadangan yang berbangkit setelah dibuat RCI tetapi cadangan itu tidak diterima oleh Barisan Nasional Gambar fail KIMANIS Barisan Nasional tidak berhasrat memperkenalkan Pas Sementara Sabah Demikian kata ...
Pas Ekstrem Dhpp Sabah Sanggah Madius Tangau

Pas Ekstrem Dhpp Sabah Sanggah Madius Tangau

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 346 hits
HARAKAH DAILY DEWAN Himpunan Penyokong PAS Sabah menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UPKO Madius Tangau yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah kerana menyatakan Umno dan PAS adalah parti ekstrem Saya sebagai Pengerusi DHPP Sab...
Pas Tak Diterima Di Sabah Pan Diterima Sangatkah

Pas Tak Diterima Di Sabah Pan Diterima Sangatkah

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 393 hits
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFFTERBACA kenyataan Ketua Angkatan Wanita PAN Negara Senator Aiman Athirah Al Jundi atau nama sebenarnya Raj Munni Binti Sabu hari ini yang menyebut Rakyat Sabah khususnya di Parlimen Kimanis tidak menerima kehadir...
Pas Jangan Bawa Politik Kebencian Ke Sabah

Pas Jangan Bawa Politik Kebencian Ke Sabah

papar berkaitan - pada 13/1/2020 - jumlah : 428 hits
Pas diingatkan tidak hadir ke Sabah bagi membawa kebencian dikalangan rakyat negeri itu Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara Nasional Senator Aiman Athirah Al Jundi menegaskan kedatangan Pas untuk membantu jentera Barisan Nasional berkempen ...
Pas Sabah Mula Berkampung Di Kimanis Jom

Pas Sabah Mula Berkampung Di Kimanis Jom

papar berkaitan - pada 11/1/2020 - jumlah : 382 hits
PAS Sabah telah mula berkampung di Kimanis bagi memastikan kemenangan calon BN dalam Pilihan Raya Kecil P 176 Kimanis PAS Sabah telah membuat kerahan untuk ahli membantu dalam kempen kali ini yang akan berakhir pada 18 Januari 2020 PAS Saba...
Dap Mca Perguna Dong Zong Ambil Kesempatan Isu Jawi Pemuda Pas

Dap Mca Perguna Dong Zong Ambil Kesempatan Isu Jawi Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 436 hits
Kira kira 300 peserta menyertai Himpunan Bangkit Pertahan Jawi Haramkan Dong Zong yang berlangsung di hadapan Sogo Kuala Lumpur
Anthony Loke Trolled With Call To Resign Racist Slur After 2nd Major Heavy Vehicle Fatality In A Month

Rethinking Seato A New Maritime Pact For Asean

Protect What You Love Why Luxury Bag Insurance Matters With Aeg

5 Ways To Grow Your Truck Repair Business Online

Paya Indah Discovery Wetlands Tarikan Utama Tiket Masuk

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Jantung Berdebar Debar Dan Bengkak

Nahas Bas Penuntut Upsi Pelajar Dakwa Rayu Pemandu Perlahankan Kenderaan Tapi Tak Dipeduli


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mbi Debacle Why Did It Take So Long

Hukum Mengunduh Dan Mengambil Manfaat Dari Buku Elektronik Padahal Tertulis Hak Cipta Dilindungi

Petua Untuk Menghilangkan Kesan Karat Pada Pakaian

Nasi Tomato Ayam Masak Merah Ketupat Rendang

Tips Dapur Buat Pesakit Sle

Dunia Masih Perlukan Hadi Awang Bukan Pas Sahaja Sanusi Nafi Dakwaan Presiden Pas Bakal Berundur