Hubungan Intim Bakar Banyak Kalori Sebab Itu Asyik Lapar Lepas Bersama Benarkah



Perasan tak lepas habis sahaja aktiviti di ranjang, pasti perut lapar? Perkara ini bukanlah sesuatu yang asing bagi mereka yang kerap melakukan hubungan seks.
Bahkan kajian sains telah menunjukkan hormon seks mempunyai peranan penting yang mengawal atur tabiat makan dan metabolisma badan.
Situasi perut lapar selepas seks seringkali menimbulkan salah faham di kalangan individu bahawa aktiviti di ranjang membakar banyak kalori.
Maka, jika anda kerap melakukan hubungan seks, anda perlu ambil lebih banyak kalori. Malangnya, aturan biologi di dunia realiti tidak sebegitu.
Walaupun aktiviti seksual membakar kalori, ia tidaklah begitu banyak untuk menjustifikasikan pengambilan kalori tambahan.
Walau bagaimanapun persoalan berkenaan dengan mengapa kita cenderung untuk berasa lapar selepas seks sering bermain di fikiran.
Teruskan membaca untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Jumlah kalori yang dibakar ketika seks berdasarkan kajian sains
Aktiviti seksual terdiri daripada beberapa aspek fizikal yang memperuntukkan jumlah tenaga berbeza.
Ciuman, urutan erotik, seks penetrasi dan seks oral, kesemuanya menggunakan sejumlah tenaga yang berlainan dan ia boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor.
Pada tahun 2013, kajian yang dibiayai oleh Universiti Quebec melibatkan 21 pasangan heteroseksual telah menyenaraikan anggaran jumlah kalori yang digunakan ketika seks penetrasi.
Jumlah kalori yang dibakar berbeza mengikut posisi, rentak dan durasi hubungan seksual.
Melalui kajian tersebut, dapatan menunjukkan secara puratanya, wanita berupaya untuk bakar 69 kalori dalam masa 25 minit. Lelaki pula boleh bakar 100 kalori dalam tempoh masa yang sama.
Penggunaan kalori semasa hubungan seks meningkat apabila durasi aktiviti tersebut meningkat.
Jika tahap kelaparan seseorang itu bergantung kepada pembakaran kalori, maka, semakin lama aktiviti seks berlangsung, semakin meningkatlah kebarangkalian untuk anda berasa lapar.
Faktor lain seperti mengerang kesedapan juga boleh membakar di anara 18 hingga 30 kalori.
Posisi cowgirl (wanita duduk di atas, lelaki baring di bawah) merupakan satu bentuk aktiviti yang boleh membakar banyak kalori dalam tempoh masa 30 minit.
Ia juga merupakan satu bentuk senaman yang boleh menguatkan otot paha dan punggung.
Kajian ini menunjukkan terdapat pelbagai jenis pemboleh ubah yang boleh menyebabkan anda membakar lebih banyak kalori semasa melakukan hubungan seks.
Namun, adakah ia merupakan faktor utama yang boleh buat anda lapar selepas seks?
Hormon seks punca anda berasa lapar selepas selesai bersenggama
Ketika hubungan seks sedang berlangsung, hormon seks wanita (estrogen) dan lelaki (testosterone) meningkat, kesan daripada aturan semula jadi sistem biologi badan.
Keadaan ini bukan sahaja memberi kebaikan dari segi mood untuk bersenggama malah ia boleh memberikan tenaga dan keseronokan.
Lazimnya, paras hormon seks akan terus meningkat sehingga ia mencapai satu tahap jumlah yang kekal dan tidak akan bertambah (plateau).
Apabila kedua pasangan mengalami orgasme, paras hormon tersebut akan menurun kepada bacaan normal.
Jika ingin dibandingkan berkaitan dengan magnitud kenaikan hormon seks tersebut, lelaki mengalami peningkatan testosteron yang lebih tinggi berbanding peningkatan estrogen pada wanita.
Apabila tamat aktiviti seks, paras hormon testosteron yang sedang menurun itulah yang menjadi punca kepada rasa lapar dan ingin mengambil kalori tambahan.
Bagaimana pula dengan wanita? Berbeza dengan lelaki, hormon estrogen tidak meningkatkan rasa lapar, malah ia menghalang pengaktifan reseptor lapar di otak.
Semakin tinggi hormon estrogen, semakin kuranglah rasa lapar wanita terbabit.
Walau bagaimanapun seusai aktiviti seks, penurunan pada paras estrogen menyebabkan reseptor lapar di otak mula aktif kembali.
Ini menyebabkan wanita berasa lapar selepas melakukan hubungan seks.
Sistem saraf turut main peranan sebabkan rasa lapar selepas hubungan seks
Sistem saraf boleh dibahagikan kepada dua peranan berbeza:
1. Sistem saraf simpatetik
2. Sistem saraf parasimpatetik
Sistem saraf simpatetik melibatkan proses fisiologi yang menggunakan konsep “lawan atau lari”. Semasa kita sedang melakukan hubungan seks bersama pasangan, sistem ini diaktifkan.
Kita mula mengalami peningkatan pada kadar degupan jantung, aktiviti liang peluh dan kadar pernafasan.
Sistem ini direka khas bagi menyesuaikan persekitaran dalaman terhadap aktiviti yang memerlukan jumlah tenaga yang banyak.
Setelah seseorang itu mengalami orgasme, sistem saraf parasimpatetik akan mengambil alih peranan fisiologi badan. Sistem ini direka khas bagi mengawal atur proses fisiologi menggunakan konsep “rehat dan cerna”.
Oleh sebab itulah kita mudah untuk berasa lapar selepas orgasme dan bagi sesetengah individu, mudah untuk tertidur selepas bersenggama.
Konklusi
Perut lapar tidak selalunya bermakna anda perlu makan untuk terus berfungsi dengan baik. Kadangkala, terdapat penerangan biologi di sebalik fenomena tersebut.
Jika anda berasa lapar selepas melakukan hubungan seks, ia merupakan situasi normal yang dialami oleh majoriti manusia.
Walau bagaimanapun, anda perlu peka dan berdisiplin terhadap kadar pengambilan kalori agar kesihatan anda berada pada tahap optimum.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2021/01/hubungan-intim-bakar-banyak-kalori.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Stress Isteri Zaman Dulu Sekejap Je Isteri Zaman Sekarang Lepas Kerja Kena Ambil Anak Lebih Banyak Stress Dari Rehat

Stress Isteri Zaman Dulu Sekejap Je Isteri Zaman Sekarang Lepas Kerja Kena Ambil Anak Lebih Banyak Stress Dari Rehat

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 346 hits
Dalam kehidupan moden pada masa ini kita sentiasa berada dalam keadaan stress Kita mengalami rasa stress tanpa menyedari kita berada dalam stress kerana kita tidak tahu kita berada dalam keadaan stress dan kita tidak merasakan stress ini me...
Ini Alasannya Kenapa Cemburu Itu Dibutuhkan Dalam Sebuah Hubungan

Ini Alasannya Kenapa Cemburu Itu Dibutuhkan Dalam Sebuah Hubungan

papar berkaitan - pada 26/12/2020 - jumlah : 171 hits
Pernikahan merupakan ikatan suci antara dua insan manusia setiap manusia menginginkan untuk menikah mendapatkan keturunan dan mempunyai rumah tangga yang bahagia serta sejahtera Akan tetapi seringkali terjadi masalah masalah rumah tangga ya...
Sembilan Tanda Seseorang Itu Sudah Matang Dalam Kehidupan

Sembilan Tanda Seseorang Itu Sudah Matang Dalam Kehidupan

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 1548 hits
SEMBILAN TANDA SESEORANG ITU SUDAH MATANG DALAM KEHIDUPAN1 Kita berhenti menilai dan menghukum orang lain tetapi fokus untuk merubah diri sendiri 2 Kita boleh menerima orang lain seadanya Kita faham makna perbezaan pendapat Tidak perlu taks...
Persidangan Agung Umno Di Mana Ketajaman Keris Yang Selalu Dijulang Itu

Persidangan Agung Umno Di Mana Ketajaman Keris Yang Selalu Dijulang Itu

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 247 hits
Terlebih dahulu Selamat Bersidang diucapkan kepada seluruh Umno Bahagian di seluruh negeri Persidangan kali ini tentunya seperti tahun lalu di mana tiada serinya walaupun Umno kini telah kembali menjadi sebahagian dari kerajaan pintu belaka...
Apa Itu Mesh Wifi Dan Beza Dengan Wifi Extender

Apa Itu Mesh Wifi Dan Beza Dengan Wifi Extender

papar berkaitan - pada 2/1/2021 - jumlah : 694 hits
Lama betul rasanya tak share berkenaan dengan teknologi Memandangkan aku ada benda baru nak share dengan korang berkenaan dengan mesh Pelikkan Nama Mesh dah nama macam nama orang tapi itulah teknologi yang dipanggil mesh Apa Itu Mesh Wifi T...
Melonjakkan Pasaran Vaksin Adakah Itu Benar

Melonjakkan Pasaran Vaksin Adakah Itu Benar

papar berkaitan - pada 3/1/2021 - jumlah : 207 hits
Melonjakkan pasaran Vaksin adakah itu benar Jumlah kematian di dunia dalam 3 bulan terakhir tahun 2020 314 687 Virus Corona 369 602 Selsema biasa 340 584 Malaria 353 696 bunuh diri 393 479 kemalangan jalan raya 240 950 HIV 558 471 alkohol 8...
Viral Seorang Pria Ngamuk Saat Didatangi Satpol Pp Kapolda Itu Adik Istri Saya

Viral Seorang Pria Ngamuk Saat Didatangi Satpol Pp Kapolda Itu Adik Istri Saya

papar berkaitan - pada 4/1/2021 - jumlah : 215 hits
Heboh Seorang pria tantang anggota Satpol PP saat restorannya didatangi Ia mengaku seorang purnawirawan polisi dan klaim kerabat Kapolda Video berdurasi 3 25 detik itu telah beredar dan viral di media sosial Di video tersebut memperlihatkan...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Buffet Ramadan The Westin Desaru Coast


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Warung Jdt Sarap

Warong Wak John Kampung Parit Jelutong Parit Raja Johor

Resepi Pandan Burn Cheesecake

Lima Lelaki Warga Indonesia Ditembak Ditinggalkan Di Hospital Serdang Dalam Keadaan Parah

Pertama Kali Dalam Sejarah Denmark Pendakwa Raya Fail Pertuduhan Kes Hina Al Quran

Pemuda Amanah Akui Sukar Saingi Pas