Apa Itu Mesh Wifi Dan Beza Dengan Wifi Extender
Lama betul rasanya tak share berkenaan dengan teknologi. Memandangkan aku ada benda baru nak share dengan korang berkenaan dengan mesh..
Pelikkan? Nama Mesh dah nama macam nama orang.. tapi itulah teknologi yang dipanggil mesh.
Apa Itu Mesh Wifi?Tapi persoalannya apa itu mesh wifi dan kelebihannya?
Bahasa mudahnya teknologi mesh wifi ini adalah satu alat yang mana berfungsi untuk meluaskan kawasan wifi dalam rumah melalui router/modem.
Mesh ni biasanya digunakan kalau rumahnya yang terlalu besar sehingga tidak mendapat coverage wifi (dead zone). Maka mesh boleh membantu tugas router untuk meluaskan wifi coverage seluruh rumah. Bukan sahjaa untuk rumah yang besar, untuk ruang pejabat yang besar atau mungkin hotel.
Ini antara brand popular yang ada mesh seperti Tp-link, Tenda, Huawei dan Asus
Mesh ada pilihan sama ada nak 1 item, 2 item dan 3 item.. kat kotak biasa ada bagi suggestion kalau umah besar berapa mesh nak guna. Kalau umah korang yang tak dapat coverage wifi bila masuk bilik tidur, ruang tamu or pergi dapur ke boleh guna mesh...
Apa Beza Mesh Wifi dengan Wifi Extender?Bila korang tengah usha mesh tetiba korang akan jumpa produk yang akan tulis wifi extender.. Jadi apa beza Mesh dengan wifi extender
Wifi extender fungsinya lebih kurang macam mesh namun teknologinya berlainan dan fungsinya tak berapa cukup kuat kalau nak dibandingkan dengan mesh. Jadinya tak berapa sesuai untuk rumah yang terlalu besar.
Dan biasanya bentuk macam plug dan hanya dijual dalam 1 sahaja item wifi extender. Tidak seperti Mesh yang ada pilihan 1,2, 3 item mesh dalam packing kotak.
contoh wifi extender macam plug bentuknya dan ada 2 batang signal.
Ramai pengguna mengatakan kalau guna wifi extender akan berlaku speed loss. Tak sure betul ke tidak yang penting semuanya bergantung pada kegunaan korang dan bajet..
Harga Mesh ?
Wifi extender lebih murah berbanding Mesh wifi. Kalau nak pilih juga mesh jenis jimat punya boleh try ambil brand Tenda. Kualiti dikira terbaik. Then kalau nak cari mesh padu boleh try ambil brand Tp Link Deco punya. Harga pun bangsawasanlah. Speed loss mgkin tiada atau mgkin tak banyak.
Cara Penggunaan MeshCaranya memang sangat mudah kalau macam tp link biasa kena download app dia dan ikut je arahan yang diberikan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.akubahrain.com.my/2021/01/apa-itu-mesh-wifi-dan-beza-dengan-wifi.html