Hubungan Cinta Natural Ini 10 K Drama Papar Pasangan Romantik Realistik


K-Drama romantik dan juga pasangan teraju utama yang berjaya mempamerkan ‘chemistry’ luar biasa sememangnya adalah antara ‘healing drama’ yang menjadi pilihan. Keserasian antara pasangan adalah sangat penting dalam menghasilkan drama romantik kerana proses percintaan itu perlu lah tampak ‘natural’ dan tidak ‘complicated’. Ini antara pasangan K-Drama yang berjaya papar hubungan romantik ‘realistic’.
1. Weightlifting Fairy Kim Bok-Joo Watak Kim Bok-joo iaitu lakonan Lee Sung-kyung, merupakan seorang gadis yang akan melakukan apa sahaja untuk mencapai matlamat tersebut. Kisah Bok-joo yang berusaha mencapai impiannya semasa dia jatuh cinta buat kali pertama adalah babak yang disukai ramai. Walaupun ia dianggap sebagai kisah cinta yang mempunyai proses ‘slow burn’, ia pastinya masih mampu memberi impak.
Kedua-dua peneraju utama itu bersatu semula di kolej. Joon-hyung adalah orang pertama yang menyedari perasaannya terhadap Bok-joo, malah dia turut memutuskan untuk meluahkan perasaannya. Penantian cinta itu pastinya berbaloi, kerana mereka membawa mood pasangan yang ‘easy-going’ dan mereka terus menyokong impian masing-masing.

2. Fight For My Way Drama kisah cinta antara Ko Dong-man lakonan Park Seo-joon dan Choi Ae-ra lakonan Kim Ji-won merupakan antara ‘healing’ drama yang berjaya meraih perhatian sehingga kini. Kisah cinta yang bermula dengan hanya sekadar hubungan sahabat baik. Apabila mereka mula menyedari bahawa mereka selalu menjadi yang pertama untuk ada antara satu sama lain, perasaan cinta antara mereka mula membuak. Kisah cinta mereka yang ‘casual’ dan menyeronokkan dek kerana gelagat mereka adalah antara kisah cinta yang menjadi idaman dalam kalangan penonton K-Drama.

3. Healer Drama yang dibintangi Ji Chang-wook sebagai Seo Jung-hoo dan Park Min-young sebagai Chae Young-shin yang merupakan seorang wartawan. Kedua-duanya mempunyai ibu bapa yang mengenali antara satu sama lain dan terlibat dalam misteri tragis. Mereka jatuh cinta dan memikirkan cara untuk menyelesaikan misteri kedua ibu bapa mereka.
Keserasian antara mereka adalah yang perlu diingati. Seo Jung-hoo jatuh cinta dengan Young-shin sejak dari awal namun dia merahsiakan perkara tersebut. Dia tidak mahu mendedahkan kisah gelapnya kerana mungkin membahayakan nyawa Young-shin. Kesudahan kisah cinta mereka amat memuaskan kerana ia memaparkan kisah cinta realistik yang turut dialami oleh orang lain.

4. Coffee Prince Drama ini mengisahkan tentang seorang tomboy bernama Go Eun-chan lakonan Yoon Eun-hye yang mendapat pekerjaan sambilan di kedai kopi milik Choi Han-kyul lakonan Gong Yoo. Kedua-dua peneraju itu berakhir dengan hubungan yang rumit apabila Han-kyul jatuh cinta dengan Eun-chan sambil menganggap dia lelaki, dan Eun-chan tidak mahu mendedahkan jantinanya yang sebenar.
Walaupun hubungan mereka berdua tidak berakhir bersama, melihat kepada proses hubungan mereka berkembang apabila mereka mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam yang memberi perkembangan emosi sempurna. Ia menjadikan mereka menjadi pasangan manis pada akhir episod.

5. I Am Not A Robot Yoo Seung-ho yang membawa watak sebagai Kim Min-kyu dan Chae Soo-bin sebagai Jo Ji-ah adalah dua pelakon utama yang amat digemari peminat. Apabila Min-kyu mempunyai robot, dia mendapati bahawa dirinya tertarik kepada robot tersebut. Tetapi kemudian dia mendapat tahu bahawa robot itu sebenarnya, manusia.
Hubungan antara Min-kyu dan Ji-ah sebagai bos dan robot ‘palsu’ benar-benar menarik perhatian. Walaupun ia mengambil sedikit masa sebelum Min-kyu menyedari bahawa Ji-ah sebenarnya bukan robot, usahanya untuk menyembunyikan sifatnya sebagau manusia menjadikan drama itu kelakar dan menghiburkan. Walaupun pada awalnya Min-kyu berasa seeolah dikhianati, namun dia menyedari bahawa rasa cintanya terhadap Ji-ah lebih tinggi. Kekuatan hubungan mereka menjadikan mereka pasangan yang realistik dalam menerima kekurangan antara satu sama lain.

6. My Liberation Notes Skrip drama terbaru yang ditulis oleh Park Hae-young dibintangi oleh Son Suk-ku, Kim Ji-won, Lee Min-ki dan Lee El. Drama ini memfokuskan kepada kehidupan tiga beradik yang cuba memikirkan hala tuju mereka. “My Liberation Notes” merupakan kisah cinta antara Encik Gu lakonan Son Suk-ku dan Yeom Mi-jung lakonan Kim Ji-won adalah satu nafas baru yang disuntik antara pasangan. Mereka tidak pernah menjadi pasangan namun mereka sangat menyayangi dan peduli antara satu sama lain justeru itu, emua adegan yang dilakonkan mereka mendapat komen positif daripada penonton.

7. Itaewon Class Watak Park Sae-royi iaitu lakonan Park Seo-joon, merupakan seorang remaja yang melalui banyak perkara dalam kehidupan mudanya. Bapanya terbunuh secara tragis dalam kemalangan langgar lari, lalu dia dibuang sekolah, dan dia dijatuhi hukuman penjara selama tiga tahun.
Kisah cinta Sae-royi adalah kisah yang bermula apabila dia menaruh hati pada seorang wanita. Tetapi perasaan itu berubah apabila dia bertemu Jo Yi-seo lakonan Kim Da-mi.  Walaupun Yi-seo sangat terbuka dan berterus-terang tentang perasaannya terhadap Sae-royi, dia akhirnya mendapat perbalasan cinta daripada Park Sae-royi. Kisah cinta mereka menjadi perhatian apabila secara konklusinya, mereka memaparkan bagaimana Park Sae-royi menerima cinta yang sentiasa ada di kala susah senang dan menerima baik buruknya.

8. I’ll Go To You When The Weather Is Nice Selepas Mok Hae-won lakonan Park Min-young memutuskan untuk meninggalkan Seoul dan berpindah ke luar bandar bersama ibu saudaranya, dia bertemu dengan rakan sekolah menengah lamanya Im Eun-seob lakonan Seo Kang-joon.
Drama ini adalah satu kisah cinta yang paling tidak ‘complicated’ dan menawan hati peminat. Hati Eun-seob untuk Hae Won adalah satu yang telah diuji masa. Dia memerhati Hae-won dari jauh dan berpuas hati dengan cara seperti itu. Kedua-duanya mereka pada akhirnya menjadi pasangan, dan penantian mereka semestinya berbaloi.

9. Hospital Playlist Drama ini menampilkan salah satu kisah percintaan K-drama yang menyenangkan di mana Lee Ik-joon lakonan Jo Jung-suk dan Chae Song-hwa lakonan Jeon Mi-do yang hanya menjadi pasangan pada musim kedua drama itu. Hubungan antara mereka bermula sejak mereka masih pelajar sekolah perubatan. Mereka berdua masing-masing mempunyai pengalaman dalam bercinta, bahkan Ik-joon sendiri telah melalui penceraian. Kisah cinta yang mereka pamerkan adalah kematangan dalam perhubungan malah mereka mengatasi skeptikal dalam kalangan masyarakat untuk mementingkan perasaan sendiri berbanding pandangan orang luar.

10. Don’t Dare To Dream Kisah mereka bermula apabila Jung-won akhirnya jatuh cinta dengan Pyo Na-ri lakonan Gong Hyo-jin. Pada mulanya, Hwa-shin tidak berminat dengan Na-ri, tetapi apabila dia melihat bagaimana Na-ri bersama Jung-won, Hwa-shin perlahan-lahan mula menaruh minat.
Walaupun cinta daripada Jung-won adalah cinta yang diinginkan oleh Na-ri, Hwa-shin yang sebenarnya menaruh hati sejak awal. Apa yang menjadikan drama ini unik adalah untuk sebahagian besar drama ini, Jung-won dan Na-ri sebenarnya sedang bercinta. Semasa mereka berdua bercinta, Hwa-shin menyedari perasaannya terhadap Na-ri, tetapi berasa sedih kerana mengkhianati kawan baiknya. Walaupun perasaan mereka dilihat rumit, Na-ri dan Hwa-shin akhirnya bersatu, dan hasrat mendalam Na-ri untuk bersama Hwa-shin menjadi kenyataan.

Jadi, antara sepuluh K-Drama yang tersenarai, mana satu ‘healing’ drama kegemaran korang? Cuba komen!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://kimchidaily.my/hubungan-cinta-natural-ini-10-k-drama-papar-pasangan-romantik-realistik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Menurut Kajian Panggil Pasangan Dengan Nama Haiwan Akan Membuatkan Hubungan Lebih Romantik Dan Kekal Lebih Lama

Menurut Kajian Panggil Pasangan Dengan Nama Haiwan Akan Membuatkan Hubungan Lebih Romantik Dan Kekal Lebih Lama

papar berkaitan - pada 17/7/2022 - jumlah : 249 hits
Penafian Gambar yang digunakan hanyalah untuk tujuan hiasan semata mata Memanggil kekasih penyayang seperti baby manis atau honey mungkin perkara biasa Walau bagaimanapun pernahkah anda mendengar orang lain yang mempunyai panggilan k
Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

Drama Sekali Lagi Cinta Kembali

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 547 hits
Nantikan drama adaptasi novel Sekali Lagi Cinta Kembali karya Anna Milia akan mengisi slot Akasia TV3 Drama 28 episod terbitan A Aida Production diarahkan oleh Riza Baharudin Menampilkan Aniq Suhair dan Siti Khadijah sebagai pelakon utama n...
Saling Unfollow Amp Kongsi Ayat Sedih Hubungan Cinta Aedy Ashraf Dengan Amelia Henderson Berakhir

Saling Unfollow Amp Kongsi Ayat Sedih Hubungan Cinta Aedy Ashraf Dengan Amelia Henderson Berakhir

papar berkaitan - pada 1/8/2022 - jumlah : 325 hits
Status pasangan kekasih selebriti Aedy Ashraf dan Amelia Henderson menjadi tanda tanya warganet setelah beberapa bulan dikatakan menjalinkan hubungan cinta Terbaharu ciapan yang dimuat naik oleh pelakon berusia 29 tahun itu menarik perhatia...
Pasangan Jadikan Anda Trofi Kemegahan Cinta Sahaja Tidak Cukup

Pasangan Jadikan Anda Trofi Kemegahan Cinta Sahaja Tidak Cukup

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 241 hits
Dalam Bahasa melayu bila kita sebutkan perkataan kehormatan nadanya seakan berkaitan tentang maruah diri dan majlis keramaian Namun dalam Bahasa inggerisnya Respected pada saya sendiri ada banyak makna iaitu yang ditekankan disini bermaksud...
Drama Reen Putus Cinta

Drama Reen Putus Cinta

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 383 hits
Drama Reen Putus Cinta drama siri Melayu lakonan Reen Rahim Beego Natasha Sass Yulia Kamelia dan ramai lagi Drama Reen Putus Cinta episod 1 mula bersiaran pada 1 Julai 2022 setiap hari Jumaat hingga Ahad jam 8 30 malam di slot Dramedi Aweso...
Drama Selamanya Suri Cinta Lakonan Siti Nordiana Sham Visa Fahrin Ahmad

Drama Selamanya Suri Cinta Lakonan Siti Nordiana Sham Visa Fahrin Ahmad

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 351 hits
Tonton drama bersiri Selamanya Suri Cinta Full Episod terbitan Suhan Movies Trading dibintangi oleh Siti Nordiana Sham Visa dan Farahdhiya akan menemui penonton di TV9 mulai 15 Julai setiap Khamis dan Jumaat pukul 9 30 malam JUDUL Selamanya...
Tiada Lagi Hubungan Cinta Keluarga Malaysia Harapan

Tiada Lagi Hubungan Cinta Keluarga Malaysia Harapan

papar berkaitan - pada 28/7/2022 - jumlah : 211 hits
Memorandum persefahaman antara kerajaan dan Pakatan Harapan yang dikatakan akan tamat pada 31 Julai tidak akan disambung kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Ismail yang juga naib presiden Umno berkata gabungan pembangkang dimaklumkan t...
Drama Cinta Hilang Kata Lakonan Shahz Jaszle Sophia Albarakbah

Drama Cinta Hilang Kata Lakonan Shahz Jaszle Sophia Albarakbah

papar berkaitan - pada 16/7/2022 - jumlah : 441 hits
Tonton drama adaptasi novel Cinta Hilang Kata Full Episod karya Lily Haslina Nasir akan datang di Astro Prima Drama terbitan Country Universan diarahkan oleh Kyoll Hamzah dan menampilkan pelakon Shahz Jaszle Sophia AlBarakbah Iqram Dinzly N...
Drama Ji Chang Wook S Heavy Message Death Does Not End Everything

Drama Ji Chang Wook S Heavy Message Death Does Not End Everything

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 296 hits
If You Wish Upon Me Ji Chang Wook Sung Dong Il and Choi Soo Young foreshadowed the greatest chemistry ever On 20 July KBS 2TV s new Wednesday Thursday drama If You Wish Upon Me released a second teaser video containing the touching
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah