Hubungan Bn Pn Dalam Kerajaan Baik Annuar


By SatuBerita
-March 29, 2022
HUBUNGAN antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam kerajaan adalah baik, namun kedua-dua parti politik itu mempunyai strategi masing-masing menjelang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata beliau tidak merasakan BN dan Bersatu renggang, kerana kedua-duanya masih lagi berada dalam satu kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut Ketua UMNO Bahagian Ketereh itu, kerajaan BN-PN sedang berjalan dengan baik, namun situasi tersebut berbeza apabila kedua-dua gabungan parti berkenaan berdepan dengan pilihan raya, kerana masing-masing ingin mencuba nasib bertanding sendiri.

“Saya rasa apa yang berlaku adalah lumrah politik. Masing-masing sedang membuat penyesuaian, jadi biarlah proses ini berjalan secara harmoni, kerana ini satu ketentuan yang tidak dapat dielakkan.

“Menjelang PRU15, setiap parti politik akan mengambil strategi masing-masing dan setiap parti mempunyai kaedah penentuan (kaedah membuat keputusan) melalui pelbagai peringkat jawatankuasa.

“Tidak ada yang saya anggap sebagai ‘berpatah arang, berkerat rotan’, terimalah hakikat politik banyak kemungkinan dan tidak ada yang kekal dalam politik,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di Kinarut, Sabah, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hubungan antara BN dan Bersatu di peringkat Pusat, serta pandangan mengenai keadaan kerjasama kedua-dua parti itu di Sabah.

Annuar berkata setiap dasar yang diputuskan dalam parti pada satu-satu masa jangan dianggap sebagai kekal, kerana berkemungkinan perkara itu berubah dan dalam politik perlu sentiasa bersikap pragmatik untuk maju ke hadapan.

“Pada masa ini, UMNO dan BN kita ada keputusan dasar telah dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO, maka itulah dasar semasa dan ahli parti berpeganglah pada dasar itu.

“Tetapi bila kita bergerak ke hadapan, pucuk pimpinan kita mungkin berdepan situasi berbeza dan kita boleh berbincang,” katanya sambil menambah, beliau yakin pimpinan setiap parti politik mempunyai formula terbaik untuk berdepan pilihan raya.- BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/03/hubungan-bn-pn-dalam-kerajaan-baik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tak Sokong Atau Berkecuali Usul Sosma Mou Ph Kerajaan Terbatal Dakwa Annuar

Tak Sokong Atau Berkecuali Usul Sosma Mou Ph Kerajaan Terbatal Dakwa Annuar

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 190 hits
March 23 2022 10 15 PMAnnuar Musa menyifatkan tindakan Ahli Parlimen PH menolak usul kerajaan di Dewan Rakyat hari ini sebagai blessing in disguise atau hikmah terselindung PETALING JAYA Ahli Parlimen Ketereh Annuar Musa mendakwa memorandum...
Pau 2021 Dakwaan Umno Dalam Kerajaan Tidak Memuaskan Itu Heavy Annuar Musa

Pau 2021 Dakwaan Umno Dalam Kerajaan Tidak Memuaskan Itu Heavy Annuar Musa

papar berkaitan - pada 17/3/2022 - jumlah : 155 hits
KUALA LUMPUR Tidak pernah sekalipun ketetapan Pilihan Raya Umum Ke 15 dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO Malah Ketua UMNO Bahagian Ketereh Tan Sri Annuar Musa turut menyifatkan isi kandungan ucapan disampaikan Timbalan Presiden UMNO Datuk ...
Riak Buat Baik Demi Pujian Manusia

Riak Buat Baik Demi Pujian Manusia

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 160 hits
RIAK BUAT BAIK DEMI PUJIAN MANUSIA Selamat pagi sahabat Apakah maksud riak ysng sebenarnya ye Riak tu adalah sifat di mana seseorang membuat sesuatu perkara yang baik dengan niat nak menunjuk nunjuk Dia buat baik tu niat dia sebab nak orang...
Lantunkanlah Sesuatu Yang Baik

Lantunkanlah Sesuatu Yang Baik

papar berkaitan - pada 30/3/2022 - jumlah : 180 hits
Bagi sesiapa yg berminat mahu menambah Share saham QMEI Masih dibuka dgn harga skrg 1 60usd perunit akan ditutup pada pertenggahan April management akan close utk submitting process utk kenaikan harga di Nasdaq yg dijangka dlm 3 tahun harga...
Saya Memang Ke Arah Itu Cuma Tak Berani Nak Cakap Lebih Nelydia Senrose Mohon Doa Yang Baik Baik

Saya Memang Ke Arah Itu Cuma Tak Berani Nak Cakap Lebih Nelydia Senrose Mohon Doa Yang Baik Baik

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 213 hits
Penampilan bertudung pelakon Nelydia Senrose sekembalinya daripada mengerjakan umrah kali ketiga Disember tahun lalu disusuli kembara percutian ke negara Timur Tengah selepas itu mencvri perhatian ramai Rata rata peminat memberikan reaksi p...
Hiburan Belanja Ibu Bapa Lebih Baik Ustazah Asma Harun Tegur Peminat Justin Bieber

Hiburan Belanja Ibu Bapa Lebih Baik Ustazah Asma Harun Tegur Peminat Justin Bieber

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 152 hits
Terdahulu kecoh di media sosial apabila penyanyi antarabangsa terkenal Justin Bieber dilaporkan akan membuat persembahan konsert jelajah Justice World Tour di Kuala Lumpur pada bulan Oktober ini di Stadium Nasional Bukit Jalil Namun baru ba...
Mohon Mencadangkan Rasanya Lebih Baik Saifuddin Batal Saja Hasrat Lawan Rafizi

Mohon Mencadangkan Rasanya Lebih Baik Saifuddin Batal Saja Hasrat Lawan Rafizi

papar berkaitan - pada 1/4/2022 - jumlah : 171 hits
Sudah lebih dua minggu sejak Rafizi Ramli mengesahkan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR tetapi sehingga ini belum diketahui lagi siapa yang akan berlawan dengannya Ada dua nama disebut sebut mahu berlawan dengan Rafizi bagi me...
Lebih Baik Bandingkan Era Najib Dan Anwar Sebagai Menteri Kewangan

Lebih Baik Bandingkan Era Najib Dan Anwar Sebagai Menteri Kewangan

papar berkaitan - pada 31/3/2022 - jumlah : 228 hits
LEBIH BAIK BANDINGKAN ERA NAJIB DAN ANWAR SEBAGAI MENTERI KEWANGANLebih baik bandingkan era Najib dan Anwar sebagai Menteri KewanganPosted By on March 31 2022Keterujaan bekas Perdana Menteri Najib Razak mendampingi persatuan persatuan Cina ...
4 Perkara Tak Boleh Kongsi Dengan Rakan Sekerja Walau Baik Sekalipun

4 Perkara Tak Boleh Kongsi Dengan Rakan Sekerja Walau Baik Sekalipun

papar berkaitan - pada 29/3/2022 - jumlah : 195 hits
Walaupun rakan sekerja ni individu yang korang jumpa setiap hari tak semestinya korang boleh share semua benda dengan mereka Jom kita selongkar perkara yang korang kena elak untuk kongsi dengan rakan sekerja Jadi jom kita selongkar 4 Perkar...
Motorcyclist Dies After Crashing Into Pothole In Kota Kinabalu

Pemuda Pas Jangan Samakan Jenaka Harith Dengan Ugut Bunuh Pkr

Lelaki Ditahan Bakar Al Quran

Any Rise In Electricity Tariffs Won T Burden Businesses Says Pm

Worm Hunt Lunar Arena

Podcast Apa Apa Saja Saya Menyesal Jadi Along Harian Metro 02 02 2025

Resepi Sup Telur Chinese Style

Apakah Itu Umami


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


Lebih 85 Peratus Rakyat Tidak Terjejas Kenaikan Tarif Elektrik Perdana Menteri

Cybersecurity For Small Businesses

Dessert Table By Nieyl

Along Kini Guna Ai Ugut Mangsa Metro Ahad 02 02 2025

Resipi Minyak Cili Yang Sedap Tak Rasa Pahit

Perang Perdagangan Kembali Bagaimana Pedagang Boleh Mendapat Keuntungan Dari Kekacauan Pasaran