Hubungan Anak Perempuan Dan Ayah


Hubungan anak perempuan dan ayah | Saja pagi ni umi rasa nak membebel.Actually entry ni adalah random.Entry ni terkeluar dek kerana apa yang umi lihat dan baca. Ramai yang menganggap bila kita ada anak perempuan, especially si suami, kebanyakkan dari mereka ni, mengatakan mereka tak boleh jaga anak perempuan sebab anak itu adalah anak perempuan.Ada jugak umi dengar cakap-cakap orang, Jangan biasakan anak perempuan dengan ayahnya.atau Jangan tinggalkan anak perempuan selalu dengan ayahnya.Selalu dok kaitkan dengan “HARUAN MAKAN ANAK”.Nauzubillah..Mintak dijauhkan dari kita kan. Bila takde agama, ataupun terpesong dari agama, maka timbullah Haruan makan anak.Sebaliknya anak perempuan tulah yang perlu dijaga dan diambil perhatian.Kenapa umi cakap macam tu, sebab nenek dulu selalu cakap, Nak jaga anak perempuan ni macam nak jaga sekandang lembu.Korang fikirkanlah kenapa. Umi ada terbaca perkongsian dari group telegram umi tentang isu Jaga Anak Perempuan Kita.Khususnya untuk si ayah. Wahai ayah-ayah sekalian, suka atau tdiak satu masa nanti anak perempuan akan malu pada ayah, berbual bila perlu sahaja dan tak mahu lagi mengadu masalah pada ayah. Sebelum masa ini tiba, luangkanlah seberapa banyak masa yang ada bersamanya.Berilah perhatian kepadanya dan korbanlah tenaga apabila diperlukan. Kerana bila tiba masa ini tiba, ayah pasti akan menyesal kerana tidak memanfaatkan peluang begini. Jasad sahaja tak cukup kalau mata dan hati di tempat lain. Menghadap handphone, menonton televisyen atau sibuk dengan kerja di rumah. Sudah lah seharian duduk di rumah orang asing pengasuh atau taska, bermain dengan orang asing, makan dengan orang asing dan tidur dengan orang asing. Malamnya pula ayah sibuk dengan urusan lain. Tidak di tanya anak makan apa hari ini, buat apa hari ni, main apa hari ni, yang ayah tahu hanya marah kerana buat bising masa dengar berita, di tegur kerana makan berterabur dan di tengking kerana mainan bersepah. Anak perempuan sangat special, mereka sangat perlu akan kasih sayang seorang lelaki bagi memenuhi keperluan emosi mereka. Ayah beri lah kasih sayang yang anak ini perlukan sebelum mereka menagih kasih sayang dari lelaki lain. JAGA ANAK PEREMPUAN KITA LUANGKAN MASA BERSAMA ANAK ▪️ Belajar, bermain atau beriadah bersama yang boleh kuatkan bonding ayah & anak. ▪️ Cari aktiviti kegemaran bersama supaya anak kita tak cari aktiviti di luar rumah dengan orang lain. AJAR SIFAT MALU ▪️ Pentingnya sifat malu di dalam diri mereka agar malu itu menjaga mereka agar terhindar dari melakukan perkara-perkara yang terlarang. ▪️ Supaya mereka tahu batas-batas pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. BERI PUJIAN PADA ANAK ▪️ Manjakan anak perempuan dengan pujian dari ayah seperti cantik, rajin, kuat, berani dan pandai. ▪️ Bila dah biasa dengan pujian dari ayah baru anak perempuan kita tak mudah termakan dengan pujian lelaki lain. BERI HADIAH SEBAGAI PENGHARGAAN ▪️ Tunjukkan penghargaan kita bagi setiap pencapaian baik anak di sekolah, di rumah atau di luar rumah. ▪️ Berikan hadiah seperti tudung, kasut, baju dan beg sebagai tanda kita bangga dengan dia supaya anak perempuan kita tak berahi bila dapat hadiah dari orang lain. PEGANG TANGAN ANAK SEMASA BERJALAN ▪️ Pimpin tangan anak perempuan ketika di shopping mall, pasar malam, melintas jalan atau ke kedai runcit. ▪️ Supaya anak perempuan kita tahu kita prihatin pada dia dan boleh melindungi dia barulah mereka tidak mudah termakan janji dari lelaki lain. SENTIASA NASIHAT DENGAN KATA MANIS ▪️ Nasihat dalam bergurau pada anak perempuan supaya nasihat kita itu di dengari dan di ingati. ▪️ Selit kata-kata manis seperti lawa kakak pakai tudung, kakak comel pakai baju kurung, kakak baik nanti Allah sayang. ▪️ Penuhi hati anak dengan tarbiah supaya anak kita sentiasa ingat pesanan ayah. JANGAN MALU TEMAN ANAK PEREMPUAN KE TANDAS ▪️ Ketika di tempat awam ada masa ayah yang kena bawa anak ke tandas, jangan risau anak perempuan boleh di bawa ke tandas lelaki asalkan tandas ada bilik air. ▪️ Ini masa untuk kita buktikan bahawa kita ada di saat mereka perlukan kita. Manjakan lah anak perempuan kita sementara kita masih boleh.. kerana sampai satu masa mereka akan pergi kepada lelaki lain. Besar amanah menjaga anak perempuan, besar juga risikonya.. Silap cara didikan boleh memakan diri kita. Sebaliknya ganjaran mendidik anak perempuan sangat besar.. مَنِ ابْتُلِيَ مِنْ هَذِهِ الْبَنَاتِ بِشَيْءٍ فَأَحْسَنَ إِلَيْهِنَّ كُنَّ لَهُ سِتْرًا مِنَ النَّارِ “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuan lalu ia berbuat baik kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka” (HR Al-Bukhari no 1418 dan Muslim no 2629) Didiklah anak perempuan kita sebagai jambatan kita untuk meraihkan syurga. Sabar, tawakal dan kasih dalam mendidik supaya anak perempuan kita jadi wanita dewasa yang cerdik beza halal & haram. Anak-anak ni ibarat kain putih dan kita sebagai ibu bapa lah yang mencorakkan mereka.Bagaimana mereka akan jadi bila besar kelak.
The post Hubungan anak perempuan dan ayah appeared first on Kisahsidairy.com.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kisahsidairy.com/hubungan-anak-perempuan-dan-ayah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Emosi Anak Banyak Ikut Ibu Ayah Kena Jaga Hati Ibu Jika Mahu Anak Membesar Dengan Baik

Emosi Anak Banyak Ikut Ibu Ayah Kena Jaga Hati Ibu Jika Mahu Anak Membesar Dengan Baik

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 415 hits
Zaman sekarang zaman semua hendak CEPAT Kita ada perkhidmatan fast food Drive Thru Service Jimat masa makan dalam kereta sahaja Ada perkhidmatan grab car grab food Dari segi pengangkutan semua kalau boleh hendak naik LRT jika kerja di kota ...
Wahai Anak Perempuan Sulung Bahu Dan Hatimu Harus Sentiasa Kuat

Wahai Anak Perempuan Sulung Bahu Dan Hatimu Harus Sentiasa Kuat

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 368 hits
penafian sekadar gambar hiasanMenjadi anak sulung peremupan dari sebuah kelaurga sangatlah berat Dia biasanya menjadi tulang punggung keluarga karena terlahir sebagai anak sulung Anak pertama juga biasanya sangat kuat dan tegar memotivasi d...
Bila Dapat Bayi Baru Terlupa Anak Sulung Belum Puas Bermanja Kesilapan Ini Selalu Ibu Ayah Buat

Bila Dapat Bayi Baru Terlupa Anak Sulung Belum Puas Bermanja Kesilapan Ini Selalu Ibu Ayah Buat

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 478 hits
Selalu dipersalahkan dipaksa matang awal mengalah Hati hatilah 6 kesilapan ini selalu ibu ayah buat kepada anak sulung tanpa sedar Dialah penghuni pertama rahim ibu yang mengajar ibu ayah menjadi ibu bapa sehingga terbinanya sebuah keluarga...
Disiplinkan Anak Ibu Ayah Jangan Marah Serentak Kena Seorang Tegas Seorang Bertenang

Disiplinkan Anak Ibu Ayah Jangan Marah Serentak Kena Seorang Tegas Seorang Bertenang

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 400 hits
Ibu marah cari ayah Ayah marah cari ibu Biasa berlaku kan Apa respon kita sebagai ibu ayah Keadaan ini selalu berlaku pada anak anak untuk mereka dapat perlindungan atas kesalahan yang dilakukan Sekali sekala bertegas dengan anak perlu untu...
Pesan Seorang Ayah Jangan Biarkan Ponsel Membuat Anda Jadi Orang Tua Yang Buruk Bagi Anak Anda Sendiri

Pesan Seorang Ayah Jangan Biarkan Ponsel Membuat Anda Jadi Orang Tua Yang Buruk Bagi Anak Anda Sendiri

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 285 hits
Seorang blogger bernama Brad Kearns memberikan pesan penting kepada para ayah agar jangan main ponsel saat bersama anak Ia bercerita bahwa saat ia berusaha untuk update perkembangan dunia di saat yang sama ia telah mengabaikan anaknya Sebag...
Anak Kreatif Pemalu Cerewet Dan Berhati Hati Semua Ada Kelebihan Hanya Mak Ayah Kena Gilap

Anak Kreatif Pemalu Cerewet Dan Berhati Hati Semua Ada Kelebihan Hanya Mak Ayah Kena Gilap

papar berkaitan - pada 25/2/2019 - jumlah : 360 hits
Anak anak dilahirkan dengan sifat semulajadi yang membezakan setiap seorang daripada mereka Kadang kadang apabila kita membanding bandingkan mereka secara tidak sengaja kita menggunakan label yang negatif sebagai diskripsi diri mereka conto...
Perbuatan Terkutuk Anak Perempuan Terbongkar Apabila Ibu Melihat Kesan Lebam

Perbuatan Terkutuk Anak Perempuan Terbongkar Apabila Ibu Melihat Kesan Lebam

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 343 hits
Hancur hati seorang ibu apabila mengetahui anak perempuan tunggalnya telah melakukan perbuatan terkutuk Ini berlaku apabila seorang ibu terkejut melihat kesan lebam pada leher anaknya dan mengetahui bahawa remaja terbabit telah melakukan hu...
Video Momen Ayah Wakili Menerima Ijazah Sang Anak Saat Wisuda Yang Meninggal Setelah Skripsi

Video Momen Ayah Wakili Menerima Ijazah Sang Anak Saat Wisuda Yang Meninggal Setelah Skripsi

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 279 hits
Suasana wisuda berlangsung haru saat seorang ayah maju untuk mengambil ijazah sang anak Wisuda tersebut berlangsung di Universitas Islam Negeri Ar Raniry Banda Aceh pada Rabu Momen mengharukan tersebut diunggah oleh akun Instagram resmi UIN...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord