Bila Dapat Bayi Baru Terlupa Anak Sulung Belum Puas Bermanja Kesilapan Ini Selalu Ibu Ayah Buat


Selalu dipersalahkan, dipaksa matang awal & mengalah. Hati-hatilah, 6 kesilapan ini selalu ibu ayah buat kepada anak sulung tanpa sedar.
Dialah penghuni pertama rahim ibu & yang mengajar ibu ayah menjadi ibu bapa sehingga terbinanya sebuah keluarga. Anak sulung sangat bermakna kehadirannya dalam sebuah keluarga.
Masyarakat mungkin sering memandang anak sulung dengan pelbagai stigma. Setekah lahirnya adik-adik mereka seakan terpinggirkan atau secara tidak sengaja, diherdik, dimarahi kerana ‘kegagalannya’ dalam menjalankan tugas sebagai kakak atau abang.
Tanpa kita sedari, anak sulung juga dihenyak dengan pelbagai tugas dan dipersalahkan kerana adik-adiknya. Kaunselor, Puan Farhan memberikan pendapatnya mengenai anak sulung dalam institusi keluarga.
Kesilapan yang kita biasa lakukan kepada anak pertama. #1.Selalu melakukan tuduhan kepadanya Anak sulung ini biasa menjadi tempat kita membuat tuduhan. Kadang kadang bila anak kedua, ketiga menangis, mulut kita laju cakap
“Abang buat adik ya?”
Bila kita sudah terbiasa begitu, kita selesa untuk memberi tuduhan kepada anak yang sulung.
Apa apa yang berlaku, anak yang sulung pasti orang pertama menjadi orang yang kita tuduh.
#2. Menyalahkan anak sulung atas apa yang berlaku kepada adik Selain memberi tuduhan, kita juga suka menyalahkan anak yang sulung jika ada perkara yang tidak baik berlaku kepada si adik.
Adik jatuh tersembam kita salahkan yang sulung. Kita marah anak sulung kerana tidak jaga adik baik baik sehingga perkara itu berlaku.
Sedangkan kadang kadang perkara itu berlaku di luar kawalan anak kita.

#3.Mengharapkan anak sulung faham situasi anda Apabila ibu mendapat anak kedua, usia anak sulung itu perlu didilakukan ambil kira. Jika anak sulung itu baru mencecah 1 tahun, dia masih terlalu kecil untuk memahami situasi anda yang baru mendapat cahaya mata kedua.
Soal perhatian dan pembahagian masa akan selalu menjadi isu. Kita marah anak sulung apabila dia mula mengamuk tatkala kita sedang menyusukan anak kedua.
Kita tidak faham bahawa anak kita itu masing kecil untuk bertoleransi dengan pembahagian kasih sayang, masa dan perhatian dari kita. Selama ini dia dapat semuanya secara esklusif dan kini ia harus dikongsi.
Ia bukan mudah! Letak diri kita di, tempat anak itu.

#4.Menjauhkan anak sulung dari adiknya Ada juga sesetengah ibu ayah yang tidak memberi kebenaran kepada anak sulung untuk rapat dengan baby yang baru lahir. Apabila anak sulung anda masuk rapat, anda ‘halau’ dia supaya pergi ke tempat lain dan tidak mengacau adik.
Saya faham, mungkin sesetengah ibu risau kerana anak sulung masih kecil, namun anda tetap perlu ajar dia untuk rapat dengan adik, beri peluang untuk uruskan adik agar dia tidak kekok untuk sayang adik dan seterusnya menerima adiknya itu dengan baik. Jadi, nanti tidak timbul lah isu cakar adik, tutup muka adik dengan bantal dan sebagainya.
Apa yang penting sentiasa monitor dan ajar anak sulung anda untuk ‘menguruskan’ adiknya.

#5.Menangguhkan permintaan anak sulung Seperti mana saya katakan, apabila kita mendapat anak kedua, perhatian kita akan mula terbahagi.
Kadang kadang apabila anak sulung meminta sesuatu daripada kita, kita suka menangguhkan permintaan mereka.
Adakalanya mereka minta sesuatu, namun kita kata “nanti dulu”, sehingga kan kerap kali kita terlupa untuk melakukannya.

#6.Anak sulung disuruh beralah Ini juga kesalahan yang biasa kita lakukan.
Anak sulung selalu disuruh beralah. Bila dia bermain dan adik mahukan mainannya, kita suruh dia beralah.
Ayat yang biasa kita guna
“Itu kan adik, berilah pada adik”
Sedangkan hakikatnya, tidak semua perkara anak kita perlu beralah. Mereka juga ada perasaan.
Untuk siapa yang masih ingat tentang artikel saya yang mengatakan bahawa anak sulung ini penting untuk pembentukan keluarga, ini adalah sambungannya.
[Artikelnya: Besarnya Pengaruh Abang Long & Kak Long Dalam Pembentukan Suasana Harmoni Di Rumah, Kaunselor Ini Jelaskan]
Kita perlu ingat, kadang kadang saat mendapat baby baru kita terlupa kepada anak sulung saya yang masih tidak puas bermanja dengan kita.
Jangan lupakan dia dan bertindak tanpa memahami perasaan anak sulung kita.
Dia pernah jadi insan yang paling anda sayang, anda damba sepenuh hati.
Jadi, hargai dia dan jangan melakukan kesalahan sama ada sengaja atau tidak sengaja, kerana kesannya bukan untuk hari ini sahaja, namun ia akan membawa sehingga anak itu besar.
The post Bila Dapat Bayi Baru, Terlupa Anak Sulung Belum Puas Bermanja. Kesilapan Ini Selalu Ibu Ayah Buat appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/bila-dapat-bayi-baru-terlupa-anak-sulung-belum-puas-bermanja-kesilapan-ini-selalu-ibu-ayah-buat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Biadap Bukan Sebab Ibu Ayah Tak Ajar Adab Gajet Selalu Dimarah Terabai Jadi Punca

Anak Biadap Bukan Sebab Ibu Ayah Tak Ajar Adab Gajet Selalu Dimarah Terabai Jadi Punca

papar berkaitan - pada 28/2/2019 - jumlah : 569 hits
Geramnya rasa bila anak tunjuk perangai tak baik dan biadap Mungkin ibu bapa tanpa sedar membiarkan anak terdedah kepada punca puncanya Menggunakan perkataan kasar dan negatif berkelakuan ganas tidak hormat peraturan tidak menghormati orang...
Ibu Ayah Yang Rajin Berbual Dengan Anak Sejak Bayi Apabila Besar Sangat Petah Bercakap

Ibu Ayah Yang Rajin Berbual Dengan Anak Sejak Bayi Apabila Besar Sangat Petah Bercakap

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 535 hits
Siapa yang tidak suka bercakap dengan bayi kecil Walaupun dia belum faham apa yang kita cakapkan tetapi reaksinya sangat menggeramkan sesiapa sahaja Tambah seronok apabila bayi yang diajak bercakap itu sudah boleh bercakap dalam bahasanya s...
Bayi Menangis Bila Lapar Tak Selesa Kembung Perut Atau Mengantuk Ibu Ayah Mesti Tahu Bezakan

Bayi Menangis Bila Lapar Tak Selesa Kembung Perut Atau Mengantuk Ibu Ayah Mesti Tahu Bezakan

papar berkaitan - pada 11/3/2019 - jumlah : 548 hits
Menangis adalah cara bayi memberitahu apa yang diperlukannya atau ketidakselesaan 5 jenis tangisan perlu diketahui ibu bapa supaya mudah supaya setiap keperluan si kecil dipenuhi Benar bahawa bayi menangis adalah normal Menangis ialah salah...
Wanita Berusia 27 Tahun Buat Pengguguran Bayi Sebanyak 17 Kali Kerana Belum Bersedia Menjadi Ibu

Wanita Berusia 27 Tahun Buat Pengguguran Bayi Sebanyak 17 Kali Kerana Belum Bersedia Menjadi Ibu

papar berkaitan - pada 26/2/2019 - jumlah : 540 hits
The ReporterGambar kiri Dr ZhaoSeorang wanita muda di China dimaklumkan oleh doktor bahawa dia berkemungkinan tidak akan dapat hamil lagi di masa akan datang selepas menjalani pengguguran bayi sebanyak 17 kali dalam tempoh enam tahun Rahim ...
Beza Anak Batuk Biasa Atau Ada Simptom Pneumonia Yang Mesti Ibu Ayah Alert

Beza Anak Batuk Biasa Atau Ada Simptom Pneumonia Yang Mesti Ibu Ayah Alert

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 352 hits
Adakah anak kerap diserang batuk demam dan selesema Apabila ini berlaku sudah tentu si kecil kurang selera makan dan enggan minum susu Ada kalanya susu yang diminum tersedak disebabkan batuk Ia mungkin situasi biasa tetapi jika masalah kesi...
Idamkan Anak Hafaz Al Quran Amalkan Tip Ini Ya Ibu Ayah

Idamkan Anak Hafaz Al Quran Amalkan Tip Ini Ya Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 326 hits
Anak kecil jika dibiasakan dari awal buat sesuatu perkara dan menjadi rutinnya pasti tiada masalah Begitu juga dalam bab membaca al Quran Mendidik anak cinta al Quran sejak kecil bukan sesuatu yang sukar jika ibu bapa bersungguh sungguh mel...
Tolak Ajakan Hubungan Badan Karena Baru 40 Hari Melahirkan Ibu Dan Anak Tewas Dibunuh Suami

Tolak Ajakan Hubungan Badan Karena Baru 40 Hari Melahirkan Ibu Dan Anak Tewas Dibunuh Suami

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 963 hits
AP dan bayinya tewas dibunuh suaminya AR diduga karena menolak ajakan berhubungan badan AP diduga menolak ajakan hubungan badan oleh AR karena baru 40 hari melahirkan bayinnya Diketahui pelaku dan korban bekerja sebagai pegawai di Rumah Sak...
Lima Ayat Ke Ramat Yang Perlu Ibu Bapa Guna Untuk Melentur Emosi Anak Sulung Terhadap Adiknya Rileks Media

Lima Ayat Ke Ramat Yang Perlu Ibu Bapa Guna Untuk Melentur Emosi Anak Sulung Terhadap Adiknya Rileks Media

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 404 hits
Ibu bapa sudah pasti seronok dengan kehadiran cahaya mata yang baru Tapi ia tidak semudah yang disangka jika tidak mendapat respon yang baik dari si kakak abang Kelahiran adik sememangnya akan menggugat kedudukan kakak atau abang Yela kena ...
Ibu Pergoki 2 Anak Kandung Bercinta Tak Disangka Ayah Juga Terlibat

Ibu Pergoki 2 Anak Kandung Bercinta Tak Disangka Ayah Juga Terlibat

papar berkaitan - pada 13/3/2019 - jumlah : 384 hits
Kasus asusila di Pulau Atas Samarinda Kalimantan Timur menggegerkan publik Seorang anak di bawah umur Bunga menjadi korban perkosaan kakak dan ayah kandungnya selama bertahun tahun Kasus ini terbongkar setelah Seroja memergoki 2 anak kandun...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah