Hua Zong Tak Setuju Cina Kelantan Berasimilasi Dengan Budaya Melayu


Teori Kok Seong didakwa kurang objektiviti, tiada data sokongan meyakinkan  Gambar hiasan BANGI, 14 Safar 1442H, Jumaat – Dewan Perhimpunan Cina Malaysia (Hua Zong) dan Dewan Perhimpunan Cina Kelantan tidak bersetuju dengan Teori Asimilasi yang dinyatakan oleh Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong.
Prof Kok Seong dalam teorinya berkata, masyarakat Cina dan India termasuk orang Siam sudah terasimilasi dengan budaya Melayu.
“Sebilangan besar orang Kelantan sama ada mereka Cina, India atau orang-orang Siam telah ‘diasimilasi’, mereka bahkan bersedia mengakui bahawa mereka adalah sebahagian daripada ‘kumpulan majoriti’ dan bahasa Melayu adalah bahasa mereka,” kata Prof Kok Seong.
Berhenti hentam SPRM, salahkan orang Cina tak faham bahasa Melayu – Prof Teo

Bagaimanapun, Pengerusi Hua Zong, Tan Sri Goh Tian Chuan tidak berpuas hati dan membangkang teori itu.
Beliau berkata, hujah yang diberi Prof Kok Seong kurang objektiviti dan individu berkenaan harus menghasilkan data yang meyakinkan untuk menyokongnya.
Katanya, Malaysia adalah sebuah negara pelbagai kaum, faktor sejarah dan migrasi nenek moyang di negeri-negeri dalam Malaysia dengan pendedahan yang lama kepada persekitaran kehidupan yang objektif telah menyebabkan terjadinya toleransi yang membawa kepada penerimaan dan amalan beberapa cara hidup setempat.
“Jika tidak, ini akan dianggap sebagai tafsiran peribadi tanpa asas data,” katanya dalam kenyataan di Facebook Hua Zong pada 9 September lalu.
Tian Chuan berkata, Prof Kok Seong hanya merujuk kepada penduduk Cina yang menetap di beberapa kampung atau Cina peranakan (yang digelar oleh orang setempat sebagai Hokkien Siam), tetapi mereka hanyalah sebahagian kecil dan tidak mewakili kebanyakan orang Cina di Kelantan.
“Walaupun Cina kampung atau peranakan ini telah sekian lama berkomunikasi dalam bahasa Melayu setiap hari, memiliki kebiasaan memakai sarung dan makan dengan tangan mereka, mereka tidak boleh dianggap sebagai berasimilasi.
“Kerana mereka sekian lama masih berpegang teguh pada kepercayaan agama Cina, menyembah dewa dan nenek moyang di rumah, merayakan perayaan tradisional Cina, dan berkeras untuk mengahwinkan anak-anak mereka dengan kumpulan etnik yang sama. Mereka sangat berpegang dengan banyak tradisi Cina!,” katanya.
Bahkan, bagi menyangkal pandangan Prof Kok Seong lagi, Tian Chuan berkata, Muzium Cina Malaysia di bawah Hu Zong juga mempamerkan mezbah tempat orang Cina peranakan di Kelantan menyembah nenek moyang dan tuhan mereka di rumah sebagai tanda penghormatan mereka kepada tradisi Cina.
Menurutnya, orang Cina yang tinggal di luar bandar percaya kepada tuhan-tuhan, dan keluarga mereka mempunyai altar nenek moyang.
“Dari generasi ke generasi, mereka berpegang teguh pada kepercayaan agama orang-orang Cina.
“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa keluarga dengan latar belakang yang lebih baik juga telah mengatur agar generasi berikutnya mendapat pendidikan bahasa ibunda di sekolah rendah Cina di kawasan bandar,” katanya.
Ekoran itu, katanya, piawaian ‘berasimilasi’ Prof Kok Seong tidak boleh dipersetujui lagi.
“Tidak ada yang diasimilasikan!,” katanya yang tidak berpuas hati.
The post Hua Zong tak setuju Cina Kelantan berasimilasi dengan budaya Melayu appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/10/09/hua-zong-tak-setuju-cina-kelantan-berasimilasi-dengan-budaya-melayu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Hilang Sokongan Cina Jika Sokong Kerajaan Melayu Islam Anwar Kata Penganalisis

Dap Hilang Sokongan Cina Jika Sokong Kerajaan Melayu Islam Anwar Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 427 hits
malaysianow comOct 10 2020 8 05 AM Penganalisis mengatakan Amanah hanya akan mengikut keputusan bakal diambil DAP Semua senario berkata Anwar mungkin tidak menjadi Perdana MenteriParti terbesar Pakatan Harapan DAP akan kehilangan sokongan p...
Pasangan Cina Jual Motor 10sen Kepada Pasangan Melayu Yang Miskin

Pasangan Cina Jual Motor 10sen Kepada Pasangan Melayu Yang Miskin

papar berkaitan - pada 5/10/2020 - jumlah : 272 hits
Ini lah kehebatan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa Negara yang di bina dengan semangat perpaduan tanpa mengira latar belakang perbezaan warna kulit Agama dan bangsa MOTOSIKAL DI JUAL DENGAN NILAI 10 SEN SAHAJA MELAYU SUSAH BIN...
Budaya Nasi Bungkus Di Kelantan Mudah Cepat Banyak Pilihan

Budaya Nasi Bungkus Di Kelantan Mudah Cepat Banyak Pilihan

papar berkaitan - pada 9/10/2020 - jumlah : 568 hits
Satu kelaziman atau budaya di Kelantan ialah makan nasi bungkus atau makanan yang dibungkus Tidak kisahlah masakan di restoren kopitiam kedai canggung kedai makan Tentu sekali kalau hendak bawa balik kena pilih yang bungkus Banyak kedai mak...
Bangkang Teori Asimilasi Hua Zong Takut Bayang Bayang Sendiri Prof Kok Seong

Bangkang Teori Asimilasi Hua Zong Takut Bayang Bayang Sendiri Prof Kok Seong

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 306 hits
Mereka melampau tiada jiwa Malaysia walhal negara ini imej Melayu BANGI 15 Safar 1442H Sabtu Gabungan Persatuan Cina Malaysia hanya takut pada bayang bayang sendiri apabila tidak bersetuju dengan Teori Asimilasi kata Felo Utama Institut Kaj...
Melayu Berisiko Jadi Lebih Teruk Dari Rohingya Melayu Champa

Melayu Berisiko Jadi Lebih Teruk Dari Rohingya Melayu Champa

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 265 hits
Orang Melayu berdepan risiko besar menjadi kaum yang terbuang di tanah air sendiri seperti yang berlaku kepada etnik Islam Rohingya dan Melayu Champa Ini semua tidak mustahil berlaku sekiranya masalah berkenaan Tanah Rizab Melayu tidak dita...
Yayasan Anda Membantu Pelajar Melayu Miskin Adalah Usaha Anwar Ibrahim

Yayasan Anda Membantu Pelajar Melayu Miskin Adalah Usaha Anwar Ibrahim

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 719 hits
Pada 1971 Ketika berusia 23 tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim dibantu oleh seorang ahli perniagaan bernama Daud Seman telah menubuhkan sekolah Yayasan Anda Akademik di mana Anwar sendiri menjadi tenaga pengajar dan juga guru besar sekolah ters...
Owhhh Ada Umat Melayu Dan Isle Di Penang

Owhhh Ada Umat Melayu Dan Isle Di Penang

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 231 hits
Pulau Pinang salur peruntukan RM3 03 juta untuk institusi pendidikan IslamPada 10 Oktober 2020oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang meyalurkan peruntukan sebanyak RM3 03 juta kepada seluruh institusi pendidikan Islam negeri ini pada tahun 2020 ...
Kerajaan Saya Melayu Islam Anwar Beritahu Wakil Rakyat Pkr

Kerajaan Saya Melayu Islam Anwar Beritahu Wakil Rakyat Pkr

papar berkaitan - pada 10/10/2020 - jumlah : 399 hits
On Oct 9 2020DAP membuat keputusan untuk tidak bersama rancangan Anwar Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini memberitahu ahli Parlimen dan ahli Dewan Undangan Negeri parti rancangannya untuk menubuhkan kerajaan melalui pembelotan politik di D...
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Santai Dan Rehat Walupun Dekat Tapi Menyeronokkan Di Putrajaya Marriott Hotel

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Gerakan Or Mipp In Penang Urimai S Answer Both Irrelevant

Makan Nasi Ayam Gepuk Top Global Yang Viral Masa Cuti Chinese New Year

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kenapa Murid Malas Ke Sekolah

Milo Malaysia Breakfast Day 2025 Meraikan 75 Tahun Kebaikan Khasiat Bersama Lebih 35 000 Rakyat Malaysia Di Putrajaya

Jazakallah Khairan Mendoakan Kebaikan Orang Lain

Gunawan Lida Karmamu Chord

Doa Untuk Anak Anda Bacaan Rumi Makna Makna Doa

Selamat Ulangtahun Kelahiran Anak Mama