Hotel Th Orang Sebut Sampai Masuk Kubur




Seorang ulama PAS menggambarkan pemindahan hak milik empat hotel Lembaga Tabung Haji (TH) sebagai suatu ‘pengkhianatan besar’ dan jahat terhadap umat Islam di negara ini.
Menganggapnya “tidak logik”, Ahmad Dusuki Abd Rani berkata, perbuatan tersebut – dakwanya – akan dikenang-kenang orang sehingga ke liang lahad.
“Ni tengok bagaimana jahatnya yang dilakukan ini. Yang tanggung ini, kamu kena tanggung sampai di akhirat Allah SWT. Jangan main-main… harta orang Islam kan ni?
“[…] Yang ni, kalau orang sebut, sampai masuk dalam kubur orang sebut. Orang sebut sampai masuk dalam kubur,” katanya dalam satu rakaman ceramah yang disiarkan di saluran YouTubenya.
Bagaimanapun bekas timbalan ketua Ulama PAS Selangor itu tidak menyebut sebarang nama, namun dipercayai ditujukan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof, yang bertanggungjawab ke atas TH.
Ahmad Dusuki juga dipercayai merujuk kepada pemindahan milik empat hotel TH kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB), iaitu TH Hotel Kota Kinabalu, TH Hotel Pulau Pinang, TH Hotel & Convention Centre Alor Setar dan TH Hotel & Convention Centre Terengganu.
Sebelum itu, tular makluman yang dikatakan notis dalaman TH Hotel & Residence Sdn Bhd (THHR) yang mendakwa empat hotel itu dihentikan operasi, yang kemudian mengundang kebimbangan pengkritik, terutama pembangkang.
Cerita hujung hidup Ataturk
Bagaimanapun, menurut TH, tiada kakitangan hotel itu akan diberhentikan kerja ekoran pemindahan hak milik itu malah hampir semua akan dikekalkan.
Sepuluh peratus lagi pekerja hotel terbabit akan diserap ke hotel TH di Kelana Jaya, Petaling Jaya.
Dengan pemindahan milik itu juga, hotel-hotel berkenaan akan dikenali dengan nama baru Raia Hotel dan kekal dengan dengan konsep patuh syariah.
Untuk rekod UJSB ialah sebuah syarikat milik kerajaan.
Sebelum mengulas tentang “penjualan” hotel tersebut, Ahmad Dusuki turut mengingatkan pendengar ceramahnya agar tidak menjadi jahat.
Dia yang banyak memberikan ceramah mengenai hal-hal kematian mengambil contoh “kejahatan” presiden pertama Turki, Mustafa Kemal Ataturk.
Dakwa Ahmad Dusuki, Mustafa Kemal melarang azan dikumandangkan di Turki, menghalang bacaan ayat al-Quran dalam bahasa Arab ketika solat, dan “tidak diterima bumi” sesudah kematiannya.
Pada Mac 2018 Ahmad Dusuki mengimamkan solat hajat untuk mendoakan kejayaan PAS di Selangor, iaitu satu daripada negeri yang diyakini parti terbabit dapat mereka tawan dalam PRU ke-14 kira-kira dua bulan kemudian.
Dalam doanya Ahmad Dusuki juga menyamakan pertempuran antara PAS dan parti lain pada pilihan PRU ke-13 itu seperti Perang Ahzab.
Sebelum PRU berkenaan, PAS mempunyai 12 kerusi di DUN Selangor. Bagaimanapun selepas 9 Mei 2018, hanya ada seorang Adun tunggal parti itu dalam DUN terbabit.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai isu TH, Ahmad Dusuki juga menjelaskan bagaimana ‘sepatutnya’ isu kerugian hotel berkenaan ditangani.
Bekas calon PAS untuk DUN Kota Anggerik itu memberitahu, sepatutnya pihak berkenaan memikirkan jalan untuk menguatkan ekonomi orang Islam, bukannya menjual aset TH.
Boleh berakhir dengan penswastaan
“[…] terbayang-bayang, mengapalah ada orang yang berfikir macam tu. Mengapalah ada orang yang boleh ambil tindakan sebegitu rupa.
“[…] Jalan mudah, jual, jual, jual semuanya yang ada tersebut. Mudah kita nak buat demikian.
“Lepas tu nak isytihar untung. Untung, kerana apa dia? Kerana kamu jual. Memanglah untung, tapi sekejap sajalah.
“Sekejap sajalah yang kita dapat tersebut (keuntungan), tapi kesan jangka yang panjang apa dia? Habis milik harta orang Islam,” katanya lagi.
Khairuddin Aman Razali
Ahmad Dusuki berkata, sepatutnya keuntungan diperoleh syarikat lain TH digunakan untuk menampung kerugian ditanggung hotel-hotel terbabit.
“Bukannya semua syarikat kita jadi rugi hingga perlu kita jual bangunan tersebut… Ini sampai peringkat kita jual, dengan tanah, dengan semua kita jual.
“Aset orang Islam kan ni…. yang strategik pulak tu,” katanya lagi.
Sementara itu Anggota Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, turut mengkritik pemindahan hak milik empat hotel berkenaan dalam satu kenyataan hari ini.
Katanya, sekiranya tujuan urusan itu adalah bagi mengurangkan komitmen kerajaan, maka ia akan berakhir dengan penswastaan, namun pada masa sama tiada jaminan empat hotel berkenaan tidak akan terlepas ke tangan bukan Islam.
“Jelas sekali empat buah hotel ini bukan lagi menjadi milik umat Islam yang menabung dengan TH.
“Hasil yang bermula dengan modal mereka dalam keadaan untung pun dipindahkan kepada pemilikan kerajaan yang tentunya mewakili Muslim dan bukan Muslim, sedangkan ia sepatutnya kekal menjadi milik Muslim kerana ia bermula dengan Muslim dan menjadi aset umat Islam dalam keadaan ia masih untung,” katanya yang juga ketua penerangan Dewan Ulama Pusat PAS.
Mkini




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/02/22/hotel-th-orang-sebut-sampai-masuk-kubur/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hotel-th-orang-sebut-sampai-masuk-kubur

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bantah Istana Kebanjiran Menteri Pupr Sebut Genangan Air Masuk Drainase

Bantah Istana Kebanjiran Menteri Pupr Sebut Genangan Air Masuk Drainase

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 236 hits
Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat Basuki Hadimuljono membantah Istana Kepresidenan Jakarta sempat terendam banjir Dia menyebut kejadian itu hanya genangan karena air yang masuk drainase
Kampanye Bahaya Narkoba Kapolda Metro Sebut Peredaran Sudah Masuk Kampung

Kampanye Bahaya Narkoba Kapolda Metro Sebut Peredaran Sudah Masuk Kampung

papar berkaitan - pada 23/2/2020 - jumlah : 121 hits
Direktorat Reserse Narkoba Polda Metro Jaya menyosialisasikan bahaya narkoba di area car free day di kawasan Bundaran Hotel Indonesia Minggu Kali ini mengambil tema Bersama Lawan Narkoba Menuju Jakarta Zero Narcotic
Rm32 Juta Masuk Akaun Najib

Rm32 Juta Masuk Akaun Najib

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 292 hits
Pengarah Urusan Kumpulan Putrajaya Perdana Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini bahawa sejumlah RM32 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak atas arahan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jh...
3 Aktivitas Khas Yang Wajib Dikuasai Jika Masuk Pns Biar Jiwa Abdi Negaramu Semakin Kental

3 Aktivitas Khas Yang Wajib Dikuasai Jika Masuk Pns Biar Jiwa Abdi Negaramu Semakin Kental

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 197 hits
Kalau tiga hal ini aja kamu nggak bisa gimana kamu mau mengabdi buat negara dan masyarakat
Selalu Dihina Dr Rozmey Keluarkan Baja Yang Pelik Pelik Tak Masuk Akal

Selalu Dihina Dr Rozmey Keluarkan Baja Yang Pelik Pelik Tak Masuk Akal

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 821 hits
Selalu Dihina Dr Rozmey Keluarkan Baja Yang Pelik Pelik Tak Masuk Akal Petani terkejut Hasil Meningkat Kehebatan Baja Bio Organik Baja DDR hasil formulasi usahawan produk kesihatan terkenal kini mencetus fenomena luar biasa dalam sejarah pa...
5 Tipe Cowok Jika Dilihat Dari Hal Yang Mereka Lakukan Ketika Kangen Kamu Masuk Tipe Apa

5 Tipe Cowok Jika Dilihat Dari Hal Yang Mereka Lakukan Ketika Kangen Kamu Masuk Tipe Apa

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 215 hits
Coba pastikan dulu cowokmu tipe yang mana kalau dilihat dari cara menyikapi rasa rindunya
Kemungkinan Pelaku Dosa Besar Masuk Syurga Tanpa Hisab

Kemungkinan Pelaku Dosa Besar Masuk Syurga Tanpa Hisab

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 272 hits
SOALAN Adakah ada kemungkinan bagi pelaku dosa besar masuk syurga tanpa hisab JAWAPAN Pertama kami mulakan dengan firman Allah SWT Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan Nya dan akan mengampunkan dosa yang la...
Jangan Masuk Ke Iconic Bridge Elmina Yang Sedang Viral

Jangan Masuk Ke Iconic Bridge Elmina Yang Sedang Viral

papar berkaitan - pada 26/2/2020 - jumlah : 593 hits
Jangan Masuk Ke Iconic Bridge Elmina Yang Sedang Viral itu adalah peringatan kepada semua oleh seseorang dilaman Facebook Ini ekoran dari beberapa gambar yang dikongsikan oleh netizen sejak beberapa minggu yang lepas Gambar gambar Iconic Br...
Covid 19 Arab Saudi Gantung Sementara Visa Masuk Umrah Pelancong Seluruh Dunia

Covid 19 Arab Saudi Gantung Sementara Visa Masuk Umrah Pelancong Seluruh Dunia

papar berkaitan - pada 27/2/2020 - jumlah : 482 hits
RIYADH 27 FEBRUARI 2020 Kerajaan Arab Saudi Arab Saudi pada hari ini telah menggantung pengeluaran kesemua Visa Umrah berkuat kuasa serta merta Selain itu turut digantung adalah Visa pelancong pada negara negara yang menjadi penyebar virus ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner