Homestay Kuala Terengganu 4 Bilik Dan Ada Kolam
Baru-baru ini, terus booking Homestay Kuala Terengganu 4 bilik pada cuti Tahun Baru Islam 1447H. Biasanya kalau bercuti di Terengganu, asyik pilih hotel di Kuala Terengganu . Kali ini, berbeza percutian kami selama 2 hari 1 malam di Kuala Terengganu. Apa yang menariknya, homestay pun ada banyak pilihan di sana. Makan malam di Kuala Terengganu pun ada yang sedap kami jumpa.
Nak makan malam di mana, Seberang Takir?Dimana nak bermalam di Kuala Terengganu2 Hari 1 Malam di Homestay Seberang TakirBerapa kos menginap 2 Hari 1 Malam di Homestay Kuala Terengganu 4 Bilik?
Dimana nak bermalam di Kuala Terengganu
Bila berada di Kuala Terengganu, bercuti pula dengan keluarga. Homestay adalah pilihan tepat! kami akan memilih homestay di Seberang Takir. Pantai ala-ala Miami pun berdekatan tau.
Tak jauh dari bandar, keluar dari homestay jarak beberapa meter dah boleh nampak simbolik serta pembangunan Terengganu.
2 Hari 1 Malam di Homestay Seberang Takir
Homestay yang mempunyai 4 bilik. Sangat memuaskan hati kami.
Ada kelengkapan lain yang berjaya memikat hati kami untuk menginap iaitu :
1. 4 bilik semuanya mempunyai aircond dan kipas.
2. Master Bedroom ada tandas.
3. Netflix, Youtube dan rangkaian TV lain.
4. Kelengkapan menggosok pakaian : Seterika dan papan alas menggosok pakaian.
5. Peralatan memasak : Dapur, periuk nasi, Microwave, Penapis air MIDEA. Sudip, sudu garfu,
6. Alatan membersih rumah : Penyapu, penyodok, dan vacuum.
7. Dobi : Washing machine dan Washer .
8. Sofa dan meja makan yang cantik dan moden style.
9. Water Heater dalam bilik master bedroom dan tandas.
10. Kolam untuk anak-anak yang dilengkapi khemah.
Berapa kos menginap 2 Hari 1 Malam di Homestay Kuala Terengganu 4 Bilik?
RM 400 sahaja. Harga sangat berbaloi dengan apa yang saya dapat tu. Memang akan repeat!
Sewaktu menginap di homestay Seberang Takir, Terengganu. Kami gunakan hanya 2 bilik sahaja. Maklumlah, pergi tak ramai. Hanya saya, suami dan 5 orang anak termasuk baby 6 bulan.
Nak makan malam di mana, Seberang Takir?
Kalau dulu, makan malam kami di bandar Kuala Terengganu. Dalam bandar, memang tak banyak pilihan. Kebanyakan tempat penuh, sekiranya korang keluar selepas jam 8 malam. Tapi kali ini kami dah cerdik sikit. Hahaha. Kalau masuk bandar, memang jalan sesak. Pula tu pergi bercuti semasa cuti umum.
Kami makan malam di Restoran ZZA Ikan Bakar, Seberang Takir .
Masya-Allah. Dengan izin Allah, dalam ribut hujan malam tu. Kami jumpa juga restoran Ikan Bakar sedap. Disebabkan kami sudah sejam mencari makan malam, maka anak-anak semuanya sudah tidur di seat kereta belakang Alza.
Tak nak ambil risiko ada anak-anak mengamuk nanti. Ditambah pula dengan keadaan ribut teruk, pemandangan terhad. Ada beberapa kereta yang berhenti di bahu jalan. Memandangkan ada daun-daun gugur banyak di jalanan.
Maka kami bungkus ikan kerapu bakar, dan masakan panas seperti nasi goreng cina 2, nasi goreng kampung 1 dan nasi goreng USA. Bungkus dan makan di Homestay. Memang ribut kuat malam ke-2 tahun baru Islam.
Homestay Kuala Terengganu – Seberang Takir
The post Homestay Kuala Terengganu 4 Bilik dan ada Kolam first appeared on Ghostwriter Malaysia.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ehbelogaku.com/homestay-kuala-terengganu-4-bilik-dan-ada-kolam/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=homestay-kuala-terengganu-4-bilik-dan-ada-kolam